Apabila sudah terlalu sering melalui jalan yang sama, sekitar masa yang sama maka perjalanan rutin itu menemukan Telipuk dengan rutin orang lain juga. Antara perasan atau tidak sahaja. Memanglah bila memandu itu Telipuk fokus pada pemanduan, tetapi ada ketika-ketikanya saat perjalanan tidak menjadi lancar, Telipuk tidak punya pilihan lain melainkan membuang pandang ke luar, melihat apa-apa jua yang tertangkap dek penglihatan Telipuk. Kadang-kadang hanya selayang pandang cuma, tidak memberikan apa-apa makna. Ada kalanya terakam kukuh. Ada beberapa sosok yang Telipuk sudah boleh cam dari kejauhan sebab sudah biasa terlihat berpapasan. Sebelum puasa dulu, akan biasa terlihat kelibat seorang mamat ni berjogging. Masa mula-mula nampak dulu, dia sekadar brisk walk . Everyday, without fail, akan nampak dia di arah bertentangan laluan Telipuk menuju ke persimpangan trafik Jalan 6. Hari demi hari langkah dia semakin mantap dan konsisten. Hemmm...kalaulah Telipuk pun buat macam tu beberapa bulan lalu, agak-agak dah boleh masuk Standchart punya running event kot...hahahahaha. Bulan puasa ni tak pula Telipuk nampak lagi kelibat mamat ni. Agaknya dah ubah jadual kot. Apapun Telipuk tumpang bangga dengan gaya hidup sihat dia, wajar dicontohi jua.
Okay, yang kedua, ialah sosok seorang gadis muda yang berjalan kaki menuju ke LRT Sentul Timur. Dalam ramai-ramai manusia itu, pandangan mata Telipuk terhenti kepada dia. Orangnya kurus. Jalannya perlahan. Sebelah tangan memaut crutches, langkah kaki diatur pelahan. Headphone terlekap kemas atas kepala, sikit pun tudungnya tak kemek. She looks so cool. Ya, orangnya manis. Jauh juga tu dia berjalan dalam keadaan begitu. Nampak fragile tapi dalam masa yang sama terlihat kuat. Telipuk pasti ia bukan sesuatu yang mudah, baik dari segi fizikal mahupun mental. Setiap kali menunggu dalam barisan panjang yang bergerak lambat dek menunggu lampu trafik bertukar warna, setiap kali itulah Telipuk akan menjengah mencari kelibat gadis itu. Samada dia akan berada hampir berdekatan warung Jack Masala Tea ataupun dia sudah melepasi kuil, bergantung kepada kecepatan Telipuk sampai. Bila melihat kepayahan orang lain, rasa insaf bahawa apa yang kita lalui sebenarnya tak adalah seberat mana. Telipuk harap gadis itu kekal kuat dan semoga diberikan kesembuhan atas apa jua penyakit yang dialaminya.
Seterusnya bila Telipuk sudah berhasil melepasi trafik light pertama, dan kalau bernasib baik trafik light kedua dan ketiga juga (sebab tiga-tiganya hampir serentak bertukar warna), maka Telipuk dah tak de kesempatan nak tengok itu ini, hanya fokus pada pemanduan. Sentul Link tu lazimnya lancar dan kena berhati-hati dengar motosikal baik yang laju mahupun yang perlahan kerana bahagian tepinya tak lebar mana. Ada je yang akan makan jalan. Begitu juga di penghujung jalan sebelum bercantum dengan Lebuhraya Sultan Iskandar (Mahameru) yang perlu masuk secara berselang-seli bilamana jalan dua lorong menjadi satu. So, dekat situ memang tak de melilau mata. Di atas Mahameru, biasanya Telipuk memandu di lorong paling kanan, bukan sebab Telipuk bawak laju tapi sebab ada je driver yang akan bertukar lorong ke kiri nak ke arah Semantan/Damansara/Lebuhraya Sultan Abdul Halim...jadi tak payah Telipuk nak tekan-tekan brek. Hanya bila dah lepas Lake Garden tu je, mula Telipuk menyusur ke kiri dan stay di lorong kanan juga untuk menghala ke Bangsar berhadapan dengan kawasan KL Sentral. Bila lepas susur ke Petaling Jaya dan Jalan Maarof (biasanya pagi-pagi ni polis trafik dah tutup jalan ni), barulah Telipuk duduk paling kiri dan bergantung kepada awal mana Telipuk sampai di situ, menentukan lama mana Telipuk perlu tunggu untuk melepasi persimpangan trafik Pantai Baharu. Kat sinilah biasanya Telipuk akan nampak kelibat seorang lelaki yang berjalan kaki. Telipuk gelar dia 'oppa' sebab dia macam ala-ala oppa hahahaha. Ada sekali tu Telipuk sampai sedikit awal, dan nampak dia sudah berjalan. Rasa-rasanyalah, dia naik lrt dan turun di stesen Abdullah Hukum. So, logiklah dia berjalan dari situ...tapi agak jauh tu sebab kadang-kadang Telipuk nampak dia berjalan melepasi kawasan perumahan Putra Ria...kerja kat Media Prima ke eh? Tapi memang menarik perhatian jugaklah tengok dia berjalan, biasa tengok foreigner je jalan kaki jauh-jauh macam tu. Dia jalan nampak santai dan rileks. Muka dia memang muka senyum...rambut beralun bila berjalan. Berbaju kemeja longgar lengan pendek, sebelah tangan dalam saku seluar. Beg galas disarung melintang. Orangnya tinggi lampai, tak gemuk dan tak kurus. Sedang-sedang aje. Wahhhhh...deskripsi kemain. Yelah, dah selalu nampak kannn. Hehehehe. Apa agaknya cerita dia ya? Hemmm...menarik kan, bila kita ada masa memerhatikan sekeliling. Ada ramai manusia dengan cerita masing-masing. Kalau boleh dengar semuanya pun tak larat nak dengar. Jadi, fokuslah kepada cerita diri kita sendiri...tu pun, tak larat kita nak hadap kan. But, we just show up la kan...no matter what.
Begitulah kisah perjalanan yang kedengaran rutin tetapi tetap ada sesuatu di sebaliknya. Pengajarannya, setiap kita ada permulaan dan penghujung. Kita tahu kita bermula dari mana, dan seharusnya kita tahu ke mana destinasi kita. Dan sepanjang perjalanan itu, kita akan bertemu dengan macam-macam dugaan atau distraction yang boleh menyebabkan kita tersasar dari tujuan asal. Tak penting peristiwa apa yang berlaku kat kita tu, yang penting jangan sampai tersasar jauh, agak-agak dah menjauh tu...cepat-cepat balik ikut laluan yang betul. Haaa...macam tu. Boleh faham ke wey? 😅
