Showing posts with label Friend. Show all posts
Showing posts with label Friend. Show all posts

Tuesday, December 28, 2021

Thinking Of You

Saya menerima satu mesej yang tidak diduga. Datangnya dari seorang kenalan lama. Mesej ringkas sekadar bertanya khabar. Memang tak sangka betul. Maklumlah, nombornya pun saya tak simpan. Sempatlah membuat tekaan yang salah. Mujur si pengirim tidak berkecil hati. Saya pun tidak bertanya, tak ada angin, tak ada ribut...jauh sekali nak kata, buang tebiat ke? Ada juga hati kecil nakal berbisik, mesti nak jual apa-apa tak? Sebenarnya, bagi yang berstatus sahabat ini, tak perlu ada sebarang alasan untuk berhubung. Dan tak perlu juga membuat penjelasan kenapa lama tak muncul. Semua itu tak perlu. Bila-bila dan pada ketika mana pun, boleh saja terus be in touch. Sebab kita kawan kannn.

Katanya, juga ringkas...saya teringatkan awak. Sejujurnya saya terharu atas ingatan sebegitu. Berada dalam ingatan orang lain, terasa sangat 'mewah'. Sebab kita tak boleh paksa orang untuk ingat kepada kita , bukan? Ianya bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat. Saya harap ada kenangan yang baik yang membawa dia untuk ingat kepada saya. Saya bersyukur. Saya berdoa semoga persahabatan kita berkekalan, meski sekian lama tak lagi bertemu pandang. Sesekali ingatan muncul, itu yang mahal dan sangat saya hargai.

Monday, November 25, 2019

Laluan (Port) Baru

Bersempena dengan pembukaan laluan yang menghubungkan stesen lrt Abdullah Hukum dengan pusat membeli belah Mid Valley/The Garden minggu lepas, Telipuk dan kawan-kawan pun mengambil kesempatan mencuba meninjau (dan seterusnya menerokai) potensi destinasi tersebut sebagai suatu pilihan alternatif (port baru weyyy)....(macamlah sempattt...ye la, luaskan kawasan mu...tak kan Haslam jer kannn...hahahah)


Ok, cara hendak ke sana sangatlah mudah. Ye, jalan kaki sahaja. Err...mula-mula tu kena naik lrt lah. Kalau dari Menara TM, naik dari stesen Kerinchi menghala ke Gombak (jangan salah platform pulak nanti turun KL Gateway - tapi situ pun ok jugak kalau malas nak bersesak). Hanya satu stesen sahaja untuk sampai ke stesen Abdullah Hukum. Pekerja-pekerja TNB pun mesti gembira jugakkan dengan kehadiran jambatan ini. :)


Signage main tampal jer dulu....baru lagi kot. Tapi don't worry, ikut orang jer. Ramai kot yang dah tukar arah pakat-pakat turun di Abdullah Hukum ini. Dulu-dulu tak de sapa pun nak turun kat Abdullah Hukum melainkan seorang dua staff TNB. Memang stesen ini biasa sunyi sepi jer...tapi sekarang, tidak lagi! Haha...meriah weyyy...itulah dia kesan dan akibat pembangunan.



Seperti biasa, geng Mak Jemah kena wefie dulu atas jambatan ni. Aaa...kang korang tak percaya pulakkan...hahahaha. Ini berlatar belakangkan destinasi yang kita nak tuju tu. Yang kat bawah tu, berlatar belakangkan KL Eco City...fuhhh...memang pesat membangun kawasan ni. Dulu-dulu (amboiii...semua main dulu-dulu jer kan...so, memang terselahlah ke'otai'an si blogger ni), tak de apa pun...hanya perkampungan kecil sahaja. Sekarang kalau nak guna jalan belakang ni untuk ke Jalan Pantai Baru (kes balik dari Mid Valley dengan berkereta), boleh bisa sesat kalau tak perhati betul-betul...maklumlah, dah lain bebenor rupe nye).


On the way balik (cerita siap-siap), kami sempat dok perhati sungai ni...gara-gara penampakan dua ekor biawak...laaaaaaa. Tak de lah tak pernah tengok , cuma besor wey biawak tu...ate teman ingat buaye....hahaha...mengonggg!


Haaa...macam ni punya elok laluan kan, memang selesa dan selamatlah untuk menyeberang. Terang dan susah nak sesat. Kalau sesat jugak, tak tahulah nak cakap apa. Jadi, apa lagi...cubalah. Hehehehe.


Tembus masuk ikut The Garden ye. Bila bukak pintu kaca tu ada restoran Jepun...ape ke nama la restoran tu ye...tak ingatlah pulak. Tapi tak kisahlah, janji korang masuk dalam tu. Haaa...kalau nak terus ke Mid Valley , jalan jer la. Macam kami, tak de plan nak ke sana...saja je nak cuba laluan...jadi kami turun ke Level G untuk ke tempat di mana ada banyak kedai makan tu. Iyelah, dah tengahari kot...Singgahlah makan kat restoran nyonya.


As usual, kalau gi kedai macam ni Telipuk akan order Laksa Asam. Tapi kan...masammm sangatlah...so, next time Telipuk kena terus gi Madam Kwan sajalah...hahaha. Orait, lepas makan terus balik. All-in-all...campur jalan, wefie, makan, membawang dan jalan balik semula (termasuk stop tengok biawak), adalah dalam 1 jam lebihhhh sket. Haaa...dokek kan...boleh repeat lagi ni. ;).

Thank you kawan-kawan kerana mengambil bahagian. Suka sangat dapat 10,000 steps cepat hari ni.

Wednesday, September 28, 2016

Bila Bertembung

Saya nampak dia ketika menunggu giliran untuk menaiki lif di lobi aras bawah. Seperti kebanyakan orang, dia pun sama, sibuk menatap skrin telefon pintar. Khusyuk sangat, tak menghiraukan orang di sekeliling. Hemmm...sekarang ini macam itulah, masuk meeting tak tegur orang...terus belek telefon pintar. Bila kita tengok orang sibuk dengan telefon pintar, kita yang ramah ini pun dah malas nak tegur. Maklumlah, orang tu ada urusan lain. Tapi untuk kes hari ini, saya sengaja mengawangkan tangan depan muka dia. Hahaha...terkejut dia.

"Eh..eh..kauuu" . Tu la...baru nak perasan orang.
Bila saya tak terus tegur tapi gelak saja, dia menggeleng sedikit, memandang saya, tersenyum sumbing dan berkata, "Kau ni memang tak berubah ye..."

Saya tak beri komen tentang pendapat dia tu sebab ya betul, saya masih seperti dulu-dulu juga. Jadi saya lanjutkan dengan pertanyaan "Apa khabar wak?".

"Baik" balasnya sepatah sebelum pintu lif mula terbuka dan kami melangkah masuk.
"Kau masih kat tempat dulu ke Wak?" sibuk jer saya bertanya sedangkan sebenarnya saya pun tak ingat dah nama divisyen tempat dia bekerja. Hanya serkap jarang saja. Dan mesti lawak kalau dia tanya saya soalan yang sama sebab ironinya, jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, barangkali saya adalah satu-satunya yang masih bertugas di bahagian yang sama saya melaporkan diri pada hari pertama mula masuk kerja di TM ini.

"Ye ...kat situ lagi." Dia buat muka boring. Alamat tak payah tanyalah. Tiba-tiba mukanya ceria balik sebelum bertanya nakal, "Kau ingat tak bekas girlfriend aku dulu?". Mulalah giliran saya buat muka. "Eh...yang mana satu? Kau kan girlfriend banyak sangat!". Hahaha...Wak...wak...sebenarnya tak sempat mengusik dia sangat sebab destinasi saya dah sampai pun.

Memang kami semua panggil dia Wak. Budak Jawa. Tak bagitau pun sudah terserlah kejawaannya. Hahaha. Dia budak yang sibuk tanya soalan ketika saya berdiri di hadapan memperkenalkan diri. Ingat lagi antara soalannya ketika saya mengaku mempunyai hobi mengumpul setem.

"Kalau saya curi koleksi setem awak, apa awak nak buat?". Apppaaaa daaaa punya soalan.
Saya pun jawab tanpa berfikir panjang..."Saya bakar rambut awak".
Satu dewan ketawa. Terus tangannya mencapai rambut di kepalanya yang lebat ikal. Hahaha...takut kauuu...sayang rambut oooo.

Begitulah kami mula berkenalan. Kemudian dapat group yang sama pula. Ingat betapa saya selalu menjeling marah dekat dia sebab memang dia tak ada kerja lain, asyik dok usha budak-budak pompuan kat tempat kami dihantar untuk in-house training. Ada sekali tu, lain yang saya suruh buat...lain pulak yang dia buat. Arggghh. Tapi bab makan bestttt...untuk jadi geng makan memang no problem. Time tu siap beriaya-iya nak belanja makan Pizza Hut kan...maklumlah, baru masuk kerja gaji kecik aje...mana nak bayar duit sewa rumah....duit tambang dan makan. Kira kalau nak makan pizza tu dah premium sangat dah masa tu.

Oklah jumpa kawan-kawan sekali sekala kita masih mampu menyapa. Saya macam biasa sahaja, maksudnya kalau jumpa saya tegur. Tapi tak semua saya mampu tegur. Tengok keadaan lah. Kalau belum sampai dekat dia dah kona ke lain atau buat-buat tak nampak...ahahaha...tak payah tegurlah. Ehhhh adaaa...bukan tak ada yang macam tu. Tapi tak apalah, saya okay saja. Yang buat macam tu pun tak ramai....so, tak adalah rugi pun.

Apapun tak kisah, yang penting kita jangan sombong ek...

Tuesday, June 07, 2016

Cerita PD Kami

Okay...Telipuk teruskan entri ini dengan pengisahan sekitar aktiviti retreat yang dijalankan baru-baru ini. Bertempat di PNB Ilham Resort, Port Dickson, retreat selama 3 hari 2 malam itu telah berlangsung dengan jayanya, alhamdulillah. Lega sudah selesai, bolehlah Telipuk menumpukan perhatian kepada perkara-perkara lain pula menjelang cuti persekolahan dan aktiviti cuti-cuti dengan keluarga. Wahhh...banyak betul agenda ni, lagilah cepat masa berlalu.


Ini team RDM. Anchor tenant kat GCR hahaha. Ada 5 orang lagi yang tak ada dalam gambar. Gambar sempena kejayaan mendapat catatan terbaik EEI...wuhuuu! Sebenarnya tak adalah benda sangat, tapi semua orang dalam mood seronok...saja nak bagi team lain jaki tengok...kui kui kui!

Hari pertama tu memang kami pulun buat kerja supaya segala matlamat tercapai. Ahkak bukan suka-suka nak terlibat dalam benda-benda macam ini kan melainkan ada keperluannya. Jadi, bila dah ada kat sini, kena pastikan semua yang dirancang dilaksanakan...tak mahu bila balik nanti, masih ada benda yang tertinggal. Mungkin yang boleh dibuat bila balik nanti ialah memperhalusi rancangan yang telah dipersetujui di sini. 

Lepas pukul 10.30 malam, Telipuk cakap dengan adik Telipuk yang Telipuk dah 'free'. Apalagi, sempatlah mamat tu datang bawak Telipuk keluar. Kebetulan pejabat dia tu cuma sebelah hotel Telipuk sahaja dan dia belum balik lagi. Kami pun keluar menuju pekan PD. Ingatkan nak repeat King's CKT tapi malangnya tutup pulak kedai tu. Sabo jer lah...siap angkut kawan-kawan nak makan sesama. Lalu laluan kemudiannya dilencongkan ke Restoran Tomyam Nashreen. Bolehhlahh..



Keesokan harinya kami menyambung diskusi termasuk menyiapkan bahan pembentangan untuk sesi seterusnya. Selepas makan tengahari team Telipuk sudah mula tak berapa fokus, maklumlah ada aktiviti penting petang ini yang kami kelolakan. Meskipun namanya cuma ada dua orang, tapi sebenarnya kami disokong kuat oleh kawan-kawan lain. Begitu juga dengan team aktiviti luar, walaupun Telipuk bukan ahli, Telipuk tak segan silu ikut diaorang pergi recce melalui kedua-dua route yang membawa ke rumah api dan tepian pantai. Apa yang penting? Kerjasama!!!



Dalam entri yang lepas, Telipuk ada ceritakan tentang aktiviti shopping di OTK, Sentul. Belian barangan untuk aktiviti CSR di PD inilah. Dan bila sudah disusun dan dimasukkan ke dalam beg habuan (goodies bag), macam inilah rupanya. Berat wooo tiap-tiap satu tu. Mana tak beratnya, ada kordial F&N, ada Milo 1kg, ada Ayam Brand canned sardines, ada gula, ada teh, ada Maggi chicken flavor, ada kurma...tin biskut kena jinjit kat luarlah nampaknya. 


Wajah-wajah bakal penerima hadiah dari hati kami. Gembira rasanya menjadi team awal yang menghulurkan sedikit bantuan...yelah, bila dah lama-lama nanti, adik-adik ini pun dah boring nak datang terima sumbangan sebab sepanjang bulan Ramadhan dah tentu banyak syarikat korporat/individu yang lebih meriah budget sumbangan mereka akan datang. Jadi, bila mereka terima yang kami punya dulu, memang terasa signifikan nya sumbangan itu. Bukan apa, rasa berbesar hati bila tengok adik-adik ni jinjit barang-barang kami yang tidak seberapa itu.

Dan rupanya ada adik-adik yang berumur 4-5 tahun juga. Kesiannya diaorang nak angkut beg habuan kami yang berat tu. Last-last kami semua pakat-pakat jadi pembantu untuk adik-adik tu. Tolong angkat beg. Tin biskut dengan wang tunai diaorang nak pegang. Hahaha...comel sangat!


Bangunan Yayasan Anak-anak Yatim /Piatu Islam Port Dickson ini terletak tidak jauh dari Pasar Awam PD. Dekat-dekat Agro Bank.  Masa pergi recce dulu, Telipuk rasa macam ikut jalan lain...ikut waze saja. Yang hari actual ini...Telipuk ikut waze juga namun tersalah masuk jalan. Dahlah Telipuk yang memimpin konvoi...hahaha...pakat berpatah baliklah semuanya. Sampai juga...on time lagi...memang jalan tu a bit confusing, silap masuk memang kena pusing balik. Ini diakui oleh Pengerusi Yayasan tauu...bukan Telipuk reka cerita hookeyy...;)

Bangunan Yayasan ini ada 3 tingkat. Aktiviti perjumpaan dan penyerahan dibuat di tingkat 2. Bersila kita beramai-ramai. Siap ada yang menjual pantun....berangkap-rangkap pulak tu. Aduhh...tak ada siapa nak beli...hihihi...bukan apa, masing-masing terkedu dan terkesima dengan kehebatan mak cik berusia 74 tahun dan masih aktif dengan penglibatan NGO. Dahsyat betul pantun-pantunnya...satu sekolah dengan Chuari Selamat katanya. Telipuk punyalah gentar sampai boleh ingat pantun "pisang emas dibawa belayar" je dalam kepala. Tu yang tunduk takut kena suruh beli pantun mak cik tu. Hahaha...kata budak sastera...apa barangggg....oit...oit...Telipuk dah lama tinggal benda-benda tu tau....otak dah berkarat bab-bab ni. ;)

Mak cik sempat tarik Telipuk dan dua tiga kawan ketepi dan membisikkan tips untuk kekal awet muda...sihat dan tak nyanyuk in shaa Allah. Telipuk boleh kongsikan sahaja sebab benda yang baik kan...jadi tak menjadi belakang kira...yang penting kebaikan harus kita berbagi sama...;)
  1. Solat jangan tinggal
  2. Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk
  3. Banyakkan makan ulam-ulaman
  4. Jangan simpan kebencian dalam hati, buang yang tak elok dan silalah berlapang dada
  5. Mesti senyum selalu



Selepas majlis penyerahan, satu jamuan ringan pula disediakan. Kos untuk jamuan ini, kami yang tanggung. Ada kawan-kawan yang perihatin siap beli kek lagi...ya tak ya, budak-budak memang suka punya. Jangankan budak-budak, Telipuk pun suka kek sempoi macam tu...kalau tak kerana perut ni dah terasa penuh, memang nak bedal sepotong lagi. Tapi mengenangkan ada jamuan BBQ pulak malam nanti, Telipuk tak berani la...takut muntah pulak karang. Orang lain mati kerana tak makan, awak pulak mati sebab terlebih makan...buat malu saja!!


Balik dari aktiviti CSR, kami sempat ronda-ronda meninjau persekitaran Ilham Resort, konon nak tengok tempat BBQ hut diaorang untuk program malam ini. Last-last dah jadi sesi bergambar. Lepas sorang, sorang datang...tapi Telipuk tempek satu gambar sudahlah kan...ini kunun-kununnya gambar sunset yang tak menjadilah ni...dengan jiran depan cubicle.


Caittt...sekeping gambar pun tak ada untuk mengenang acara BBQ ye? Memanglah, tak terfikir dah Telipuk sebab Telipuk bertugas menguruskan gift-exchange. Makan pun cubit-cubit rasa sahaja...entahlah, masih kenyang pula rasanya. Rugi ekkk. Hadiah Telipuk dapat kepada budak baru join GCR yang tak hadir malam tu. Manakala Telipuk dapat hadiah daripada Linda. Maknanya sudah dua kali Telipuk dapat hadiah Linda sebab pernah dapat dalam sesi pot luck sebelum ini.

Hari terakhir program dimulakan dengan aktiviti jalan-jalan masuk hutan. Risau juga sebab macam ramai jer tak dapat join. AJK semua dah excited ni...sebab rasa seronok nak melalui jalan yang sama itu dan bawa kawan-kawan merasainya. Lebih seronok sebab Telipuk dah sediakan 20 soalan untuk mereka cari jawapan sepanjang perjalanan nanti. Dan jawapan ada pada Telipuk...hahaha...untung tak team 2....hek eleh...macamlah Telipuk akan bagi diaorang jawapan kan...carilah sendiri weiii...;)


Inilah barisan kita...yang ikhlas berjuanggg.

Nasib baik pagi itu tak pulak banyak nyamuk sebagaimana yang kami tempuhi semasa datang meninjau dulu. Alhamdulillah...mungkin sebab masing-masing sudah datang lengkap dengan segala krim penghalang nyamuk dan spray...nyamuk pun lari habis.


Bergambor jangan tak bergambor.  Ini team yang naik turun, naik turun kedua-dua laluan dan melengkapkan tiga jenis wefie...macamlah susah sangatkan nak berwefie. Berwefie tak susah, yang susahnya syarat kami tu...mesti nak latarbelakang yang AJK dah tetapkan...hahaha...kejam tak AJK tuh?



Alhamdulillah, selesai sudah program yang dirancangkan itu. Wajah-wajah lega AJK yang tersepit antara rasa gembira kerana tugasan selesai, anxious sebab next aktiviti tu yang lagi penting - implementation phase! Dan juga rasa sedih sebab semuanya sudah berakhir, tak dapat juga makan cendol durian dan repeat King's CKT...hampehhhh!!!




Monday, February 29, 2016

Mendaki Broga

Tanggal 27/2/2016, Telipuk menguatkan azam dan tekad untuk mencatatkan pengalaman baru berbekalkan semangat JK1M yang berkobar-kobar...chewahhhh....maklumlah, orang jenis hangat-hangat taik ayam macam Telipuk ni, kebiasaannya merancang bukan main lagi tapi bila mai bab melaksanakan mulalah....Tapi kan...semenjak dua menjak ini Telipuk dapat rasakan yang Telipuk hari ini bukanlah Telipuk yang dulu...pergghhh...win betullah ayat tu!

"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang..." ewah...nyanyi sikit lagu Tegar...tapi tang tu saja yang sesuai. In shaa Allah, Telipuk merasakan perubahan dalam diri yang positif. Betullah, manusia ini bila ditimpa musibah dia selalu ingat yang negatif saja padahal rupa-rupanya apa yang Allah beri itu terkandung kebaikan yang besar. Sangat banyak hikmahnya. Yang penting, apa yang Allah beri itu adalah yang TERBAIK. Percayalah! Telipuk sangat percaya sebab ini pengalaman Telipuk sendiri. Rasanya sudah tertebus kesakitan yang Telipuk rasa....huhuhu...macam tragis saja bunyinya kan...biarlah rahsia...syyyhhhh...


Berbalik kepada cerita Broga kita...hissshh...sempat buat iklan lagi tu. 

Ekspedisi ini sebenarnya bukanlah anjuran team JK1M yang Telipuk sertai tu tetapi dalam ramai-ramai tu...ada geng yang pakat-pakat, ajak naik bukit Broga. Ada 10 orang yang berminat , termasuklah Telipuk. Telipuk memang dah syok naik bukit ni semenjak mencuba buat pertama kalinya mendaki Bukit Terisek tahun lepas. Bila coach Fzanne bawa team naik Bukit Saga, Telipuk memang kecewa tak dapat ikut sebab masa tu Telipuk mengalami kecederaan otot. Jadi, bila dapat tawaran naik Bukit Broga...eh..eh..eh...dah tentulah Telipuk tak sanggup nak lepaskan!

Bangun pukul 3 pagi semata-mata nak naik Broga. Pukul 3.30 siap berkumpul kat Petronas Taman Melati tunggu geng nak konvoi sama-sama. Tapi biasalah perancangan manusia, ada yang terlewat bangun dan sebagainya...tunggu pi tunggu mai, pukul 4 lebih baru boleh bergerak menuju ke Semenyih. Uishhh...pertama kalilah Telipuk cecah Semenyih nih...jangan main-main, ada kampus Nottingham University kat sini tau...kerlasssss...!!! Cantik bangunan residensi dia. Pemandangan lain, memang tak nampak sangatlah pasal awal pagi sangat...gelap wehhh!

Sampai kat kawasan parkir, umang aiiii...ramainya manusia!!! Dengan basnya, dengan vannya...kereta jangan ceritalah. Parking kat celah-celah pokok kelapa sawit . Ada caj tu...berapa ntah tak ingat...RM4 kot per entry. Kat depan toilet lagilah...seringgit...seringgit...huish...baguih no bisnes toilet ni. RM1 sekali masuk ngkau!! Ko hado???



Berbekalkan suluhan lampu picit...ada yang pakai yang jenis lekat kat kepala tu...perghhh...canggih korang! Telipuk tak berani nak invest lebih-lebih lagi pasal Telipuk tak berapa percaya dengan diri sendiri (hahaha!)...jadi pakai lampu picit biasa sahaja. Bateri jer baru. Pendakian dimulakan tanpa banyak soal. Sebab suasana gelap, perasaan tu taklah macam mendaki Terisek di waktu siang benderang dan nampak anak tangga yang tinggi saujana mata memandang tu...sebab tu bila mendaki Broga tak terasa 'stress'. Tapi memula tu Telipuk cuak jugalah sebab takut jadi apa-apa kat kaki yang baru pulih ini. Mak Telipuk dah membebel berbakul-bakul dah pasal dia tak galakkan Telipuk berlasak balik. Telipuk pergi training JK1M pun dia dah merungut...ala mak...bolehlahhhh.

Telipuk berjalan dengan kawan, budak Setiawangsa bernama Azrin. Kami ingat kami yang paling last sebab bila orang dah ramai tu, kami terpisah dari geng lain. Rupa-rupanya bila dah naik puncak pertama selepas baris panjang nak naik tu...kami yang paling di hadapan. Hemmppphh...apa lagi, bentang tikar makan bekallah jawabnya sebab perut dah lapar. Masuk subuh, solat kat atas tu dan tunggu tengok matahari naik.

Dok roger-roger member lain, sampai cerah tak nampak batang hidung. Rupa-rupanya depa dok galak bergambar. Hahaha...janji nak turun pukul 8.30 konon...pukul 8.30 baru nak terhegeh-hegeh complete kan puncak. Tapi kan, serius cakap, memang terbaiklah bukit ni...cantiknya permandangan...Subhanallah. Hilang rasa penat mendaki.


Kami menghabiskan masa yang agak lama di atas. Bila naik ramai-ramai tu, kami buka bekal masing-masing untuk makan bersama. Semua bawak makanan sihat jer...huhuhu...memang tak ada la yang bawa bekal nasi lemak, mee goreng ke...hahaha sadisss...Telipuk konon nak buat sandwich tuna bagai...tapi sebab bangun pun dah pukul 3, tak sompek! Cuma rebus telur 2 biji dan rembat roti bijirin penuh 2 keping. Bawak air masal 1 lier dan 2 botol minuman isotonik. Sebab syok sangat, tak terasa lapar. Makan telur sebiji dengan roti sekeping. Turun bukit kepala pusing, angin dah masuk! Huhuhu...


Pasal apa ambil masa nak turun? Mahunya tak, asyik nak berposing saja. Hahaha...penuh grup whatsapp JK1M kami muatkan gambar-gambar Broga. Saja bagi jaki member yang tak dapat join. Untuk Telipuk, rasanya tak susah mendaki Broga. Betul, Terisek lagi susah. Dan bagi yang dah pergi Bukit Saga...bak kata mereka, kalau dah naik Saga tu, Broga ni kira celah gigi saja...amboooiiiii!!!

Akan tetapi, Telipuk rasa bab nak turun tu agak susah. Sebab apa...jenis permukaan Broga ni dia nak kata berbatu ye jugak, lepas tu tanah dia berpasir, jadi memang agak licin dan mudah menggelunsur. Bila angin bertiup, debu-debu pasir dan tanah habis berterbangan. Mungkin juga sebab dah ramai sangat orang naik Broga setiap hari, sampai lunyai macam tu trail dia. Apatah lagi untuk Telipuk yang baru pulih ni, memang teragak-agak juga nak menuruni bukit tu sebab semua berat bebanan badan dah bertumpu ke kaki. Cuak la jugak!



Cuak tak cuak, posing tetap kena posing. Lagipun dengan geng-geng gila macam ni memang seronok. Rasa Telipuk, Telipuklah yang paling warga emas dalam group ni...hahaha...terasa sungguh antik sekali. Tapi tak apalah, zaman muda-muda Telipuk dah rasa...now Telipuk nak enjoy zaman nak tua ni...umur tetap akan naik kan, biarlah...yang penting, belum terlambat untuk mencari pengalaman baru. Hidup menjanjikan peluang yang banyak untuk semua, pandai-pandailah memanfaatkan untuk kesejahteraan diri.



Satu...dua...tiga...lompattt!!! Baik-baik, jangan jatuh weiii. Punyalah lambat turun sampai orang lain yang naik tadi ramai-ramai tu pun dah pakat-pakat balik...hahahaha...


Owhhh....what a feeling!!! Rasa macam bebas...macam terlepas dari kesakitan yang membelenggu jiwa. Lupa segala masalah. Indahnya panorama. Indahnya alam ciptaan Tuhan.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"



Hoi hoi ya hoi...kita semua gembira
Hoi hoi o ya...berjaya naik Broga
Hati gembira
Semua ceria

Ai ai cippp...ekspedisi telah berjaya!


Lepas ni kalau ada program lain lagi...jangan tak ajak pulak ye...

Ada orang tu siap beli tongkat hiking kat bawah...mesti ralat la kalau tak boleh digunakan, ye tak? Hihihi. Tu kalau dah beli tongkat, koman-koman Bukit Gasing kena pi panjat tu...kalau tak sampai Bukit Gasing, Bukit Nenas pun jadilah. ;)


Hemmm...Alhamdulillah. Happy. Suka sangat-sangat. Sangat-sangat suka dapat naik Bukit Broga. Lepas ini kalau boleh nak repeat lagi. Memang nak teruskan hobi baru ini, in shaa Allah, tu yang kena stick juga dengan kawan-kawan JK1M walaupun selepas program dah berakhir. Kena ada kawan-kawan yang sama minat untuk berkongsi, barulah menjadi. Nak buat sorang-sorang, alamat tak ke manalah.

Semoga dapat jumpa kamu lagi, Bukit Broga!

Thursday, July 23, 2015

Reunion 2015

Sambutan hari raya tahun ini mencatat sejarah tersendiri berikutan saya berpeluang bertemu dengan rakan-rakan lama setelah hampir 23 tahun tidak bersua muka.

Mereka terdiri daripada rakan-rakan satu sekolah sesi 1988-1992 di Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid, Tanjung Piandang, Perak. Kebanyakan yang hadir merupakan rakan-rakan sekelas saya dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Ada juga yang meninggalkan sekolah selepas SRP, tetapi turut menghadiri perjumpaan ini.


Perjumpaan ini berlangsung di rumah salah seorang rakan yang bermurah hati menjadi penganjur dan penggerak utama aktiviti ini. Saya datang makan saja...hahaha. Saya antara yang terawal datang sebab saya terus singgah di sini dari Kuala Lumpur, tak sempat balik rumah kampung lagi. Abaikan yang pakai baju melayu merah lengkap dengan tengkolok tu...dia tu memang! Keloloh dari zaman dulu lagi.


Kebanyakan kawan yang saya jumpa ni , saya terus dapat cam kecuali dua orang yang totally berubah muka depa. Langsung tak dapat cam. Kawan-kawan pula semuanya dapat cam muka saya...hahaha...depa kata tak berubah. Alhamdulillah, mujur depa ingat...mula-mula tu rasa a bit canggung...maklumlah, dah lama tak berjumpa....tak tau nak kata apa...tapi bila dah buka mulut...haishhh...nak berhenti pun susah. Pot pet pot pet...


Bawa keluarga sekali. Lepas dah perkenalkan diri, minta izin Encik Suami untuk duduk berborak dengan kawan-kawan...dari jauh dok perhatikan juga...

Reunion-reunion juga...hati kena jaga maaaa...



Tu dia...seronok bergebang...(hang dok temberang apa la tu ye...)

Macam-macam ada...satay ada, nasi beriani ada, ayam goreng KFC ada, laksa pun ada, kuih muih, kek, tapai pulut...hemmm...selera saja yang tak ada. Saya makan satay ayam tiga cucuk, tapai satu bungkus, nasi beriani satu senduk dan teh tarik satu cawan sebelum minta diri. Biasalah tu, lepas berpuasa automatic perut tak boleh telan caca marba...sensitip!

Semoga persahabatan ini berkekalan dengan izin Allah.

Monday, June 08, 2015

Ayam Pandan Asam Laksa

Hari Selasa lalu saya memenuhi undangan seorang kenalan untuk keluar makan tengahari. Kebetulan dia berada di Malaysia untuk suatu tugasan. 

Oleh kerana dia menginap di Hotel Meridien, saya mencadangkan agar kami mengunjungi NU Sentral yang berdekatan. Tempat pertemuan ialah di hadapan Secret Recipe. Awal-awal lagi katanya tidak mahu makan makanan barat. Bagus...bagus...saya suka orang yang suka mencuba makanan tempatan ini...

Hemmm...nak bawak dia ke mana ya? Sebenarnya saya pun bukanlah pandai sangat bab-bab tempat makan ni. Kalau ke Sentral, selalu singgah di fast food restaurant saja. Ataupun ke foodcourt bila-bila teringin nak makan yong tau foo dengan sup.

Teringat saya ada banyak tempat makan di aras 4 dan 5. Sengaja saya ajak dia naik escalator supaya dia boleh menjamu mata tengok suasana sekeliling. Katanya ini kali pertama dia sampai ke situ. Haha...dah jadi macam pemandu pelancong la pulak saya tengahari tu. 


Pandangan mata saya terarah kepada sebuah tempat yang nampak ceria, terang benderang dengan hiasan yang unik tidak jauh dari tempat kami berdiri di aras 5.


Restoran ini digelar "Peranakan Place". Peranakan tidak membawa maksud "rahim" ya...ni kalau warga Malaysia, mai cek nak sekolahkan...ini tempat makan baba & nyonya , kaum yang terkenal di negeri Melaka itu ya. Jangan dok ingat ada orang keturunan Portugis jer kat sana.

Okay, nampak tak hiasan dinding dengan corak batik tu? Cool! Apasal 'angle' tak lawa? Haaaa....yang tu terjadi sebab orang macam saya ni...dia memang teringin nak snap gambor, tapi tempat tu ramai orang...so, dia malu la orang nampak...hahahaha...tu pasal 'angle' semacam je.


Kata makanan baba & nyonya, awat ada asam laksa tak tauuuu....hahaha...biasalah, Malaysian. Apa-apa pun boleh dan dah jadi warisan semua. Kitakan 1Malaysia...! Saya kalau dah kat menu tu ada asam laksa, jangan haraplah saya nak pilih makanan lain. Saya mesti pilih! Dok lama dah berangan nak pi makan laksa kat Madam Kwan's...tapi tak terlaksana lagi. Dah jumpa yang ini, jom test tengok...ada mari ka tak mari...


Dr. Sue pulak yang lagi adventure dari saya...member siap cuba nasi ayam pandan...eh...saya pun tak pernah rasa lagi tau! Hihihi. Sebelum makan, saya suruh dia snap gambar dulu....barulah best cerita dengan kawan-kawan nanti. Dia terus snap dan hantar kepada anak bujangnya di Sepanyol. Sib baik tak ajak dia buat selfie sekali...

Lepas ni, bolehlah ajak geng-geng cubicle pergi terjah tempat ni pulak.

Monday, April 06, 2015

ACFC

Akhirnya, setelah puas menunggu selama lebih dua tahun, bangunan di pinggir jalan Pantai Baharu berhampiran Balai Bomba kini dibuka kepada pengunjungnya. Kami mengenalinya sebagai Ali's Corner. Sebuah restoran kegemaran ramai staf TM, TNB, Syabas dan ramai lagi yang bekerja berhampiran.


Hemmm....kerusi meja baru. Bersih berkilat-kilat. Bagusss!!! Dalamannya nampak luas dan lapang walaupun kedudukannya yang hanya melukut di tepian Jalan Pantai Baharu ini...hakikat yang ia boleh hidup sampai sekarang itu memang amazing jugalah. Maklumlah pernah kena sita dengan DBKL. Apapun kewujudan tempat makan ini memberikan kami alternatif baru selain kedai Pak Ya.


Pesanan Telipuk sempoi aje. Kueyteow tom yam yang sedap. Di minum bersama jus limau kasturi sebagai penghilang dahaga. Asalnya Telipuk mintak K-Lime. Sejurus kemudian, pelayan yang mengambil pesanan Telipuk datang memaklumkan bahawa K-Lime belum ada . Telipuk pun beralih kepada jus roselle. Belum apa-apa pelayan tu datang lagi bagitau jus roselle tak ada. Apaaa??? Ok...ok...sabooo...banyak pilihan lagi Telipuk. Kat dalam hati (kalau tak jual, jangan tulis dalam menu la bro). Telipuk pun pilih yang paling mudah dan rasanya ada dijual iaitu jus limau kasturi. Baru nak buka cerita gossip panas mutakhir ini, adik pelayan datang lagi...masa tu kawan-kawan Telipuk dah pakat gelak. Stress! Stress! Tak ada juga ke? Adik tu tanya, "Akak nak letak asam boi jugak ke?". Aku : (Tercengang-cengang) Asam boi??? Adik pelayan : "Yelah, air limau kasturi kan dah masam...takut kalau akak nak asam boi...nanti tak boleh minum sebab masam sangat" katanya . Sangatlah tidak relevan perbualan ini sebab apa kena mengenanya jus limau kasturi dengan asam boi...ada option letak asam boi ke? Dan...bila masa le Telipuk sebut asam boi. Untuk pastikan tiada kesilapan berlaku, Telipuk terima sahajalah saranan dia...ok...jangan letak asam boi. Masa air tu sampai, siap berdebar rasa....hihihi...sib baik betul airnya...buatnya dia bagi air mata kucing ke pulak...haru!!!


Kawan Telipuk minta nasi putih yang dimakan dengan ayam goreng kunyit dan tom yam campur. Huuu...menyelerakan jugak ni. Digandingkan dengan teh o ais limau...sedap...sedap.


Kawan sorang lagi pulak mintak mee bandung dan epal asam boi. Hah...ni mesti gara-gara order air inilah kot pelayan tu tak pasal-pasal confuse dengan air minuman yang Telipuk nak...hahaha...asam boi oh asam boi. Next visit Telipuk pun nak order inilah. Telipuk memang suka mee berkuah macam ini.


Yang tudung purple tu lupa bawak gunting la pulak....habis tak dapatlah kami buat acara potong reben merasmikan kedai ini...hahahah....mahunya tak, AC tutup bermula dia masuk kerjalah...terus tak buka-buka sampai sekarang. Itu yang seronok mengusik sebab member tak sabar nak merasa makan kat AC. Okeh...lain kali boleh pi lagi.

Tuesday, January 20, 2015

Jejak Kasih

Terima kasih sahabat saya yang kali terakhir berjumpa 7 tahun lalu, sanggup berpagi-pagi ambil lrt untuk datang berjumpa saya pagi ini. KPI dah tercapai jua akhirnya...sebab ini tahun lepas punya KPI. Rupa-rupanya bila kita merancang dengan terperinci,  cenderung untuk tidak tercapai...maklumlah, perancangan manusia. Hari ini, tahu-tahu dapat SMS...tahu-tahu 'line clear' (walaupun Restoran Line Clear, Penang dah kena raid semalam)...alhamdulillah, dapat jumpa kita pagi ini.

Berborak kisah-kisah dulu dan semasa. Entahlah, tak tahu mengganggu atau tidak pelanggan-pelanggan berdekatan sebab kami rancak bersembang. Dah tak perasan dengan orang di persekitaran, cuma, alhamdulillah, tempat kami makan tu agak lengang...tak adalah nampak orang queue cari tempat....kalau tak, kena blah awal juga nampaknya.

Memang tak cukup masa sebenarnya. Tak apalah, lain kali kita cuba jumpa impromptu macam ini lagi.


Thursday, November 20, 2014

KL-JB-KL

Seronok dapat jumpa kawan-kawan di Johor minggu lepas. Rasa seronok itu mengatasi keletihan memandu pergi balik beratus-ratus kilometer KL-JB. Juga mengubati kecalaran hati dek kehadiran yang agak mengecewakan. Mungkin juga hidangan kacang phool yang pertama kali Telipuk cuba turut menjadi penawar. Apatah lagi, kuantiti yang biasanya kami kejar kerana ianya lebih mudah diketengahkan telah digantikan dengan hadirnya peserta program yang berkualiti. Ada kalanya rasa hendak menyorok belakang kerusi kerana tahap soalan yang dikemukakan itu sedikit menggugat keyakinan pembentang. Namun, alhamdulillah, segalanya dapat diatasi dan sesi pencerahan di wilayah selatan telah sempurna sudah. Telipuk buat-buat tak berapa dengar dengan usul pihak atasan yang mahu topik kendalian Telipuk itu diperluaskan sasarannya walaupun Telipuk akur ianya telah menjadi sebahagian rancangan jangka panjang yang dicadangkan dalam menangani risiko seumpamanya yang boleh mengganggu kelancaran perniagaan syarikat. Apapun Telipuk tidak suka cepat-cepat melatah sebelum waktunya, bukan senang hendak turun padang dengan rotan di tangan, walaupun bukan untuk digunakan, masih ia sudah tentu bukan sesuatu yang mengujakan kebanyakan orang.  Kadang-kadang benda macam ini sifatnya bermusim...bila keadaan sudah tenang balik, tentu ramai yang lupa. Tunggu dan lihat sahaja.

Berbalik kepada pertemuan dengan kawan-kawan Johor, Telipuk dapat jumpa dengan kawan yang sudah 20 tahun tidak jumpa...giler lamaaa!!! Yang best tu Telipuk masih ingat nama dia bila belek senarai peserta. Sudahlah dia juga orang pertama yang Telipuk salam, cuma masa bersalam tu dia senyum-senyum biasa saja. Alamak...Telipuk pun segan-segan juga nak tanya...manalah tahu, buatnya dia betul-betul tak ingat Telipuk...habislah hilang keanggunan Telipuk. Malu weiiii!!! Jadi, Telipuk ambil masa dulu sebelum terjah...pertama Telipuk sendiri kena pastikan Telipuk tak salah orang...manalah tahu ada pelanduk dua serupa. Maklumlah, 20 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Masa jumpa dulu, kawan Telipuk ni gemuk sikit saja daripada batang pokok pinang...errr...Telipuk masa tu kecik sikit ja daripada batang pokok jambu susu...(jambu susu? pandai hang bagi pokok yang dah pupus...;)). Betui ka orangnya ni? Isshhh...rasanya tak salah lagi dah.

Sebelum rehat tengahari, Telipuk menebalkan muka menyapa dan bertanya terus. Perghhh...sekali sebut jer batch Marang, terus dia ingat Telipuk yang sekarang lebih besar daripada batang pokok jambu susu tadi...huhuhu...Apalagi, happy giler la...terus sambung sesi reunion kat kafetaria. Sebut satu nama kawan yang lain batch tapi sudah balik Johor, langkah kanan pula sebab kawan yang itu kebetulan ada di kafe untuk makan tengahari. Ahhh...sudahhh!!! Teruslah berborak-borak lagi. Boleh jugalah cover Telipuk yang serba-salah nak makan sebab tengahari tu depa sediakan masak pedas ikan apa ntah...sambal tempoyak , yang sah-sah Telipuk tak makan. Berani letak kobis goreng jer dalam pinggan untuk coverline. Kawan janji akan bawa seorang lagi kawan yang Telipuk nak jumpa. Elok-elok je dapat jumpa sebab dia pun luang masa hadir mendengar pembentangan kami untuk sesi petang. Sempatlah dia tunggu Telipuk selesai buat taklimat sebelum minta diri kerana ada mesyuarat dengan vendor. Member ni Telipuk kenal sebab kami dari satu universiti, berlainan course, tetapi rapat bila sama-sama dapat biasiswa dan ikuti beberapa siri program anjuran syarikat sebelum diserap masuk sebagai pelatih pengurusan. Terkejut tengok dia dah sangat-sangat kurus melidi...anak empat tu...anak sulung sedang ambil SPM...waaaaaaa....sangat jelesss!!!

Sebelum balik kawan-kawan semua jadi batu api, bukan main hasut suruh singgah JPO...iya tak ya jugak, dekat dah tu kan. Tapi nasib baiklah, Telipuk ni bukan peminat branded items...walaupun ada rasa macam rugi tak singgah sebab dah sampai tu. Perasaan been here, done that! itu terpaksa ditolak ke tepi. Masa bertolak keluar hari gelap nak hujan dan lebuhraya Tebrau sesak teruk. Mujur Telipuk dapat cari jalan berpatah balik ikut jalan lain...tu pun dah pukul 6 lebih baru dapat keluar. Cuma berhenti solat di hentian Air Keroh pukul 8 lebih. Singgah pejabat dulu turunkan kawan dan akhirnya sampai rumah pukul 11 malam. Esok pagi-paginya masuk kerja macam biasa. Alhamdulillah...boleh lagi. Cuma menjelang petang tu jer ada sikit rasa lain macam...malamnya tumbang terus.

Perjalanan jauh yang menyeronokkan!

Thursday, December 12, 2013

Dari Kerinchi ke Medan Tuanku

Akhirnya...setelah puas merancang tetapi tak pernah jadi...hari ini, berjaya juga melaksanakan misi. Misi yang tidak memberi apa-apa kelebihan dari segi amalan tetapi tetap juga dihajatkan oleh manusia seperti saya. Melayan keinginan dan kemahuan selera yang sentiasa mengada-ngada.

Hari ini saya dan kawan-kawan (setelah berbincang dan membuat ketetapan) bersetuju 'menzalimi' diri sendiri dengan naik turun tren dan berjalan kaki (boleh tahan jauhnya) mencari tempat makan tengahari di Jalan Medan Tuanku, berhadapan Maju Junction. Restoren RSMY (the best cheese nan in town) ini memang sudah kerap mendapat liputan dan publisiti di dinding-dinding FB kawan-kawan sebab pemiliknya ialah bekas rakan sepengajian di UUM dulu. Baru-baru ini pun keluar cerita setengah muka di BH. Bukan baru buka tahun ini tapi rasanya sudah lebih 2 tahun, cuma memang saya tak pernah dapat plan pergi ke sini. Bila tengok kawan-kawan lain dah sampai...amboiii...teringin juga nak pergi! Lepas pekena cheese nan di kedai Lahore dulu tu...tak  boleh tidak mesti nak rasa hidangan di kedai Datin Ida juga...Apatah lagi member kamcing masa pengalaman singkat di Kem Desa Pahlawan dulu juga sudah menayangkan gambarnya dan heronya memamah cheese nan idaman hati...amboiii Puan Masitahhhh...makan tak ajak yeee...


Kami keluar dari pejabat menjelang waktu rehat tengahari. Mula-mula plan nak naik teksi. Tapi semua orang bersemangat nak naik LRT...maklumlah, LRT mana ada lalu Shah Alam dengan Meru lagi , kan...muehehehe...yang saya ni dah tak terkesan dengan kelibat LRT...nak-nak kes semalam kannn...tapi tak apalah, first time ke sana...mungkin ada baiknya naik LRT sahaja. Lagipun boleh jalan slow-slow sambil tengok sekeliling. Kami naik LRT Putra dan turun di Masjid Jamek sebelum menyambung naik LRT STAR sehingga stesen Sultan Ismail.


Dari stesen Sultan Ismail, cuma ikut laluan berbumbung menuju ke arah Maju Junction. Sangat-sangat mudah dan tak perlu turun lintas jalan. Sebaik melepasi persimpangan Sultan Ismail, kami turun dari jejambat tersebut dan berjalan menyusur kaki lima melepasi Pos Malaysia, Sendayu Tinggi dan Avon. Kemudian, nampak Hotel Lotus, lalu jalan Medan Tuanku tu dan sudah boleh nampak RSMY sederet dengan restoren Omar Khayyam dan kedai makan lain.


Alhamdulillah, sampai juga akhirnya. Mengerling jugaklah mencari kalau-kalau nampak kelibat Ida tetapi kalau tak silap dia tak ada di KL pada masa sekarang. Apapun tak kisah, yang penting datang nak mencuba makan di situ. Mungkin lain kali, kalau dapat datang lagi, bolehlah bertegur sapa.

Oh ya, kami masing-masing memesan signature dish di sini iaitu "cheese nan". Kalau di restoren Malik dekat rumah saya tu pun ada juga jual cheese nan, tapi tak serupa sebab nan di RSMY ni memang banyak cheese...wehuuu...itu yang terliur nak mencuba.


Tengoklah...emmm...gebuss dan cheezy...kata kawan saya, dia lebih suka kalau dohnya nipis sikit...lebih rangup. Saya tak kisah, kenyal cenggitu pun okay jer...tapi kena kunyah lebih lah macam bubble gum. Letih mulut sebab rancak bersembang sama...;)


Saya makan cheese nan saya dengan beef kemma ini. Emm...bolehlah. Rasanya saya lagi suka kuah dhalnya. Sedappp. Lain kali, nak minta kuah dhal cukuplah. Dah lah makan cheezy nan , pi makan beef kemma pulak...konyang melampau!


Nasib baik minum jus K-lime. Neutral sikit rasa 'muak' keju. So, bila dapat nan keju tu...janganlah perasan kecil dan tak cukup...keju yang berlambak itu insha Allah akan membuatkan anda cepat kenyang.



Member makan dengan ayam tandoori. Sedap kata depa.


Jauh berjalan hari ini, cheese nan punya pasal. Tak sangka, finally sampai juga dan sekarang kalau kawan-kawan tanya, bolehlah kata...yes, saya pun dah pernah cuba. Heheh.

Selamat maju jaya kepada Datin Ida dan RSMY. Semoga terus sukses hendaknya.