Seperti tahun-tahun kebelakangan ini, perjalanan puasa kali ini juga semakin terasa pantas berjalan. Macam tak percaya hari ini sudahpun 9 hari kita berpuasa. Kalau dulu minggu pertama ini baru nak 'panaskan' badan, sekarang entah mengapa rasa macam dah penghujung puasa. Kalau dulu minggu pertama rasa nak atur juadah berbuka dan bersahur dengan sempurna, sekarang tak kisahpun apa yang tersedia.
Masuk hari kedua lagi dah pening kepala nak bagi makan apa. Bukanlah puasa tu kita nak membesarkan bab makan, tapi nak kata...betapa terasa bezanya Ramadhan dulu dan Ramadhan sekarang. Budak-budak kat rumah ni tak macam saya dan adik-beradik dulu-dulu. Siap ada request! Hisham asal ada telur saja dah cukup. Telur goreng dengan kicap. Aiman asal ada ayam goreng. Aku pula lebih suka makan kuih muih dan mee dan cik abang pun sempoi. Tak adalah nak request kurma ke, percik ke, talam dua muka ke...pendek kata, sama jer! Jadi yang kesian ialah mak. Hahaha...maunya tak kesian, dia kan semangat bab-bab memasak ni. Tapi skil dan kemahiran dia tu tidak digunakan sepenuhnya. Itu yang dia semakin tak sabar nak balik Perak ni...biasalah, nak bagi makan anak-cucu. Kadang rasa nak berleter jer sebab dia pun bukannya kuat macam dulu, tapi dah kalau itu yang dia really look forward to dan menggembirakan hati...diam aje lah! Sabar mak ye, lepas appointment dengan doktor awal bulan Julai nanti orang hantar mak balik.
Hari ni terpaksa ambil cuti sempena hari report card sedunia...hahaha...ramai mak bapak kena jumpa cikgu sekolah anak untuk ambil keputusan peperiksaan dan berbincang perkembangan anak-anak. Pagi ke sekolah rendah, petang ke sekolah menengah. Kelas masing-masing kat aras atas sekali. Nasib baik tak mengah teruk naik tangga. Siap naik turun balik rumah sebab tak bawa dompet. Cikgu nak kutip yuran sekali. Nasib baiklah rumah dekat tapi berlari-lari anak jugalah mengejarkan giliran yang nombor 5 tu. Mujur orang yang nombor 2 tersangat kiasu berbincang isu anak dia yang memang dalam kategori pelajar harapan sekolah tu...masa sampai balik just nice orang nombor 3 nak keluar dan orang nombor 4 pula menghilang tak dapat dikesan...rezeki!
Sempat juga bawa mak pi Jakel Mall. Ini antara wish list dia menjelang persiapan raya ini. Ingatkan nak pergi weekend tapi dah cuti ni, baik pergi terus. Pergi bawa kereta , katanya parking banyak...tu yang konfiden jer. Memang pun, siap dapat petak depan pintu lagi. Meriah betul Jakel ni....aku sebenarnya kurang selesa diekori sales girl...rasa tertekan nak memilih dan tertekan juga nak buat pembelian. Aku baru nak ronda-ronda, dia dah push suruh beli itu ini. Rimas!!! Sekali supervisor diaorang siap marah sapa-sapa yang lepak tak layan pelanggan...pergh...patutlah mencicit diaorang ni kejar pelanggan untuk pastikan tak kena marah dengan boss. Hish...kesian pulak aku rasa. Maka, kitaorang pun sambarlah seorang sepasang baju baju kurung untuk mak dan aku beli jubah.
Petang semalam tiba-tiba terasa 'syahdu'...mula-mula teringatkan ayah. Tu yang beli kuih buah melaka tu. Lepas tu teringat suasana di kampung dulu-dulu. Zaman suka bertukar-tukar juadah dengan jiran. Terus Aku ambil piring, isikan dengan kuih yang mak buat - kuih badak dan keria dan suruh Aiman hantar ke rumah sebelah. Harap jiran Aku tak pengsan pula dapat kuih sebab dah lama Aku tak buat dek boring dengan corak komunikasi 'satu hala' jer...memanglah, kalau nak sempurna sokmonya kita nak hubungan yang ada timbal balas, ada reaksi, ada respon...tapi fikir punya fikir, ah, lantaklah...dia pun bukannya buat khianat apa pun...cuma pendiam saja. Jadi, mengambil semangat Ramadhan ni, Aku ambil jer lah langkah ala perigi cari timba ni. Lupa pulak nak pesan kat Aiman kata tak payah balas. Yelah, tak nak lah kalau dia susah hati pulak nak membalas. Apa-apalah kan...kalau pinggan tak balik, akak redhakan sajalah.
Teringat kata Ustaz Harun Din. Jangan cepat perasan yang kita ni puasa. Puasa yang bagaimana? Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Menahan diri dari melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa. Setakat tak makan dan tak minum pagi sampai senja tu ramai yang tak ada masalah nak buat. Nak tahan mulut dari bercakap benda yang tak perlu lagilah susah. Tapi kena usahakan juga. Kita tak ada banyak masa/kesempatan untuk membuat bekalan yang boleh kita banggakan di akhirat nanti. Justeru jom kita cuba rebut apa yang Allah tawarkan. Mudahan-mudahan dapat mendisiplinkan kita untuk terus beristiqamah bila ramadan berlalu pergi.
Friday, June 26, 2015
Thursday, June 25, 2015
Telan Vitamin
Itulah...dulu-dulu payah benor nak telan vitamin. Dah tua macam ni baru nak sibuk...amik ngkau...ni kira tak payah makan nasik dah...telan vitamin jer dah kenyang.
Dulu masa zaman bujang, housemate dah berapa kali approach suruh join/beli produk Shaklee ni tapi Telipuk bo layan jer pasal tak rasalah perlu nak makan vitamin. Apa ke barang makan vitamin...mahal pulak tu....Kalau harga seploh hingget oklah kot hihihi...nak murah saja. Masa berlalu, hari berganti...tiba-tiba terasa keperluan untuk mendapatkan makanan tambahan ini. Ambik masa juga survey sana, survey sini. Bukan apa...alang-alang nak membeli, biarlah berbaloi. Kalau tangkap muat saja , silap haribulan termakan produk yang merbahaya...naya!!!
Kebetulan ada kawan geng Shaklee. Dia bagitau ada promosi baeekkk punya, siap boleh terus jadi ahli dan dapat multivit percuma...eh...eh...akak memang pantang dengar benda-benda percuma ni...hahahaha...Dah tak pasal-pasal, asal nak satu dua jer...dah alang jadi ahli ni, beranak-pinaklah pulak segala khasiat-khasiat tambahan ni.
Telipuk ni jenis nak makan tu tak ada masalah, alhamdulillah...cukup masa telan. Bolehlah tahan disiplinnya. Ada orang telan sebiji dua dah give up dengan rutin pengambilannya. Ala...nak tak nak je masalahnya.
Don't worry...Telipuk tak de nya nak menjual kat mengkomer semua....tak de kekdahnya Telipuk nak start calling-calling korang...ni Telipuk nak makan sendiri jer. Telipuk nak rasa dulu apa manfaatnya, kalau bagus baru Telipuk cerita. Kalau teringin jugak nak kacau Telipuk dan paksa Telipuk belikan...welll...apakan daya...bolehlah nak tolong, kan...;)

Thursday, June 18, 2015
3-in-1
Salam Ramadhan semua...apa khabar? waras ke tak? Saya hari ini tak berapa waras...err...tak berapa sihat. Berkokok-kokok jer sehari dua ni. Tekak gatal, rasa nak masukkan tangan dalam kerongkong...nak garu bagi hilang rasa gatal tu. Selesema juga sikit-sikit. Tapi tak apalah, sikit ujian yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan kesihatan badan yang Allah dah bagi rasa bertahun-tahun. Mujur dapat masuk Ramadhan...syukur alhamdulillah.
Nak buat update sekaligus untuk beberapa peristiwa yang berlangsung semenjak kali terakhir Telipuk mencatat di sini. Kalau pecah satu-satu mahu ada 3-4 entri baru, heh...tapi maleh bebenor nak mengarang kali ini.
Peristiwa pertama terjadi hari Isnin lepas, aktiviti Pot Luck yang pertama untuk tahun ini merangkap majlis sambut puasa sekali. Telipuk selaku Pengerusi Jawatankuasa Keceriaan ni (makan-makan) memang bolot habislah...tukang suruh, tukang arah, tukang angkut, tukang jadi MC, tukang agihkan hadiah...tu belum masuk tukang makan....hahahah....lantak ko lah mak Bedah oiii...Alhamdulillah, kerjasama yang Telipuk dapat daripada rakan-rakan sebahagian ini memang terbaeklah. Terima kasih juga orang kuat, orang kanan Telipuk...akak Lotuslily yang marbeles tu. Jasamu dikenang, kak!
Tu semua tu adalah makanan belaka...tak payahlah Telipuk nak sebut dan gambarkan satu persatu...sabor jer lah kan.
Aiii...banyak juge ye sumbangan yang memenuhi meja hari tu...
Dan ini pula adalah hadiah-hadiah yang diterima untuk acara bertukar-tukar hadiah. Lotuslily pilih hadiah Telipuk sebab diakan antara 10 orang terawal hantar hadiah. Jadi, Telipuk bagi keistimewaan untuk pilih mana-mana hadiah yang disukai (selain hadiah sendiri la kan). Telipuk dapat hadiah yang best....hadiah tu ada orang outsource suruh Telipuk belikan. Telipuk siap balutkan. Last-last bila cabut undi, Telipuk yang dapat hadiah tu...hahaha...itu namanya rezeki...
Peristiwa kedua ialah berlangsungnya majlis ilmu di TMCC yang menampilkan penceramah-penceramah hebat yang Telipuk suka. Ada Ustaz Haslin, Ustaz Izhar dan Ustaz Fauzi. Memang sangat seronok dan tak puas hati juga dalam masa yang sama sebab masa yang ada sangat terhad. Tak sempat buat pusingan kedua pun...jadi terpaksalah berpuas hati dengan setiap seorang bercakap sorang sekali saja...haisshhhh...
Dan peristiwa ketiganya ialah kami beramai-ramai sempat buat aktiviti terakhir menjelang Ramadhan iaitu melawat pusat operasi televisyen Internet Protocol kami di Cyberjaya.
Mengakhiri lawatan, kami singgah makan tengahari di sebuah warung yang diberi nama "Warung Bunian" atau katanya juga dikenali dengan nama Warung Tapak Sulaiman. Nasib baiklah berkonvoi, kalau Telipuk memandu seorang diri, sah-sah sesat. Manalah reti jalan-jalan area Bangi/Kajang/Dengkil ni...apalagi jalan masuk ke kampung orang. Curam juga tempat ni, nasib baik Telipuk dapat parking tepi jalan masuk. Tak beranilah nak turun parking kat bawah.
Antara menu yang dihidangkan tengahari itu. Telipuk awal-awal tolak tepi udang...hihihi...
Makanannya sedap...kekurangan hari tu ialah lamanya masa kami menunggu...dekat 45 minit untuk dapatkan hidangan siap atas meja, lengkap dengan air minuman. Padahal sudah buat tempahan sebab tempat ini memang kena tempah dulu sebelum datang. Orang memang ramai, bersesak-sesak...terpaksalah kami berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama makan di premis asal dan kami yang lainnya duduk di meja panjang di halaman rumah pemilik kedai kottt...
Apapun memang terbaiklah....heheh...tengoklah Telipuk dah mendaratkan ketam ni...my favourite!
Demikianlah sekilas apa yang terjadi selama Telipuk mendiamkan diri ini...itu tak masuk cerita balik Melaka, balik Perak, balik Penang lagi...hahaha...
Selamat berpuasa semua, semoga Allah berikan kita kesihatan yang baik, dorongan dan keinginan yang berterusan untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Tuesday, June 09, 2015
Kenanganku Kinabalu
Saya bersimpati dengan kejadian gempa bumi yang melanda negeri Sabah baru-baru ini sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa. Walaupun negara kita bukanlah berada dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, kejadian yang berlaku ini memberi petanda bahawa apa-apa sahaja boleh berlaku. Jangankan Gunung Kinabalu, kalau Allah berkehendak, Bukit Batu Caves pun tak selamat.
Saya pernah merasai pengalaman berada hampir dengan Gunung Kinabalu, tinggal dan bermalam di kaki gunung tersebut suatu ketika di awal tahun 90an. Ia sememangnya sebuah gunung yang indah, tentulah saya tak dapat melupakan pengalaman bergambar di zaman semuanya menggunakan filem Kodak, berlatar belakangkan gunung tersebut. Baik ketika matahari baru menyapa hari mahupun ketika senja melabuhkan tirainya...permandangannya sangat awesome!
Peluang itu saya perolehi ketika menjayakan program anjuran Jabatan Perpaduan Negara iaitu program pertukaran pelajar Semenanjung - Sabah & Sarawak yang dipanggil "Titian Emas". Bagi saya ianya satu peluang keemasan di saat saya sendiri menyimpan semangat perpaduan yang sangat kuat dengan minat untuk mengenali kebudayaan dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia. Saya baru selesai menghabiskan sebuah novel bertajuk Duta Utusan Ayah, iaitu kisah tentang seorang remaja dari Semenanjung menimba pengalaman baru di Sarawak, ketika guru kelas memaklumkan yang beliau akan mencalonkan saya bagi mewakili sekolah untuk program tersebut. Saya tidak menaruh sebarang harapan sebenarnya kerana dimaklumkan persaingan adalah sengit. Saya maklum peluang untuk pelajar sekolah luar bandar seperti saya, justeru saya lupa terus tentangnya sehinggalah dimaklumkan yang saya dipilih mewakili Daerah Kerian. Wow!
Dari negeri Perak, empat orang wakil dipilih iaitu saya, Punita, Harris dan Teik Seong. Seminggu sebelum program berlangsung, saya sibuk menelefon Teik Seong bertanyakan tentang persiapannya. Hahaha...kelam kabut saya bila dia kata dia bawa 2 beg besar. Saya ingat nak pergi sempoi sahaja maklumlah orang tak pernah keluar daerah selama itu. Teik Seong dan Punita ditempatkan di Sabah, Harris di Sarawak manakala saya pula ke Labuan. Oleh kerana Labuan dan Kota Kinabalu itu dekat, maka pada kebanyakan masa saya menyertai aktiviti di Sabah bersama Punita dan Teik Seong. Dan itulah antara pengalaman manis kami, tinggal di resort Taman Negara Kinabalu dan berpeluang menatap puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan lebih dekat. Malahan, saya masih menyimpan impian hendak mendaki Gunung Kinabalu...itu angan yang saya kongsikan bersama rakan saya, Masitah, ketika kami sama-sama berehat selepas penat mengharungi ujian demi ujian di Kem Desa Pahlawan (juga antara kenangan terindah dalam hidup saya).
Sebetulnya saya ada melobi cik Abang untuk ke KK ketika kami merangka pelan percutian keluarga (sepatutnya dalam masa cuti sekolah inilah). Masa tu ada promosi tambang murah dan saya bercadang hendak meluangkan masa di Kundasang (tak adalah sampai nak mendaki gunung...nak naik tangga dua tingkat pun dah mengah!) dan mengambil peluang berada di negeri di Bawah Bayu ini untuk singgah berjumpa keluarga angkat dan rakan-rakan di sana. Namun, cadangan saya itu tidak menjadi kerana bertembung dengan urusan keluarga. Jadilah ia suatu impian yang saya harapkan akan menjadi nyata suatu hari nanti, in sha Allah.
Ternyata nama Kinabalu itu bukanlah asing dalam hidup saya dan disebabkan itu perasaan saya ketika membaca berita tentang gempa di sana juga bercampur-baur mengenangkan tragedi yang tidak diduga itu serta kenangan yang terpahat dalam ingatan saya. Ketua Pegawai Eksekutif kami dalam ucapan pembentangan prestasi syarikat pagi semalam juga mengingatkan agar kami semua bersatu hati dalam detik yang sukar ini dan memberi bantuan meringankan bebanan mangsa, terutamanya yang melibatkan anggota-anggota syarikat di Sabah sepertimana semangat 1TM yang ditunjukkan semasa menghadapi bencana banjir di Kelantan lalu.
Semoga kita redha dengan ujian dari Allah ini dan semoga juga beroleh pahala yang besar atas kesabaran menghadapinya.

![]() |
| Gambar ihsan Wikipedia |

Monday, June 08, 2015
Ayam Pandan Asam Laksa
Hari Selasa lalu saya memenuhi undangan seorang kenalan untuk keluar makan tengahari. Kebetulan dia berada di Malaysia untuk suatu tugasan.
Oleh kerana dia menginap di Hotel Meridien, saya mencadangkan agar kami mengunjungi NU Sentral yang berdekatan. Tempat pertemuan ialah di hadapan Secret Recipe. Awal-awal lagi katanya tidak mahu makan makanan barat. Bagus...bagus...saya suka orang yang suka mencuba makanan tempatan ini...
Hemmm...nak bawak dia ke mana ya? Sebenarnya saya pun bukanlah pandai sangat bab-bab tempat makan ni. Kalau ke Sentral, selalu singgah di fast food restaurant saja. Ataupun ke foodcourt bila-bila teringin nak makan yong tau foo dengan sup.
Teringat saya ada banyak tempat makan di aras 4 dan 5. Sengaja saya ajak dia naik escalator supaya dia boleh menjamu mata tengok suasana sekeliling. Katanya ini kali pertama dia sampai ke situ. Haha...dah jadi macam pemandu pelancong la pulak saya tengahari tu.
Pandangan mata saya terarah kepada sebuah tempat yang nampak ceria, terang benderang dengan hiasan yang unik tidak jauh dari tempat kami berdiri di aras 5.
Restoran ini digelar "Peranakan Place". Peranakan tidak membawa maksud "rahim" ya...ni kalau warga Malaysia, mai cek nak sekolahkan...ini tempat makan baba & nyonya , kaum yang terkenal di negeri Melaka itu ya. Jangan dok ingat ada orang keturunan Portugis jer kat sana.
Okay, nampak tak hiasan dinding dengan corak batik tu? Cool! Apasal 'angle' tak lawa? Haaaa....yang tu terjadi sebab orang macam saya ni...dia memang teringin nak snap gambor, tapi tempat tu ramai orang...so, dia malu la orang nampak...hahahaha...tu pasal 'angle' semacam je.
Kata makanan baba & nyonya, awat ada asam laksa tak tauuuu....hahaha...biasalah, Malaysian. Apa-apa pun boleh dan dah jadi warisan semua. Kitakan 1Malaysia...! Saya kalau dah kat menu tu ada asam laksa, jangan haraplah saya nak pilih makanan lain. Saya mesti pilih! Dok lama dah berangan nak pi makan laksa kat Madam Kwan's...tapi tak terlaksana lagi. Dah jumpa yang ini, jom test tengok...ada mari ka tak mari...
Dr. Sue pulak yang lagi adventure dari saya...member siap cuba nasi ayam pandan...eh...saya pun tak pernah rasa lagi tau! Hihihi. Sebelum makan, saya suruh dia snap gambar dulu....barulah best cerita dengan kawan-kawan nanti. Dia terus snap dan hantar kepada anak bujangnya di Sepanyol. Sib baik tak ajak dia buat selfie sekali...
Lepas ni, bolehlah ajak geng-geng cubicle pergi terjah tempat ni pulak.
Maafkan Daku
Saya percaya setiap orang berhak untuk diberi peluang kedua. Mungkin kita tak patut berhenti di situ sahaja. Mungkin saja kita boleh beri peluang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya kalau itu yang diperlukan. Bagaimana dengan kesilapan yang masih sering diulang-ulang? Bolehkah kita bersabar menerimanya? Pada saya ada jalan yang boleh kita ambil supaya tidak terus menjadi mangsa penganiayaan dalam apa jua perkara. Tidaklah memaafkan itu bermakna kita akur dan terima pengkhianatan. Kita beri kemaafan supaya dia boleh berubah. Kalau itu tidak mengubah apa-apa...hemmm...terpulanglah pada si pelaku. Pada saya , kita tak rugi apa-apa.
Semakin bertambah usia, semakin saya terpanggil untuk memaafkan siapa-siapa sahaja yang pernah saya anggap bagai pembuli dalam kehidupan ini. Namun, saya juga tidak dapat lari dari memikirkan bagaimana pula keadaannya dengan insan-insan yang pernah saya lukai secara sedar atau tidak sedar.
Saya risau kalau-kalau saya terlepas pandang. Manalah tahu kalau-kalau ada yang terbuku di mana-mana. Maklumlah...saya ni manusia biasa, tak sunyi daripada berbuat salah dan silap. Mungkin ada perkara yang pada saya remeh, tapi pada orang lain penting.
Teringat satu kisah suatu ketika dahulu di zaman matrikulasi. Saya ini ada ketika boleh tahan 'moody' nya. Bukan sengaja nak buat tapi selalu tak sedar benda tu berlaku. Di dalam kelas, saya duduk bersebelahan dengan seorang kawan satu negeri, orang Chemor. Dalam peristiwa pagi itu, entah kenapa saya buat endah tak endah dengan dia sedangkan dia ceria seperti biasa, bercerita dan bertanya sesuatu kepada saya. Menjelang tengahari , saya perasan rakan saya ini 'sepi' tidak seperti selalunya dan saya yang baru 'pulih' telah bertanyakan sesuatu yang membolehkan kawan saya tadi memulangkan paku buah keras. Katanya, "Jangan sampai mood tak elok awak tu menganggu orang lain". Errr??? Tergamam saya. Maklumlah, kawan saya ini baik orangnya dan kalau dia sampai cakap macam itu....aduh...apakah yang saya telah buat? Tentulah sikap moody saya itu telah mengguris hatinya. Rakan saya ternyata seorang sahabat yang baik sebab dia sanggup menegur perbuatan saya. Ada orang, dia tak tegur pun salah kita sebab nak jaga hati kononnya. Sebab tu walau bertahun lamanya, saya masih buat perangai tak semengah itu dek memikirkan itu bukanlah satu masalah besar dan people around me should just bear with me! Dan semenjak itu, walaupun kadang-kadang 'kepala' rasa tak betul, 'hati' rasa nak meradang...saya selalu ingat teguran rakan saya itu dan saya enggan menuruti perasaan. Hatta dalam keadaan tak best pun...paling koman saya paksakan diri tersenyum. Tak bercakap pun tak apa, adakalanya sungguh kita rasa tak 'selera' nak bercakap. Cukuplah memaniskan muka supaya tak serabut orang yang melihatnya.
Jadi, begitulah. Saya berazam untuk tidak menjebakkan diri saya dalam situasi yang menuntut saya untuk meminta maaf dengan orang lain. Ini termasuklah yang secara langsung mahupun tak langsung. Tak payahlah saya tumpang sekaki buat cerita/ ulang cerita/sebar cerita/tumpang dengar cerita-cerita orang lain yang saya pun tak kenal atas apa dasar sekalipun...politik pun tak mau. Ni bukan pasal nak dekat Ramadhan dah....yalah itu satu hal, hal yang lain ialah, diri ini amalan pun tak banyak...kalau ada pun tak seberapa. Kalau yang tak seberapa itu kena pula agih-agihkan kepada orang-orang yang saya telah sakiti hatinya (dan tak minta maaf)..banyak manalah akan tinggal untuk saya. Silap hari bulan saya muflis. Nauzubillah.
Dan saya maafkan semua orang yang ada menyakiti atau mengguris hati saya. Semuanya. Biar selesai hari ini, tak payah tunggu nak maafkan sebelum tidur ke...nak tunggu Raya ke...sebab saya tak pasti apakah saya akan hidup ketika itu. Harap kita tak buang masa nak selesaikan soal ini di akhirat nanti sebab saya sudah pun maafkan, tak payahlah kita nak berhitung kat sana...banyak benda lain lagi saya nak kena fikirkan...
Hidup ini memanglah sukar, tapi sesukar manapun ia...kita masih ada ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan selagi mana kita masih menjadi penghuni dunia. Tapi kalau kita tidak lagi menghuni dunia...nak cakap pun tak guna dah, orang kata sesal dahulu pendapatan...

Subscribe to:
Posts (Atom)