Saya orang Malaysia. Saya anggap inilah negara saya, bukan sahaja kerana nenek moyang saya memang berasal dari sini (tidak menyusur jauh semestinya), tapi kerana saya memang dilahirkan di sini. Inilah tanah tumpah darah saya. Saya rasa sesiapa sahaja yang dilahirkan di negara ini berhak untuk memanggil tanah bertuah ini sebagai negara. Mungkin dalam sesetengah keadaan ada masalah dari segi perundangan dan sebagainya di mana terdapat syarat-syarat dan kelayakan tertentu yang perlu dipenuhi, namun saya pasti adalah mudah untuk seseorang yang membesar di sini jatuh cinta dengan negara ini dan berbangga untuk menjadi warganya.
Saya percaya perasaan ini adalah sama dirasai oleh anak-anak Malaysia lainnya. Tidak kira apa bangsa dan kepercayaannya. Justeru, saya tertanya-tanya kenapa dan mengapa perasaan ini seperti cuba dinafikan. Sebaliknya perasaan curiga mencurigai semakin galak disemai sedangkan perasaan cintakan negara inilah tonggak dan kekuatan utama negara Malaysia yang berbilang bangsa. Warganya atau apa yang boleh digelar sebagai bangsa Malaysia. Mungkin kerana ingin mencapai agenda politik tertentu maka ada yang lebih gemar memfokus kepada perbezaan dan licik menimbulkan persoalan dan kesangsian akan apa yang dimiliki atau tidak dimiliki oleh sesuatu bangsa.
Sepertimana kaum-kaum lain, sebagai anak Melayu, adalah normal untuk saya berasa bangga menjadi Melayu sepertimana rakan-rakan lain berbangga menjadi bangsa Cina atau India (sekadar menyebut kaum-kaum utama sebagai contoh). Perasaan bangga itu tentulah tidak sampai ke tahap saya tergamak memperlekehkan bangsa lain. Masing-masing kaum punya keistimewaan dan kelebihan tersendiri, maka yang sepatutnya ialah kita bersatu hati memaksimumkan kekuatan bangsa Malaysia untuk mencorakkan masa depan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Saya teringat kisah di zaman persekolahan dulu di mana saya berpeluang bergaul dengan rakan-rakan berlainan bangsa. Saya tidak pernah terfikir pun tentang bangsa dan kepercayaan rakan-rakan saya. Tidak kra apa pun mereka, mereka adalah kawan-kawan saya dan tidak semestinya kami bersetuju dalam segala hal. Misalnya, kami suka membuli Agnes. Entah kenapa dia merupakan sasaran terpilih untuk diperlakukan begitu. Ada kalanya sengaja kami memijak kasutnya padahal kasutnya tidaklah seputih mana. Jika berbaris di luar kelas, tak ada sesiapa yang hendak berpasangan dengannya. Saya sedar itu adalah satu perlakuan yang teruk, Namun oleh kerana saya sendiri hanyalah budak kampung yang baru sedang cuba mengumpulkan kawan dan mengembangkan pengaruh, saya percaya saya perlu ikut perbuatan majoriti demi untuk memastikan kelangsungan sesi persekolahan yang menyeronokkan menjadi milik saya. Saya enggan dipinggirkan seperti Agnes. Walaupun ibu Agnes kerap datang memarahi kami dan Agnes dilindungi oleh cikgu-cikgu, tetap sahaja kami memboikotnya. Kami yang ramai ini terdiri daripada berbilang bangsa pulak tu...langsung tak kena mengena dengan isu perkauman. Itu cerita darjah satu.
Oh ya, cikgu Matematik saya yang berbangsa cina sangat garang dan menakutkan orangnya. Ketika dia mendenda saya (sebab saya suka meniru ketika ujian congak) dan memaksa saya melakukan latihan demi latihan di papan hitam, saya langsung tak fikir kalau-kalau dia berbuat begitu kerana bencikan bangsa saya. Yang pastinya saya beruntung kerana hasil ketegasannyalah saya mampu melonjakkan kebolehan untuk bersaing dengan rakan-rakan lain. Di dalam kelas kami juga ada seorang budak lelaki cina yang sangat suka membuat lawak dan mempermainkan guru-guru terutamanya guru muzik kami yang cantik manis itu. Kalau lirik lagu berbunyi "I am coming" maka dia akan menukarkan liriknya menjadi "ayam kambing" dan menyanyikannya kuat-kuat. Setiap kali idea kreatifnya timbul, satu kelas akan riuh rendah dengan gelak ketawa dan cikgu muzik hanya mampu menahan geram. Saya pula setiap kali ada kelas seni, akan selalu menempel dan berkongsi perkakasan dengan Shanti. Misalnya kalau perlukan gam atau kentang bercorak yang saya terlupa bawa. Shanti sekarang adalah guru bahasa Melayu yang berdedikasi di sekolahnya. Kadang-kadang saya rasa dia lebih Melayu daripada saya. Saya juga ingat lagi betapa geramnya selalu menjadi mangsa usikan Raja Gopal dan Aik Sun yang duduk di belakang saya. Mereka memang selalu sahaja ada idea untuk mengusik.
Justeru hari ini, saya tidak dapat tidak berasa terganggu dengan apa yang terjadi sepertimana yang kedapatan di media-media sosial. Saya selalu berasa terkejut membaca komentar-komentar yang mengguris hati. Hati saya tertanya-tanya apakah realitinya benar-benar begitu? Namun saya bersyukur kerana masih ada mereka-mereka yang sayang kepada negara seperti saya. Yang tidak melihat kepada warna kulit dan agama. Mereka inilah yang memberikan harapan. Harapan untuk bangsa Malaysia yang maju dan sejahtera. Berdaya saing di mata dunia.
Lihatlah di sekeliling kita dan cubalah untuk mengenali satu sama lain sebagai manusia yang memiliki keperluan yang sama. Fokus kepada persamaan dan lihat perbezaan itu secara positif. Ada banyak yang kita boleh pelajari daripada mereka dan mereka juga boleh mempelajari sesuatu daripada kita. Semoga bangsa Malaysia yang datuk dan nenek moyang kita dulu idamkan tidak kekal menjadi angan-angan. Pastikan ia menjadi kenyataan.
Selamat hari ulangtahun, Malaysia!
Thursday, September 17, 2015
Wednesday, September 02, 2015
Pisau Santoku Ku
Misi melengkapkan setem sempena kempen membeli-belah di Aeon Big baru-baru ini selamat dilaksanakan. Telipuk nak ucapkan terima kasih kepada akak Lotuslily yang telah membantu menyumbangkan beberapa setem terakhir sehingga membolehkan Telipuk menuntut hadiah. Heheh.
Bukan senang nak lengkapkan setem ini sehingga ke tahap yang boleh dibanggakan ini...tak rajin sebenarnya. Namun dek beberapa keperluan dan perbelanjaan-perbelanjaan barang rumah yang pasti telah membantu mempercepatkan proses pengumpulan. Hanya di saat akhir baru Telipuk terfikir nak tanya Lotuslily. Rezeki Telipuk juga bila Lotuslily kebetulan memang tidak berniat nak memanfaatkan setem yang dia ada. Yahooo...
Yeayyy...Telipuk pilih model yang ini...Telipuk nak yang paling besar tu tapi tak cukup setem dah nak kejar, lagipun deadline dah dekat. Last day shopping, Telipuk dapat 3 keping setem jer, kalau tempek pun tidak membawa apa-apa makna. Jadi, Telipuk beri kepada seorang lelaki yang rajin menunggu di luar kaunter pembayaran bertanyakan siapa-siapa yang tak nak pakai setem, boleh bagi kat dia tak? Wahhh...pendekatan yang sungguh extrovert! Tak terfikir pulak Telipuk nak buat macam tu...hihihi...good idea!
Subscribe to:
Posts (Atom)

