Showing posts with label Character. Show all posts
Showing posts with label Character. Show all posts

Friday, March 05, 2021

Terus Berjalan

Hari ini jadual Telipuk agak padat. Memulakan pagi dengan acara perkongsian ilmu dengan kawan-kawan team Wholesale yang memerlukan Telipuk 'mengajar' selama 1 jam. Biasa mengajar berdepan, ini kali pertama dengan norma baru. Perkara paling menakutkan ialah kalau line ada gangguan, atau masalah-masalah teknikal yang lain misalnya suara tenggelam timbul atau tak jelas. Memang frustlah. Jadi bila di awal tu organizer cakap tak berapa dengar, mulalah rasa panik. Nasib baik lepas tu depa kata dah ok. Terus Telipuk kekalkan posisi yang sama, nak ubah kedudukan tak berani...takut menyebabkan gangguan. Haha...macam-macam !

Lepas habis sesi Telipuk tu, Telipuk tunggu dengar kawan-kawan lain present. Bagi sokongan virtual katakan. Selesai acara, terus join mesyuarat geng BAKIT Helwa pulak. Sambil-sambil dengar sambil-sambil memasak sebab dah lunch time, kena cepat-cepat masak. Masak simple je, saat-saat kecederaan kan. Siap angkut laptop masuk dapur. Lepas tu mute la, kang dengar pulak bunyi sudip dan kuali berlaga tu. Sekali orang sebut nama kita, amik kau...kelam kabut unmute nak menjawab. Yang best tu bunyi macam khusyuk je mendengar perbincangan sebab cantik je mencelah...hahaha...tu aksi jangan tiru ya...

Sebelah petang memang Telipuk peruntukkan betul-betul untuk siapkan kertas kerja. Dah janji dengan diri sendiri mesti siapkan hari ni jugak. Once dah jumpa tempo, memang tak angkat kepala la. Alhamdulillah, tepat jam 5.15 dah masuk segmen conclusion. Lega sungguh dapat siapkan sebab sepanjang minggu ni memang ada je gangguan nak betul-betul duduk dan menulis. Tapi ya, memang tak terasa minggu ni sebab 2 hari ambik cuti. Cuma yang pelik tu, entah apa yang Telipuk buat, tak rasa pun bercuti. Memang penangan norma baru sungguh ni. Hanya masa ni je terjadi kejadian walaupun cuti, tetiba buka je laptop. Ada je join meeting sebab tak de sapa tanya pun ko cuti ke tak? hahaha...tak apalah, redah je.

Pejam celik, pejam celik dah 5 Mac. Ha, tak tahulah nak cakap. Betapa singkatnya masa. Apapun teruskan apa yang mampu kita buat sebab walau apapun kita tetap berjalan menuju kepada Allah. Suka atau tidak, sibuk dengan macam-macam urusan atau apa jua alasan, hari demi hari kita tetap bergerak menuju destinasi akhir. Yang ini memang selalu ustaz ingatkan. Oh ya, sekali sekala berkesempatan, Telipuk selitkan masa untuk mendengar kuliah online. Sekarang kan mudah, join saja kat FB page. Yang penting usahakan. Orang kata kalau tak boleh buat semua, jangan pula ditinggalkan. 



Monday, March 01, 2021

Kangkung

 Telipuk sangat suka makan sayur kangkung. Cara masakan semestinya goreng belacan, dengan kepedasan cili tumbuk yang ngam ngam ho. Kalau kangkung dibuat masak sayur lemak pun Telipuk layan tapi bersyaratlah haha...mesti nak kangkung yang tumbuh di batas-batas bendang tu. Kangkung kampung yang tumbuh sendiri, sebab kangkung tu semulajadi sedap. Batang kangkung berwarna hijau muda dan saiznya sedang-sedang elok. 

Kangkung yang biasa Telipuk beli di pasar ni selalu datang dengan saiz yang menakutkan. Batangnya berbiji-biji sampai kadang-kadang rasa geli tengok. Jadi, kalau yang ada jenis macam tu, Telipuk cantas je. Biasa Telipuk suka masak sekali batangnya. Kalau agak tebal, Telipuk sanggup belah dua. Nak potong pun, agak-agaklah saiznya biar sekata....haaa, ingat main campak-campak je ke? Berseni jugak tau nak masak kangkung ni, sebab mak Telipuk buat macam ni. Memang ambil masa sikit, tapi sebab tu lah bila masak, rasa sedap je .


Baru-baru ni Telipuk teringin sangat nak makan kangkung goreng belacan. Stok memang tak adalah sebab Telipuk tak jumpa masa pergi beli barang keperluan di pasaraya Giant Setapak tempohari. Malas pulak nak ke pasar basah UTC Sentul tu sebab payah benor nak dapat parking. Nak jalan kaki lagilahhh...semata-mata nak beli kangkung kot. Hahaha...jadi, order je la, alang-alang sambil lalu tu order sekali masakan-masakan lain.

Hem...dah dapat tu, makan je lah. Tengoklah, punyalah banyak batang. Tak mampu dah nak telan. Udah tu dipotongnya tebal-tebal gitu, macam nak bagi kambing makan . Mana yang goreng belacannya pun tak tahu le. 

Sebab tu lah kadang fikir dua tiga kali nak beli makanan luar ini . Masak sendiri baru puas, dah tentu-tentu kena dengan tekak sendiri. Tapi malas la pulak...hahahaha...dah macam mano nak di ubek kan tu? 

 

Monday, January 22, 2018

Ke Arah Menjadi Lebih Positif

Saya okay saja kalau orang tak suka saya. Normallah tu. Saya pun bukan suka semua orang juga. Ada orang-orang tertentu yang saya tidak suka. Jadi, bila tahu ada orang tak suka saya, saya pun faham dan boleh terima. Tak suka tak apa, tapi bila masuk bab-bab nak kena buat kerja, sila bersikap profesional ye.

Yang jadi masalah bila dicampurkan hal-hal kerja dengan hal-hal peribadi. Bila ini terjadi, benda yang tak sepatutnya terkait, jadi terlibat pula. Seterusnya timbul ungkit-mengungkiti, sakit menyakiti...eh..eh...dah macam lagu Cassey pulak. Hahaha.

Apabila saya perlu deal dengan orang yang tak sukakan saya, saya cuba bersikap neutral sehabis mungkin. Sangat membantu apabila saya fokus kepada kebaikan yang dia ada. Jadi, bila saya lihat kepada benda-benda baik, automatik saya rasa lebih positif dan bila dia bagi feedback, saya akan lihat dengan minda yang objektif. Memang adakalanya nak dijadikan cerita pendapat dia dengan pendapat saya tak sama, tapi saya cuba untuk memahami justifikasi masing-masing. Lepas tu kita buatlah recommendation yang bersesuaian. Jangan pulak tolak mentah-mentah hanya semata-mata kita ada 'masalah' dengan dia. Lagipun kita kena faham, apa-apa jua yang menghasilkan pendapatnya itu pastilah melalui proses pengalaman dan upbringing tersendiri, yang mencorakkan pemikiran dan tindakbalas dia. Semua manusia kan tidak sama, ada banyak faktor yang mempengaruhi. Makanya, saya harus belajar untuk tidak ambil semua benda masuk dalam hati. Tak payah sensitif sangatlah.

Ada banyak benda lain yang menuntut perhatian kita. Tak ada masa kita nak tafsirkan ayat demi ayat. Kenapa dia cakap macam tu ye? Kenapa tadi dia macam ketawa sinis tu ye? Sudah-sudahlah. Kalau semua kita nak ambik pot...memang berat kepala otak kita. Tak pasal-pasal dok murung memikirkan apa salah dan silap kita. Hentikan demi untuk ketenangan diri. Jangan buat macam tu juga terhadap orang lain, di samping kita cuba improve cara kita berfikir dan berinteraksi dengan orang. Benda-benda macam ini, elok belajar. Nak jadi hamba Allah yang baik, yang Allah redha...bukan takat aspek ibadat saja kita kena titik beratkan. Tapi juga, perlu ambilkira urusan kita sesama makhluk.

Jangan sampai kita menyesal di hari akhirat kelak melihat amal kebaikan kita diambil oleh orang lain gara-gara perbuatan kita yang dok tak puas hati dan mengata orang tu di dunia dulu. Eh...rugi sangat-sangat weyyy. Cer pikior...awak kat dunia dah la menyampah tengok orang tu dan apa dia buat kat awak...tiba-tiba kat akhirat, awak tengok, awak jadi penderma kebaikan terbanyak kat dia...oh what the....!!! Haaa...tu la pasal. Kalau awak tak nak, fikirlah yang baik-baik tentang orang lain. Mana yang boleh di let go, let go jer la...bagilah dia kemaafan. Kalau tak vice versa pun tak apalah, lantaklah...janji awak selesai kat sini. Tak payah see you in court di Mahkamah Allah.

Tak sanggup weyyy...

Friday, April 07, 2017

Pantang Dengar

Saya dah agak dah , ini mesti bank yang call bila nampak ada missed call dari nombor yang tidak saya kenali. Namun sebab saya faham yang adalah tidak praktikal untuk simpan semua nombor melainkan orang yang biasa kita hubungi, kaum keluarga serta kenalan rapat - maka bila telefon berbunyi lagi dengan sangkaan baik saya sambut juga. Mengharapkan yang memanggil itu seseorang yang ada urusan kerja. Hempphh...sohih, orang bank bila si pemanggil memperkenalkan diri dan bank yang diwakili.

Saya dengan jahatnya berkata..."Oooo...xxx(nama bank), nak jual apa pulak hari ini?". Wahhh...tetiba kannn. Si pemanggil pun menjawab, "Ishhh...tak adalah menjual Puan Azni (hahhh...ni akak marah ni...ko cakap konon ini personal call, nama aku pun tak betul). "Saya nak bagi penerangan ni tentang promosi yang kami adakan hanya untuk pelanggan-pelanggan kami yang terpilih". Ewahhh!!! (Ni patut kena rasa bertuah la kan...ahaks).

Saya pun jawab ikut skrip biasa, "Ok tak apalah, saya tak berminat". Suara elok baik je sebab kesian kan, bukan kita menyampah dengan dia...kita menyampah dengan bank yang amat gigih menawarkan itu dan ini. "Tapi Puan..."...haaahhh...dia buat dah...dia buat dahhh...". "Tak apalah, saya betul tak minat ni". Si mamat pun dengan penuh keyakinan tega menyatakan, "Kami nak tawarkan kepada Puan satu plan yang menarik yang mana...". Kan dah kata tu...kata tak nak jual...caittt. "Kan saya dah kata saya tak minat". Terus akak potong baik punya. Si mamat dengan tak berputus asa, "tapi kami nak bagi pampasan bernilai RM700,000...".

"Tak minatlah! Ok terima kasih.

Si mamat pun terkedu.

Dengan saya jangan cakap berapa awak boleh bagi....waima 5 juta sekali pun saya tak minat.

Waaahhhhh! Setakat dapat 700 ribu selepas aku mati apa yang hebat sangat kannn...entah hapa-hapa. Itu bukan hebat...itu insulting namanya. Pantang betullah. Seriously, I am not into preparing much for something I know I will leave behind. I would like to leave behind a good memory for my loved ones and just some assets which I can't take along...that's all. Saya tahu anda semua buat kerja, jangan risaulah...dirakamkan bukan percakapan kita...it's not your fault! Bila saya kata saya tak minat, take it seriously ya...sebab kesian awak buang masa dengan saya padahal awak boleh gunakannya untuk cuba pelanggan lain yang mungkin berminat.

Sekian, sekadar luahan rasa saya di petang ini...untk pedoman para salesman di luar sana...hahahaha...


Monday, March 13, 2017

Lain Padang...

Mengikut maklumbalas yang diterima, antara komen mengenai perkara yang Telipuk boleh perbaiki ialah berusaha supaya menjadi lebih "outspoken". Uuuuuu...

Terfikir juga apa kena mengenanya character Telipuk dengan mutu kerja...outspoken pada Telipuk ialah sesuatu yang tak semua orang ada. Mengikut definisi Merriam-Webster, outspoken bermaksud"talking in a free and honest way about your opinions"...diterjemahkan kepada "cara seseorang menyatakan pendapatnya dengan bebas dan jujur", bererti, bila kita nak memberi pendapat, kita bebas meluahkannya , tak ada sorok-sorok, tak ada rasa takut kalau orang tak suka dengar dan tak kisah pun dengan pandangan orang lain. Hahh...macam tu le.

Dalam urusan kerja Telipuk ni, kalau memerlukan kepada pendapat...memang tak ada banyak masalah sebab Telipuk lazimnya berpandukan kepada polisi/panduan mengikut mana-mana topik berkaitan pada masa perbincangan. Memang tak ada keperluan mengeluarkan pendapat sendiri sebab ini bukan mesyuarat PIBG, boleh suka-suka nak cadangkan itu ini...apa-apa masalah dan jalan penyelesaian, harus bersandarkan kepada polisi sedia ada yang akan disuai padankan dengan kepentingan syarikat...so , dari situ, Telipuk akan menimbangkan pilihan yang sedia ada , melihat kepada risiko dan akhirnya membuat keputusan menyatakan pandangan yang paling terbaik untuk keadaan tersebut.

Tapi Telipuk faham, kadang-kadang, untuk menjaga hati orang lain...Telipuk terpaksa berselindung atau tidak berterus-terang tentang sesuatu perkara. Telipuk suka ambil pendekatan PM tepi sebab adakalanya perkara tu tak libatkan semua orang dan kita boleh selesaikan di luar mesyuarat. Memang betul, Telipuk ni jenis yang tak pandai nak highlight sesuatu kesalahan/kesilapan openly. Bukan tak nampak...nampak...tapi Telipuk biasanya akan weigh dulu option yang ada...as much as possible, kalau damage tak besar, Telipuk tegur kemudian. Biasalah Libra, menimbang...menimbang...menimbang...Itupun bukan tegur sebarang la...so, rasanya mungkin orang salah faham dengan pendekatan Telipuk ni...nampak 'lembik' jer kann...hahaha...tapi kerja jalan kan? Ada tak apa-apa yang korang nak Telipuk tak mampu tolong selesaikan? Ada tak apa-apa yang pending disebabkan kegagalan Telipuk bertindak?

Tak ada kannn???

So, okay whattt....;)

Wednesday, February 15, 2017

Dan sebenarnya...

Dengan manusia...kita selalu harap, dia akan cinta dan setia pada kita selama-lamanya.
Dengan manusia, kita sanggup buat apa saja untuk menagih perhatian, meraih cinta
Dengan manusia, kita tak malu mengungkapkan kata-kata puitis...menaruh harapan dan membina impian...untuk hidup dengan manusia...

Manusia yang belum tentu mampu membahagiakan
Manusia yang belum tentu sanggup bersusah payah untuk kita
Manusia yang sebenarnya tak ada apa-apa pun nak bagi

Tapi begitulah cara kita

Dengan Allah, kita buat asal ada asal buat
Dengan Allah, kita buat ibarat melepaskan tuntutan saja
Dengan Allah, kita berkira-kira
Dengan Allah nak baca doa lama-lama pun malas
Dengan Allah macam tak sungguh-sungguh nak minta

Sedangkan...

Allah yang memberikan kita segala-galanya
Allah yang penuh dengan Rahmat dan Kasih Sayang
Allah yang mampu memberikan kita apa jua
Allah yang sentiasa memberi apa yang kita perlu

Tapi begitulah cara kita

Lalu kita kata kita cinta
Cinta apanya kalau ia membawa kita jauh dari Allah
Kita kata kita bahagia
Bahagia apa kalau setakat sehari dua
Kita kata kita berjaya
Berjaya apanya kalau terhadap Allah kita lupa

Ayuh semak semula hubungan kita
Fokuskan kepada yang hakiki
Kembali sedar siapa diri kita
Ke mana sudahnya kita

Monday, February 13, 2017

Kalau dah namanya manusia

Awak tahu apa masalah saya bila saya bawa balik laptop ke rumah?

Hurm....memang agak dah...kalau saya tertinggal laptop tu kat rumah kemudian masuk pejabat mulalah panik sebab nak buat kerja tak boleh masih boleh dimaafkan lagi sebab terrrlupaaa...(maklumlah jarang-jarang sekali terbuat). Masalahnya, saya bawak balik laptop tu...then come Monday, dengan gembiranya saya langsung tak lupa nak angkut semula ketika datang pejabat. Namun yang tak tahan tu ialah...saya terlupa nak bawa talian hayat laptop tu...huhuhu...masa bila pulak Aku keluarkan power cable tu??? Ishhhh...

Dengan sedihnya, masuk pukul 11, laptop tu dah gelap gelemat hilang tenaga. Sakit hati kannn??? Laptop ada tapi tak guna juga...padann mukaa!! Nasib baiklah boleh pinjam cable power kawan...kalau dia tak bagi, memang hampehhh! Tak dapat buat entri impromptu pasal ni...eh...eh...ingat senang ke saja-saja nak mengomel pasal laptop? Memang taklahhh...

Tu la manusia...dah dapat talian hayat mulala lupa diri. Patut patutnya dah balik meeting tu, cepat-cepat kemaskini nota tadi...ada banyak isu kannn? Konon this time around nak well managed bagai...sekali laptop dah ON balik, tetiba jer gatal lak pergi klik butang Chrome tu apehal???

Alaaaa...kejap jer...nak release tensionnn...

Bukan selalu apa...

Alasannn!!!

Tuesday, March 22, 2016

...Berenang-renang ke Tepian

Telipuk dah memulakan sesi pertama belajar berenang Jumaat lepas. Lepas ni, tak adalah Telipuk cuma mampu tengok kolam renang tu...hahaha...pergi bercuti ke mana-mana pun bolehlah rajin jengah kolam renang hotel. Memang rasa nak tulis lebih ayat 'motivasi' ni...tapi since baru jer pun belajar, tak beranilah nak berlebih-lebihan sebab memang terasa tak pandai betul bab-bab skill nih.

Bayangkan budak kampung yang membesar dalam persekitaran yang kiri kanan ada parit, ada tali air...tapi tak reti berenang??? Huh...kampung la sangat, kan??? Tapi memang, Telipuk ni ala-ala gadis pinggitan dulu...uwekkk...memang tak retilah nak berlasak ni...panjat pokok tak reti, bertanam padi tak reti, cuma nak tolong clearkan bendang tu yang kepakaran Telipuk hehehe. Jadi, now baru Telipuk ada ruang untuk 'upgrade' kemahiran. Rasanya semua ini bermula dengan semangat JK1M. Asalnya. Bila yang kita tak pernah terfikir boleh buat, tetapi akhirnya terbukti boleh...maka kesan aura positif itu telah merebak ke seluruh alam buana...huh...

Hill trekking Telipuk dah bermula lebih awal secara tidak sengaja. Namun itu bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan sifat mesra alam Telipuk...Telipuk memang suka nature. Namun tuntutan kehidupan dan realiti telah membataskan pergerakan Telipuk. Yang JK1M itu sendiri sememangnya satu keputusan yang mengejutkan Telipuk sendiri. Telipuk memilih untuk mencabar diri sendiri kerana sebab-sebab kesihatan. Walaupun separuh daripada tempoh 6 minggu itu Telipuk dibelenggu kecederaan, program ini masih memberikan manfaat yang besar buat Telipuk. Sehingga ke hari ini, Telipuk dapati untuk meneruskan gaya hidup yang sebegitu sebenarnya tidaklah sesukar yang dibayangkan. Mungkin ada yang mengambil pendekatan extreme. Mungkin ada yang sekadar mengunyah batang celery bila lapar...untuk Telipuk sorrylah, Telipuk hanya manusia biasa dan keperluan Telipuk untuk susuk tubuh yang anggun bukanlah menjadi misi dan tujuan penyertaan Telipuk dalam JK1M. Telipuk hanya nak berat badan yang ideal dan boleh membantu menggalakkan kesihatan tubuh untuk Telipuk manfaatkan keupayaan diri demi tujuan yang jauh lebih besar. In sha Allah.

Demikian motivasi untuk Telipuk melangsungkan gaya hidup yang lebih baik di masa ini. Skil renang adalah antara yang Telipuk teringin hendak dapatkan. Tak adalah sampai nak jadi perenang handalan, dapat terapung dan berenang-renang manja pun dah cukup dah rasanya hahaha. Sekarang Telipuk nak fokus untuk dapatkan skil ini dulu. Owh...memang agak susah...untuk Telipuklah sebab Telipuk langsung tak ada asas...jadi kena mula dari bawah. Pada sesi pertama tempohari, Telipuk belajar untuk buat 'bubbles'...actually menghembuskan nafas dari dalam air...so keluar bubbles as Telipuk hembus guna mulut. Lepas tu belajar untuk terapung atas belakang badan ni...macam starfish. Susah jugak tu sebab walaupun terapung, mudah jer Telipuk rasa panik sebab lepas tu takut tenggelam the moment hilang keseimbangan. Masa tu memang terkial-kial nak paut semua benda...natijahnya habislah tertelan air segala...huhuhuhu...Perkara lain ialah belajar untuk gerakkan kaki, buat splash gitu...tangan lurus pegang kick board and there you go...pergerakan ini sepatutnya membuatkan anda meluncur ke hadapan ...cuma yang Telipuk buat ni, macam statik jer tak gerak mana-mana...rasa dah habis kuat dah gerak kaki...hihihi...berat tulang kot hang ni Telipuk!!!

Sementara menunggu sesi kedua, Telipuk dah dua kali turun kolam praktis...still risau bab berenang pegang kick board tu...rasa tak lepas lagi untuk dikuasai. Hopefully, nanti Telipuk boleh figure out what went wrong so that I can glide smoothly lepas ni...harap sangatlah sebab tak adalah ingat nak lanjut another set of training lepas ni. Yelah...banyak lagi benda lain yang Telipuk nak cuba buat...harap tak ada la lama tersangkut kat aktiviti ini.

Wish me luck ya...

Tuesday, November 11, 2014

Bukan Sebarang Balang

Nah...amik ngkau! Menggelabah pagi-pagi ini mencari balang.

Excuse me! Balang???

Yeah, balang. Balang as in b.a.l.a.n.g. Menate balang tu? Hok buak simpe budu ko...hok buak simpe garam? Dokkkk...bale kosonggg...hok wat simpe muruku deepavali. Hihihi...

Ada apa dengan balang plastik yang simpan muruku tu ye? Saya selalu bagi dekat seorang bekas rakan sepejabat ni kuih-muih hari raya bila hari raya. Kalau saya terlupa pun, dek kerana dah biasa, dia akan ingatkan..."kuih raya mana?" Hahah....memang kena ada peruntukan khas untuk dia. Dia seorang yang baik orangnya. Dan saya berbesar hati bila dia selalu tak segan nak minta kuih raya walaupun kami sudah berlainan pejabat.

Tahun ini dia membalas dengan satu balang berisi muruku. Tapi bukan untuk saya seorang la deyyy...Balang itu saya letak di sudut 'harta' wakaf. Selagi stok masih ada. Pat pat nya, sapa dapat dia punya. Dipendekkan cerita pendek yang sengaja dipanjangkan, habislah laku muruku sempena deepavali itu.

Apa jadi dengan balangnya?

Seperti biasa, ambil tak endah dengan balang kuih itu. Selalunya begitulah, siapa-siapa bawa makanan letak dalam balang atau bekas plastik lutsinar biasa tu...pada anggapan kita (dan saya ), tidak berhajat untuk mendapatkan semula bekas tersebut. Lainlah kalau kita isi dalam bekas jenama Tupperware tu kan....mesti tunggu jer nak ambil balik! Jadi itulah yang terjadi, tidak ada siapa pedulikan balang kosong itu dan masa berlalu pergi.

Sehinggalah pagi ini, tiba-tiba kawan itu menelefon memaklumkan dia nak datang ambil balang. Aikkk? Tokojut den! Balang??? Sat...sat...you nak balang tu balik ke? Tak nampak lagi dah kelibatnya ni. Sat I pi cari. Cari la punya cari....tiba-tiba tak pulak jumpa balang hari ni...selalu asal jalan jer tersepak balang...asal tersepak jer balang...ehhh! (terlebih sudahhh). Sampai nak cilok balang jiran depan. Jiran kata, boleh...as long as ko gantikan dengan sesuatu yang boleh dijadikan penongkat...la...dia guna balang kosong untuk tongkatkan panel penutup suis-suis di tempatnya.

Akhir sekali Lotuslily bagi balang kosong dia. Lepas basuh cuci semua, telefon semula kawan suruh ambil. Bagitau dia, balang asal tak jumpa tapi ada balang lain. You can come and get it now. Hahah...kawan gelak-gelak. Kawan kata, tak jumpa tak apalah. Dia ingat ada. Kalau ada dia nak. Saya pun tanya, apa istimewanya balang tu? (Hishhh...ko ni...balang ka, suratkhabar ka...lain kali jangan nak assume jer boleh buang suka hati...ko ingat murah tak berharga, senang-senang jer lempor). Dia kata, dia memang selalu isi benda dalam balang tu. Dia ingat kalau ada lagi, dia nak ambillah. Boleh buat isi benda lain. Tapi kalau tak ada, tak apalah...tak payah berganti pun.

Ishh...issshhh...issshhh...

Ada orang tu, dia punyalah payah nak tanya 'direct' dengan orang. Dia punya tahap nak jaga hati orang tu...kadang-kadang dah berlebihan. Kalau cakap awal-awal kan senanggg...

Siapa? Siapa orang tu???

; )

Tuesday, November 26, 2013

Mencari Kekuatan

Sepanjang minggu lepas memang tak angkat mukalah bak kata akak Lotuslily. Adatlah kerja bahagian macam ini, masa-masa puncaknya tak sama dengan bahagian lain. Itupun syukur alhamdulillah, kalau masuk bahagian yang sibukkkk memanjanggg kan ke haru? Teringat masa darah tengah panas dulu, sibuk nak submit borang transfer...mujurlah ada akak Lotuslily menghalang...heheh...adalah hikmahnya tu, kan?

Selesai masalah kerja.

Memulakan minggu ini dengan MC pada hari Isnin. Tergolek atas katil sepanjang hari. Bukan boleh lelapkan matapun, cuma badan rasa tak larat nak digerakkan. Malam sebelumnya cuma rasa sakit tekak.



Diinspirasikan oleh buku Jerry D. Gray berjudul "Rasulullah is My Doctor", saya pun mencuba. Siap menghasilkan bancuhan sendiri hahaha...sesedap rasa. Saya rebus halia. Nak minum cenggitu saya tak berapa berani...so, saya rendamkan satu uncang teh hijau. Nak kasi umpphhh lagi, saya tambah madu. Ya Allah...sedapnya beb...ishhh...rasa hilang gatal tekak!

Tapi, kuasa penyembuhan di tangan Allah. Esoknya, batuk semakin menjadi-jadi dan badan dah mula panas. Setiap masa dan ketika saya teringat-ingat apa yang saya baca dalam buku pengubatan cara Rasulullah itu. Sebenarnya semenjak mula membaca buku itu beberapa bulan lalu, saya sudah boleh 'bercerai' dengan paracetamol. Saya fikir, inilah masanya untuk saya betul-betul praktik. Malangnya, saya tak cukup kuat untuk betul-betul menghayatinya. Salah sendiri.

Saya pergi juga jumpa doktor 'feveret' saya tu...dia bagi MC 1 hari (jer...;)) padahal dah rasa macam nak merangkak je masuk bilik rawatan. Balik rumah saya bertahan tak mahu telan ubat. Ubat chemical ni dah nampak macam racun je...nak buat pengubatan sunnah, tapi tak terbuat pula sebab tak larat nak bangun...ruqyah apanya...adoiii...lemahnya iman. Masuk tengahari, telan jugalah 'racun' tu. Sebenarnya tak kisahlah telan apa pun...yang penting kena ingat, kuasa penyembuhan di tangan Allah. Takut tergelincir akidah. Berapa ramai yang terlupa bila sebut, "Aku ni kalau sakit...makan ubat tu jer la...gerenti baik"...atau..."nasib baiklah ada bawak ubat ni, kalau tak...tak tahulah jadi apa". Padahal bukan ubat itu yang berkuasa, yang berkuasa adalah Allah semata-mata. Makhluk apa pun tak ada.

Moral of the story...keyakinan dan akidah kena kuat...bukan dalam hal memperkatakan bab syurga dan neraka sahaja. Tapi mencakupi seluruh aspek kehidupan kerana sifat syumul Islam itu sendiri. Semoga kesakitan yang saya tanggung ini menjadi penghapus kepada dosa-dosa yang tak terhitung jumlahnya itu.

Friday, April 13, 2012

Celoteh Jumaat

Sebetulnya saya tidak kisah. Tidak lagi. Jadi apabila diusik dengan kata-kata, "husband you macam budak sekolahlah"...saya ketawa sahaja. Dan yang best tu saya boleh jawab lagi, "Eh, biasalah...I memang suka anak ikan". Hahaha.

Teringat perbualan saya suatu ketika dengan Jija ketika kami sama-sama mengikuti kelas Perniagaan Antarabangsa dulu. Kata Jija, "Kesian kita kan Nira, semua lelaki yang tinggi-tinggi dah kena rembat dengan perempuan-perempuan yang rendah. Diaorang semua nak girlfriend yang comel dan cute. So, sekarang yang tinggal kat kita cuma lelaki-lelaki yang rendah!". Hahaha...kami ketawa. Betul juga tu. Semua mencari yang 'tall, dark & handsome'.

Jadi, cerita yang sama saya kongsikan dengan teman sepejabat yang masih muda dan sedang mencari. Orangnya tinggi lampai.Saya tidak pasti samada dia menghadapi dilema yang sama. Namun ia memberikan saya ruang untuk memberikan khidmat nasihat percuma ini.

When it comes to finding your true soulmate...look deeper beyond the physical attraction...heheh...I agree with a wise friend that if you want someone perfect to be your husband or wife, go get a robot!

Betul lah tu kan...kalau serba-serbi dari hujung kaki ke hujung rambut mahu yang sempurna...kalau tanya Rosebud mesti dia sengih dan jawab...go fly kite la weiiii...itukan bukan manusia namanya. Terimalah diri masing-masing seadanya. Jangan berasa tertekan dengan pandangan manusia sebab perspektif masing-masing berbeza. Dan ingat, yang hendak kahwin, yang hendak sehidup semati, yang angkat sumpah akujanji sanggup sama-sama susah dan senang bersama itu adalah kita...bukan orang yang datang kenduri dan seronok memberi komen percuma itu.

Lalu saya diusik lagi..."Eh...ko tak risau ke, nanti bila ko dah tua dia still nampak young forever...ko kena menten all out ni". Saya tak tahulah kalau kedengarannya riak bila saya kata, "Biaq pi la". Tapi hakikatnya begitulah. Saya kenal diri saya dan saya akan cuba menjadi yang terbaik untuk melengkapi pasangan saya tetapi sekiranya perbezaan itu kemudiannya menjadi alasan, saya fikir, terpulanglah. Bukan maknanya saya tidak berusaha, maksud saya, saya tak kuasa hendak memaksa dan menekan diri saya menjadi seseorang yang lain hanya semata-mata kerana bimbang dan takut kasih beralih arah. Lagipun, it takes two to tango, right?

Please...be positive. Enjoy your life. Indulge in whatever that you have now and worry not about tomorrow.

Berusaha, berdoa dan bertawakal ke arah mencari keredhaanNya. Mengapa menyusahkan diri memburu redha manusia? Dak gitu?

Tuesday, January 31, 2012

Meminta-minta

Hari Selasa. Antara hari yang paling liat rasanya hendak bangun pagi. Kalau Isnin itu terpaksa, Selasalah yang paling tersiksa rasanya hahaha. Hujan lebat pulak pagi tadi menambahkan rasa tidak mahu pergi kerja. Ditokok pula dengan anak sulung yang tidak sihat. Anak bongsu pun buat pasal tidak mahu ke sekolah. Bergerak sejengkal-sejengkal. Aduhaiiii...

On top of that...diri sendiri semakin rasa tak sihat. Batuk-batuk sudah masuk minggu kedua. Tekak rasa...kalau boleh nak tarik keluar, nak ambil berus sabut dan gosok-gosok bagi hilang rasa gatal. Pagi ini rasa segala sendi lemah tak bermaya. Tapi suhu masih okay. Belum masuk kategori demam. Now, hidung rasa semakin tersumbat. Setiap kali batuk, terasa pedih mata. Berair biji mata. Merah. Harap-harap boleh survive hari ini sebab tak sampai hati rasanya hendak ambil cuti memandangkan esok pun sememangnya cuti umum. Tiba-tiba rasa cinta bebenor dengan Rabu yang sangat-sangat kutunggu heheh. Biarlah apa pun orang hendak kata tentang Malaysia dan segala cuti-cuti yang banyak tu...Aku sangat-sangat suka negara ini, ok...heheh...

Hari Isnin dan Selasa depan pun cuti umum...ohhh sangat-sangat suka. Ada yang plan ambil cuti tambahan Khamis dan Jumaat ini supaya mereka dapat cuti panjang extra. Aku cuma mampu menelan liur sahajalah sebab Aku kena bajet betul-betul cuti yang ada...untuk menampung keperluan emak. Tahun ni anak-anak sepupu ramai yang hendak naik pelamin...mak Aku ni biasalah, memang selalu menjadi orang yang dicari-cari untuk dipinjam semangat. Maklumlah, tok nenek pun dah tak ada. Mak ayah diaorang pun dah tak ada. Jadi, tinggallah seorang dua mak pak sedara buat menumpang kasih. Makanya, Aku kenalah faham dan bertimbang rasa. Bila-bila ada keperluan untuk emak balik kampung, maka, Aku kenalah bersedia untuk mengambil cuti tika perlu. Itulah sebabnya Aku kena berjimat cermat dengan cuti yang ada.

Manakala MC...Aku rasa ia bukanlah satu pilihan utama memandangkan Aku 'payah' nak ambil MC. MC bagi Aku adalah hak mutlak doktor. Untuk Aku buka mulut dan minta...aiyoooo...itu aje pun dah jadi dilema besar. Agaknya kena tunggu pengsan depan doktor kot barulah Aku dapat MC sebab kalau tidak doktor macam tak percaya je Aku sakit. Dan Aku tak reti nak cakap yang Aku ni sebenarnya sakit sebab selalunya Aku jarang sakit dan walaupun Aku sakit, tindak tanduk dan perbuatan Aku tidak menunjukkan Aku sakit...errr...paham ke?

Mak kata, itulah kekuatan seorang wanita...eceh...ceh..ceh...Cuba tengok orang lelaki, demam sikit dah terlentang tak bangun-bangun dari pagi membawa ke petang. Yang orang perempuan ni, dalam demam-demam...sarapan siap jugak, baju bergosok juga...macamanalah orang nak percaya kita ni sebenarnya sakit ke tak?

Dan untuk Aku duduk di depan doktor dan kata..."I need an MC for today, pls" adalah sangat sukar. Ianya sama seperti hendak minta pangkat. Sebenarnya situasinya sama sepertimana yang dipersetujui oleh BGA yang sedang dalam dilema untuk menyediakan justifikasi yang dia sememangnya layak untuk kenaikan pangkat. Bagiku, Aku percaya yang kalau sememangnya kita layak dan berkaliber maka ianya akan terserlah dengan sendirinya. Tak perlu masuk bakul angkat sendiri. Tak perlu wa ampu sini wa ampu sana. Itulah yang jadi masalah bila bos kata...yes, awak memang layak...err...tapi boleh tak awak isi borang 20 keping ni dan tulis banyak-banyak mengapa awak rasa awak layak dipertimbangkan untuk jawatan ini. Makanya, kenalah kita mengampu diri kita dengan terpaksanya...dan menulis..."saya telah berkhidmat dengan cemerlang sehingga berjaya menaikkan hasil syarikat sebanyak 30% tahun lepas kerana berjaya mendapatkan kontrak berbilion ringgit dengan syarikat XYZ"...euuwwww!

Begitulah, bila kita berada pada kedudukan meminta-minta dengan manusia. Manusia akan beri bila permintaan kita itu munasabah dan kena pada pertimbangannya. Dan kita kenalah pula menyesuaikan tanggapan itu dengan mencuba berbagai-bagai kombinasi agar permintaan kita benar-benar dapat ditunaikan. Bila tak dapat kita rasa...kecewa? Hemmm....

Dan pernahkah kita fikirkan pula permintaan-permintaan yang kita hadapkan kepada Tuan kita, Allah S.W.T? Bagaimana dengan permintaan-permintaan itu? Apakah kita membuat perkara yang sama untuk memastikan Dia menunaikan permintaan kita? Apakah kita pastikan yang kita betul-betul beradap dalam mengajukan permintaan kita?

Fikir-fikir dan renung-renungkan.

Wednesday, November 09, 2011

Seminggu Menyeri Rumah

Hakikatnya, saya sama juga seperti surirumah yang lain. Berpagi-pagi ke pasar. Membeli ayam, membeli sayur...sama-sama menatang bakul plastik kecil, berebut-rebut mengisinya dengan bawang merah, kentang, halia dan err...sup bunjut! Rasa seronok, berbeza sebenarnya membeli di pasar (wet market) dengan membeli di pasaraya besar.

Bila menjadi surirumah, ada-ada sahaja benda yang hendak dilakukan. Dalam pada meneguk air untuk menghilangkan dahaga, mata terpandang akuarium ikan puyu. Aisey...belum bagi makan. Cepat-cepat tangan mencapai bungkusan makanan ikan tropika. Belum reda puyu berloncatan, terpandang pulak bakul kain baju yang belum bersidai. Ampaian di balkoni boleh tahan penuh. Kena angkat jemuran dulu sebelum digantikan dengan kelompok baru heheh...lantai pula mula terasa melekit, hemmm...nak kena mop lepas ni. Dalam ke hulu hilir, keluar masuk dapur...tersedar beg pasar tadi belum bersentuh. Nak kena keluarkan ayam ni. Sekilo ayam kat pasar sini RM7.50. Hemm...bolehlah, kan? Tadi habis dalam RM30 sahaja...eh..orait la tu, ye tak? Kalau masuk pasar besar, jangan haraplah angkanya puluh-puluh...entah apalah yang diangkut masuk troli tu...nafsu...nafsu...

Tapi yang pastinya, dalam sibuk menguruskan rumah...lap top saya ternganga atas meja. Lemas sebenarnya bercuti dan berada di KL. Dan mengetahui yang ada banyak kerja-kerja pejabat yang masih perlu berjalan. Ada tugasan yang perlu dibereskan. Jadi, perasaan risau dan hendak mengambil tahu banyak perkara itu menjadikan percutian ini sesuatu yang mengusarkan. Perasaan bersalah yang tidak dapat dielakkan. Tetapi sebetulnya, saya juga tak mampu mengelak daripada mengambil cuti. Minggu ini giliran saya. Berselang-seli dengan suami menjadi 'bibik' bak kata Aiman. Cuma yang tak best tu tang perasaan rasa 'bersalah'. MS Outlook pulak buat hal...lagilah terasa terpencilnya hidup. Aduhai Telipuk...berbaik sangka dan berfikiran positiflah. Insyaallah, rakan-rakan seperjuangan sangat memahami dan mereka tak ada masalah menangani tugasan yang ada tanpamu. Kenapa ek risau sangat...??? Kan bagus kalau risaukan keselamatan di akhirat macam ini...ini tidak, balik-balik dunia jugalah yang mengisi kotak fikiran. Bukan...bukan macam tu, saya ni risau kalau-kalau disebabkan saya bercuti ini, menyusahkan orang lain pulak...saya tak kisah yang bab kerja tu, tapi saya risau hubungan dengan orang. Manalah tahu kan ....hah...hah...dah mulalah tu, suka sangat cipta senario entah apa-apa...:). Alhamdulillah, saya sudah siapkan dua tugasan saya...heheh...cuma tinggal untuk perkara-perkara yang memang rakan2 sejawatan sudah tahu bahagian masing2. Cuma kalau boleh saya ingin sama-sama berkongsi sukarnya membuatkan orang lain memahami keperluan kita dan seterusnya melunaskannya tanpa perlu berdolak-dalik. Tak mudah sebenarnya mengkoordinasi untuk sebuah syarikat sebesar ini. Banyak orang, banyak ragam. Saya doakan urusan teman-teman saya di pejabat dipermudahkan Allah, supaya kita punya ruang untuk mengingatiNya dan tidak semata-mata menjalani hari dengan bebanan tugasan kerja duniawi sahaja.

Oppsss....apa saya buat ni, masih menaip di blog sedangkan ada sekian banyak kerja yang menjerit-jerit memanggil pinta dilaksanakan. Entahlah, mungkin bila mod surirumah serba boleh itu saya aktifkan, makanya, empangan idea untuk penulisan blog yang tersekat kebelakangan ini telah melimpah-ruah...hahaha...

Di mana-mana pun kita, berusahalah memberi yang terbaik dalam apa jua peranan, walau sekecil manapun pada pandangan orang...yang penting, ikhlas dan amanah dalam tugasan yang diberi, ya? Gambatte ne...!

Tuesday, August 16, 2011

Salah Kempen

"If one day you change you mind for the sake of your kids..."

Kenapalah hendak kata begitu. Kenapa hendak guna anak-anak sebagai umpan? Ini yang Aku tak suka. Sekonyong-konyong rasa panas hati dibuatnya, tapi memikirkan yang menghasilkan ayat itu kawan yang dihormati, pendamkan sahaja dalam hati.

Mungkin sudah sampai masanya kawan-kawan yang menceburi perniagaan MLM mengambil pendekatan yang lain ketika berusaha hendak membesarkan empayarnya. Kata ikhlas hendak berniaga, hendak ubah kehidupan...buatlah dengan berhemah, janganlah terlalu agresif memaksa.

Aku paling tak suka kalau bila orang tu berkempen, mulalah dia mempersoalkan keputusan yang Aku buat (untuk tidak menyertainya) dengan perkara-perkara yang bagi Aku sensitif, misalnya..."Tak akanlah selamanya awak hendak hidup macam ini, kerja jadi kuli orang...kalau apa-apa jadi nanti, kesian kat anak-anak". Atau, "Dengan kebebasan kewangan yang awak kecapi nanti, jangan kata Lombok, London pun silap haribulan seminggu sekali boleh pergi...mesti anak-anak suka"...eh..eh...sukahati Akulah!

Tak teringin ke awak nak jadi kaya?
Tak teringin ke ada duit banyak...senang nak bersedekah, senang nak beramal...

Eh eleh...cakap senang la weiii...Ustaz Aku kata, menjadi orang yang hidup miskin tetapi tetap bersyukur itu jauh lebih mudah daripada menjadi orang yang hidup kaya raya yang tahu bersyukur. Berat tu cabarannya. So, tak payahlah. Wang bukan segala-galanya bagi Aku.

Bukan Aku tak pernah memikirkan hendak mengubah haluan, atau melakukan sesuatu yang boleh menjadikan kehidupan ini lebih selesa...tetapi kan, fikir punya fikir...rasanya tak kuasalah Aku terlalu mengejar masa hadapan yang Aku pun tak tahu ada apa di sana, entahkan Aku hidup lagi ke dah dalam perut bumi...baiklah Aku fokus kepada apa yang ada. Menjalani hidup ikut hari demi hari yang Aku lalui. Macam Aku pernah kata, bukan kerja Aku hendak menjamin rezeki anak-anak...itu di luar bidang kuasa Aku, cukuplah dengan makan pakai yang ada...Aku cuma berharap mereka akan menjadi anak-anak yang boleh menyelamatkan Aku dalam kehidupan seterusnya. Itupun berjerih perih rasanya hendak jadikan mereka manusia yang Aku idamkan...rasa macam berat sangat dan tak terbuat. Mudah-mudahan Allah ampunkan Aku atas kelemahan-kelemahan diriku.

Jadi, janganlah cuba membuat anggapan yang bukan-bukan atau menyangkakan yang Aku tak prihatin dengan anak-anak semata-mata Aku tak memilih untuk berusaha menghamburkan kesenangan hidup kepada mereka. Aku tak hairan dengan apa-apa kekayaan masa depan yang mungkin, insyaallah, menjadi rezeki mereka...itu bukan perkara besar. Masalahnya hidup di dunia ini terlalu sebentar. Aku risau Aku tak buat secukupnya dalam menjadikan mereka golongan yang berjaya di dunia sana. Aku tak ada jawapan yang kukuh kalau ditanya nanti. Sangat berat!

Eh...tidak, Aku bukan anti MLM...jauh sekali. Aku suka dan menyokong penuh rakan-rakan yang menceburi apa-apa peluang perniagaan yang ditawarkan. Langsung tak ada masalah. Malahan Aku dulu pun pernah cuba...ye...Aku tak cakap kosong, Aku pernah cuba dengan menyertai Omegatrend dulu...sempatlah dapat cek beberapa ringgit. Tapi Aku kalah dengan keperluan menghadiri pertemuan demi pertemuan dengan rakan-rakan ahli dan sesi-sesi coaching. Sudahnya Aku tak ada banyak masa di rumah. Betullah tu, kalau nak berjaya mestilah sanggup berkorban apa saja...dan Aku memilih untuk tak mau terkorban, boleh?

Yang best tu bila Aku boleh suka hati nak join ke tidak, dan suka hati Akulah nak jadikan ia satu peluang perniagaan atau tidak. Tak payah bazir air liur berkempen pada Aku. Tak payah tunjuk cek dan buku akaun, yes, Aku percaya...serius...ko memang kaya raya dan Aku kagum. Tapi Aku tetap tak mahu. Boleh? Biarlah, Aku cuma nak jadi ahli jer pun...pasal Aku nak beli barang tu dengan harga murah. Heheh...dah jadi ahli HR Marketing dan Herba Prima dah pun...tapi setakat tu jer lah. Next Aku nak jadi ahli Monavie la pulak...sapa-sapa suka boleh order ngan Aku hahaha...Suka hati Akulah kan...???

Kalaulah apa yang orang buat dan capai, kita pun boleh buat dan capai semudah seperti yang korang war-warkan tu...alangkah bagusnya...macam satu saiz kasut untuk semua orang pakai. Kan mengarut tu? Hargailah kepelbagaian perwatakan manusia yang anda temui sehari-hari dan belajarlah menghormati bila dia katakan, TIDAK.

Monday, March 21, 2011

True colours

It always amazes me when I got these kinds of remarks for doing something I thought was nothing at all. Not a problem.

"Oh! You should have told me. I could send someone to collect the document!" This was uttered just after I reached an office located at a building next to the HQ. Yeah! It's kind of tiring walking there in the heat. But, it's okay.

"You what? You did the copying all by yourself? Was another reaction I got from someone I could no longer remember. It was years ago when I just joined the company, busying myself in the preparation of loads of interconnect agreements.

"I thought you won't join us. After all, we did not expect it from you". Was said by the non-executive staffs when I came down to the toilet to help them wash the dishes after a "makan-makan" event before we moved to the new building.

"Nayyyy...why should I do the faxing? Anyway, I can always ask the admin staffs to do that for me. I think you can just ask them to do that for you too".

I never know how to respond. Still.

Someone told me that I should be a bit 'bossy' so that people will respect me more. If I continue to be 'weak' and 'too kind', people will boss me around. And that is not good because they will not listen to me. Ultimately, I will end up doing everything from A to Z.

I did thought about changing my character. I did envy at people who can simply give instruction and walk away. I wish I could do that also.

But then, I realized, I could never bring myself to that level. I am who I am. Small jobs like making copies, delivering letters, opening door when no one was around to push the entry button do not make me 'less' important. If I am able to do that on my own, I will try my best not to bother others. Unless I am in a very time constraint situation where I could not risk spending even one minute on the copier that I will definitely get some help there. No problem. I mean, if I can cope with my job...from A to Z then...be it. What is the problem?

I was at the "apam balik" stall at last Friday's night market near my house, waiting for my order when the man making the apam told me that I look familiar to him.

"We must have met before" he insisted to which I just grinned and nodded.

"Sure, I came here every Friday for your apam".

"No, no...I mean, not here. Somewhere else" he said adamantly.

"Well...must be the ‘pelanduk dua serupa’ then.”

He smiled broadly yet a bit hesitant. Then, he looked at me again. Obviously, not giving up yet.

"You must be a teacher. You look like one. Are you?" He asked while handling over my order in the red plastic bag.

"No, I am not. Though, I wish I am."

I probably would be a good teacher, just like my sisters and brother and cousins. Perhaps so because, I love to help, making people understand. But, of course, there’s more needed to be a really good teacher. Perhaps I am wrong…I may be looking just at the ‘feel good’ aspect. “Syok sendiri” !

Anyway, one thing I certainly have…I am not easily offended by ‘small’, petty jobs.

I do not mind if people look down at me for not being the 'expected' type of character despite the designation or nature of work at office. I may not realize my true ambition, but there is no reason to stop being me. So, wherever I am right now...or in the future, I am sure it is up to His decision. There must be reason for everything. I am sure I can just excel if I stay true to my style, my identity.

I just love being me.

Tuesday, August 17, 2010

Dosa Facebook

Pagi ini saya terbaca komen yang ditinggalkan oleh seorang bekas rakan sekolah di dinding FBnya. Bercakap tentang dosa FB. Ya, saya juga ada membaca artikel isu yang sama di Majalah Solusi awal dulu.

Pisau yang ada ditangan kita itu memanglah tajam dan boleh melukakan kalau tidak digunakan dengan cara yang betul. Tapi bukanlah kerana pisau itu tajam, kita langsung tak mahu guna sebab kita masih perlukan pisau itu untuk bekerja di dapur. Masalahnya bukan pisau, tapi cara mana kita menggunakan pisau. Begitulah juga dalam kes ini. Masalahnya bukan FB, tetapi pemegang akaun FB. Seorang kawan lain berkata, 'terpulanglah pada niat'.

Saya suka FB saya, sebab ianya cara yang paling mudah dan kos efektif untuk beritahu rakan-rakan saya yang saya masih ingat kepada mereka dan sangat menghargai hubungan persahabatan kami. Ada yang saya kenal-kenal seimbas lalu menulis, "Tak sangka awak masih ingat saya", "Dulu saya fikir awak sombong", "Saya kenal awak, tapi awak budak pandai jadi saya segan hendak tegur". Kadang-kadang saya cuma membaca. Sekadar tahu apa yang berlaku. Ada yang masih bujang, ada yang berangan hendak buka cawangan...macam-macam ada. Ada yang dulu 'vogue' sekarang sudah pandai memetik hadis, saya gembira menjadi orang yang mereka anggap sebagai kawan.

Sekadar berkawan. Ya, lagipun kebanyakannya pun ada di kampung sana...sekurang-kurangnya kalau balik terserempak tu...tak adalah rasa janggal sangat.

Ada juga kelompok rakan-rakan yang saya kenal melalui urusan kerja. Pun saya kalau boleh biarlah tetap berhubung. Manalah tahu kemudian hari saya perlukan bantuan mereka. Memanglah networking adalah antara sebab saya pertahankan akaun FB saya.

Dan saya mengaku ada juga yang saya langsung tak kenal. Teruknya! Kalau ikutkan...tak adalah sampai dua ratus lebih kawan saya...mungkin 200 sahaja hahaha...yang bakinya adalah kawan-kawan 'game'. Ya, bunyinya macam teruk...tapi itulah yang saya buat dengan FB, main game. Dulu cuma jadi penjaga zoo...sekarang sudah jadi peladang pula. Harap-harap dua itu sahajalah. Mungkin saya bakal meletak jawatan penjaga zoo kerana semenjak mula berpuasa ini belum sekali saya melawat kandang haiwan peliharaan saya itu. Tapi, tak kronik...saya main tahap sederhana sahaja...tak guna duit pun...saja suka-suka. Itupun satu cara mengekalkan hubungan dengan kawan-kawan. Yelah...koman-koman boleh minta mereka tolong hantar bahan-bahan binaan dan tolong mereka pulak. Esok-esok kalau betul saya jadi peniaga betul nanti...bolehlah diaorang ini jadi pelanggan saya pula...hahahaha...aaamminn.

Oh ya, tak kira apapun alasan saya mengekalkan FB...satu peraturan yang saya tetapkan ialah mengelak terus daripada menceritakan hal dan aktiviti keluarga nukleus saya. Ada juga saya buat 2 album perkahwinan sepupu. Tapi itupun sebab ianya untuk berkongsi gambar sahaja kerana ramai juga sanak saudara sepupu sepapat yang ada akaun FB. Saya kenalah ikut trend. Selebihnya, insyaallah, cukup setakat itu.

Saya risau juga sebab kerap iqnore request yang dihantar kawan-kawan. Bukan apa, saya tak suka bila segala maklumat saya (yang minimum) itu diakses oleh pihak-pihak lain. Jadi, begitulah modus operandi saya di FB. Cukuplah nampak saya ada (sampai seorang kawan perli...hang ni tak da kerja ka...bila asyik keluar post pasal haiwan2 peliharaan saya). Dan lagi kenalah saya share cerita-cerita ladang saya. Kawan-kawan peladang saya bukan sahaja boleh mengambil binatang dan tumbuhan yang saya tawarkan tetapi juga secara tidak langsung mereka hari-hari dapatlah tengok kemunculan virtual saya. Eh...kalau saya tak share cerita-cerita ladang saya...macamana mereka hendak ikuti perkembangan saya , kan? hahahah....

Cuma satu jer saya takut, masa yang saya guna untuk akses FB di rumah...kalau-kalau ianya mengambil masa yang sepatutnya saya peruntukkan pada hal-hal keperluan lain. Sebab Farmville itu saya tak boleh akses di pejabat...huhuhu...Untuk menjaga hati keluarga, saya masuklah sekejap saja kalau teringin...dan tanam tumbuhan yang lambat hendak dipetik supaya hanya sekali sekala masuk ladang. Cuma bab terima gift sahaja saya buat juga di pejabat time rehat sebab time lain kena block.

Saya cuba untuk mengamalkan pengurusan FB yang berhemah...errr...

Sekian sahaja 'alasan-alasan' yang saya dapat kemukakan untuk sedapkan hati saya terus menggunakan FB...;)

Wednesday, October 21, 2009

Tersasul

Banyak betul tersasul kebelakangan ini. Laju je mulut berbunyi sedang kat kepala belum habis cerna. Itu pasal le dok tersasul.

Aku nak kata 'Khalid Ramli" (bakal pengerusi baru SKMM) tapi yang keluar "Khalid Ibrahim" (MB Selangor sekarang).

Lepas tu masa member tanya dekat mana dia nak cari bengkel penulisan, Aku cadangkan dia goggle nama "Zaharah". Member tanya lagi, "Zaharah apa?". Aku cakap.."Ala...Zaharah Khir Toyo tu..."...Ek eleh...tu bini ex-MB Selangor daaa! Sorry...sorry...Zaharah Nawawi leee! (giler jauh lajakkk!)

Teringat le pula nak tanya apa perkembangan minat tiba-tiba dia dengan penulisan ini. Sebelum tu Aku suruh juga dia jengok laman web DBP. Kat situ selalu ada jadual setahun aktiviti-aktiviti seperti bimbingan penulisan skrip, novel dan sebagainya. Dengan yakinnya Aku tanya member tu, "Ko dah masuk laman web DBKL belum?". Cehhh...tergelincir lagi!

Masa tengah sedap ketawakan gelagat Lotuslily yang tumpang sekaki tunjuk 'samseng' tu, Aku tersasul lagi. Lotuslily buat ulangtayang aksinya, siap terangkat kaki...fuyoooo...ala-ala "Karate Kid"...sekali yang terkeluar, "Dahsyat tu akak, cam kung fu kid"...La elehhh...mesti dok ingat citer kung fu panda sama.

Tersasul pun tersasullah. Jangan tersasul cari pasal sudah!

Friday, June 26, 2009

Khazanah

Pagi tadi Aku ke Khazanah Nasional yang terletak di Menara 2, KLCC. Aku keluar awal dari rumah. Pergi office dulu untuk dapatkan tempat parking. Lepas tu naik lrt ke KLCC. Pertama kali memasuki Menara 2. Masa nak naik lift giliran Aku tercangak-cangak. Selalu Aku gelakkan orang luar yang kerap terkeliru dengan sistem double-deck di Menara TM. Hari ni Aku kena! Ha..ha...padan muka Aku. Nasib baik ada seorang wanita berbangsa Cina membantu memberi panduan. Lift yang Aku naiki itu terasa lebih laju. Dan yang bestnya suara yang digunakan menggunakan bahasa Melayu. "Naik" "Tingkat tiga puluh tiga" Waaa! Kagum jugaklah! Kat tempat Aku lift tu cakap omputih. "Going up" "Serving upper deck" Sempat jugalah mata liar Aku ini memerhati sekeliling. 

Bilik-bilik dinamakan dengan nama berunsur kemelayuan. Dan yang bestnya ialah pertemuan berlangsung di bilik perpustakaan. Memang gatal jer tangan nak usik buku kat sana.

 

Sebenarnya ada banyak bahan bacaan yang lebih sesuai dengan bidang pekerjaan sekarang, tapi Aku lebih dulu nampak rak ini dan sangat tertarik dengan koleksi yang ada.

   

 


















Ikutkan Aku nak duduk jer membelek apa yang ada kat sini masa coffee break. Tapi kang, ketara sangat anti-sosial Aku tu heh...heh...jadi Aku ketepikanlah keinginan membelek buku ini.Rasa nak pinjam jer...hish! Tak sangka, di sebalik kemodenan rupa fizikal, ada nilai-nilai bangsa yang masih terpelihara. Aku pulang dengan persepsi yang baru dan bersemangat nak datang lagi :)

   

 (Woi!Woi! Orang hantar kau ke sana suruh buat benda lain...yang kau pergi melencong dan jadi sentimental bukan-bukan tu apasal haaa...???) ;)

Thursday, July 17, 2008

Telipuk In The 'Middle'

I am in the 'middle' between the past and future. Between the reality and imagination. Between the good and evil...wallaweeehhh...that's exagerating the situation already! Well....how do I start? Initially I thought blogging is impossible today based on yesterday (I missed my 'Wednesday' entry)...but since I'm fasting today, I just gonna squeeze my lunch break for this purpose (that's how important blogging is to me that loitering in the discussion room reading newspaper on Anwar being arrested by police).

Oh..I do really love following my Mum's little adventure in the land of Kangaroo...and reading about Zahra too...so, definitely am not gonna miss checking RNH at the earliest opportunity. But now, I have to pour my heart out for the sake of not having any 'internal injuries' later on...he..he...he...

As I said earlier, I'm now torn in the middle between two things, I would identify as 'unfinished agenda' and 'uncertain new situation'. It is actually very hard for someone who use to boss around to come to the reality that 'it's now over...handover your baton pls...'. I respect the seniority and wisdom...but to keep me in the empty 'battle court' is really annoying!!! The audiences are all gone long ago...leaving the ground behind, they are focusing at other important things...and here I'm fighting with the ghost...

As for the other 'stakeholders' perhaps it is the best solution now, let him spend his time feeling great about this project he's so passionate about...at least he 'release his power with some kind of dignity'(less regret, less humiliation...may be!)...and let's this 'macai pencacai' take care of his need to interact and 'feel' important..argghhhh!

Anyway, don't worry about me...I'm hanging to this quite well thanks to my ability to take various 'role'...ohhh..of course, I was well trained in acting, remember?? So now, I really can try my talent at various kind of script and roles...I could be both antagonist and protagonist...no problemo!

He..he...he...

Wednesday, April 23, 2008

Anger Management

I used to think that I am such a coward when it comes to defending myself over some heated arguments, more so if there's gap in understanding. Worse if the opponent resorted to use abusive words or getting personal. Eventhough I know I am at the right side, I just don't know how to get even with the fiery temperament. It makes me look weak and of no strong position, easy to be toppled.

I think it just scare me if people suddenly lost their temper. Throughout my working experience, I've seen many bad tempered people who easily flare up at the slightest error/provocation. If I ever caught up in such situation, I'll just keep quiet. There's no point arguing...and I don't feel like putting myself in such a 'low rank' attitude. Why do we have to make others feel miserable and end up making ourself miserable too? Live is too short to waste at such non-productive activity. I believe that we should be able to control our anger. Being fierce will never earn you respect nor make other people like you better...they'll run from you and will abide to your instruction out of fear.

I remember the time when I was my class director a.k.a scriptwriter for a drama project in 1995. I actually volunteered to write the script because I was the one who came up with the idea and the fact that nobody else wanted to be responsible. At first, it was just a gesture I thought necessary to move thing up. So, when everything's ready we had a meeting to choose the casts and start practice. After a while, we managed to appoint the appropriate actors despite some resistance/objection.
There's one guy who initially approached me to volunteer himself for poem declamation. It was one of the scene I had in the drama, but he's not one of the actor. I did ask him whether he wanted to take one of the actor's role, but he said no...he wanted to concentrate on the poem. I don't know how it happened but later on I heard that he's not happy with me, saying that I don't make him one of the main cast. Everybody else told me about his dissatisfaction. Suddenly, I just forgot everything...my manner and all but my energy all directed to him. It was a very rare 'tsunami', but it was the most powerful one (so I was told). I scolded him openly in front of everybody at our meeting which was held at a library. Can't remember what I actually said but after that fury everybody else looked at me differently and the project moved on as intended. However, it took a while for me to forget the whole episode. I felt so ashamed about losing my control and it actually surprised me. I've never been in such situation but I guess the pressure I had at the time were really pushing my limit.

So today, I relate back my experience to the recent event in the office(don't want to talk much about it because I'm not directly involved anyway). It's actually just a small things which can be resolved amicably. I just don't understand why people choose to create such a negative environment. May be because of age and maturity...hem..hem...I now don't get easily annoyed. Even if I do, it's much easy to shake it off my head and concentrate on something else. I hope there will be no chance for the tiger in me to sneak out ever again...roaaarrrrrrrr!!!!