Friday, November 24, 2006
Boss, I Need A Lift!
Hari ini ada meeting kat Putrajaya. Bila bos tanya siapa nak drive? Aku kata bos la drive, ye lah, trauma tak habis lagi la. Kira jauh jugak nak pi Putrajaya ni...so, malaslah aku nak drive bawa passenger. Aku sorang tak pe! Setakat hari ini alhamdulillah, pemanduan aku lancar. Tapi banyak la aku tengok gelagat merbahaya segelintir pemandu. Bila nampak jer, mula la aku kecut perut. Paling banyak yang memotong secara melulu. Aku sekarang memang jaga jarak la, kalau berlaku apa-apa, harap-harap aku sempat elak. Besok, insyaallah, nak pergi Johor. Ada wedding sedara Abang. Mula ingat malas nak pergi, sebab balik hari kan...travel dengan budak2 lagi...mestila banyak kerenah dan ragam. Tapi kesian pulak sebab masa kitaorang kawin dulu, sedara ni datang. Masa adik ipar kawin pun diaorang datang jugak. So, ni 1st time dia kenduri, tak patut sangatlah kalau tak pergi, kan?
Wednesday, November 22, 2006
Peringatan Buat Yang Alpa
Hari ke-3 memandu ke tempat kerja selepas Tragedi Oktober. Perjalanan lancar, alhamdulillah. Memang cuba sebaik mungkin. Rasa nervous tu masih ada...biar ada , tak apa...sekurang-kurangnya ia akan sentiasa mengingatkan aku supaya berwaspada selalu dan memandu dengan baik. Kalau rasa selesa aja...takut nanti terleka dan ingat macam bagus pula...biasalah, manusia biasa...bila senang mula lupa Tuhan. Minta-minta aku sentiasa ingat untuk memohon pertolongan Allah, bukan sahaja dalam hal pemanduan tetapi segala aspek kehidupan.
Selepas Tragedi Oktober tu, aku dah hafal betul doa menaiki kenderaan, siap dengan maksudnya. Sebelum nie bukan tak tahu...tapi ambil lewa sahaja, jadi penghayatan kurang. Alhamdulillah, kena ingat apa yang dah berlaku itu adalah satu peringatan agar aku tidak lupa pada Allah yang telah memudahkan kehidupan kerja aku dengan adanya rezeki untuk beli kereta baru serta terbuka hati suami untuk benarkan aku memandu. Segala kemudahan yang diberi itu adalah menjadi tanggungjawab aku untuk memanfaatkannya sebaik mungkin.
Selepas Tragedi Oktober tu, aku dah hafal betul doa menaiki kenderaan, siap dengan maksudnya. Sebelum nie bukan tak tahu...tapi ambil lewa sahaja, jadi penghayatan kurang. Alhamdulillah, kena ingat apa yang dah berlaku itu adalah satu peringatan agar aku tidak lupa pada Allah yang telah memudahkan kehidupan kerja aku dengan adanya rezeki untuk beli kereta baru serta terbuka hati suami untuk benarkan aku memandu. Segala kemudahan yang diberi itu adalah menjadi tanggungjawab aku untuk memanfaatkannya sebaik mungkin.
Monday, November 20, 2006
Back On The Road
First thing first...I'm back on the road! Huh...it's like going to school for SPM's first paper. I am quite nervous. I drive pretty slow...(actually...very slow...heh...heh...). I need to get used to the car first...I've not driving for a month, okay! Gimme a break!!! Must also take into consideration that I am quite a new driver...although my license is 6 yrs old this year. Plus, I've just had a bad experience...so, I guess it'll take some time to build my confidence. I took longer time just to do the reverse parking...heck...actually, that is quite a difficult spot-not my usual place...kind of narrow and the wall look gigantic...(he...he...trust me, no trick!). Anyway....I reach the office safe and sound. Thank you, Allah.
I think the timing (back to driving) is quite good. 1st...it's the longest school holiday period now...so, the traffic is quite smooth. 2nd, my mother-in-law came to babysit my sons at my house instead of me sending them over to hers. The reason is due to the house being under re-construction (termite problem). The landowner is replacing the wooden parts of the house with bricks...so, the house is now in a mess. I've even had to take extra leave last week because she has no space left to babysit my kids. So, all in all, these two situations enable me to drive peacefully to work today. I really hope to keep a good driving record after my bad experience...I'll try to set one for a 5 years period (at least!). Insyaallah.
Thursday, November 09, 2006
Tips On Dealing With Road Accident
Some tips for unexperienced driver (like me!) on dealing with road accident. Especially for first timer.
Traffic Accident - What to do next?
Traffic Accident - What to do next?
- Be calm and do not panic
- If there are injuries to any persons, call 999 for assistance
- If there are no injuries, move your vehicle to a safe area away from traffic, where possible.
- Note the names and addresses of the other driver(s) involved
- Note the model and vehicle registration number of the vehicle(s) involved
- Note names and addresses of witnesses, if any
- Sketch a simple diagram of the accident scene and the position of each vehicle right before and after the accident (Photos of the accident scene, if available, can be very helpful)
- Exchange information on the names of your respective insurance companies/takaful operators
- Do not discuss on whose fault it was. This may complicate handling of your claims
- If your vehicle needs to be towed, ensure that the vehicle will be sent to the correct workshop. Call your insurance company/takaful operator or its accident hotline number for the appropriate workshop
- Report the accident to the police promptly
- Inform your insurance company/takaful operator promptly even if you do not intend to make a claim. The third party involved in the accident may make a claim against your insurance company/takaful operator which would cause you to lose your NCD
- Complete the claims form in full and include any additional relevant information. If in doubt, ask your insurance company/takaful operator for advice
Desperate Driver
I really want to avoid accident in the future (Insyaallah)...this, has been in my mind ever since the tragic day. Life with no car is like KFC without its original recipe...:). I can't bear the Putra LRT anymore...it's service has been deteriorating lately...I am sure Putra makes a lot of money. There's so many passengers nowadays I have to let go few trains before I manage to squeeze in...and there's still not enough room. Imagine this scenario...a crowded coach without aircond...you and other are sweating...and the smell...urghhh...I wonder how those who need to travel all the way to Wangsa Maju survived? My car...my gorgeous Atos Prima Special Edition with FIFA logo....I want my car back!!!
Pemanduan Dalam Hujan - Pasanglah Lampu!!!
Satu lagi pendapat menarik oleh forumer Utusan Malaysia terbitan 9 November 2006.
Mengapa lampu kereta tidak dipasang waktu hujan?
SEKARANG musim hujan, termasuk di Lembah Klang. Mulai tengah hari keadaan di jalan raya kerap gelap, tetapi masih ramai pemandu yang tidak memasang lampu. Saya tidak faham mengapa pemandu di Malaysia susah sangat memasang lampu kenderaan mereka. Adakah mereka beranggapan kuasa bateri akan lekas habis? Kuasa bateri hanya digunakan untuk menghidupkan enjin dan apabila enjin hidup, maka alternator yang akan menjana kuasa lampu dan sebagainya. Andainya bateri yang terus diguna untuk menjana kuasa, apa sangat nilainya dibandingkan dengan harga nyawa atau kereta remuk akibat kemalangan.
Barangkali pemandu yang tidak suka memasang lampu ini beranggapan bahawa selagi mereka boleh nampak jalan, maka lampu tidak perlu dipasang kerana tiada faedahnya. Tujuan memasang lampu ketika cuaca suram atau gelap ialah supaya pemandu kenderaan lain nampak jelas kenderaan kita bagi menghindarkan kemalangan. Sebab itulah motosikal diwajibkan memasang lampu sepanjang masa, tidak kira siang atau malam. Memasang lampu ketika cuaca suram atau gelap sama ada kerana hujan atau hampir malam adalah untuk keselamatan semua pengguna jalan raya.
Cuba bayangkan anda sedang memandu kereta di lorong kanan di jalan sehala dua atau tiga lorong. Tanpa memasang lampu, ada kemungkinan kenderaan yang berada di lorong tengah atau kiri tidak nampak kereta anda yang berada di sebelah kanan. Apa akan jadi jika kereta itu tiba-tiba masuk ke lorong kanan kerana tidak melihat kedatangan kereta anda di cermin sisinya disebabkan cuaca gelap? Pastinya kemalangan akan berlaku. Di jalan selorong dua hala (jalan negeri), kemalangan lebih mudah berlaku jika anda tidak memasang lampu ketika hujan.Kenderaan yang memasang lampu ketika hujan akan dapat dilihat dari jarak beratus-ratus meter, sebaliknya kenderaan tidak berlampu hanya akan disedari setelah berada terlalu dekat.Begitu juga ketika negara dilanda jerebu yang nampak gayanya telah menjadi fenomena tahunan, sama seperti musim tengkujuh.
Masih ramai yang tidak memasang lampu kenderaan walaupun daya penglihatan sangat buruk.
Oleh itu, pasanglah lampu kenderaan anda apabila hujan atau berjerebu walaupun masih tidak begitu gelap. Ini adalah tindakan yang bijak, tanpa mengira kereta anda kecil atau besar.Saya juga berharap perkara ini diberi penekanan dalam latihan memandu di sekolah memandu. Ciri keselamatan hendaklah diberi penekanan supaya menjadi tabiat, bukan sekadar untuk dapat lesen memandu sahaja.
– MATA KELABU,
Kajang, Selangor.
Tuesday, November 07, 2006
Pemanduan Berhemah
Tertarik dengan catatan seorang pengirim di ruangan pendapat Forum Utusan Malaysia hari ini. Bayangkan pengalaman memandu 35 tahun dan belum pernah terbabit dalam kemalangan (mungkin sipi-sipi tu adalah kot...tapi x melibatkan kematian laaa...nauzubillah!), memang mengagumkan. Boleh panggil bagi ceramah keselamatan jalan raya dan cara-cara menjadi pemandu yang berhemah. Rasanya ini bukan kes masuk bakul angkat sendiri tapi ini kisah benar dan patut diberi penghargaan. Sokong sangat dengan pendapatnya, selalu yang laju nie keta kecil. Keta ATOS saya tak laju encik...pasal 1.1 jer pun...nak bawak laju pun gegar(tapi ter'kemalangan' jugak...uwaaaaaa.....)
Kereta Kancil jangan berlagak macam BMW
IZINKAN saya menambah kepada tulisan Pakcik MMA Junior, Banting mengenai pemanduan lambat penyebab kemalangan. Bagi saya, laju atau lambat bukan penyebab kemalangan.
Salahkan diri sendiri. Saya memiliki lesen memandu sejak 35 tahun yang lalu. Bukannya saya mendabik dada tetapi saya bersyukur kerana saya tidak pernah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan nyawa.
Saya bukannya ‘pemandu gila’, tetapi pada awal 90-an saya pernah memandu dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dalam masa 5 1/2 jam sahaja. Saya berhenti di Lipis sekitar 15 minit untuk mengisi minyak.
Bagaimana saya memandu. Saya berikan petua untuk memandu.
* Kenali kereta anda, maksudnya ketahuilah kereta anda. Kalau kereta besar mungkin lebarnya sekitar 4 1/2 kaki. Kalau kereta kecil mungkin lebarnya 3 1/2 atau 4 kaki. (kalau besor tu...bertimbang rasa sket kat keta kecik tu...jangan nak berlagak)
* Kenali kemampuannya. Kancil jangan berlagak macam BMW. (yang kecik pulak...bak kata orang tu, cermin diri dulu...macam keta aku gak laaaa)
* Kenali jalan yang dilalui. Jalan kampung atau jalan besar? Jalan 12 kaki atau jalan 16 kaki atau lebuh raya?(kalau jalan kampung, janganlah bawak cam highway...kang terlanggor kobau...nayooo)
* Kenali diri anda. Pastikan anda sihat, segar dan sempurna sewaktu memandu. Jangan mengantuk atau di bawah kawalan bahan terlarang.( kalau mengantuk...berhenti kat tempat yang sesuai dan tido...tak pun rancangkan pemanduan di masa lain)
* Yakin. Yakin pada diri sendiri. Jangan teragak-agak atau mamai.(fokus...fokus...jangan tak fokus!!!)
–MOHD OLWI MISPARI,
Kuala Lumpur.
(Yang kaler ungu tu...sajalah...ulasan selari Aku, buat nasi tambah kepada tulisan Encik Olwi yang sangat ringkas dan padat tu)
Kereta Kancil jangan berlagak macam BMW
IZINKAN saya menambah kepada tulisan Pakcik MMA Junior, Banting mengenai pemanduan lambat penyebab kemalangan. Bagi saya, laju atau lambat bukan penyebab kemalangan.
Salahkan diri sendiri. Saya memiliki lesen memandu sejak 35 tahun yang lalu. Bukannya saya mendabik dada tetapi saya bersyukur kerana saya tidak pernah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan nyawa.
Saya bukannya ‘pemandu gila’, tetapi pada awal 90-an saya pernah memandu dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dalam masa 5 1/2 jam sahaja. Saya berhenti di Lipis sekitar 15 minit untuk mengisi minyak.
Bagaimana saya memandu. Saya berikan petua untuk memandu.
* Kenali kereta anda, maksudnya ketahuilah kereta anda. Kalau kereta besar mungkin lebarnya sekitar 4 1/2 kaki. Kalau kereta kecil mungkin lebarnya 3 1/2 atau 4 kaki. (kalau besor tu...bertimbang rasa sket kat keta kecik tu...jangan nak berlagak)
* Kenali kemampuannya. Kancil jangan berlagak macam BMW. (yang kecik pulak...bak kata orang tu, cermin diri dulu...macam keta aku gak laaaa)
* Kenali jalan yang dilalui. Jalan kampung atau jalan besar? Jalan 12 kaki atau jalan 16 kaki atau lebuh raya?(kalau jalan kampung, janganlah bawak cam highway...kang terlanggor kobau...nayooo)
* Kenali diri anda. Pastikan anda sihat, segar dan sempurna sewaktu memandu. Jangan mengantuk atau di bawah kawalan bahan terlarang.( kalau mengantuk...berhenti kat tempat yang sesuai dan tido...tak pun rancangkan pemanduan di masa lain)
* Yakin. Yakin pada diri sendiri. Jangan teragak-agak atau mamai.(fokus...fokus...jangan tak fokus!!!)
–MOHD OLWI MISPARI,
Kuala Lumpur.
(Yang kaler ungu tu...sajalah...ulasan selari Aku, buat nasi tambah kepada tulisan Encik Olwi yang sangat ringkas dan padat tu)
Hilang Kawalan Ketika Memandu
Masalah hilang kawalan semasa memandu adalah antara faktor terpenting yang membawa kepada kemalangan jalan raya. Salah satu contoh, ialah apa yang terjadi dalam kes kemalangan maut di Sabah ini yang telah dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 November 2006 (Selasa).
"Sepasang suami isteri maut sementara lima lagi cedera parah dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 91 di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang terbunuh ialah Badri Lasaini, 58, dan isterinya yang hanya dikenali sebagai Rasani, 40-an. Lima yang mengalami cedera parah ialah tiga penumpang kereta berkenaan serta pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda terbabit. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Supritendan Jaini Abd. Kadir berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada kereta yang dipandu oleh Badri hilang kawalan. Katanya, kereta jenis Proton Iswara itu yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Lahad Datu, hilang kawalan ketika melalui jalan tersebut. ‘‘Pada mulanya kereta itu terbabas ke kiri jalan tetapi semasa hendak membetulkan laluan semula, ia tiba-tiba memasuki arah bertentangan.
‘‘Akibat daripada itu, kereta berkenaan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero dari arah hadapan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, akibat daripada pertembungan itu, kereta tersebut berpusing beberapa kali sebelum terputus dua. Katanya, penumpang di sebelah pemandu mati di tempat kejadian manakala pemandunya pula mati di hospital berdekatan kira-kira pukul 2 petang semasa menerima rawatan. ".
Harap berita ini menjadi satu peringatan kepada diriku sendiri dan sesiapa yang mengunjungi blog ini. Dalam apa keadaan jua, jangan hilang kawalan semasa memandu. Memanglah kita manusia biasa tidak dapat menolak takdir, tapi kita boleh mengambil langkah-langkah wajar untuk berusaha mengelakkannya. Selebihnya, berdoa pada Yang Maha Esa. Hilang kawalan semasa memandu ini boleh disebabkan perkara-perkara berikut :
- Tidak fokus kepada pemanduan (mungkin terganggu oleh keadaan persekitaran...mungkin juga mata asyik melilau ke sana-sini...cuci mata kot!!!)
- Gangguan emosi seperti memandu dalam keadaan marah atau tertekan
- Gangguan lain seperti rasa lapar sangat, nak buang air dan sebagainya juga boleh menyebabkan pemandu hilang fokus pada pemanduan.
- Telefon bimbit....yang ini memang selalu sangat diamalkan oleh pemandu kat Malaysia ni. Tak payah lah nak bercakap kat telefon masa memandu. yang bersms pun ramai...mana nak tengok hadapan, mana nak tengok skrin hp...kan bahaya tu!
- Terlebih berbual??? jangan kata tak...iyaaa...mana tau, asyik nye berborak sampai terlupa simpang ke, terlupa nak berhenti ke...bila tersedar buat tindakan drastik membrek ke, membelok ke...naya jugak tu!!!
- Terlebih bergurau??? macam kelakar...tapi mungkin jugak. Asyik dok bergelak ketawa, bertepuk tampar dengan penumpang kat sebelah tu (nak-nak pasangan kekasih)...ingat nak hentak kaki, tetapi terhentak kat pedal minyak ke...terus hilang kawalan...
Banyak lagi rasanya kalau diperhalusi satu persatu. Itulah, nak ingatkan diri sendiri jugak...(time nie bolehlah nak ingatkan...tapi kalau dah time nak jadi tu...wallahualam la nak ingat ke tak)..janganlah panik tak tentu pasal macam kes aku itu hari. Menyesal kemudian tak guna tau...huhuhu....!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)