Monday, June 29, 2009

Surfing Time!

Naik berpinau jugak le bijik mata dok surfing since pagi tadi. Pasal isu FTA inilah. Walaupun Aku major in International Business masa belajar dulu, makan masa jugaklah nak korek balik semua ilmu...ha...ha...ha...hampeh! Lagipun time tu GATS pun masih baru setahun jagung dan tak banyak rundingan dua hala berlangsung, sebaliknya hanya banyak fokus kepada kerjasama ekonomi yang begitu basic.

Jadi sekarang, Aku kenalah start menghimpun maklumat untuk lebih memahami sejauh mana komitmen Malaysia dalam hal cross-border trade ini. Setiap satunya memberi kesan kepada satu yang lain. Bukan itu sahaja, perkembangan semasa turut menuntut Aku melihat kepada bab-bab lain yang berkaitan, termasuklah IPR...aduiiiii...fenin-fenin! "You kena baca semua tau, jangan fokus pada telekomunikasi sahaja" saran big boss Aku. Alamak! Bukan senang nak go through materials yang berlambak ni dalam masa yang singkat. Terpaksalah Aku browse sana-sini untuk dapatkan kefahaman untuk terma-terma yang digunapakai dalam perjanjian. Pulak tu nak kena buat perbandingan, lain negara lainlah dia punya situasi. Tentulah lain pendekatan. Lain pula text yang digunakan. Mana satu yang paling bagus untuk jadi ikutan?

Masa Aku belajar dulu memang Aku dah tahu, liberalisasi pasaran bukanlah suatu yang boleh dielakkan. Kalau tak cepat, lambat...berdengkut-dengkut pun ia akan datang menghampiri kita. Tapi dari dulu sampai sekarang pun kita bersikap tunggu dan lihat. Tak buat apa-apa juga. Bila dah nak terjerat, barulah sibuk nak cari muslihat. Kalau yang berwawasan tak pe jugak...ini yang sokmonya was-was. Hari ini decide lain, hari esok decide lain.

Dan nak cari maklumat untuk puaskan hati semua pihak...supaya orang tak kata kita tak ambil tahu apa yang berlaku...padahal masa kita tahu dan kita tak mahu, orang buat tak tahu menahu sahaja...sekarang semua sibuk mahu ambil tahu...dunia...dunia...pi mai pi mai tang tu juga!

Tak Kenal...

Dulu-dulu Aku selalu risau apa tanggapan orang pada Aku. Kalau boleh nak meet all the expectation je, paling hendak bekerjasama. Tak mau orang susah kerana kita. Tak kisahlah walaupun ada yang mengambil kesempatan.

Sekarang, Aku masih berpegang pada nilai yang sama. Tapi sudah ada banyak kelonggaran. Misalnya, kalau orang cakap kasar sikit Aku akan tersentap. Sekarang pun ada rasa begitu lagi, tapi modus operandinya sudah sedikit berbeza. Jadi bila ada rasa kecil hati sikit, Aku letakkan perasaan itu di luar. Orang tidak boleh buat Aku sedih. Kalau Aku benarkan, betapa berkuasanya mereka! Aku lebih senang bo layan. Apa-apa hal habis dekat sini, malas nak transit dalam hati. Lagi pun kau siapa???

Cuma Aku peliklah dengan perangai sesetengah orang tu. Kenal pun tidak tapi dah ada simpan persepsi terhadap kita. Tapi sebab Aku dah lali dan mangli dengan keadaan ini, Aku buat tak peduli saja. Nasib kaulah kalau kau rasa Aku sombong. Aku tak perlu menawarkan sebarang penjelasan.

Di pihak Aku, Aku tak kisah. Aku tak labelkan kau apa-apa. Terpulanglah. Dan Aku pun tak akan kata kau apa-apa pasal sungguh Aku tak kenal siapa kau. Selagi tak kacau Aku, Aku anggap kau tak ada kena mengena dengan kegiatan Aku.

Saturday, June 27, 2009

Balik Kampung

Setelah lebih 30 tahun mencari rezeki di Kuala Lumpur ini, hari ini ayah dan mak mertua Aku dengan rasminya berpindah untuk menetap di kampung asal mereka.



Sebuah trak polis digunakan untuk mengangkut saki baki barang rumah yang masih tinggal, terutamanya yang jenis almari, peti ais dan dapur. Kebanyakan barang lain sudah pun dibawa sedikit demi sedikit setiap kali mereka pulang ke kampung sebaik rumah baru siap.



Mak Aku masak bihun goreng, donat dan serabai untuk menjamu jiran tetangga yang datang menyumbang kudrat. Sebelum pukul 10 pagi semua kerja dan selesai.



Lepas ini, kena mula buat sistem penggiliranlah nampak gayanya. Kalau dulu istilah balik kampung hanya terpakai untuk kampung kat Perak tu, sekarang ni dah kena iktiraflah kewujudan kampung satu lagi.

Friday, June 26, 2009

Khazanah

Pagi tadi Aku ke Khazanah Nasional yang terletak di Menara 2, KLCC. Aku keluar awal dari rumah. Pergi office dulu untuk dapatkan tempat parking. Lepas tu naik lrt ke KLCC. Pertama kali memasuki Menara 2. Masa nak naik lift giliran Aku tercangak-cangak. Selalu Aku gelakkan orang luar yang kerap terkeliru dengan sistem double-deck di Menara TM. Hari ni Aku kena! Ha..ha...padan muka Aku. Nasib baik ada seorang wanita berbangsa Cina membantu memberi panduan. Lift yang Aku naiki itu terasa lebih laju. Dan yang bestnya suara yang digunakan menggunakan bahasa Melayu. "Naik" "Tingkat tiga puluh tiga" Waaa! Kagum jugaklah! Kat tempat Aku lift tu cakap omputih. "Going up" "Serving upper deck" Sempat jugalah mata liar Aku ini memerhati sekeliling. 

Bilik-bilik dinamakan dengan nama berunsur kemelayuan. Dan yang bestnya ialah pertemuan berlangsung di bilik perpustakaan. Memang gatal jer tangan nak usik buku kat sana.

 

Sebenarnya ada banyak bahan bacaan yang lebih sesuai dengan bidang pekerjaan sekarang, tapi Aku lebih dulu nampak rak ini dan sangat tertarik dengan koleksi yang ada.

   

 


















Ikutkan Aku nak duduk jer membelek apa yang ada kat sini masa coffee break. Tapi kang, ketara sangat anti-sosial Aku tu heh...heh...jadi Aku ketepikanlah keinginan membelek buku ini.Rasa nak pinjam jer...hish! Tak sangka, di sebalik kemodenan rupa fizikal, ada nilai-nilai bangsa yang masih terpelihara. Aku pulang dengan persepsi yang baru dan bersemangat nak datang lagi :)

   

 (Woi!Woi! Orang hantar kau ke sana suruh buat benda lain...yang kau pergi melencong dan jadi sentimental bukan-bukan tu apasal haaa...???) ;)

Makan Malam @ Menara KL

Malam semalam ada majlis makan malam(berapa banyak malam daaaa???)berlangsung di Menara KL. TM menjadi tuan rumah. Memandangkan boss masih cuti sakit, maka Aku pun turun buat meramaikan majlis. Oleh kerana majilis bermula jam 8.00, maka Aku pun memecut balik dulu untuk tukar baju. Almaklumlah, last minute tahu kena pergi. Nasib baiklah rumah dekat. Tapi sebetulnya memang nak balik juga, nak simpan kereta. Lepas tu paksa secretariat (satu-satunya!) iaitu Rosebud untuk jemput dan drive Aku ke sana...wakakaka...! Sorry la Rosebud, wa memang blur jalan nak pi sana. Sokmonya orang hantar.



Acara pertama selaku tuan rumah ialah mempromosikan Menara KL menerusi tayangan video pembinaan menara telekomunikasi ke-4 tertinggi dunia dan disusuli dengan acara ucap-ucapan. Delegasi PNG yang diraikan itu dalam ucapannya sebelum makan 'merungut' tentang acara makan-makan sepanjang berada di Malaysia...pinggang dia dah makin melebar katanya...ha...ha...ha...standard lah tu, Malaysian hospitality!



Lepas berucap terus naik ke restoran berputar untuk jamuan makan malam. Kitaorang siap cari geng ha..ha..ha...anti-sosial betullah! Selagi tak terdesak, cari peluanglah...kalau dah terpaksa, buat ajelah!



Ini pinggan Rosebud. Kitaorang makan simple je...makin lama makin tak berbaloi dibawa makan buffet. Masa bujang dulu ingat lagi betapa enjoy menghadiri function yang selalunya ada jamu-jamuan ha...ha...Lagipun Aku puasa...biasalah bila berbuka, tak banyak manapun mampu jamah. Makan sikit dah kenyang.



Okey, saat yang ditunggu-tunggu...berucap sudah, makan sudah, bertukar-tukar kad pun sudah...maka inilah masanya kita balik...he...he...he..Legaaaa!



Aisey! Terlupa nak singgah kedai souvenir. Masa keluar dah tutup pun. Emmm...bila nak sampai secara sukarela tak tahulah!

Thursday, June 25, 2009

Anti-Social?

I told a friend about yesterday program and how I ended up reading book during two coffee break session and lunch. Jokingly she said, "Kau ni anti-sosiallah!"

Well???

Err...I don't quite know how to respond. Because she's damned right! In such a way, I must admit that I could be quite 'cold' sometimes (blame the planetary position at that time...ha! ha! ha!).

This has been bothering me as long as I can remember. My line of work, especially now, does not allow me to continue with this. I can pretend enjoying all these going around meeting people, saying words I don't really mean, laughing along at joke I don't quite get and the list would go on...Honestly, I am tired of pretending. I think this is the biggest contribution to the decline in my job satisfaction.

Some conversation were just so dull I wish I was somewhere else. But all the time I would have to smile and be enthused.

I wish it's just plain work. No need for the extra skills. Things should be as clear as black and white. But the truth is not always so straight forward. Like they said, you need to know who's who to move around. Hence, you need to be surrounded with the 'right people'. And the 'right people', more than often , are just pain in the ass!

Wednesday, June 24, 2009

Sehari Di Kajang

Hari ini satu hari Aku berkampung kat Residence Hotel, UNITEN. Ada forum agensi dan jabatan kerajaan berhubung penggunaan sms sebagai satu cara menambahbaik perkhidmatan awam.

Masa datang tu, Aku sesat 10 minit sebab terlanjur masuk Kajang. Ceh! Rupa-rupanya lepas keluar tol Kajang tu patut terus belok kanan. Padahal dah selalu lalu bila ke Putrajaya/Cyberjaya. Cuma Aku tak perasan la akan signboard kat situ. Aku masuk 1st entrance UNITEN dan terus tanya Pak Guard. Jalan terus. Lepas terowong, masuk kiri. Pergh! terus sampai. Parking dah penuh masa tu. Nasib baik Aku dah baca doa 'parking' sebelum sampai, dalam Aku dok berlegar-legar ada satu kereta keluar...aiiii...canteekkkk!!!

Aku sebenarnya menggantikan Rosebud. Rosebud sepatutnya menggantikan Bad. Bad pula sepatutnya mewakili GM, tapi GM ada event kat KK. Lepas tu Bad pula ambil urgent leave. Manakala Rosebud terperangkap dengan meeting yang dia kena panggil dan-dan tu jugak. Lalu Aku kenalah terima baton yang diserahkan itu.

Sebagai bidan terjun, Aku bukan sahaja tak arif dengan lokasi tempat tu tapi juga tak berapa tahu pasal benda yang dianjurkan ini. Difahamkan penglibatan TM pun masih sangat baru berbanding operator lain. Di tambah pula dengan muka-muka yang Aku tak kenal, maka semakin terasa 'sesat' kat situ.

Kebetulan pula Aku puasa hari ini. Jadi, Aku tak dapat join acara makan -makan untuk menambah kenalan. Kebanyakan kakitangan kerajaan hadir berkawan-kawan, jadi diaorang tak berapa terdesak untuk beramah mesra selain dengan kawan-kawan diaorang. Jadilah Aku bak 'kera sumbang' kat situ.

Dan urusetia program pun sedikit kucar-kacir. Macam tak bersedia sahaja. Masalah sistem PA, masalah mikrofon yang asyik melorot ke bawah, masalah tayangan video yang tak menjadi...hemm...bunyi pinggan mangkuk serta sudu garpu berlaga...sungguh-sungguh mengganggu. Kenapalah tak tinjau dulu di mana lokasi ini...sesuai atau tidak? Bersebelahan cafetaria...bayangkanlah! Dengan gurau senda pekerja-pekerja jelas kedengaran.

Oh ya, sepatutnya Rosebud kata Aku datang untuk ambil hadiah penghargaan bagi pihak syarikat. Masa mendaftar, Aku dah maklumkan pada sekretariat. Tapi macam acuh tak acuh saja. Tak kanlah Aku nak memekik terlolong kat situ berlagak diva pulak, kan? Majlis orang. Ikut ajerlah. Tentulah mereka ada ambilkira bab wakil diganti wakil ini. Masa penyampaian anugerah dibuat, entah dari mana muncul geng industri. Pun orang besarlah berbanding Aku yang bilis ni. Dan masa Aku bersiap sedia bila nama syarikat diumum, sekali rupanya sekretariat dah sediakan orang dia untuk ambil. Laaa...Aku pun tak sampai hati nak malukan diaorang, tak apalah. Setakat nak ambil cenderamata tanda kita bekerjasama itu, siapapun boleh ambil.

Jadi bila selesai je, Aku pun angkat kaki le. Masa nak keluar balik, gabra la jugak, pasal tak pasti nak ikut jalan mana. Sekali Aku ambil pendekatan mengekori kereta bernombor plet KL...ha...ha...terbukti berkesan. Agaknya Aku memandu laju kot, dalam 30 minit dah hampir sampai rumah...heheheh...

Oh ya, Aku ada terfikir jugak hikmah di sebalik kehadiran Aku di sini. Since kekecohan semalam yang telah menaikkan darjah ketidaksabaran Aku, Aku memang perlu diasingkan sekejap dari environment itu untuk bermuhasabah diri kot. Apatah lagi dalam keadaan berpuasa ni. Kalau Aku masuk opis, mau kurus puasa Aku kalau bara semalam masih bersisa...hehehe...ada-ada aje!

Tuesday, June 23, 2009

Alkisah Cari Makan

"Saya kerja kira bulu kambing, pak cik"
Ih! Ih! Ih!
"Kerja saya sangat berat, Pakcik. Siang malam tak boleh tidur"
"Apa kerjanya tu nak?"
"Tunggu ayam jantan bertelor!"
"Aii..kerja saya berbahaya.."
"Kerja apa tu, nak Sudin?"
"Kerja sambung ekor beruang!"
"Ih!Ih!Ih! Kenapalah dicari kerja yang berat-berat!"

Heheh! Begitulah antara contoh-contoh pekerjaan yang 'berat' dan sia-sia. Ha..ha..Bunyinya macam sungguh-sungguh tapi hakikatnya auta sahaja.

Memang seronok mereka-reka kerja. Tambah seronok kalau rekaan itu menjadi. Bukan sepenuhnya salah si penyandang jawatan, kalau tidak diciptakan kotak, manakan dapat tempatnya...opppsss!!!

Jadilah dialog-dialog sebegini.

"Ente kerja apa daaa?"
"Ana kerja dekat itu syarikat busat lah, selupa gelegasi...lagi manyak untung!"
"Ooo...ente kerja sangat penting lah. Apa ente punya kerja"
"Ooo...ana punya kerja memang sangat penting. Ana buat itu kertas kerja, proposal lah...sana-sini ana hantar...nama ana merata-rata, semua orang kenal ana"
"Wah! Ente satu orang bikin ka? Ente sangat hebat"
"Ana satu orang mana boleh bikin semua. Ana panggil orang kumpul. Ana ceduk sana, ana ceduk sini. Hujung-hujung nama Ana yang naik. Hujung tahun Ana satu orang mesti dapat bagus punya prestasi. Itu macamlah"
"Aikkk...selupa macam kerja posmen saja?"
"Ente cakap baik-baik aaa...ana selupa macam itu konsultan tau!"

Ih! Ih! Ih!

Sunday, June 21, 2009

Cuti-cuti Makan Durian

Hari Sabtu - kami sekeluarga mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk turun ke Melaka, menjengah kampung halaman di sebelah sana...ha...ha...dengarnya buah durian sedang galak gugur jadi memang kena pada masanya.

Hoh...bila dah sampai tu, teruslah buat acara mengopek buah durian. Aku tak lah pakar sangat, tapi sebab memang suka makan durian kenalah pandai kopek, kan? Karang buat malu jer.



Huhuhu...terujanya tengok gaya "kucing tidur" ini. Kuning isinya, manis rasanya,lembut ditangan lunyai dimulut, tenggelam dalam perut...sodappp!!!



Lepas kopek buah, taruk dalam pinggan sebelum kena ngap...



Pokok-pokok durian mertua Aku yang agak menjadilah tahun ini.



Gambar ni mak cakap mesti taruk dalam blog. Kasi hantu durian yang kat Canberra tu tengok. har! har! har!



Mak tolong mertua Aku asingkan isi durian yang kurang elok untuk dijadikan tempoyak. Mak jugak sempat buat dua bekas lempok. Aku tak campur lah bab tempoyak, lempok dan sewaktu dengannya pasal Aku hanya makan durian dalam bentuk asalnya. jadi kalau buat bubur durian, pulut durian, serabai cicah kuah durian ke...memang kirim salam la jawabnya.



Buah yang gugur masa kami ada kat kampung tu. Seronok juga merasa mengutip buah.



Kat kaki lima belakang rumah tu ada lagi 2 longgok.



Budak-budak ni happy la ada geng nak main.



Nasiblah jarak perjalanan sejam saja. Kalau lama, lagilah susah nak hilang bau durian tu.

Alhamdulillah.

Saturday, June 20, 2009

Mari Bersenam

Ya...mari keluarkan peluh dan sihatkan badan. Badan sihat, otak cergas. Minda yang kuat datangnya dari badan yang sihat...boleh jadi pengerusi kempen galakan senaman seMalaysia nih...har...har...har...

Ini semua gara-gara Rosebudlah! Dia sudah beli satu cross trainer. First time guna sudah burn 60 kalori. Hish! Dengki lak rasanya. Aku rasa kalau nak beli benda-benda alah yang sewaktu dengannya kat rumah ni, memanglah tak sesuai. Pertama, dah tak banyak space yang tinggal. Meja komputer baru dan meja kerja ala pejabat kat bilik tu aje dah penuh ruang. Lagipun kang bukan maknya dapat guna, mesti berebut dengan budak-budak pasal diaorang ingat mainan diaorang. Last-last jadi tukun aje.Jadi....tak payahlah beli!

Dengan semangat tidak mahu mengalah cewah! (A.Z.pun dah dok sibuk ke gym!), pagi-pagi buta tadi Aku ajak mak ke Taman Tasik Titiwangsa. Ala! Dekat pun! Seronok jugaklah. Dapat regang-regangkan otot dan buat lenturan sket. Lari-lari anak itik jer pun. Tak berani nak go extreme, lama tak buat mende ni, kang lain yang dicari lain pulak yang dapat.

Yang bestnya, sambil menyelam minum air la pulak...panorama pagi walaupun agak berjerubu, tetap membuka ruang untuk si blogger ini.

Bulan dan bintang yang masih bersisa



Matahari yang baru hendak menjengah warga kota



Dan Aku yang tak sudah mengintai matahari...ha...ha..ha...



Semuanya memberikan inspirasi pada sebuah kehidupan



Hemmm...harumnya bau tanjung! Ku kutip dan ku genggam. Semuanya renyuk terlerai. Baunya melekat di tapak tangan.



Jangan hangat-hangat taik ayam sudah!

Friday, June 19, 2009

Sirap madu

Hari ini kami lunch kat Plaza Pantai. Sirapmadu tak ada sebab cuti bersempena nak bawa kereta avio dia ke pusat servis. Seperti biasa, Aku cenderung memesan sirap limau. Sambil layan pisang percuma hari Jumaat, geng yang ada pun bertukar-tukar nota kisah dan permasalahan semasa...heheh...

Aku hari ini makan mee hailam. Rasanya okay aje, tapi nak kasi kaw punya pasal Aku sudah taruk lebih kurang empat sudu besar sos cili...ha...ha...jadi memang syoklah layan sirap limau yang dingin dan masam-masam manis tu.

Yang bestnya ialah masa nak bayar makanan.

Aku dengan konfidennya menyebut, " Mee hailam" untuk menjawab pertanyaan "Makan?" dan bila ditanya "Minum?", Aku jawab, "Sirap Madu".

Lepas tu Aku tengok cashier tu terkial-kial mencari butang apa nak tekan kat mesin register dia tu...sebelum Aku segera menyelamatkan keadaan, 'Opppss...sirap limau!".

Terus USJ gelakkan Aku. Ha..ha...tak pasal-pasal teringat kat Sirapmadu pula. Nasib baik tak keluar gelaran-gelaran lain. Mana tau, kalau next time kat kedai buah Aku terminta, "cikumanis" ke pulak ke? Haru...haru....

Thursday, June 18, 2009

Masjid Jamek @ Lebuh Ampang

Dah lama tak melewati kawasan ini. Kebetulan lalu bukan waktu puncak, jadi tak adalah ramai sangat orang. Tak pernah pun ambil gambar masjid ni, jadi teringin pulak mengabadikannya dalam blog ini.

Pandangan dari platform lrt STAR



Sempat ambil masa tengah naik escalator ni.



Gambar di ambil dari tepi pengadang batu yang mendinding Sg. Gombak.



Kawasan tengah bandar yang paling banyak pokok kelapa...he..he...he...

Analogi Papan Senget

Berikutan posting Aku semalam, Sirapmadu telah mengenengahkan suatu kiasan yang buatkan kami sama-sama ketawa. Sebetulnya Aku terlebih dahulu berkongsi cerita tentang seseorang yang mengakui betapa peningnya mengikut rentak kerjanya sekarang. Tentang ketidakpuasan hati kerana sendiri tidak pasti dengan kehendak yang sering berubah-ubah. Sudahlah tiada bimbingan dan halatuju yang jelas. Kesudahannya, walaupun kerja yang diminta siap, si pekerja itu merasa ralat dengan hasilnya. Dia rasa macam tak cukup rencah yang digunakan. Tiada kepuasan kerja. Titik.

Lalu muncullah cerita papan senget itu.

Bermula dengan senarai pejuang kental yang dirasakan dapat bertahan lama. Siapakah mereka?
1. Mereka yang selalu seia dan sekata dengan bos
2. They don't just meet the requirement, but go beyond expectation...adooiiii...sakit telinga dengar ayat-ayat berbunga dan sepoi angin kipas!
3. Yang cantik, menarik, tertarik...kau memang da boom!

Tapi sebenarnya, yang paling penting sekali mestilah bersikap licik. Yang ada SWOT analisis dalam kepala. Pandai merebut peluang. Sentiasa terlihat bekerjasama. Tapi mengambil pendekatan yang mudah. Menyakinkan di permukaan. Terutamanya lulusan luar negeri. Semakin banyak anda bercakap Inggeris, walaupun dalam mesyuarat itu semua melayu totok...semakinlah anda akan dipandang tinggi walaupun entah apa-apa yang anda perkatakan.

Jadi, kata Sirapmadu..."Kau andaikanlah yang kau berdiri di atas sekeping papan gergasi. Dulu mungkin papan tu letaknya horizontal. Tetapi dek kerenah macam-macam orang, semakin ramai yang berdiri senget...maka semakin menyenget papan itu. Kau seorang pun menekan-nekan bagai nak rak untuk betulkan kedudukan papan itu. Sayangnya kudrat kau seorang tidak berupaya membetulkan keadaan".

Tambah Sirapmadu lagi, "Memandangkan semuanya dah senget, kau sengetkan ajerlah. Ikut ajerlah. Yang penting kita tahu apa yang kita buat dan kita buat apa yang dikehendaki...walaupun senget".

Lalu Aku pun menokok-tambah, "Senget pun sengetlah, janji Aku tak tergolek dog masuk dalam tong s*** itu...he...he...he..."

"Eh! Kalau terjatuhpun, kau make sure kau masih boleh bernafas. Jangan membabi buta menelan s***. Impak harus seminima mungkin".

Woiii...busuk punya orang!!!

My Public Transportation's Story

I was back using the lrt yesterday afternoon. Luckily, it was just for the purpose of attending a meeting at Maxis,KLCC. I know Jalan Ampang and I know where KLCC is. But, I am so used to lrt whenever frequenting this area that I doubt driving there would do me good. So, I took the trouble driving all the way from my office to Sentul STAR lrt station which is just nearby my house. I parked my car there having paid the RM3 fee...it was RM2 last year!

It was a hot afternoon and I was not really in the friendly mood, so, I did not expect to engage in any conversation. Furthermore, it was supposed to be a short travel distance from Sentul station to Masjid Jamek where I would have to change to Putra Line to reach KLCC. Once the train arrived, I chose the less crowded coach and sat quietly at the end of the cold, metallic bench memorizing the shortest route to Maxis. Rosebud told me to take the staircase immediately after the escalator that connect the station with Suria KLCC. If I miss that staircase, I must be ready to walk a little bit far...not today! not on my high heels! So, the concentration.

Suddenly, the passenger who sat on my right asked me this, "Excuse me. Which station is the nearest to HKL?". I turned my head to face the old version of Shah Rukh Khan (heheh!). Initially I found myself struggling to answer that simple question. I know where HKL is. Instead of giving him the direct answer he needed, I went along describing the Bulatan Pahang ha...ha...I don't realise that I've been away quite long from using public transportation. Once we reached PWTC, then only I managed to blurt out the name "Titiwangsa". I thought this uncle wanted to go there and I felt a bit guilty of not being able to give proper direction.

"No, I am just asking. Actually, I am going home to Cheras".

[ Aiyoh! So, you just wanted to test me la horrr??? Seemed like ice-breaking session to me!].

Within that shorter time, he asked me where I work and also what I do at Regulatory. I just went along, hoping to cover the first awkward moment and somehow quite enjoying the conversation (not that because he look like Shah Rukh Khan!). He's quite old and very soft spoken. Somehow reminded me of my English class tutor way back during Matriculation days.

"Are you of mixed parentage?" was the last question I received.

"I am a Malay. But, yes, I do have some Indian blood" to which he nodded enthusiastically.

"I thought so! You got some of the features" he said smilling. Luckily it was time to go, otherwise I would probably have to explain the family root and all. Anyway, the conversation just remind me of other conversations I had in the past whenever I use public transportation. It is not my habit talking to strangers but I don't know why I seemed to attract these conversations.

I remember one of my journey back home from UUM using Bumiwira Express, the direct bus travelling between Butterworth and Parit Buntar at that time. I met this young male in his 20s, wearing baju batik and songkok. He said he's from one sekolah pondok in this northern region. Initially he was quiet and shy. It was a 1 and 1/2 hour journey, so, eventually we did some talking and end up he's the one doing all the talking. He took the time explaining to me the philosophy of 'Alif'. And lots of other things. Then, when we were about to reach Parit Buntar, he said," I am hoping I could have someone like you as my wife", which made me stood very still. He went on lamenting, "I know I am not the suitable man for you. I have nothing. Besides, you are university student. We are not of the right match. Whoever your future husband is, he is indeed a very lucky man". I was left speechless.

Another conversation occured during a journey from Puduraya to Taman Tun. I was following a coursemate who was also TM's scholar to her aunt's house. We were in KL to settle some requirement regarding career placement. My Kelantanese friend was at that time very much less exposed to KL compared to me (after my previous adventurous visit few months before), so I took the lead. I told her at the Puduraya, "We must not be seen unsure, we must act as if we know this place. Otherwise, people will took advantage of us". We confidently took a cab. I told the taxi driver, "To Taman Tun Dr. Ismail, Jalan Setia Budi...please". Both of us did not utter a word until the taxi driver broke the silence, "Miss, I could not find the place". He's not familiar with that place...alamak! He started to ask for guidance. We both had no choice but to admit that we did not know the way to the house. We were scared as it was already nearing midnight. Luckily, the driver was a kind gentleman. He used his handphone to call my friend's aunt and eventually managed to find the way. He told the aunt, "Nasib baik diaorang jumpa saya, mak cik. Kalau dapat dekat orang lain, rasanya dah kena jual ni". And the next thing we knew he offered his service to take us to TM. We were just about to finish our subuh prayer the next day when the aunt told us, "Hey! Your taxi driver friend was already waiting outside". We asked him to join us for breakfast, but he said no. "I think we must make way now. There will be traffic jam if we don't move early". When we did follow his instruction, he actually use that ample time to stop by at a restaurant to give us roti canai treat. And had the gut to ask me out. "I can drive you to many places if you want. Do you want to see the zoo?".

Another unforgettable conversation was the one I had on a bus to UUM from KL. It was the trip back after the scary moment I had with another taxi driver in my previous posting. He started the conversation and I was just tried to be polite. Mom always said, "Bila merantau ke tempat orang, jangan berlagak sombong. Takut nanti orang marah, nanti orang apa-apakan kita. Biar ramai kawan, jangan cari musuh". It was okay until after Ipoh when he started to go overboard. I tried to change place when some passengers got down, but he use his leg to block me and warned me not to create a scene. And the bus was damned slow! For the rest of the journey, I totally ignored him and kept praying in my heart. My fear was whether or not I will be able to catch the last bus to Sintok. He said, "You know, it's very dark out there. I heard lots of story. You know what happened to women who travel alone in the bus? It will only be you, the driver and the bus conductor at the time like this...". Luckily when we arrived in Alor Setar, he stopped acting stupid and somehow turn into someone more caring. Wekkk!!! He followed me until I managed to get on the bus to UUM. I did not even turn to look at him. It was not only me on the bus. There's many other people. Oh! What an experience!

My experience does somehow make me a bit wary about getting into conversation with strangers. Hence, if possible, I'll just low my gaze or look away. Or been seen busy with something else. But, I also realise that if we look busy and don't pay much attention to the surrounding, we'll become easy target for snatch theft or pick pocket. I got complaint as well, "Anira, naik lrt tak pandang orang!" or "Woii...puas Aku lambai...buat tak nampak aje!". Sorryyyy!!!

Wednesday, June 17, 2009

Dulu dan Sekarang...Sama aje!!!

Satu demi satu pemimpin lama mencecah umur persaraan wajib. Ada yang menghantar email memberi maklum kepada semua. Bila ada yang kita kenal, terimbau juga kenangan lama.

Masa mula-mula masuk bekerja dulu, Aku sama macam budak-budak baru sekarang yang bersemangat mahu membawa perubahan. Teruja mahu menggunapakai segala ilmu yang dipelajari di alam pembelajaran dulu. Segala teori-teori pengurusan yang dipelajari kalau boleh mahu diterjemahkan. Kecemerlangan dan budaya pengurusan yang baik sebagaimana yang dipelajari melalui pelbagai kajian kes ke atas banyak syarikat antarabangsa dirasakan sedikit sebanyak tentulah ada dipraktikkan oleh organisasi yang tersohor ini.

Dan orang lama yang terkenal dengan gaya kepimpinan yang 'mesra' lagi mudah didekati ini adalah antara idola awal. Lalu teringat kepada sokongannya dan sikap prihatinnya di atas permasalahan dan cadangan yang Aku bangkitkan semasa kursus di Langkawi sepuluh tahun dahulu. Aku yakin, orang lama sepertinya telah lebih maklum dengan kepincangan yang terkesan oleh budak hingusan yang baru hendak belajar memahami sepak terajang dunia korporat ini. Tapi dia mendengar dengan raut muka yang jujur dan tidak pula menjanjikan apa-apa. Apapun Aku puas hati meluahkan apa yang terbuku.

Jadi, apabila hari ini beliau melangkah pergi, Aku teringat semula peristiwa itu. Sejujurnya tidak banyak yang berubah. Permainannya masih sama sahaja. Tidak ada banyak jalan yang telus dan lurus. Kamu siapa???

Entah bila kita akan benar-benar melantun dan berubah.

Tuesday, June 16, 2009

9 Lawan 1

Memanglah kami ini ada 9 nafsu, 1 akal aje. Tapi kalau sudah sendiri yang silap langkah, tak kan lah nak gunakan alasan ini untuk tutup kelemahan sendiri. Yelah, sebab kamu ada 9 akal dan cuma satu nafsu, maka itulah kamu diam membisu sampai tak balik rumah. Itu ke cara kamu mencari penyelesaian? Kalau kamu pergi bertapa kat gua sorang-sorang cari ilham, tak apelah jugak...ini kamu pergi bercanda di tepian pantai pula.

Saya tahu tak ada satu faedah pun saya dapat bila bercakap hal kamu ini. Kamu bukan adik saya pun untuk saya nasihatkan. Kenal pun tidak. Dan sebenarnya saya pun bukanlah kenal sangat kamu tu. Masa kamu tengah tip-top dulu pun saya tak kenal. Inikan pula masa suam-suam kuku. Saya cuma kenal imej kamu sesudah zaman gemilang kamu berlalu. Awalnya sejuk hati saya tengok kamu. Muda dan bersemangat. Bagus, ada generasi pelapis. Ke sana sini ramai yang ikuti program kamu. Kiranya sungguhlah murah rezeki yang Allah berikan pada kamu. Kamu dikenali semula dengan cara yang jauh lebih elok. Walau kamu tak melalak sampai nampak anak tekak, kamu tetap laku dengan pelbagai undangan ceramah.

Sayangnya kamu terlupa bahawasanya apa yang kamu perolehi itu adalah juga satu bentuk ujian. Ia menemukan kamu dengan pelbagai orang dan membuka ruang kesempatan. Kamu biarkan kesempatan itu singgah. Lalu jalinan rasa selama 2 tahun yang tersimpan itu semakin lama semakin terkesan. Semakin lama semakin menjadi buah mulut orang.

Sebenarnya saya fikir, kalau betul kamu ada 9 akal, sewajarnya kamu tidak membuka peluang itu. Dengan 9 akal kamu itu, kamu ada begitu banyak cara untuk menolaknya. Tapi barangkali pada masa itu, kamu belum terfikir untuk menggunakan 9 akal itu. Kamu ada logik yang lebih mudah. Sesiapapun boleh jatuh cinta. Kamu tidak terkecuali kerana kamu hanya manusia biasa.

Saya rasa kamu tidak akan terbelit dengan fitnah dunia ini kalau kamu bersikap telus dan tidak berdolak-dalik. Kalau kamu sudah sayangkan dia, kamu ambil sahaja jadi isteri kedua kamu. Apa masalahnya? Kamu beritahu semua orang. Lagipun, kamu kan ustaz...kamu pandai agama...dan lagi isteri pertama pun sudah izinkan. Tapi kamu tolak mentah-mentah. Kamu kata tak ada apa-apa. Yang di sinun pun macam itu juga. Dugaanlah. Tuhan sahaja yang tahulah. Tup tap tup tap, tersebar gambar-gambar itu. Dahlah pergi tengok wayang berdua. Kamu masih kata tak ada apa-apa??? Pelik betullah kamu ini!

Sekarang, kamu salahkan semua orang yang tak memahami kamu. Lalu kamu pun keluarkan hujah 9 akal, 1 nafsu itu. Makin meluat saya dengan kamu. Perkara yang mudah kamu susahkan. Saya cuma terkilan dengan pendekatan kamu. Kamu sama sahaja dengan kebanyakan yang lain, kalau dapat sembunyi...simpan sampai habis nyawa. Pelik! Pelik! Sanggup hidup dalam kecelaruan setiap masa. Itukah bahagia??? Pelik! Pelik!

Sudahlah, tak sangka saya habiskan satu posting untuk awak yang bukan siapa-siapa pun dalam hidup saya. Betullah, kan saya ada 9 nafsu...

Monday, June 15, 2009

Soal Jawab

Pada suatu hari...

Aku sedang membaca di sofa. Hisham pula melayan cerita kartun, dia suka channel 616. Kebetulan ada cerita The Pink Panther Show. Sesekali Aku melirik pandang ke kaca TV. Terlihatlah binatang berwarna biru dengan muncung panjang tengah menghendap busut semut.

"Binatang apa tu Hisham?" Aku bertanya.

"Itu aardvark lah ibu". Jawabnya tanpa menoleh.

Ingatkan dia nak jawab "anteater". Sekali bagi specific name lagi. Maaflah, Aku terasa terpegun juga dengan dia. Untung budak-budak zaman teknologi canggih ni. Aku dulu kalau baya ni mau tak melopong jer kalau orang sebut nama menatang tu. Tengok pun tak pernah.

Dan lagi, dia selalu jugak bagi Aku soalan cepu emas. Dulu-dulu Aku main jawab saja, sekarang ni kena ambil masa juga menjawab dengan agak berhemah. Baru-baru ini, sebaik pulang dari Canberra, kami sekeluarga keluar membeli barangan keperluan rumah. Cuaca sekarang memang agak panas, jadi masa dalam kereta tu tanpa sedar Aku pun berkipas-kipas sikit dengan hujung tudung sementara menanti air-cond kereta betul-betul terasa. Hisham memerhatikan Aku. Sekejap kemudian keluar soalan ini.

"Ibu, kenapa awak ini selalu suka tutup kepala? (Hisham cenderung buat ayat ala-ala kelas BM). Aku sengih-sengih dulu sebelum jawab.
"Ibu takut dengan Allah. Allah suruh ibu tutup kepala".
Dia terdiam sebentar. Lepas tu menyoal lagi.
"Tapi saya dengan Babah tak ada tutup kepala pun?"
"Awak dengan Babah lelaki. Ibu perempuan. Orang perempuan kena tutup kepala" (Paham ke dia ni? Belasah ajerlah! Nanti ke depan Aku explain lagilah pasal aurat )

Tak lama lepas Aku menjawab tu, dia pun bertanya lagi...
"Tapi kenapa perempuan Pak Cik Am tak tutup kepala pun?"
"Opppsss! " Terperanjat Aku. Wahhlawehhh! Dia dah start reasoning nih!

Aku tak ingat dengan terperinci apa yang Aku jawab. Tapi keluar jugaklah sedikit penerangan pasal kehidupan selepas mati. Ada jugak aku sebut pasal Mungkar dan Nangkir (siksaan kubur)...pasal dia memang baru jer belajar pasal nama-nama malaikat yang bersepuluh itu. Jadi, ada perkara yang dia pernah dengar ustaz/ustazah ajar dan Aku cubalah relate sikit-sikit di mana yang boleh.

Harap okaylah penjelasan Aku tu, pasal lepas tu dia diam tak tanya lagi.

Kalau nak galakkan anak-anak yang bersikap ingin tahu itu bertanya tak bolehlah buat macam orang tua dulu-dulu. Masa dulu, tanya sikit jer sure kena sound. Suruh diam. Jangan banyak cakap. Banyak cakap dikaitkan dengan bersikap melawan dan kurang ajar. Tapi kalau dah banyak bertanya, mak bapak kenalah sediakan jawapan yang sesuai. Jangan dek penat mulut menjawab, kita jawab sesuka hati dan ala kadar. Takut nanti anak buat kesimpulan yang salah pula. Kita pun cepat sangat menganggap, "Alah! Budak-budak...cakap ajerlah apa pun". Tapi cuba tengok, kadang-kadang bila kita explain dengan baik, walaupun bendanya nampak sukar...kita boleh nampak yang mereka boleh ikuti dan faham. Kita aja yang sengaja meletakkan limitasi tertentu. Konon belum cukup masanya atau kecil lagi.

Maaf cakaplah, bercakap memang senang. Tapi bila dah balik rumah, dengan badan yang letih, nak buat itu ini...acapkali Aku lekakan diaorang dengan benda-benda lain supaya Aku ada masa untuk buat apa yang patut. Kesian, kan?

Alahaiiii! Mencabar betullah!

Hari Pertama - Separuh Masa Kedua, 2009

Rasa kekok pula menyambung aktiviti blog pagi ini. Sama kekoknya dengan memandu keluar ke tempat kerja. Masuk pejabat pun rasa semacam. Padahal cuma 2 minggu je pun...he...he...he...

Masuk pagi ini terus semak email rasmi untuk pemberitahuan, panduan dan tindakan yang perlu. Alhamdulillah, tidak adalah menyebabkan tertangguhnya apa-apa kerja di mana-mana. Petang ini dah ada meeting. Dan Khamis ini ada sesi berkongsi 'kepakaran' pulak. Apa-apalah.

Ikut sahajalah rentak yang ditarikan tu. Agak-agak penat menari, kita rehatlah bila-bila patut. Dok fikir pening-peningkan kepala pun buat apa, ya tak?

Nasib baik tak ada yang bertanya soalan-soalan yang Aku tak hendak dengar...heheh...

Tapi tak kisah, kalau ada yang sudi bagi 'bola tanggung'...okey jerrr...

Wednesday, June 10, 2009

Hujan Emas Di Negeri Orang...

Hujan batu di negeri sendiri...tak apalah, hujan batu pun...:)

Memang seronok dapat berjalan-jalan bersama keluarga melihat negara orang. Banyak yang dapat dipelajari. Betullah kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman. Dan sebenarnya penat jugak walaupun seronok. Apa tidaknya, sepanjang berada di sana...keluar pagi, balik malam. Heheh...nasib baiklah ada orang nak bawakan.

Dan dengan kamera tak lekang ditangan, dapatlah diabadikan memori sepanjang di sana untuk rekod blog ini. Selain dari gambar-gambar keluarga, Aku juga tak lupa mengambil gambar-gambar pemandangan di sana. Beginilah keadaan dan suasana di sana sekitar 2-8 Jun yang lalu.

Sydney Harbour Bridge. Lepas ni kena snap gambor Penang Bridge pulak la kot...heheh...



Opera House. Parking kat dalam tu, masyaallah...berpusing-pusing, almaklumlah spiral...hujung-hujung baru dapat. Nasib baik tak pening terus.



Eh...kenapa ye, semacam sengetnya! Mengarutlah awak ni...itupun nak snap ke? Heheh...kalau boleh apa saja yang tertangkap dek mata , mahuku rakamkan semuanya.



Binaan manusia pun mengagumkan jugak. Apatah lagi yang semulajadi. Maha Suci Allah Yang Menciptakan segala sesuatu. Yang ini bangunan parlimen Canberra.



Sederet tiang bendera di hadapan bangunan parlimen.



Dari kejauhan samar kelihatan bangunan parlimen yang lama. Baru dan lama sama-sama dijaga untuk warisan generasi akan datang.



Ni lagi satu, bila dipandang dari padang hijau di depan bangunan parlimen Canberra.



Adalah sedikit binaan unik kat luar bangunan ni. Bukan apa pun, laluan air aje. The water is not fit for consumption. Gambar dekat terlihat seperti alunan ombak pula.



Di halaman bangunan ini juga terdapat satu binaan lukisan yang dicacahkan di lantai menyerupai lukisan kaum asli penduduk asal Australia ini.



Matahari mula hendak sembunyi meninggalkan hari saat kami berlalu pergi meninggalkan bangunan pegun yang suram dan sunyi...pergh!



Kami seronok bertemankan bunga-bunga mawar yang kelopaknya semakin rapuh tiap kali tersentuh di laman bangunan parlimen lama.



Wanita dan bunga, mana mungkin dipisahkan...eceh...ceh...ceh...



Berhadapan dengan bangunan parlimen lama ini, ada satu kawasan dataran yang cantik. Di sebelah sudut penjuru kiri terdapat beberapa khemah usang yang didirikan oleh kaum asli Australia yang memilih untuk 'berkampung' di situ. Khabarnya tapak dataran itu merupakan kawasan suci mereka.



Kami meninggalkan bangunan parlimen lama ini saat mentari semakin galak menyinarkan sisa warna jingganya sebelum melabuhkan tirai siang.



Bersiar-siar di kawasan taman juga sangat menyeronokkan. Alangkah baiknya jika cuaca tidak sebegitu lembab dan sejuk.



Pun begitu, cuaca bukanlah alasan untuk tidak menikmati apa yang sedang kita miliki. Hidup ini terlalu singkat untuk disesali dan ditangisi...err...apa kena mengena dengan posting ini???



Mujurlah gerimis tidak terus mengundang...



Jajaran pohon-pohon mengindahkan persekitaran tasik dan taman.



Angin sepoi-sepoi...auuukkk...sojuk nya menusuk ke tulang!



Agak kalau terjun dalam tasik ni, mau beku terus ni...



Dari isi menjadi tulang...dari tanah pulang ke tanah...woiiii!!!


Jangan sangka yang kurus tak boleh berisi semula, tunggulah musim bertukar wajah. Contohnya Sirapmadu...wakakaka...



Walau daun sudah berguguran, masih tetap sahaja terlihat cantik dipandangan. Sejujurnya, cantik itu bukan hanya untuk tatapan mata tapi juga untuk santapan hati. Jangan indah di mata, tapi berduri di hati...apa-apa ler labuuuu!



Bertuah kami dapat selami rasa dua musim di sini, musim luruh dan musim dingin. Sebetulnya keduanya dalam tempoh peralihan. Warna-warna keperangan ini sangat jelas terlihat di kawasan taman sekitar Yarralumla.



Matahari...langsung tidak membakar pada masa dan ketika ini.



Bila daun-daun berguguran dan berselerakan. Begitulah lumrahnya kehidupan. Alamak! dah 2 minggu miss kelas Ustaz Muen....



Di Thredbo, kami merasai kedinginan yang amat. Itu belum lagi salju meliputi keseluruhan kawasan. Almaklumlah, baru awal musim. Perjalanan ke puncak yang agak menakutkan untuk golongan yang gayat.



Bandar kecil Thredbo di kejauhan.



Puncak yang menjadi tarikan para pencinta sukan salji dan pendaki gunung...



Sepanjang jalan, lebih banyak jumpa lembu dan biri-biri berbanding orang. Jalan pulang melalu Cooma.



Singgah berehat sekejap di R&R dengan tandas composit...err...nak buat baja? Tak apalah, Aku lepak kat kereta jer la sambil layan alam menjelang senja.



Bangunan War Memorial, Canberra. Kita harus belajar dari sejarah!



Sentiasa ada sesuatu yang menarik, barangkali boleh saja membuka mata dan akal...kalau saja kita pandai mencari dan tidak membiarkan maklumat disogok semata-mata. Harus memilih dan menilai.



Saujana mata memandang. Pemandangan dari dataran War Memorial.



Acapkali tertarik dengan suasana remang senja. Syahdu dan mendamaikan. Terasa diri ini begitu kecil!



Hidup mesti terus. Tak kira walau apapun rintangan dan dalam apa jua keadaan. Berani mendepani cabaran biarpun sukar.



Yang bulat tak datang bergolek. Dan yang pipih tak datang melayang. Bunga ini pun tak tumbuh sendiri...mesti dijaga dan dibajai selalu. Yang ini di halaman mess pegawai RMC Duntroon.



Tempat majlis istiadat pentauliahan tamat latihan berlangsung semasa Ram ditugaskan pertama kali ke Melbourne beberapa tahun yang lalu.



Tak kira walauapa jua keadaannya, mestilah positif setiap masa. Harap Aku ingat itu menjelang hari masuk bertugas kembali minggu depan.

Kembara Australia berakhir di sini.