Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Monday, July 11, 2016

Syoknya Raya

Hari ini hari ke-6 dalam bulan Syawal. Orang kata Raya sebulan...tu yang dah berderet-deret jemputan Raya masuk. Telipuk pulak baru memulakan puasa hari ini, ikutkan hati raya kedua lagi dah nak buat tapi ada orang ajak saing sama-sama time naik kerja ni...hehehe. Apapun Telipuk mengqado' sebenarnya. Telipuk malaslah nak berbincang hal puasa sunat dulu kah atau puasa ganti dulu. Yang pasti, Telipuk tak tahu bila Telipuk akan mati sedangkan kematian itu sangat pasti. Atas sebab itu, Telipuk dahulukan yang ganti. Selesaikan hutang dulu. 2-in-1...hemmm...yang tu Telipuk tak pegang, bukan apa...betul agama ini mudah tapi janganlah bermudah-mudah pula. Kita sesama manusia pun tak boleh terima orang ambil mudah dengan kita, inikan pula kita dengan Tuan kita...tak kan lah kottt...

Raya tahun ini Telipuk dapat balik Perak...hahaha...alhamdulillah. Bukan tak balik sebelum ini. Balik tetap balik cuma tak merasa yang hari pertama tu. Tahun ini ada beberapa hari cuti yang kami dapat sebelum hari raya, jadi mudahlah nak travel balik. Sebelum ini orang tu dapat cuti mula on the raya day itself...makanya baliklah kampung yang dekat dulu. Tak adalah gaduh-gaduh...raya aje pun...tapi sekali sekala seronok jugak cari-cari pasal ni...hahahaha...

Merasalah ketupat kacang yang sedap nih



Dan rendang ayam marvellossaaa


Bestkan raya...boleh berhimpun saudara mara dan makan sedap-sedap. Alhamdulillah.

(Now takut nak naik penimbang...)

Monday, June 08, 2015

Ayam Pandan Asam Laksa

Hari Selasa lalu saya memenuhi undangan seorang kenalan untuk keluar makan tengahari. Kebetulan dia berada di Malaysia untuk suatu tugasan. 

Oleh kerana dia menginap di Hotel Meridien, saya mencadangkan agar kami mengunjungi NU Sentral yang berdekatan. Tempat pertemuan ialah di hadapan Secret Recipe. Awal-awal lagi katanya tidak mahu makan makanan barat. Bagus...bagus...saya suka orang yang suka mencuba makanan tempatan ini...

Hemmm...nak bawak dia ke mana ya? Sebenarnya saya pun bukanlah pandai sangat bab-bab tempat makan ni. Kalau ke Sentral, selalu singgah di fast food restaurant saja. Ataupun ke foodcourt bila-bila teringin nak makan yong tau foo dengan sup.

Teringat saya ada banyak tempat makan di aras 4 dan 5. Sengaja saya ajak dia naik escalator supaya dia boleh menjamu mata tengok suasana sekeliling. Katanya ini kali pertama dia sampai ke situ. Haha...dah jadi macam pemandu pelancong la pulak saya tengahari tu. 


Pandangan mata saya terarah kepada sebuah tempat yang nampak ceria, terang benderang dengan hiasan yang unik tidak jauh dari tempat kami berdiri di aras 5.


Restoran ini digelar "Peranakan Place". Peranakan tidak membawa maksud "rahim" ya...ni kalau warga Malaysia, mai cek nak sekolahkan...ini tempat makan baba & nyonya , kaum yang terkenal di negeri Melaka itu ya. Jangan dok ingat ada orang keturunan Portugis jer kat sana.

Okay, nampak tak hiasan dinding dengan corak batik tu? Cool! Apasal 'angle' tak lawa? Haaaa....yang tu terjadi sebab orang macam saya ni...dia memang teringin nak snap gambor, tapi tempat tu ramai orang...so, dia malu la orang nampak...hahahaha...tu pasal 'angle' semacam je.


Kata makanan baba & nyonya, awat ada asam laksa tak tauuuu....hahaha...biasalah, Malaysian. Apa-apa pun boleh dan dah jadi warisan semua. Kitakan 1Malaysia...! Saya kalau dah kat menu tu ada asam laksa, jangan haraplah saya nak pilih makanan lain. Saya mesti pilih! Dok lama dah berangan nak pi makan laksa kat Madam Kwan's...tapi tak terlaksana lagi. Dah jumpa yang ini, jom test tengok...ada mari ka tak mari...


Dr. Sue pulak yang lagi adventure dari saya...member siap cuba nasi ayam pandan...eh...saya pun tak pernah rasa lagi tau! Hihihi. Sebelum makan, saya suruh dia snap gambar dulu....barulah best cerita dengan kawan-kawan nanti. Dia terus snap dan hantar kepada anak bujangnya di Sepanyol. Sib baik tak ajak dia buat selfie sekali...

Lepas ni, bolehlah ajak geng-geng cubicle pergi terjah tempat ni pulak.

Monday, April 06, 2015

ACFC

Akhirnya, setelah puas menunggu selama lebih dua tahun, bangunan di pinggir jalan Pantai Baharu berhampiran Balai Bomba kini dibuka kepada pengunjungnya. Kami mengenalinya sebagai Ali's Corner. Sebuah restoran kegemaran ramai staf TM, TNB, Syabas dan ramai lagi yang bekerja berhampiran.


Hemmm....kerusi meja baru. Bersih berkilat-kilat. Bagusss!!! Dalamannya nampak luas dan lapang walaupun kedudukannya yang hanya melukut di tepian Jalan Pantai Baharu ini...hakikat yang ia boleh hidup sampai sekarang itu memang amazing jugalah. Maklumlah pernah kena sita dengan DBKL. Apapun kewujudan tempat makan ini memberikan kami alternatif baru selain kedai Pak Ya.


Pesanan Telipuk sempoi aje. Kueyteow tom yam yang sedap. Di minum bersama jus limau kasturi sebagai penghilang dahaga. Asalnya Telipuk mintak K-Lime. Sejurus kemudian, pelayan yang mengambil pesanan Telipuk datang memaklumkan bahawa K-Lime belum ada . Telipuk pun beralih kepada jus roselle. Belum apa-apa pelayan tu datang lagi bagitau jus roselle tak ada. Apaaa??? Ok...ok...sabooo...banyak pilihan lagi Telipuk. Kat dalam hati (kalau tak jual, jangan tulis dalam menu la bro). Telipuk pun pilih yang paling mudah dan rasanya ada dijual iaitu jus limau kasturi. Baru nak buka cerita gossip panas mutakhir ini, adik pelayan datang lagi...masa tu kawan-kawan Telipuk dah pakat gelak. Stress! Stress! Tak ada juga ke? Adik tu tanya, "Akak nak letak asam boi jugak ke?". Aku : (Tercengang-cengang) Asam boi??? Adik pelayan : "Yelah, air limau kasturi kan dah masam...takut kalau akak nak asam boi...nanti tak boleh minum sebab masam sangat" katanya . Sangatlah tidak relevan perbualan ini sebab apa kena mengenanya jus limau kasturi dengan asam boi...ada option letak asam boi ke? Dan...bila masa le Telipuk sebut asam boi. Untuk pastikan tiada kesilapan berlaku, Telipuk terima sahajalah saranan dia...ok...jangan letak asam boi. Masa air tu sampai, siap berdebar rasa....hihihi...sib baik betul airnya...buatnya dia bagi air mata kucing ke pulak...haru!!!


Kawan Telipuk minta nasi putih yang dimakan dengan ayam goreng kunyit dan tom yam campur. Huuu...menyelerakan jugak ni. Digandingkan dengan teh o ais limau...sedap...sedap.


Kawan sorang lagi pulak mintak mee bandung dan epal asam boi. Hah...ni mesti gara-gara order air inilah kot pelayan tu tak pasal-pasal confuse dengan air minuman yang Telipuk nak...hahaha...asam boi oh asam boi. Next visit Telipuk pun nak order inilah. Telipuk memang suka mee berkuah macam ini.


Yang tudung purple tu lupa bawak gunting la pulak....habis tak dapatlah kami buat acara potong reben merasmikan kedai ini...hahahah....mahunya tak, AC tutup bermula dia masuk kerjalah...terus tak buka-buka sampai sekarang. Itu yang seronok mengusik sebab member tak sabar nak merasa makan kat AC. Okeh...lain kali boleh pi lagi.

Thursday, December 12, 2013

Dari Kerinchi ke Medan Tuanku

Akhirnya...setelah puas merancang tetapi tak pernah jadi...hari ini, berjaya juga melaksanakan misi. Misi yang tidak memberi apa-apa kelebihan dari segi amalan tetapi tetap juga dihajatkan oleh manusia seperti saya. Melayan keinginan dan kemahuan selera yang sentiasa mengada-ngada.

Hari ini saya dan kawan-kawan (setelah berbincang dan membuat ketetapan) bersetuju 'menzalimi' diri sendiri dengan naik turun tren dan berjalan kaki (boleh tahan jauhnya) mencari tempat makan tengahari di Jalan Medan Tuanku, berhadapan Maju Junction. Restoren RSMY (the best cheese nan in town) ini memang sudah kerap mendapat liputan dan publisiti di dinding-dinding FB kawan-kawan sebab pemiliknya ialah bekas rakan sepengajian di UUM dulu. Baru-baru ini pun keluar cerita setengah muka di BH. Bukan baru buka tahun ini tapi rasanya sudah lebih 2 tahun, cuma memang saya tak pernah dapat plan pergi ke sini. Bila tengok kawan-kawan lain dah sampai...amboiii...teringin juga nak pergi! Lepas pekena cheese nan di kedai Lahore dulu tu...tak  boleh tidak mesti nak rasa hidangan di kedai Datin Ida juga...Apatah lagi member kamcing masa pengalaman singkat di Kem Desa Pahlawan dulu juga sudah menayangkan gambarnya dan heronya memamah cheese nan idaman hati...amboiii Puan Masitahhhh...makan tak ajak yeee...


Kami keluar dari pejabat menjelang waktu rehat tengahari. Mula-mula plan nak naik teksi. Tapi semua orang bersemangat nak naik LRT...maklumlah, LRT mana ada lalu Shah Alam dengan Meru lagi , kan...muehehehe...yang saya ni dah tak terkesan dengan kelibat LRT...nak-nak kes semalam kannn...tapi tak apalah, first time ke sana...mungkin ada baiknya naik LRT sahaja. Lagipun boleh jalan slow-slow sambil tengok sekeliling. Kami naik LRT Putra dan turun di Masjid Jamek sebelum menyambung naik LRT STAR sehingga stesen Sultan Ismail.


Dari stesen Sultan Ismail, cuma ikut laluan berbumbung menuju ke arah Maju Junction. Sangat-sangat mudah dan tak perlu turun lintas jalan. Sebaik melepasi persimpangan Sultan Ismail, kami turun dari jejambat tersebut dan berjalan menyusur kaki lima melepasi Pos Malaysia, Sendayu Tinggi dan Avon. Kemudian, nampak Hotel Lotus, lalu jalan Medan Tuanku tu dan sudah boleh nampak RSMY sederet dengan restoren Omar Khayyam dan kedai makan lain.


Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. Mengerling jugaklah mencari kalau-kalau nampak kelibat Ida tetapi kalau tak silap dia tak ada di KL pada masa sekarang. Apapun tak kisah, yang penting datang nak mencuba makan di situ. Mungkin lain kali, kalau dapat datang lagi, bolehlah bertegur sapa.

Oh ya, kami masing-masing memesan signature dish di sini iaitu "cheese nan". Kalau di restoren Malik dekat rumah saya tu pun ada juga jual cheese nan, tapi tak serupa sebab nan di RSMY ni memang banyak cheese...wehuuu...itu yang terliur nak mencuba.


Tengoklah...emmm...gebuss dan cheezy...kata kawan saya, dia lebih suka kalau dohnya nipis sikit...lebih rangup. Saya tak kisah, kenyal cenggitu pun okay jer...tapi kena kunyah lebih lah macam bubble gum. Letih mulut sebab rancak bersembang sama...;)


Saya makan cheese nan saya dengan beef kemma ini. Emm...bolehlah. Rasanya saya lagi suka kuah dhalnya. Sedappp. Lain kali, nak minta kuah dhal cukuplah. Dah lah makan cheezy nan , pi makan beef kemma pulak...konyang melampau!


Nasib baik minum jus K-lime. Neutral sikit rasa 'muak' keju. So, bila dapat nan keju tu...janganlah perasan kecil dan tak cukup...keju yang berlambak itu insha Allah akan membuatkan anda cepat kenyang.



Member makan dengan ayam tandoori. Sedap kata depa.


Jauh berjalan hari ini, cheese nan punya pasal. Tak sangka, finally sampai juga dan sekarang kalau kawan-kawan tanya, bolehlah kata...yes, saya pun dah pernah cuba. Heheh.

Selamat maju jaya kepada Datin Ida dan RSMY. Semoga terus sukses hendaknya.

Friday, October 18, 2013

Hajat Tak Sampai

Pagi tadi sempat merayau cari makan sampai masuk kampuslah. Mengarut tak mengarut tu? Hahah.Ini gara-gara terkesima dengan cheese naan kedai makan Lahore yang bertempat di ...


Ahaaa...meh kita promosikan universiti swasta nih bersekali dengan cheese naan dia sekali. Apahal sampai ke sana tu? Sedap sangatkah? Cer citer...cer citer...

Alkisahnya, di suatu hari yang permai dalam kesibukan menjalani hari demi hari, mendepani tugasan demi tugasan...sampai saya ke kampus kota milik UM nun di Jalan Tun Ismail sana. Saya ke sana kerana menghadiri persidangan IPv6. Masa break untuk lunch, tengok barisan untuk ambil makanan tu panjang sangat. Jadi, saya dan kawan-kawan memutuskan untuk pergi solat dulu. Namun, selesai solat, tengok-tengok hidangan yang disediakan tu memang sold out. Dapatlah makan sikit-sikit, tinggal kuah dengan ubi kentang jer hahaha. Kebetulan ada kafe kat sebelah tu, jadi, kami yang tak berapa nak kenyang tu pun singgah ke sana. Antara gerai yang menarik perhatian ialah gerai yang menjual naan dan kami pun cuba. Makan naan keju dengan dhal panas-panas...perghhh...awesome!!!

Nak dijadikan cerita, rakan persidangan saya tu juga adalah geng car pool saya. Kami sudah beberapa bulan ini semenjak sebelum Ramadhan lagi ber 'car pool' merebut inisiatif Bumiku syarikat yang menawarkan jaminan tempat letak kereta di pejabat bagi sesiapa yang mahu berkongsi kenderaan. Tak jadi masalah, sebab memang kami berlima tinggal berhampiran. Semenjak ada lot parking khas ini, memang tak risau kalau tak sampai pejabat pukul 7.30 atau 7.15 sekarang since Hotel Pullman kat sebelah bangunan kami dah buka - maklumlah, dah ada tempat letak kereta khas kan....hahahah...happy!happy!happy! Okay, back to the cheese naan, kawan saya tu sudah buka mulut kat kawan-kawan car pool kami tentang Lahore dan semua bersetuju nak cuba suatu hari nanti.

Dan suatu hari nanti itu jatuh hari ini...sesuai dengan masa semua orang. Jadi, tanpa bertangguh kami ke sana. Perjalanan dari rumah kalau tak kerana kesesakan dan lampu isyarat, 5 minit pun dah sampai. Dekat sangat. Yang best tu, bila dah sampai...saya park kat kawasan auditorium Blok C...maklumlah itu jer route yang saya hafal masa datang first time dulu. Masalahnya kawan kata pintu yang nak ke kafe tu berkunci. Sudahhh!!! Mulalah tak reti nak cari jalan keluar ke sana. Tahu sahajalah bangunan lama ini...berbelok, berkeluk bagai. Last-last cari pak Guard. Huk aloh...oghe Kelate laa...hemmm...bereh! Kawe pun apa lagi...kecek Kelate selalu aahhh...hehehe...Student ke? tanya dia. Ingat nak jawab lecturer jer tadi tu...tapi takut lak menipu...hehehe...so, cakap student jer lah. Tapi student tua...hahaha...pak Guard tu pun tergelak sama...kebetulan OUM ada kat situ juga. Eh! memangkan...kita ni pelajar di sepanjang hayat di universiti kehidupan, tak gitu? Kelaahhh muuuu! Yang lagi lawak tu...bila pak guard tu iring kitaorang untuk cuba buka pintu tu...kawan sorang ni tolak,  terus terkuak buka....huk aloooo...saja je nak penaya pak guard tu kannnn! Rupa-rupanya pintu tu ketat sikit...jadi kena tolak dengan tenaga lebih.

Dengan semangatnya kami pun menuju ke kafe tu...tapi langkah terhenti beberapa meter depan Lahore...sebabbbbb...Lahore tutupppp!!!! Uwaaaaaa....tak merasalah makan cheese naan pepagi nih. Sabar jer la mak jemah oiiii!!!

Memang 'hangit' lah pagi ini macam terkena panggilan hangit rasanya. Bukan salah hari...kata gerai sebelah, Lahore tu masih tutup since cuti raya hari tu. Laaaa...dia balik Pakistan beraya kot! Tak tercapailah hasrat nak breakfast naan keju dengan kawan-kawan car pool. Tapi since kami dah sampai, makan jerlah apa yang ada. Masing-masing capai pinggan dan isikan dengan nasi lemak. Sedap jugak...alhamdulillah.

Tak pe...bila-bila free kita pi terjah lagi na.


Tuesday, September 03, 2013

Manisnya Labu


Ini buah labu. Labu manis atau juga dipanggil labu lemak. Nama saintifiknya cucurbita pepo. Dulu banyak ditanam di kampung, hatta kat bawah para pun ada tok saya tanam sampai menjalar memenuhi laman belakang rumah. Labu ini sedap dibuat masak lemak. Masa tu saya suka makan kuahnya saja. Makan nasi dengan telur ayam kampung campur kicap cap tiga Ayam (ayam lagiii...). Dah cukup sedap dahhh. Telur dan kicap adalah makanan ruji saya sampailah kat universiti pun kadang-kadang tak boleh cover buat juga perangai tu...heheh...

Tapi hari ini, nak cerita hok labu ni laaa....


Bila mak balik dari kampung hari Ahad lalu, mak membawa bersama-samanya dua biji labu manis yang besar dan semestinya berat itu. Hamboiihhh...besornya...selalu saya beli sepotong kecil jer bila-bila teringat nak makan sayur lemak labu. So, bila dah banyak ni....idea-idea lain pulak menjelma.

Lalu, saya mencadangkan agar mak membuat lepat labu...
Lama nian tak makan lepat labu. Saya suka lepat labu. Dengan bestnya mak setuju buat. Pagi Isnin meluahkan hasrat, balik kerja pengukus dah bekerja atas dapur...wehuuu!

Maka, dinner saya adalah dua biji lepat labu yang sangat awesome!!!


Mak dapat hasilkan 13 biji lepat menggunakan pengukus comel saya.


Jeng! Jeng! Jeng! Lepas maghrib, tak sabar dah nak makan panas-panas ni. Warnanya kuning lemak seperti yang saya bayangkan. Testurnya juga kenyal seperti yang saya idamkan. Wahhhhh!!!

Saya dah pesan kat tengah lepat tu, saya nak inti kelapa macam inti lepat liat...lagi banyak lagi bagus...muah hah hah...

 

Emmm...nyummy! Ianya sedap...sama macam dulu-dulu jugak. Lamanya tak makan lepat ni.

Hari ini, saya bawa enam biji ke pejabat. Bagi kat kawan-kawan yang dah lama tak makan kuih Mak Som. Saya tanya dulu...korang makan tak lepat labu? Sebab tak sure, diaorang pernah tak jumpa kuih ini. Semua tak banyak soal jer terus ambil dan cakap...sedapppp!!! Alhamdulillah. Kalau korang suka, nanti bebila, Mak Som buat lagi. Mak Som tentu sangat suka ni....lepas ni ligatlah dia nak masak bagi korang makan. Sabor jer lah aku (yang nak kena bawa makanan tu kannn...). Heheh...in sya Allah...kalau ada rezeki yaaa...


Tuesday, June 25, 2013

Kek Cawanku II

Cuti hujung minggu yang lalu saya sempat mengasah bakat yang tak pernah disangka ada. Err...sebenarnya bukan tentang bakat pun...lebih kepada kemahuan. Betullah kata peribahasa, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".

Kebetulan, stok durian yang telah diasingkan isinya dan disimpan di dalam freezer masa ada satu tupperware sederhana. Hisham memberikan cadangan, "Ibu, apa kata kalau ibu masak cupcake durian?". Wahhhh...terlopong sekojap omak aiii. Err...macam boleh jugak kot...slow jer cakap, lepas tu cek inventori tengok kalau-kalau ada bahan-bahan diperlukan. Hemmm...ada semuanya, cuma, sukatannya main agak jerlah coz tak sempat nak merujuk pendapat Encik Google.


Saya gunakan bahan asas kek cawan pertama dulu tu...lepas tu adjust sikitlah. Gula saya kurangkan sebab takut terlebih manis sebab durian pun dah manis. Saya ambil isi durian dalam satu cawan. 3/4 saya gunakan dalam adunan dan selebihnya saya guna untuk frosting.

Hasilnya...hemmm...untuk saya, saya rasa memang menjadilah. Yang pentingnya semua cukup rasa, adunan naik elok, lembut dan memang terasa duriannya...dari segi rasa dan bau. Cuma, mungkin tepung agak terlebih kot sebab kelembutannya tak seperti batch velvet terdahulu.


Untuk adunan kali ini, saya masih dapat sejumlah satu dozen (dua kali bake menggunakan dulang berlubang enam itu).


Saya menggunakan resipi yang dulu juga untuk topping...cuma yang kali ini, saya blend sekali isi durian fresh. Hemmm...tak pernah-pernah le suka by-product durian...kali ini boleh pula. Sendiri buat. Sendiri rasa. Peraturan sendiri boleh la tukar bila-bila suka...peraturan Allah jangan!


Rasanya anak-anak pun memainkan peranan juga...kalau telipuk buat dan tak de sapa nak makan, hemmm...gerenti malas nak buat dah.


Lepas ni nak buat yang coklat pulak la kot pasal dah ada yang meminta.

Sunday, January 06, 2013

Masak-masak

Entri pertama untuk tahun 2013 ini...entri jom main masak-masak.
Inspirasi diperolehi daripada cerita-cerita Rosebud tentang durian (ternyata dia memang seorang penggemar durian tegar!). Lalu untuk melunaskan cita-cita ini, pagi tadi merayau kat Tesco Selayang mencari bahan.

Seterusnya berpandukan 'tunjuk-ajar' Cik Epal, ( http://cikepal06.blogspot.com/2012/11/resepi-durian-crepe-gebu.html), dan dengan sokongan padu mak (Aku ni memang jenis cepat 'jemu' di dapur...hihihi), maka, terhasillah makanan berasaskan durian yang pertama Aku suka makan.


Yeayyy...menjadi juga projek pertama kali ini...teruja...teruja...teruja! 

Padahal sebelum ini mana ada Aku makan by-products durian...mungkin sebab durian ni tidak diubahsuai. Yelah, cuma ambil isinya dan gabungkan dengan whip cream yang macam aiskrim tu...balut dengan kulit ala-ala kuih ketayap (dadar)...soooo...oraitlah kan...

Okeh...lepas ni boleh buat lagi untuk memantapkan kemahiran (hahah...ye lah tu....)

Tuesday, August 23, 2011

Laksa Oh Laksa

Semalam Aku singgah di bazar Ramadan depan rumah. Ikutkan hati, malas aje...maklumlah, dah penat menapak dari stesen Sentul Timur lagi. Sepanjang minggu ini Aku ikut Abang 'merempit' je...hahaha...dah lama tak naik motor. Nampaknya fobia Aku tak hilang lagi, agak-agak seriau je...Aku pejam mata. Hehehe...

Alang-alang sudah berjalan begitu, langsung ke bazar Ramadan jer, masa pun sungguh mencemburui...dah dekat pukul 6. Kalau nak klentung...klentang...alamat berterabur dapur tu. Padan muka...selalu mak ada...kan...kan...kan...Singgah tu tak de la beli apa-apa yang pelik, biasanya, beli ayam RFC untuk budak-budak. Tak pun segala jenis nugget dan bebola tu...itu le umpan masa berbuka yang mujarab. Lalu punya lalu, sekali ternampak kelibat pek-pek laksa yang disusun bersebelahan pek bihun sup. Aiii...tergodalah pula. Hampir mendekat. Si penjual sedang menceduk kuah laksa ke dalam plastik. Berdasarkan warna kuah dan aromanya, rasa-rasa macam sedap. Ceh...teringin lah pulak. Selalu memang mengelak membeli laksa di pasar-pasar macam ini, asyik terkena yang tak sedap je. Pulak tu asyik le tergigit tulang ikan, paling rasa loya kalau terkena sisik sekali...mau serik berbulan-bulan nak sentuh laksa balik. Hemmm...tak pe, nak cubalah.

Dalam memesan tu, datanglah pasangan yang sederhana veteran ke gerai tersebut. Agaknya dalam setahun dua lagi pencenlah tu. Mereka meminta sebungkus laksa dan sebungkus bihun sup. Aku risau je tengok si penjual tu, nak mengikat pun terkial-kial, nak masukkan bungkusan laksa dalam beg plastik pun terhegeh-hegeh. Ini yang buat Aku risau ni...kalau tak profesional pergerakannya, boleh jadi baru belajar berniaga aje ni. Sabor jer la...harap-harap dia tak baru belajar buat laksa.

Sekali mak cik disebelah bertanya semasa kakak penjual itu sedang menyenduk kuah laksa.

"Dalam kuah tu ada udang tak?" tanyanya.

Dalam hati Aku, "Udang...???" dengan konfiusnya.

Tapi penjual tu tak ler jawab direct. Kalau Aku sure Aku kata, "Kuah laksa mana ada udang". Tapi penjual tu cuma kata, "Eh? Boleh guna udang jugak ke untuk buat kuah laksa?" (oppsss...adakah dia ni saja test market atau dia pun tak berapa tahu selok-belok laksa). Mak Cik tu pun malu-malu membalas, "Saja je tanya...". Lalu si penjual menokok tambah..."Ishhh...susah tu kalau guna udang, yelah, nak kena kopek lagi...hai...renyah betul. Udang tu dah le kecik. Kalau laksa tak guna ikan, pikir balik le nak meniaga ni".

Hemmm...kalau laksa guna isi udang macamana ye?
Hish...walaupun Aku ni tak makan ikan, tapi tang kuah laksa...Aku rasa penggunaan isi ikan adalah paling sesuai.

Balik rumah, dengan bersemangatnya menghadap semangkuk laksa ketika azan sayup-sayup berkumandang. Sayangnya harapan cuma tinggal harapan. Hajat masih belum terlaksana. Keinginan masih tersangkut. Huhuhu...redha jer lah.



Tuesday, February 01, 2011

Pot Luck Januari 2011

Ini cerita pasal Pot Luck di pejabat yang berlangsung hari Jumaat minggu lalu. Lambat update pasal masalah nak upload gambar. Apapun, semuanya berjalan lancar...itu yang penting!

Pot luck kali ini agak istimewa kerana julung kalinya Aku menyediakan hasil air tangan sendiri. Yang sebelum ini, serah pada emak sahaja. Korang bukan tak tahu, mak Aku tu memanglah hobi dia bagi orang makan. Kalau Aku bagitau ada pot luck, dia yang terlebih teruja. Lepas tu semua kerja dia bolot...hahaha...buat apa pun, bukan nak bagitau...kita ingat nak tolong, tau-tau dah siap. Cuma bab belah kerang (kalau buat rendang pedas), itu dia serah pada yang pakarlah. Aku okay jer...lepaslah satu album kompilasi Fauziah Latiff, Ziana Zain, CT, Sudirman, lagu-lagu rock kapak buat menghilangkan keboringan.

Hujung minggu sebelum acara pot luck tu dijadualkan, Aku sudah beli daging lembu sekilo setengah. Balik pasar, Aku basuh dan potong siap-siap. Lepas tu simpan dalam freezer. Malam Khamis tu, Aku keluarkan untuk defrost. Aku juga siapkan bahan-bahan untuk kisar. Jadi, malam tu masa penghuni-penghuni lain sibuk bersiap-siap hendak tidur, Aku pulak dok blender cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih...Pagi Khamis, Aku perap daging tu...simpan dalam peti ais sebelum pergi kerja. Malam Jumaat tu, sebelum tidur...Aku pun memulakan operasi memasak.

Ini antara bahan-bahan yang digunakan.



Rempah tumis, serai, daun pandan dan bawang besar ditumis bersama sebelum daging yang dimesrakan dengan bahan kisar dan kicap dituangkan.



Masak jangan tak masak.



Taraaaa...inilah hasilnya. Huh...semerbak mengharum satu rumah weeiiii...bangun pagi pun tak hilang lagi bau tu. Perghhh!!!



Masuk pejabat, semua pun muka berseri-seri aje...heheh. Seronok tengok seorang demi seorang singgah dekat meja hidang dan menyerahkan sumbangan masing-masing. Macam-macam ada...

Kari Kepala Ikan Istimewa USJ ada...



Agar-agar Cendol ada...



Permintaan khas...vadai! Alamakkk...tak sempat rasa la pasal sekejapan sahaja sudah habis. Laris dowh!



Sago gula Melaka...Aku rembat 2...



Hok ni pun sodap gilos...Berry's Blueberry Cheese Tart...marvellous!!!



Penyediaan roti nan dan ayam tandoori...



Sederetan hidangan yang memenuhi meja.



Sila oooo...sila...



Pinggan pertama den...fasa pertama...ekekekeke...



Thanks everyone for your kind support. Semua orang gembira dan ceria. Dan yang pentingnya, semua hidangan habis...tak ada pembaziran berlaku. Alhamdulillah.

Wednesday, November 25, 2009

Saba @ Cyberjaya

Hari ini tak dapat pergi kelas Ustaz sebab boss ajak ikut dia jumpa pihak Suruhanjaya. Bukan perjumpaan rasmi, berjumpa untuk mempercepatkan keputusan dibuat. Puan pun ikut juga. Aku tak kisah, asalkan bukan Aku yang drive...okaylah. Hahaha...jadi naik kereta boss lah!

Selepas sesi perbincangan ringkas itu, perut masing-masing sudah lapar. Maklumlah, sudah hampir pukul 2. Boss ajak makan dulu. Aku lagi sekali mengikut ajelah mana dema nak bawa. Bukan tahu sangat kawasan Cyberjaya ini.

Puan cadangkan makan kat restoran nasi arab. Ada banyak tempat makanan yang menjual juadah timur tengah ini. Mungkin sebab ada ramai pelajar asing timur tengah di Universiti Multimedia yang berhampiran, dan lagi orang Malaysia ni...juallah apa sahaja...tolak batu dengan kayu saja...hahaha...

Maka kami pun pergi ke Restoren Saba. Khabarnya sudah terkenal seantero Lembah Klang dan kawasan yang sewaktu dengannya. Khabarnya juga ada orang yang tinggal di Rawang sanggup drive ke mari semata-mata hendak menikmati hidangan di sini. Khabarnya lagi, belumpun restoren ini beroperasi jam 12 tengahari, sudah ramai pelanggan berbaris menunggu untuk masuk...tuuu diiiaaaa!!!

(Aik...apasal rasa dah macam program jalan-jalan cari makanlah pula entri Aku ni)

Orang punyalah ramai...sesak giler...nasib baik ada rezeki hendak makan kat situ, kebetulan ada pelanggan baru bangun dan dapatlah satu meja untuk kami.
Memandangkan ente ni tidaklah seorang yang 'mahir' bab-bab makanan ni...hanya sekadar menggemar jenis-jenis tertentu dan sudah pasti kurang adventure...bila diajukan menu, Aku hanya memilih yang Aku kenal sahaja...hehehe..

Inilah hidangan pilihan Aku pada tengahari itu. Nasi arab dengan roasted chicken. Owh...sedaapppp...



Nasi ini dimakan bersama ulam timun dan juga tomato segar yang dilecek halus. Kira cam dipping sauce ler tu. Sedap memang sedap tapi Aku cuma mampu makan separuh nasi tu sebab lately Aku jarang makan tengahari, jadi cepat benar rasa penuh.

Boss pesan nasi arab juga tetapi dengan grilled chicken. Dan Puan seperti biasa, makan kebab jer...fresh fries pun tak luak...hahaha...

Oh ya, untuk minuman pula...dek rasa ingin tahu, kami memesan minuman berkarbonat ini sebab tak pernah nampak di mana-mana dan tengok ramai yang memesannya. Ada macam-macam perasa...kami memilih rapsberry, apple dan strawberry. Dok saling merasalah. Bolehlah. Rasa semacam juga sebab Aku jarang ambil minuman berkarbonat ini. Bukan atas apa-apa sebab...memang sudah begitu dari dulu lagi. Tapi kalau macam pergi KFC atau McD...aku rembat jugalah sebab sebab ambil bundled meal, kan. Sekadar untuk elak tercekik ajerlah.



Menurut rakan-rakan yang berpengalaman bab 'jalan-jalan cari makan' ini, Restoren Saba ini ada membuka satu cawangan dekat-dekat Keramat/Jelatek sana. Kebetulan baru-baru ini Aku dimaklumkan kawan-kawan sekolah rendah dulu sedang membuat perancangan untuk reunion di restoren ini. Kalau tempat ini pilihannya , Aku setuju sangat. Cuma masalahnya tarikh yang dicadangkan tu, Aku rasa tak dapat pergi sebab ada hal lain. Malaslah hendak cadangkan tarikh lain, sebab mana tau dek kita punya hal, orang lain susah nak adjust...lagi teruk kalau last-last tak dapat hadir juga. Menyusahkan diaorang saja. Ini perjumpaan kedua untuk member-member yang bekerja dan menetap di Lembah Kelang dan sekitarnya. Yang pertama dulu sudah dibuat pertengahan tahun ini di Parit Buntar.

Thursday, November 19, 2009

Tengahari di tengah KL

Hari ini pagi-pagi Aku diarahkan menghadiri satu mesyuarat yang tidak pernah Aku hadiri sebelum ini. Puncanya sebab boss ingatkan itu mesyuarat yang satu lagi. Kiranya, ada sedikit kekhilafan di situ. Walaubagaimanapun, disebabkan arahan awal muncul dari tahap yang lebih tinggi, tolak tepilah soal siapa yang patut hadir. Pergi tetap pergi.

Pergilah Aku naik lrt sebab pertamanya Aku tak begitu pasti lokasinya dan keduanya kalau sudah namanya pusat bandar, payah sikitlah hendak mencari tempat letak kereta. Lagipun ia tidak jauh dari lrt Masjid Jamek. Dari petunjuk yang diberi, Aku rasa Aku boleh agak di mana tempat itu. Memanglah tidak susah hendak cari, cuma awalnya tersasar juga. Hendak ke Straits Building tetapi tersesat pula memasuki bangunan Loke Yew. Kedua-duanya ada tingkat 6. Nasib baiklah kedua-duanya terletak bersebelahan. Memang kawasan sini sungguh ketara uniknya reka bentuk bangunan, lama dan bersejarah. Almaklumlah, adik-beradik Bangunan Sultan Abdul Samad...Jakun sekejaplah Aku dapat tengok dengan lebih dekat. Cuma tak ingat hendak ambil gambar. Bila dalam perjalanan balik aje barulah sempat curi-curi ambil gambar.



Jaranglah dapat tengok Aku ambil peluang seumpama ini. Kalau jalan seorang begini, lazimnya Aku malas hendak buat perkara-perkara yang boleh buat orang ramai menoleh untuk lihat. Yelah, tengahari buta dok tangkap gambar sungai Kelang yang keroh dan berbau tu apahal?



Tapi tak apa...inilah cabarannya kalau hendak jadi blogger yang aktif dan selalu ada bahan...wakakakaka...Aku pernah ambil gambar Masjid Jamek sebelum ini, tetapi belum pernah dari arah ini.



Oleh kerana sudah tengahari, Abang yang pejabatnya cuma sepelaung dari situ mengatur temujanji makan tengahari bersama. Hemmm...sudah lama kami tidak keluar makan tengahari berdua, almaklumlah susah hendak curi masa. Kami pergi berdating kat Secret Recipes, Pasar Seni.



Tak tahu hendak makan apa kat situ. Kalau ada laksa assam, kan bagus! Aku pesan makanan ini. Set lunch grilled black pepper chicken dengan iced lemon tea.



Iced lemon tea yang menggiurkan bila dipandang...rasanya biasa aje...lagi ummpphhh iced lemon tea kat Madam Kwan...hehehe.



Abang minta Fish & Chip. Makan tak habis pun.



Dulu, kalau kat area sini, kami sukalah lepak kat Shakey's. Tapi rupanya Shakey's dah lama tutup. Food court memanglah ada kat tingkat atas tu, tapi kalau sudah jam 1, memang crowded. Tak kisahlah, bukan hendak makan sangat pun...Oh! Masa berjalan balik melalui gerai-gerai lukisan tu, terpandanglah pula kedai yang menjual peralatan melukis di situ. Hemmm...bolehlah singgah bila-bila lalu sini lagi.