Monday, February 23, 2015

Tak Beralasan Lagi

Kata salah seorang Ustaz yang mengajar kami di TM ini, "Tuan/Puan kena ingat...status Tuan/Puan bukan lagi status orang awam. Tuan/Puan ini sudah dikira berstatus "tholibun ilm" yakni penuntut ilmu. Ini bukan lagi suka-suka datang dengar, habis ceramah bersurai. Bila-bila suka datang, bila-bila penat tuang. Dengan bukunya, dengan istiqamahnya...masyaAllah...pelajar ilmu ni Tuan/Puan".

Ini buku-buku untuk pengajian hari Isnin (berselang-seli). Kelas Sirah (Ustaz Anzaruddin) dan Kelas Fikh (Ustaz Fawwaz Fadzil)




Hari Selasa ialah pengajian Tadabbur Al-Quran dengan Ustaz Abdul Muein. Sudah pastilah rujukan digunakan ialah kitab Al-Quran. Namun selalunya saya menggunakan apps saja untuk merujuk kepada ayat & surah yang diperkatakan.


Pengajian Hadis pula dijalankan pada setiap hari Rabu menggunakan buku ini. Syarahnya lengkap tetapi selalu terbabas bila cuba nak baca sendiri...cooobbaaannn...Sekali lagi kami bertuah mendapat khidmat Ustaz Muein sebagai tenaga pengajar.


Hari Khamis giliran pengajian tasawuf menggunakan buku Al-Hikam karangan Syaikh Ibnu Atho'illah yang dikendalikan oleh Ustaz Dr Faisal.



Bermula tahun ini, untuk hari Khamis, kami kini mempunyai kelas baru di bawah kendalian Ustaz Shah Reza yang juga merupakan anggota syarikat. Kelas Ustaz Shah Reza berselang-seli dengan kelas Ustaz Dr Faisal, macam tatacara pengajian hari Isnin juga. Kami sedang belajar topik yang saya kira agak serius dan mencabar kelaziman ( untuk sayalah) iaitu tentang manhaj salaf serta perbezaan mazhab. Baru sentuh sikit je dah rasa gerun...mau nya tak gerun, bila semakin tahu...semakin tak ada alasan hendak buat tak tahu. Rasa takut dan risau tak boleh berlepas diri dari dipertanggungjawabkan. Bila ada ilmu, tugas dan tanggungjawab kita ialah mengamalkan dan menyampaikan ilmu. Ingat boleh sorok pulun sorang ke weh? Jangan harap! Itu yang bila Ustaz Muein dok baca bab dakwah tu rasa macam nak menyorok belakang kerusi. Nak bagi alasan tak tahu? Alasan jahil? Sohih tak lepas....abis tu??? Haah...tu yang serba-salah dibuatnya. Mengaji nak...senang nak buat inshaAllah, tapi nak berdakwah....huiiiiyoooo...

Dakwah bukannya pergi berdiri atas pentas berceramah, ini dakwah nak tegur orang yang buat kesilapan depan mata ni jer...tak mampu buat tuuu...haduiiiii...camana nak lepas titian sirat ni ahkak Telipuk oiiii....nak tegur anak-anak pun terkial-kial, nak tegur pasangan...nak tegur sedara mara... Kawan-kawan??? Sekurang-kurangnya bercakap benar walaupun belum sampai tahap mengajak. Ini diri sendiri pun terbabas. Terbabas dek rasa nak menjaga hati dan perasaan orang, nak jaga silaturahim takut nanti orang tak kawan, dan banyak lagi alasan yang kesemuanya hanya mengikut nafsu semata.

Sungguh saya tak punya alasan untuk berlepas diri.
(meski kepingin sekali menggapai jannah Allah)

Friday, February 13, 2015

Kepulangan

Dialah penghancur segala kenikmatan duniawi, dan penghapus segala kepedihannya. Andai saja mati adalah akhir dari segalanya, niscaya ia menjadi primadona bagi setiap jiwa yang merana. Akan tetapi, tak lain ia merupakan pintu pertama dari kehidupan selanjutnya… kesenangan tanpa batas, atau azab yang tak kunjung lepas.



Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama para solehin

Grafik dari ohmedia.my.

Wednesday, February 11, 2015

Ingat-ingat Lupa

Ada sekali tu, semasa saya sedang bermain dengan Moyen (Moyen adalah kucing peliharaan saya) ketika TV sedang bersiaran suatu program agama, terdengar komen Ustaz..."Perempuan macam itulah, bab nak memaafkan ini mungkin mereka boleh maafkan tetapi mereka susah nak lupakan". Dengan erti kata lain, forgive but not forget.

Iya ke? Eh...macamana nak lupa benda yang kita ingat? Benda yang dah terpateri dalam rakaman sejarah hidup. Pada sayalah, bukan soal perkara-perkara berkaitan kemaafan itu yang kita payah nak lupa tapi benda-benda lain pun bila dah masuk dalam ingatan, susah nak buang. Ke ada orang yang fikiran dia macam fail dalam komputer. Agak nak space lebih, delete jer mana yang berkenaan. Hemmm...

Misalnya, saya masih ingat peristiwa pinafore saya yang terkoyak dek tersangkut pada tali beg seorang budak lelaki yang pada ketika itu hendak bergegas turun bas sekolah. Walaupun ianya sudah lebih 30 tahun berlalu , saya masih tak mampu nak lupakan sebab giler malu besar pada hari itu. Hello...bas penuh okay masa tu...Tapi sudah tentulah saya dah lama maafkan dia kerana itu bukannya sengaja. Nak buat macamana. benda dah nak jadi. 

Saya juga percaya yang arwah tok saya sudah lama memaafkan kesilapan saya yang suka mengutip duitnya yang dia suka simpan merata-rata bawah tikar mengkuang untuk dibuat belanja beli aiskrim. Bukan sebarang aiskrim tau, tak mainlah aiskrim potong...ini branded punya, Cornetto pada tahun-tahun 80an adalah dianggap premium. Saya tahu dia maafkan sebab walaupun dia marah atau ada isu dengan saya pada satu-satu ketika, dia tidak akan ungkit pasal kes aiskrim itu walaupun saya pasti dia tidak lupa akan perbuatan durjana saya itu.

Jadi, saya fikir kenyataan seperti memaafkan tetapi tak boleh lupa itu masih ada bahagian yang tertinggal. Bukan nak kata itu silap, tapi cuma nak beri penambahan rasa sahaja iaitu ada bezanya antara memaafkan tetapi tak boleh lupa dengan memaafkan tetapi masih nak mengungkit. Bahagian kedua ini yang selalunya berlaku dan mungkin kena dengan kenyataan diberi itu. Kalau seseorang itu sudah memaafkan tetapi dia ingat peristiwa lalu, saya fikir itu adalah lumrah. Asalkan dia tidak mengungkit lagi barang yang dah lepas. Lainlah kalau dia kata maaf, tapi acapkali jumpa dia dok kenen-kenen, sindir-sindir dan sebut-sebut lagi....makanya itu barulah namanya kemaafan yang tak lepas. Tak ikhlas. 

Rasanya untuk saya yang dah masuk 4 series ni...benda yang patut ingat pun dah habis lupa...hahaha...benda yang baru cerita kelmarin, hari ini bila orang tanya, boleh buat muka blur. Haa..yang tu apa cer???

Thursday, February 05, 2015

Cuba Jaya

Di suatu pagi yang hening, kala mergastua riang berterbangan mencari rezeki, terilhamlah dalam fikiran Telipuk hendak menghasilkan sarapan pagi yang agak lain dari kebiasaan. Terus masuk kabinet cek inventori....bagus-bagus, lengkap serba-serbi. Redah buku chef Telipuk...eheheh...cari resepi. Adaaa...! Iyalah, Telipuk rajin cari resepi yang simple tapi sedap...cuma selalunya terperap dalam buku jer tak buat-buat.

Okay, jom buat apam balik. Selalu beli kat pasar malam saja, tak pernah merasa makan di waktu pagi semenjak zaman budak-budak berlalu. Dulu masa kecil, Telipuk tak pernah miss beli apam balik 20 sen kat gerai di pekan pagi Sabtu di Bagan Tiang. Masa tu jer baham apam balik waktu pagi. Sedap makan panas-panas.

Resepi ini Telipuk ambil dari blog Azie Kitchen ( http://aziejaya.blogspot.com/2014/08/apam-balik-lembut-dan-mudah.html). Blog ini memang best, dah beberapa resepi Telipuk cuba, memang menjadi dan sedap. Baguslah orang yang tak lokek ilmu ini. Bolehlah orang yang tak pandai macam Telipuk ni belajar.



Bila buat sendiri ini memang seronoklah beraksi macam penjual apam balik...best sangat sebab boleh letak inti lebih sesuka hati. Kalau kat gerai tu, dia main jemput hujung-hujung jari saja kan...yang ini ko belasah sajalah labu sukahati ko yang nak makan kan...cuma bila nak dilipat tu oh omak den..isi perut dia berjurai keluar sebab dah buncit sangat...hahaha...padan muka! Nak memandai sangat. Jangan risau, adjustlah seadanya, kita bukan guna acuan sebenar pun, pakai non-stick pan saja...dah tentulah tak jadi sebijik macam yang dijual. 


Adunan resepi tu boleh dapat dalam 6-7 biji saiz yang Telipuk buat nih. Okaylah...yang mula tebar tu, Telipuk tak pandai agak sangat jadi kulit dia agak legap...tapi rasanya tetap sedap. Yang Telipuk puas hati ialah kelembutan dan kegebuannya walaupun Telipuk cuma mengadun secara manual saja (pakai pemukul).


Hish....bangga gak kannn....tak pernah-pernah buat apam balik sendiri heheh....



Dan yang lebih menyeronokkan ialah apabila hasilan pertama ini laris dan disukai. Eheheh...ada harapan nak buat lagi.