Sudahhhh...terjebak sudahhh. Adoiii...tak pernah-pernah tengok drama Korean, tiba-tiba boleh tersuka pulak. Bukan suka-suka anak nakkk...ni dah suka-suka bapak punya suka sampai tak boleh move on...hahaha. Tu la, suka sangat memperlekeh orang yang follow korean stuffs ni kan...sekali terkena atas batu jemala sendiri.
Tapi, nak justify jugaklah kan...it's a beautiful storyline. Yang ada mesej. Telipuk rasa rencahnya cukup...tarikan yang kuat. Ini drama yang seseorang yang Telipuk percaya cadangkan suruh tengok. Bersungguh-sungguh dia suruh tengok sebab Telipuk kan suka dua jenis genre saja...satu komedi seram....satu lagi romantic comedy...keyword : komedi. hahahaha...bila tengok rasa tak muak dan boleh follow cerita, teruslah ikut sampai habis. Yang penting 16 episod sahaja, kalau panjang meleret-leret sorry tak rajin.
Cerita apa tu? Tajuknya "Familiar Wife".
Moral of the story : Percayalah kepada takdir. Redhalah dengan ketentuan Illahi.
Sungguh? Ya, sungguh. Jangan fikir cerita simple macam itu tak boleh beri mesej. Banyak owh kalau nak kupas. Telipuk pun siap boleh bercermin diri, bukan Cha Ju Hyuk saja ...hahaha...adoiii...
Nanti Telipuk kupas dalam entri lain, but today, just suka nak letak translated lyrics untuk OST drama ni. Lagu ni kalau keluar memang the episode about to end la...nice one. Tak tahu dan tak kenal pun penyanyinya siapa...lirik sangat kena dengan pengkisahan drama ini. Like it!
Sometimes I follow the moonlight
Hollowed mind
Eyes that look at you veiled
Feels like I’m in an unknown maze
I didn’t even know
Till we went to different worlds
Who is the person I know?
Were those sad eyes, yours?
In these feelings that wash over me
I hope you’ll know, at least a little
Love me again
Now I think I know
Can’t I have you again
Now I know how I was trapped
In childish emotions next to you
Who is the person I know?
Were those sad eyes, yours?
In these feelings that wash over me
Trap me in your heart
Sad times in pain
Dreamed of you and me
I’m fine feel right
Here I am my love Love me again
Love me again
I wanted that smile so badly
All of you that dazzles so brightly
I realized after 1000 steps away
That I still love you
Love me again
Showing posts with label Suka-suka. Show all posts

Monday, October 01, 2018
Thursday, September 22, 2016
Wednesday, May 18, 2016
Beranganlah Lagi
Akhir-akhir ini Telipuk kembali memikirkan tentang angan tak sudah Telipuk. Hemmmm....Gunung Kinabalu. Gunung itu seakan memanggil-manggil Telipuk datang. Eh...eh...cerita seram ke apa ni? Hahaha...jangan tak tahu. Itu adalah antara impian yang Telipuk pernah selitkan untuk menjadi nyata suatu hari nanti. Entah bila semuanya bakal terlaksana. Mungkin akan tetap menjadi mimpi yang menghiasi tidur nyenyak Telipuk.
Merepek la Telipuk ni...usia-usia sekarang orang patut fikir hal lain...dah awak ke situ pikirnya. Hahaha....aiyooo...apa salahnya. Usia sekaranglah seronok nak enjoy...anak-anak dah besar. Kehidupan pun dah lebih stabil. Inilah masa nak jalan-jalan cari pengalaman. Dulu kesibukan membataskan pergerakan dan mungkin juga sebab ada begitu banyak benda dalam kepala yang perlu dilakukan maka benda-benda macam ini jauh dipendamkan. Dan juga selalunya memanglah kita akan utamakan keperluan lain dulu yang jauh lebih penting.
Nak naik Gunung Kinabalu kenalah buat persediaan dulu. Kena praktis mendaki beberapa bukit/gunung yang biasa menjadi tempat latihan seperti Gunung Angsi. Eh Telipuk ni apa yang ada? Setakat baru naik Broga tak payah cakap banyaklah sis hihihi....korangggg...salahkah kalau Telipuk nak berangan?
Bagi canlah!

Tuesday, August 04, 2015
Biskut Kering & Kopi O
Petang-petang syahdu macam ini kalau pekena kopi O panas dengan biskut kering memang legend la.
Orang lain tersandar balik dari jamuan raya ...awak biskut kering je? Hihihi...rakyat marhaen macam inilah. Kot ada yang nak menderma masuk dalam akaun kan bagus....:P
[ suara latar : awak ni nak mengopi ke nak mengumpat Telipuk oiii...]
[suara latar : udah-udah la weiii...penat dah dok mikior masalah negara ]
Jom kita minum dulu!!!

Thursday, June 25, 2015
Telan Vitamin
Itulah...dulu-dulu payah benor nak telan vitamin. Dah tua macam ni baru nak sibuk...amik ngkau...ni kira tak payah makan nasik dah...telan vitamin jer dah kenyang.
Dulu masa zaman bujang, housemate dah berapa kali approach suruh join/beli produk Shaklee ni tapi Telipuk bo layan jer pasal tak rasalah perlu nak makan vitamin. Apa ke barang makan vitamin...mahal pulak tu....Kalau harga seploh hingget oklah kot hihihi...nak murah saja. Masa berlalu, hari berganti...tiba-tiba terasa keperluan untuk mendapatkan makanan tambahan ini. Ambik masa juga survey sana, survey sini. Bukan apa...alang-alang nak membeli, biarlah berbaloi. Kalau tangkap muat saja , silap haribulan termakan produk yang merbahaya...naya!!!
Kebetulan ada kawan geng Shaklee. Dia bagitau ada promosi baeekkk punya, siap boleh terus jadi ahli dan dapat multivit percuma...eh...eh...akak memang pantang dengar benda-benda percuma ni...hahahaha...Dah tak pasal-pasal, asal nak satu dua jer...dah alang jadi ahli ni, beranak-pinaklah pulak segala khasiat-khasiat tambahan ni.
Telipuk ni jenis nak makan tu tak ada masalah, alhamdulillah...cukup masa telan. Bolehlah tahan disiplinnya. Ada orang telan sebiji dua dah give up dengan rutin pengambilannya. Ala...nak tak nak je masalahnya.
Don't worry...Telipuk tak de nya nak menjual kat mengkomer semua....tak de kekdahnya Telipuk nak start calling-calling korang...ni Telipuk nak makan sendiri jer. Telipuk nak rasa dulu apa manfaatnya, kalau bagus baru Telipuk cerita. Kalau teringin jugak nak kacau Telipuk dan paksa Telipuk belikan...welll...apakan daya...bolehlah nak tolong, kan...;)

Tuesday, May 12, 2015
Memberi Makna
Terpulanglah mahu jadi apa
Mahu jadi hantu
Mahu jadi buaya
Terserahlah mahu bikin apa
Mahu bikin masalah serah teruskan saja
Pertama kali saya dengar lagu ini saya fikir saya tersalah dengar kot. Ada ke lagu macam tu? Mesti saya tersilap tu...maklumlah, bila dalam kereta tu macam-macam bunyi ada...nak fokus pada pemanduan lagi.
Tapi pagi ini saya agak 'fresh'. Heheh...orang kerja Isnin, ko sambung cuti kannn....mana tak fresh! Nak lagi best, giliran jiran yang memandu...kereta Merc pulak tu...so, bila lagu ini sekali lagi berkumandang...sebutir-sebutir lirik dia masuk dalam kepala. Weiii...betullah yang aku dengar tu. Amboi, pelik-pelik betul lagu sekarang ini ya. Apalah kaedahnya buat lirik macam tu...motif? Tak de motif kot, saja-saja...lagu tu iramanya memang la agak catchy...sekali dengar dah boleh repeat part korus. Cuma terasa pelik jer...hihihi...memang macam tu kot kalau umur dah masuk 40an ni kan...sabor jer la Mak Jemah oiiii...
Memang tak boleh lawan lagu-lagu dulu...kebetulan kat kepala ni sedang 'memutarkan' lagu Siti Fairuz....korang kenal ke Siti Fairuz? Tak kenal....??? Google jer la...
Lagu 'Usah Bertanya Lagi' dengan liriknya ditulis oleh Habsah Hassan
Ku lindung kepiluan hati ku
Agar tiada siapa yang tahu
Di sebalik senyum mesra
Di sebalik gurau senda ku terluka
Engkau kagum melihat sikap ku
Yang tenang selalu
Tapi hakikatnya ku amat kecewa
Dalam senyum ku sengsara
Sesedap rasakan bunyinya? Tak ada hantu-buaya bagai. Liriknya tersusun cantik. Maksudnya lagilah...pergh....mendalam!. Ada cerita di sebalik lagu. Bukan sebarang tulis. Hello, ingat senang ke nak menggunakan ayat-ayat yang ringkas untuk bercerita dengan tepat dan padat?
Dah kalau nak menyanyi tu kan....koman-koman pun biarlah bermakna sikit. Betui dak?

Monday, March 30, 2015
Tumpul
Oh my blog...kesian nye tengok. Dah macam hidup segan mati tak mahu. Sepatutnya ada macam-macam entri boleh buat menggunakan bahan-bahan kelas BAKIT, belum campur syarahan Mufti Menk kat TMCC tempohari serta lain-lain peristiwa yang terjadi. Pendek kata, kalau Telipuk konsisten, jangankan 30 entri sebulan , lebih dari itu Telipuk boleh hasilkan...ewaaahhhh...
Tapi sungguhlah, sangat-sangat kesian tengok KLT. Memang tak boleh ambil buat KPI tahun ini. Kalaulah bilangan entri hendak dijadikan ukuran kerelevanan KLT, jelaslah KLT dah boleh dipencenkan. Telipuk tak boleh gunakan statistik yang ada sebab KLT ini kewujudannya atas asas yang berbeza, tidak bertujuan sama sekali untuk mencari pembaca. Ketika awal-awal penubuhannya, tujuannya ialah untuk berkongsi pengalaman baru Telipuk selaku pemandu dan lain-lain hal berkaitan pemanduan. Namun Telipuk sedar, skop KLT semakin mengecil bilamana Telipuk sudah tak heran dengan hal-hal memandu ini, ia sudah jadi rutin yang sudah sebati dalam kehidupan Telipuk. Tak kan hari-hari nak cakap tentang traffic-jam, juga tak mungkin nak selalu memperkatakan tentang pemandu-pemandu lain yang kurang berhemah...macamlah sendiri tak pernah buat (hahaha....tu yang lagi tak tergamak nak tulis kan).
Alasan demi alasan....menjadilah KLT seperti mana yang ada sekarang. Pengisian caca marba. Tak ada masalah sebenarnya, kerana ia masih berkisar sekitar hidup Telipuk, 'jalan-jalan' yang Telipuk telah dan sedang tempuhi...juga jalan yang Telipuk harap dapat lalui. Semoga sampai destinasi yang dijanjikan dalam keadaan yang seharusnya setiap manusia cita-citakan. Itu sahajalah. Sempoiiii...!
Pun begitu, yang namanya sempoi inilah yang tak terbuat jua akhirnya. Entah apa yang berbeza situasi dulu dengan sekarang pun tak tahulah...rasanya sama aje. Yang konfem tahu, dulu agak muda...sekarang agak tua...hahaha...bila-bila baca blog orang muda....terus Telipuk tergelak, cuba membayangkan rasanya membaca blog sendiri di usia emas satu hari nanti...(kalau umur panjanglah) dan juga apa agaknya dalam fikiran orang muda yang terserempak dengan blog ini..."apalah yang mak cik ni bebelkan..." hihihi..
AZ Haida, sahabat yang 'membuka' minat awal berblog juga sudah tidak lagi aktif berblog padahal saya sangat-sangat suka dengan tulisannya. Bila baca rasa macam boleh menghayati situasi yang dicoretkannya...tu dia aihhh....Kalau yang sifu pun dah gantung keyboard since Dec 2012 (masih dok tunggu bila hang nak update Aezack oiiii), yang murid tak habis berguru lagilah kannn...

Tuesday, December 23, 2014
Entri Penutup
Seronoknya memandu ke tempat kerja beberapa hari ini. Perjalanan sangat lancar dan mudah. Semakin ramai yang bercuti agaknya, maklumlah, hujung tahun. Boleh habiskan cuti yang masih berbaki dan luangkan masa dengan keluarga sementara sekolah belum buka lagi. Telipuk pun nak mula bercuti panjang juga. Esok hari terakhir kerja untuk tahun ini, lepas tu Telipuk akan muncul balik pertengahan minggu pertama Januari. Itupun Telipuk masih carry forward beberapa hari cuti tahunan 2014 ke tahun depan. Memang Telipuk berjimat cermat untuk keperluan tidak terduga. Ikut perancangan asal, 29 dan 30hb ini Telipuk masuk pejabat, tetapi sebab suami Telipuk dah cuti juga, Telipuk lajaklah cuti...nak balik Perak dan kalau sempat nak meronda sampai Kedah. In sha Allah...
Pagi ini Telipuk sengaja guna Jalan Pahang dan naik sikit portion Jalan Tun Razak sebelum sambung ke Lebuhraya Mahameru atau nama barunya Lebuhraya Sultan Iskandar. Selalunya Telipuk ikut Sentul Link. Saja nak tukar angin. Telipuk keluar jam 7.10 pagi, jam 7.30 dah muncul kat pejabat...tak sangka, Telipuk orang pertama sampai dan kenalah pasang lampu...hahaha...Oleh kerana breakfast buddies Telipuk ada yang cuti, ada yang MC, ada yang keluar lambat...maka, sebagai gantinya Telipuk breakfast dengan boss....;) Sarapan terakhir di gerai Pak Ya untuk tahun ini sebab esok kedai Pak Ya tutup. Bila buka balik Isnin berikutnya, Telipuk dah cuti. In sha Allah, kalau tak ada aral Telipuk akan turun memeriahkan majlis walimah anak Pak Ya bulan Januari nanti...kot ada menu istimewa ayam goreng kampung Pak Ya yang sedap tu...terbaekkkk!!!
Rasanya ini entri terakhir tahun ini. Sangatlah perlahan perjalanan KL Traffic tahun ini...macam-macam perangai pulak tu...nyaris-nyaris dipadamkan. Itu baru perjuangan seorang blogger...perjuangan memanjangkan hayat blog yang tak adalah menjejaskan mana-mana bahagian kehidupan. Bagaimana dengan perjuangan hayat diri sendiri? Bukan perjuangan hendak hidup lama...tapi perjuangan untuk memastikan hari-hari yang dilalui memberikan makna dalam kehidupan abadi nanti, itu yang harus diperhatikan. Semasa makan dengan boss, kami sempat berbual tentang perancangan kelas pengajian di organisasi kami yang mana boss Telipuk adalah orang kuatnya. In sha Allah, perancangan tahun depan sedang berjalan baik. Cuma nak tergelak bila dengar cerita ada juga yang tergamak mempersoalkan yuran ciput yang dikenakan. Kita kalau pergi pasar malam pun habis RM50 dalam sepuluh minit saja...itu untuk nikmat yang sementara sahaja. Kurang pada tu jer pun yuran yang perlu dibayar...bukan untuk diri sendiri sahaja tapi juga untuk kelangsungan aktiviti kerohanian di organisasi ini. Tak payahlah berkira sangat! Yang ini untuk peringatan diri sendiri juga sebab Telipuk pun manusia yang sering kali alpa dan selalu buat pengiraan yang salah untuk sifir matematik akhirat....diri sendiri pun ada kalanya kedekut bila datang topik-topik tertentu. Banyak lagi permasalahan hati yang perlu diselesaikan. ;)
Jumpa lagi tahun depan!

Wednesday, December 25, 2013
Cuci Mata
Saya selalu pesan kepada diri saya supaya jangan mencari penyakit. Penyakit a.k.a pasal. Ya, mencari pasal memang mudah. Yang susahnya ialah bila sampai masa mencari solusi. Susah memikirkan perkara yang tak perlu difikirkan pada asalnya. Bukankah itu menyusahkan.
Masalahnya, sesetengah manusia dia tak boleh hidup tanpa pasal yang katanya memberi warna dalam kehidupan. Lalu sengaja dicari-cari. Kehidupan perlu ada cabaran dan debaran. Mengejar dan mendapatkan. Menjadikan fikiran sentiasa ligat berputar dan mencetuskan segala macam ilham. Menarik bukan?
Adrenalin rush...
Bermula dengan berbual-bual kosong. Kemudian bertanyakan maklumat. Lantas tertarik pula dengan fakta-fakta promosi. Hati mula berkata-kata. Mengapa tidak?
Dari satu tempat ke satu tempat...mudahnya mencari pasal. Err...mencari ilham katanya dan saya di situ untuk mengurangkan intensiti keinginan yang semakin galak terbina. Saya??? Aduh...saya ini baik sikit jer dari lalang...janganlah disuruh saya jadi tuan penasihat 20 persen...tak ada makna nye...

Tuesday, August 13, 2013
Kuih Syawal
Semalam saya dah siapkan satu bekas untuk Kuhan. Hari ini saya buat satu bekas lagi untuk letak atas meja...so, kalau ada yang singgah di cubicle saya ni, boleh makan biskut raya ye...Saya kena buat satu bekas untuk guard AV sebab dia rajin tegur saya time menunggu geng 'car pool' saya di depan pagar. Sebab dia dah ramah sangat tu lah terkeluar request nak makan biskut raya...nasib baik Mak saya tak dengar...kalau tak, jangankan kuih raya...dodol pun dia sanggup buat lagi sekali sebab Mak saya tu memang suka beri orang makan.
Mungkin juga nak kena tambah kuih tart nenas ni...tak boleh miss tiap kali raya. Dua bekas hantar balik kampung, itupun kena 'cilok' awal-awal lagi oleh penggemar tart tegar di sana...rasanya tart tu pun tak berpeluang hendak merasa duduk dalam balang juadah .
Kat rumah dah tinggal beberapa biji jer...aiii...tu yang nak kena cari lagi nih. Istimewanya tart ini terletak pada kulitnya yang gebu dan jem nenas buatan sendiri yang lembut dan segar.
Heheh...ni kalau baik punya promosi, ada can ka dapat free beberapa bekas....???
Hehehe...tst lah yer...
Agar-agar kering dengan putu kacang adalah kesukaan saya. Agar-agar kering itu Mak sempat buat di rumah saya sebelum balik kampung. Empat lima hari juga menjemur di balkoni dapur tu. Yang putu kacang tu puas saya cari yang berkenan di hati...akhirnya jumpa di kiosk di luar Econsave Parit Buntar. Menyesal pulak beli satu je...nanti kalau saya jumpa lagi semasa balik kampung hujung minggu nanti, in sha Allah nak beli lagi...(nak buat kudapan jer...hehehe).
Mungkin juga nak kena tambah kuih tart nenas ni...tak boleh miss tiap kali raya. Dua bekas hantar balik kampung, itupun kena 'cilok' awal-awal lagi oleh penggemar tart tegar di sana...rasanya tart tu pun tak berpeluang hendak merasa duduk dalam balang juadah .
Heheh...ni kalau baik punya promosi, ada can ka dapat free beberapa bekas....???
Hehehe...tst lah yer...
Tuesday, June 25, 2013
Kek Cawanku II
Cuti hujung minggu yang lalu saya sempat mengasah bakat yang tak pernah disangka ada. Err...sebenarnya bukan tentang bakat pun...lebih kepada kemahuan. Betullah kata peribahasa, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".
Kebetulan, stok durian yang telah diasingkan isinya dan disimpan di dalam freezer masa ada satu tupperware sederhana. Hisham memberikan cadangan, "Ibu, apa kata kalau ibu masak cupcake durian?". Wahhhh...terlopong sekojap omak aiii. Err...macam boleh jugak kot...slow jer cakap, lepas tu cek inventori tengok kalau-kalau ada bahan-bahan diperlukan. Hemmm...ada semuanya, cuma, sukatannya main agak jerlah coz tak sempat nak merujuk pendapat Encik Google.
Saya gunakan bahan asas kek cawan pertama dulu tu...lepas tu adjust sikitlah. Gula saya kurangkan sebab takut terlebih manis sebab durian pun dah manis. Saya ambil isi durian dalam satu cawan. 3/4 saya gunakan dalam adunan dan selebihnya saya guna untuk frosting.
Hasilnya...hemmm...untuk saya, saya rasa memang menjadilah. Yang pentingnya semua cukup rasa, adunan naik elok, lembut dan memang terasa duriannya...dari segi rasa dan bau. Cuma, mungkin tepung agak terlebih kot sebab kelembutannya tak seperti batch velvet terdahulu.
Untuk adunan kali ini, saya masih dapat sejumlah satu dozen (dua kali bake menggunakan dulang berlubang enam itu).
Saya menggunakan resipi yang dulu juga untuk topping...cuma yang kali ini, saya blend sekali isi durian fresh. Hemmm...tak pernah-pernah le suka by-product durian...kali ini boleh pula. Sendiri buat. Sendiri rasa. Peraturan sendiri boleh la tukar bila-bila suka...peraturan Allah jangan!
Rasanya anak-anak pun memainkan peranan juga...kalau telipuk buat dan tak de sapa nak makan, hemmm...gerenti malas nak buat dah.
Lepas ni nak buat yang coklat pulak la kot pasal dah ada yang meminta.

Tuesday, January 29, 2013
Pak Cik (2)
Pak cik yang kedua ini adalah 'penguatkuasa' di kawasan letak kereta yang biasa Aku pergi. Orangnya nampak tegas dan jarang tersenyum. Seriau!!! Dia akan berjalan meronda ke hulu ke hilir terutama di jam awal parking mula beroperasi untuk memaksimakan penggunaan kawasan letak kereta.
Setiap kali masuk kawasan parking ini, pak cik akan pastikan yang Aku park kereta mengikut piawaian yang dia tetapkan sehingga membuatkan Aku 'stress'! Dari jauh lagi dia sudah sasarkan kepada kehadiran Snowy...mengekor dengan langkahnya yang laju dan mula memberi isyarat tangan suruh Snowy ke depan...lagi...lagi...lagi...ishhh...pak cik, langgar divider ni karangggg!!! Padahal jiran-jiran Snowy yang lain pun tak de lah letak elok betul...ada yang sampai sehasta jauhnya antara 'dagu' kereta dengan divider...yang Snowy ni pulak pak cik paksa-paksa sampai tinggal kurang seinci dari divider...sabau jer Aku!
Mula-mula Aku 'layan' jer la...pasal pak cik ni kan pihak berkuasa kat situ. Tapi semenjak Aku jumpa kereta yang parking endah tak endah sesuka hati...tapi pak cik tak pulak buat apa-apa...that's it! Enough is enough! Hehehe...
Jadi, modus operandi Aku sekarang ialah masuk dan buat derk aje...masuk dengan gaya keyakinan tinggi errr...agak-agaklah kan. Teori ini setakat hari ini memang terbukti menjadi, dengan syarat, jangan sesekali pandang ke arah pak cik bila meletak kereta. Kalau pun pak cik datang dekat, buat muka seolah-olah tak perasan atau tak nampak kelibat dia. Kalau teringin nak tengok reaksi dia, jeling dengan ekor mata jer dah cukup hahaha...
Dan semenjak itu Aku dapat jarak yang lebih baik antara dagu Snowy dengan divider tu. Muka pak cik nampak kelat bila tak dapat 'membuli' Aku lagi hihihihi...tapi Aku masih baik sebab Aku tidak semberono meletak kereta. Snowy sentiasa Aku pastikan diletak dalam keadaan lurus masuk kotak sebab Aku tahu sepanjang jalan di belakang tu akan ada ruang-ruang untuk kereta lain dijajarkan di situ.
Ok la tu kan, pak cik....
Peace yooo!

Pak Cik (1)
Eh...dia tengok kita..
Eh..dia jeling mata...
Mentang-mentang 'Aku kalah' lagi pagi ni...eksyen semacam jer pak cik paper tu hari ni. Menderum lalu depan Snowy dengan sebelah tangan pegang helmet.
Perlumbaan tak rasmi itu telah bermula sejak beberapa lama dulu. Bermula tanpa disengajakan mahupun disedari. Standard pak cik paper yang tinggi itu memudahkan kehadirannya menjadi tanda aras waktu sepatutnya Aku mula keluar rumah. Kalau Aku berhasil keluar sebelum pak cik paper sempat menongkatkan motornya di tangga bawah tu...bermakna Aku masih awal. Kalau semasa Aku membelok keluar dan pak cik masih terkial-kial nak turun motor untuk hantar paper di blok A...bermakna Aku sangattt awal. Akan tetapi kalau semasa Aku menghidupkan enjin dan pak cik paper selamba berlalu pergi, itu maknanya Aku sudah sangat lewat dan tak bakal dapat meletak kereta dalam bangunan pejabat huhuhu...
Hari demi hari Aku sentiasa berhasil mendahului pak cik. Tak sangka, akhirnya pak cik merasa 'ketewasan' itu dan segala-galanya mula menjadi 'caca-marba'. Mahunya tak, kekadang gila awal pak cik sampai hingga Aku terpaksa tengok jam berkali-kali kerana waktu pak cik tiba semakin hari semakin dipercepatkan...aiii...melawan nampak! Ianya menyusahkan Aku yang menggunakan pak cik sebagai penggera amaran...hahaha.
Oleh kerana jadual ketibaan pak cik yang sudah tidak reliable...maka terpaksalah Aku kembali bergantung kepada jam. Pak cik semakin tidak relevan bila akhir-akhir ini Aku lebih suka memilih untuk menaiki lrt gara-gara masalah parking di pejabat dan kesesakan waktu pulang yang semakin buruk.
Bukan main happy pak cik tengok Aku lewat. Dia ingat Aku kalah...wei pak cik, saya memang sengaja keluar lewat sekarang ni pak cik. Hok alohhh...entah-entah sekarang ni pak cik dah gunakan Aku sebagai benchmark dia pulak kot...sebab setiap kali pun dia akan tengok Snowy dah gerak ke belum....padahal Snowy tu jalannya sampai ke tempat parking lrt jerk!
Oklah pak cik...tak mo main lawan-lawan lagi dah...kira pak cik menang lah...thehehehe...

Monday, January 14, 2013
Santai Bersama UAI
Tengahari tadi, Ustaz Azhar Idrus (UAI), pendakwah tersohor negara datang bertandang ke Menara TM untuk kali yang ke-3. Kami memasang strategi datang 30 minit awal sebelum acara dijadual bermula kerana mengambil kira kepopularitian UAI di kalangan staf TM. Ternyata, satu perancangan yang bijak kerana 10 minit sebelum sesi perkongsian ilmu dengan UAI bermula, dewan sudah penuh melimpah ruah. Nasib baik!!! Kalau tidak alamat bersila di depan pentaslah gamaknya.
Seperti biasa UAI membacakan soalan-soalan bertulis yang telah dikumpulkan dan menjawabnya. Nama pun sesi soal jawab. Sukar untuk saya mengambil nota kerana kepelbagaian rupa bentuk soalan. Ada yang soalan yang telah biasa didengar, ada juga yang sedikit mencabar serta tak kurang juga yang buatkan ramai menggeleng kepala. Oleh kerana soalan yang banyak, jawapan UAI juga perlu seringkas mungkin. Dan ini barangkali menjadi agak mencabar dengan kepelbagaian tahap penerimaan. Apapun ia adalah sesi yang menghiburkan dan suatu pendekatan dakwah yang agak menarik kerana konsepnya yang santai.
Kami ketawa bila UAI membacakan soalan tentang adakah hadis berhubung payung emas. Lehhhh...UAI kata, orang dok sibuk isu kalimah Allah, dia ni dok main payung emas lagi. Haishhh! Ketinggalan zaman betullah. Yalah, bila dah ramai-ramai begitu...ada yang tak faham lagi kot. Atau mungkin dah faham tapi tak berapa puas hati.
UAI menyebut tentang hadis sohih yang menyatakan mana-mana perempuan yang suami redha kepadanya (menyukakan dan menyenangkan hati suami) maka dia boleh masuk syurga dengan mudah. Saya membuat pencarian Google dan menemukan hadis ini : Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah S.A.W, "Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga".
Haa...kalau sudah masuk syurga yang penuh dengan segala kenikmatan, semua pun emas belaka...amende sangatlah payung emas, kan? So, puan-puan semua...kalau nak sukakan hati suami buat apa? tanya UAI mengusik. "Hooo...bui la dio nikoh se lagi..." dan menjawab mengusik juga. Maka tersengih-sengih la para lelaki semuanya, semua suka bebenor! Heheh...akak Telipuk pun tersengih juga sebab suke nengok kaum lelaki gelak-gelak suke.
Lepas tu UAI kata, dalam syurga ni Allah beri kita apa yang kita suka. Pada hakikatnya memang benar yang orang lelaki ni kesukaannya adalah wanita. Maka kerana itu disediakan bidadari untuk mereka. Orang lelaki dia kalau dah menikah, dia tak berhenti suka tengok orang perempuan lain. Aikk...UAI kata na...akak laporkan aje ni. Walaupun dia tahu dia sudah ada isteri. Cer tanya lelaki, mahu tak kahwin lebih? Mesti mahu punya. Kalau tak mahu something is wrong somewhere...Orang perempuan lain, dia bila dah kahwin, lepas tu dia tak tengok dah lelaki lain. Dia tengok pinggan-mangkuk pulak. Jadi, nanti di syurga, Allah beri dia banyak perhiasan gemerlap berkilau-kilauan dan pinggan mangkuk...huh? Ye ke, Ustaz? Ate...kawan yang pinggan-mangkuk pun masih pakai yang hadiah kahwin dedulu cam ner? He'eh...saya suka kumpul anak pinggan yang dapat free bila beli Daia 2.5kg tu...tak ada gila membeli ustazzzz...Corelle pun satu set jer beli...tu pun saje nak tahu, best sangat ke gunanya. La ni saya belasah hok yang plastik je lagi senang, tak risau pecah.
Hehehe...tak pe, tak kisah pun. Apa nak kita pertikaikan ye tak, nak masuk syurga je dulu itu semestinya...dapat istana ka, dapat apa ka...tak penting dah. Itu pendapat sayalah, sebab apa, yang kita tak mau sangat-sangat ialah takut amalan yang sedikit dan penuh kecacatan ini akan menjerumuskan diri dalam neraka. Na'uzubillah! Itu yang pentingnya. Jangan tersangkut kat situ. Janji lepas...
Suka tengok ramai yang datang. Alangkah bagusnya kalau sambutan untuk ustaz-ustaz lain pun mengujakan macam ini juga. First time tengok kaum Adam pun sampai bersila. Kalau tidak, cukup 2 saf di depan sahaja. Apapun, sangat bersyukur dengan ruang yang ada untuk mengutip ilmu tanpa perlu pergi jauh. Semalam saya ingatkan diri saya lagi betapa bertuahnya saya dapat bertugas di TM ini. Biarlah apa orang nak kata bila saya masih di bahagian ini tanpa mahu mencuba cabaran lain. Biarlah saya tak kisah. Saya suka kerja-kerja saya walaupun dulu saya tak melihatnya begitu. Di peringkat sekarang, saya betul tak berminat untuk mencabar diri saya dengan apa-apa jua yang mungkin boleh menaikkan 'darjat' saya di mata manusia. Cukuplah dengan apa yang ada. Saya bersyukur kerana banyak yang Allah beri pada saya . Rakan-rakan yang baik. Persekitaran yang menyuburkan kecintaan kepada ilmu. Ada yang rajin mengingatkan. Macam-macam nikmat.
Ya Allah...apa lagi yang saya hendak?
Semoga semakin dipermudahkan pekerjaan saya di tahun ini supaya saya punya ruang yang lebih banyak untuk keperluan rohani saya. Dan untuk kawan-kawan saya juga.
Ameenn...

Thursday, September 13, 2012
Ada Aku Kisah?
Ada Aku kisah?
Heheh.
Kadang-kadang 'comel'. Kadang-kadang menjengkelkan.
Sekali lagi, ada Aku kisah?
Ada semacam rasa lega dan puas hati. Rasa merdeka pun ia juga. Terutamanya bila apa yang orang kata atau buat, tidak lagi mencetuskan apa-apa rasa 'persaingan' di dalam jiwa. Tak ada rasa terancam. Tak ada rasa nak melawan. Tak ada rasa rimas hatta gelisah. Rasa tenang je.
Juga bila ada semangat 'ada Aku kisah?' ini membuka satu dimensi baru dari sudut motivasi dan kejiwaan. Tak rasa teruja dengar orang bercerita tentang orang itu, orang ini...sebab...dalam hati boleh kata...ssoooo??? dan sambung dengan , "ada Aku kisah?". Heheh...seronok, kan?
Tapi "ada Aku kisah ini" tak boleh terpakai untuk semua keadaan. Untuk suka-suka sendiri bolehlah. Mungkin untuk 'menyedapkan' hati...camouflage gitu! Dalam banyak keadaan, kena ambil kisah. Kena peduli. Jangan suka-suka nak jawab, "ada Aku kisah?" .
Kalau benda yang kita buat tu salah dan orang tegur, janganlah melenting pulak dok jawab, "ada Aku kisah?", nanti orang naik menyampah pula. Berterima kasihlah, sekurang-kurangnya masih ada yang peduli dan ambil berat hal kita, kan...betul...betul...betul...
Cakap tentang "ada Aku kisah" tak boleh elak daripada kerja-kerja amal makruf nahi mungkar. Satu, kita tak boleh ambil sikap "ada Aku kisah" bila berdepan dengan kemungkaran. Tapi itulah, hendak menegur perlukan kekuatan dan juga ilmu. Selalunya rasa sakit di mata tengok...tapi tak terkeluar kata-kata. Pelik bila nak buat benda yang patut kita pula rasa takut-takut, rasa ragu. Rasanya bab ini, akak Lotuslily sudah terkehadapan...hahaha...tu pasal kita selalu tolak akak ke depan dulu...:).
Takut nak tegur juga sebab tak kuasa nak melayan kalau yang ditegur itu melawan balik dengan kata-kata..."ada Aku kisah?". Nak kata lebih-lebih diri sendiri pun banyak kepincangannya. Tapi kalau buat tak tahu ikut nafsu-nafsi masing-masing je...pun tak kena juga sebab kalau Allah nak turunkan bala, Dia tak pilih bulu...semua kena. Jadi, mahu tak mahu, kena balik kepada punca sebenar, kena mula ambil peduli, kena sama-sama prihatin , kena saling tegur-menegur, ingat-mengingati ke arah kebaikan. Kalau tidak dimulakan dari kecil, dari tak ada apa-apa ini...sampai bila pun kita tak sampai ke mana. Ini tugas. Ini tanggungjawab. Jangan fikir itu bukan masalah saya atau " ada Aku kisah".
Selamat mengambil kisah.

Wednesday, March 14, 2012
Anehnya Mimpi
Di dalam mimpi itu, saya dan beberapa orang kawan seperti sedang mengikuti suatu lawatan ke sebuah kampus pengajian. Kami di bawa melawat dari satu fakulti ke satu fakulti. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat menaiki kenderaan seperti roller coaster. Saya tidak ingat rupa binaan landasannya bagaimana tetapi memang kami terolang-aling naik turun dan membelok dalam keadaan terbalik. Padahal satu-satunya roller coaster atau binaan seumpamanya yang saya pernah naik seumur hidup, hanyalah di Sunway Lagoon...itupun kalaulah ia boleh dipanggil begitu.
Tiba-tiba kenderaan kami terhenti dan kelihatan sekumpulan pelajar lalu melintasi tempat saya berdiri. Kesemua mereka memakai pakaian yang berwarna seragam. Kain berlatarbelakangkan warna gelap dengan kuntuman-kuntuman bunga besar berwarna coklat cair.
Waktu itulah kami duduk berkumpul bercakap-cakap entah tentang apa dan Ustaz Muin muncul dengan pembaris panjang ditangannya mengajarkan kami bahasa Arab. (Aduhhh...tahulah minggu ini ustaz batalkan semua kelas sebab cuti balik kampung!). Dalam dok sedap belajar tu, muncul seorang pelajar lelaki berpakaian aneh. Aneh kerana dia tidak menyarungkan pakaian itu sebaliknya hanya diikat menutupi bahagian depan badan. Dia lalu melintas di hadapan saya. Dan ketika itu kain yang dipakainya tertanggal.
Oppsss...!!!
Saya terkejut beruk!
Dan itu telah membangunkan saya daripada mimpi buruk itu...heheh...nasib baik, saya tak nampak apa-apa okay...apa daa punya mimpi!!!
Mimpi masuk kampus?
Menjadi-jadi semenjak saya membatalkan terus hasrat hendak menyambung pelajaran. Adakah berlaku pertentangan di dalam sana?
Mimpi jumpa Ustaz?
Saya memang ada berhasrat hendak menelaah buku bahasa Arab saya dan membuat sedikit latihan sementara ada masa dek penangguhan kelas minggu ini. Tetapi entah mengapa hasrat semenjak minggu lepas itu belumlah lagi tertunai.
Mimpi jumpa orang pelik?
Apa yang hendak dipelikkan, di alam realiti pun ramai manusia yang pelik. Yang cakap depan lain, cakap belakang lain. Yang bertopeng. Yang lidah bercabang.
Hemmm...jadi kesimpulannya...
Kehidupan ini sama macam mimpi, ada indah ada buruk...dan setiap satunya berlaku tanpa dapat dihalang, mungkin juga tidak difahami. Apapun kehidupan harus diteruskan. Walaubagaimana susah dan tidak munasabah sekalipun ia.
Selamat 'bermimpi'!
Monday, March 05, 2012
Memendam
Ada sesetengah perkara, memang diri tidak mampu hendak menjelaskan kepada orang lain kerana belum apa-apa, diri sudah rasa penat hendak merangka penerangan. Kalau yang faham baguslah. Tapi kalau yang tak faham? Kenalah jelaskan lagi sampai faham yang entah lama mana baru boleh selesai. Dan kalau dia buat-buat faham, tapi...sebenarnya tak faham...lagilah haru! Tak pasal-pasal timbul cerita lain pula. Jadi, itulah yang kadang-kadang buat tak reti ajelah kalau orang angkat kening, atau kerutkan muka bila soalan dia tidak berjawab.
Atau pada ketika diri malas hendak mengulas kenyataan yang dibuat atau diri tak mahu bercakap apa-apa tentang perkara itu. Harap-harap bila dibiarkan tak bersambut, akhirnya hanyut sepi tak berbangkit lagi. Harap-haraplah. Tapi ada juga spesis yang tidak cepat mengalah. Ada ruang dan peluang, langsung dibangkitkan lagi.
Aduhai...kan bagus kalau kau mampu membaca fikiranku kerana itu lebih baik daripada membiarkan mulutku berbicara. Kerna bila berbicara, seringnya diri ini memilih untuk menidakkan kemahuan hati menyebabkan di penghujungnya sendiri akan sakit hati...hahaha...
Ohh payahnya berkomunikasi kala segala-galanya serba tidak menjadi.

Monday, February 20, 2012
Muda Di Hati
Dulu-dulu, macamana pun orang panggil 'dik'(adik)
Contohnya : "Nak minum apa, dik?"
Masa tu rasa macam lama benor lagi le nak cecah angka 30.
(Tak berapa nak sedar diri masa tu)
Dan di suatu tengahari yang agak sibuk kala anak-anak berpusu-pusu keluar dari sekolah dan si ibu terkial-kial berdiri memegang payung lalu dengan tidak sengaja dilanggar bahunya oleh beberapa teenagers belasan tahun..."sorry, cik !". 'Cik' as in 'Mak Cik'. Terkebil-kebil sekejap 'mak cik' yang perasan masih muda tu...hahaha...
Well...ianya bukan peristiwa pertama kali. Kalau tak silap sudah ada beberapa insiden perkataan 'mak cik' itu keluar.
Oppsss...jangan salah sangka, Aku tidak ada isu dengan gelaran 'mak cik' . Juga sangat-sangat faham yang Aku sedang meningkat tua. Rasa macam cepat sangat pulak ye bila dah masuk 30an. Cuma kadang-kadang macam tak percaya yang lagi beberapa tahun jer dah nak masuk 40s. Hahaha...(boleh ker Aku buat entri-entri 'mengarut' lagi nih...).
Macam tak pandai je nak jadi 'tua' ni. Perangai masih tahap 'bengong'macam tu jugak. Kalau berhimpun dengan kawan-kawan, buat lawak tak ingat dunia. Aiyooo...cam no tu? Bak kata BGA, "we're still young at heart"...yeah, rite!
Memang macam tu lah agaknya ye bila kita rasa kita masih sama dan tak berubah apa-apa...(berubah luaran jer la kan...)...dan sebab tu kita terlupa pasal usia. Bukan segan nak mengaku...heheh.
Macamana agaknya rasa membaca semula blog ini saat dah jadi nenek?

Wednesday, February 15, 2012
Singgah di Puduraya
Hari ini, sesudah beberapa tahun berlalu, akhirnya sampai juga Aku ke Hentian Puduraya. Tempat persinggahan bas ekspres dari/ke destinasi seluruh negara ini sudah berwajah baru. Jauh bezanya dengan Puduraya dulu kala. Kalau tak kerana emak yang hendak balik ke kampung hari ini, tak ada le sampai sini. Oleh kerana kami tak dapat bercuti kerana permintaan last minute ni, maka, terpaksalah hantar emak naik bas sahaja.

Aku tidak memandu ke Puduraya. Sebaliknya Aku menggunakan pengangkutan awam. Naik LRT STAR dari stesen Sentul berhampiran rumah dan kemudian turun di stesen Plaza Rakyat. Dari situ, hanya berjalan melalui laluan berbumbung yang terus bersambung masuk ke Puduraya. Time orang ramai okay la...agak-agaklah...kalau malam, janganlah lalu sini...ianya agak menakutkan, macam terkurung dan terkepung aje. Kalau kena pau kat sini...naya! Aku pernah dulu diekori oleh mat pit kat kawasan ni...dia minta duit macamlah Aku ni adik kakak dia. Nasib baik Aku buat muka konfiden bo layan dan jalan macam tak heran sekupang pun...dan nasib baik juga dia tak agresif.

Fuyooo...macam kat airport. Ahaks. Korang kalau datang nak naik bas kat sini, korang duduk jer la melepak kat dalam ruang menunggu (ala-ala balai berlepas) yang berhawa dingin dan gemerlap lantainya. Boleh rujuk status bas anda pada skrin TV yang memaparkan maklumat perlepasan ini. Agak-agak dah panggil untuk 'boarding' silalah menuju ke platform yang dinyatakan. Tekan butang untuk membuka pintu kaca dan turun ke bawah macam biasa...hahah...Aku masih boleh relate lagi susunatur dalam bangunan ini walaupun fizikalnya sudah di'upgrade'.

Kedai-kedai menjual aneka minuman dan makanan, buah potong dan jeruk (yang Aku suka beli untuk mengunyah dalam bas...dulula) sudah ditempatkan di lokasi yang lebih terurus dan kemas. Kerusi untuk duduk memang banyak. Memang selesa. Kaunter membeli tiket terdapat di tingkat 1. Surau di tingkat 2 dan medan selera di tingkat 4.

Tahniah untuk kemudahan yang baik ini. Harap diuruskan dengan baik dan konsisten. Maklumlah, kita ni kalau masuk bab 'maintenance' memang sangat-sangat lemah...mentaliti kena betul ye tuan-tuan dan puan-puan semua...jagalah kemudahan yang disediakan untuk keselesaan bersama.
Sekian, saya wartawan Segmen Prihatin Rakyat melaporkan untuk Buletin Auta Hari Ini dari Puduraya. Peace!

Tuesday, February 14, 2012
KTMB
Semalam saya menjejakkan kaki ke bangunan ibupejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)dengan bos dan dua rakan seperjuangan. Ia adalah kunjungan pertama kali. Memang sebelum ini tidak pernah timbul keperluan untuk berurusan dengan KTMB. Isu yang timbul yang memaksa kami merujuk kepada KTMB juga sebenarnya, pada pandangan saya, tidaklah benar-benar melibatkan KTMB. Bagaimanapun, atas keperluan mendapatkan pandangan semua pihak-pihak yang terlibat, maka itulah saya berkesempatan menjenguk bangunan warisan yang selama ini saya cuma mampu melihat dari kejauhan.

Oleh kerana sudah lama sungguh saya tak lagi mengunjungi stesen keretapi Kuala Lumpur (yang terletak bertentangan dengan HQnya) maka saya tak berapa pasti di mana hendak meletak kereta. Kami memang dapat sampai ke perkarangan HQ itu cumanya tak ada petak kosong, luas kawasan sekangkang kera! Lalu polis bantuan yang bertugas mengesyorkan kami mencuba di kawasan belakang...huh...sayangnya, kawasan itu pun tersangatlah sendatnya. Akhirnya, kami meletak kereta di perkarangan Masjid Negara. Padahal sebenarnya boleh saja meletak kereta di bangunan stesen berhadapan, hanya perlu melintas menggunakan terowong bawah tanah...emmm...langsung tak terfikir!

Kami bergerak dari satu pintu ke satu pintu bertanyakan lokasi hendak ditujui. Arahan yang diterima selalunya tidak tepat. Kata pintu bersebelahan, kami pun betul-betul masuk ke pintu seterusnya...rupanya bukan, di hujung sana tempatnya. Apapun ia memberi peluang kepada kami menjelajah secara tidak sengaja tempat ini buat pertama kalinya.

Hahaha...gila sempoi bos Aku ni...Puan Rosebud menawarkan diri menjadi model terjun...kakakaka. Bos kau ada buat macam ni? Ada orang tanya, apasal tak bawa DSLR? Amboi...ni datang meeting da...bukan datang melancong. Lain kali la.
Alamak...terdelete dua lagi gambar yang menunjukkan rupabentuk bangunan ciri 'moor' ini. Gambar terpadam tak apa, jangan ingatan terpadam sudah! Heheh.

Subscribe to:
Posts (Atom)