Thursday, March 11, 2021

Kucing-kucing Ku


Telipuk memang suka kucing. Rumah keluarga Telipuk tak pernah sunyi dari kehadiran kucing. Baik yang berstatus penduduk tetap mahupun pendatang, sentiasa ada kucing. Kalau di rumah sendiri pula, mula-mula memang tak simpan impian nak bela kucing sebab rasa persekitaran tak sesuai. Dan biasa biarkan kucing lepas bebas. Rumah kampung bolehlah. Ada tanah semua, tak de masalah kucing nak melepas hajat kat mana. Itupun sempat jugaklah beberapa tahun membela Monnie. Kemudian anak-anaknya Moyen dan Molly. Namun pada akhirnya, Moyen dan Molly, Telipuk bawak balik tinggal di kampung. Ambik masa juga nak manage kekosongan bila kucing yang dibela dari kecik dah dilepas ke tangan tuan lain. Itupun sempat serik sekejap je. Dek tergoda tengok anak-anak kucing ibu saudara Telipuk, akhirnya adopt pulak lagi dua ekor iaitu Milo dan abangnya Mawi. Memang manja dua ni. Siap neuter kedua-duanya. Tapi bila rasa bersalah sebab kesian diaorang terkurung dalam rumah, Telipuk hantar balik kampung lagi. Memang percaya letak kat kampung sebab semua kaki sayang kucing belaka. Milo kekal menjadi mem besar kat rumah kampung tu. Mawi dah jadi arwah, mati kena gelek tayar kereta kakak Telipuk. Ramai yang menangisi pemergian tragis Mawi. Sekarang cuma tinggal Milo sebab Monnie dah hilang tak tahu pergi mana. Pelik juga sebab Monnie memang tak rajin merayau, tapi tu lah, nak kata apa. Cari merata pun tak jumpa.

Awal bulan November, ada orang bawak balik kotak. Surprise katanya. Excited la Telipuk intai apa kat dalam. Haaa... 


Alahai.. Empat ekor anak kucing kat dalam. Terus Telipuk tanya, ambik mana ni? Katanya orang tak hendak. Biasalah, nak bela maknya aje. Yang anak-anak ni tak mahu. Telipuk pun menung la sekejap. Memang suka kucing tapi kalau nak jaga serentak 4 ekor, baby pulak tu... Aiii..tak mudah tu. So, cik abang kata, okaylah kalau tak nak bela, nanti dia bawak kotak tu kat kawasan pasar UTC tu. Hopefully ada orang ambik. Terus bulat mata Telipuk... You mean you nak tinggal budak-budak ni macam tu saja? What if ada anjing gigit ke... Or kena dera ke? Lapar kebulor la pulak, how dema nak survive? Kecik lagi. Huhuhu... Ye la, sebab dah tengok kan, mana lah gamak nak bior macam tu. Akhirnya, Telipuk putuskan untuk bela keempat-empatnya. 


Mula-mula memang selang 2-3 jam bagi minum susu la. Yelah baby kan... Kesian diaorang. Telipuk belikan susu kambing. Memang mencabarlah bagi susu ni...yelah, dia bergigi bertaring dengan cakarnya lagi...bila diaorang panjat-panjat kita bukannya dia simpan kuku tu...tak pasal-pasal calar balar dibuatnya.

Nasib baik nak train diaorang buang air senang. Letak je pasir, automatik pandai je dia pi situ melepaskan hajat. Cumanya jadi kerja la pulak nak kena bersihkan. Hemm...tak pe lah, nak buat macamana, rumah awak bukannya ada tanah. Ada balkoni sekangkang kera je...buatlah apa yang patut. Memang bukan persekitaran yang sesuai untuk membela 4 ekor kucing hahaha...lantakkkk...


Anak-anak kucing ni pada kebanyakan masa Telipuk letak dalam sangkar. Sebab diaorang ni berempat, maka kami belikan sangkar yang ada 3-level dari kedai pet dekat kawasan Rampai Niaga tu. Senang je nak pasang, ada roda pulak tu. So, boleh tolak ke sana ke mari bila nak ubah tempat. 
 

Yang hijau dalam sangkar tu adalah patung beruang. Tu mainan anak-anak Telipuk dulu, ada lagi. Diaorang kata bagi la kat kucing-kucing ni main pulak. Hahaha...

Dari menggunakan bekas berkongsi sampailah mangkuk berasingan. Dah besor dah kucing-kucing ni. Sekarang dah cecah 5 bulan. Dah call vet nak neuter tapi vet cakap tak boleh lagi, still young. Buat masa sekarang memang lasaklah, masing-masing pantang dapat lepas bebas. Tengah seronok bermain la katakan. Kadang-kadang kita nak melangkah pun tak dapat sebab ditangkapnya hujung kain dan nak main dengan jari-jari kaki.


Perkenalkan, yang ini SoSo. Nama penuh, Park Min Soo. Ye, nama Korea . Dia ni mengingatkan Telipuk kepada Jung So-Min. Kecik molek dan kiut. Cuma SoSo ni mengada-ngada sikit. Kalau yang bising dalam sangkar mintak dilepaskan memang tak de siapa, dialah tu. Bila dah lepas dan nak kurung balik, paling banyak akal pun dia. Tahu je bila Telipuk datang nak cekup dia, awal-awal lagi dia dah lari menyembunyikan diri.



Seterusnya, juga betina, nama ringkas Nini. Tapi nama penuh, Park Min Nee. Nini ni , bak kata Aiman, dah tinggal 8 nyawa sebab dia almost macam nak mati masa kecik tu. Puncanya rakus sangat menghisap botol susu tu...sampai tertelan separuh puting. Telipuk tak perasan yang gigi taring dia tu dah cut hujung puting. By the time sedar, memang dah tertelan. Korek-korek dalam mulut tak de. Tengok dia okay je...so, ingatkan okaylah. Tetiba menjelang malam tu dia dah tak nak menyusu. Padahal selalu dia antara yang kuat minum. Then, perasan dia asyik baring. Bila kita panggil pun tak berapa nak respond. Telipuk angkat, macam layu je seluruh tubuh dia. Sudahhh...camno nak buat ni. Time-time PKP ni vet pun tak bukak. Terus asingkan dia dan tidurkan dalam kotak lain. Ingatkan dah tak de la, tapi Aiman kata, be positive ibu! Kami urut-urut je la dia dengan sedihnya. Kuasa Allah, esoknya pagi-pagi dia dah kembali cergas seperti biasa. Alhamdulillah.




Yang hitam ni memang kesukaan Telipuk sebab mengingatkan kepada kucing hitam yang Telipuk pernah ada dulu. Nama timang-timangan ialah Arang. Tentulah sebab warna bulunya yang hitam berkilat tu. Tapi kalau nama ikut kad pengenalan (ye la tu) ialah Park Min Ki. Nak letak Lee Min Ki tapi ishhh tak bolehlah, kesian pulak hahahah. Arang pun bak kata Aiman, tinggal 8 nyawa jugak sebab ada sekali peristiwa dia terlajak melompat, terus jatuh balkoni. Malam pulak tu. Bayangkan la nak cari kucing hitam di waktu malam yang gelita. Aiman berdua dengan abang dia sanggup turun ke bawah mencari di tepi rumah jiran. Pak Guard pun tolong sama...hahaha. Alhamdulillah, jumpa dia terketar-ketar di birai balkoni jiran ground floor. Habis calar bahu Aiman sebab dia mencengkam ketakutan sebaik diselamatkan. Lepas peristiwa tu dia terus berubah sikit, hahah ke perasaan Telipuk je tu...nampak lebih santun dan manja.



Dan yang terakhir ni ialah kesayangan ramai. Mangsa kena buli. Sebab dia paling besar dan paling tak melawan. Asyik kena keronyok la hahaha. Geng dia kalau dengar kita nak masukkan dalam sangkar, mencicit lari. Dia pulak blur memanjang dan paling senang la nak tangkap. Tak payah nak mengumpan dengan apa-apa. Nama penuh Park Min Joo. Panggil Juju je. Paling manja pun ye jugak budak ni padahal dia dikira abang long. Pandai-pandai je bagi pangkat kan, mentang-mentang la kawan tu besaq.



Tu le dianya aktiviti Telipuk sekarang, menternak kucing kakakaka. Memang masa yang ada pun ngam-ngam jer la buat melayan diaorang. Weekend sibuk nak cuci sangkar dan bagi mandi lagi. Hari-hari makan minum, tandas kena jaga. Haiii untunglahhh. Kucing-kucing Telipuk dulu pandai-pandai la nak hidup. Nak kata macamana, dah awak simpan dalam rumahkan. Bukan boleh dibiarkan berkeliaran merata-rata. Nanti JMB tangkap, nayooo.

Oklah, seronok ada kucing semula ni. Tengok perangai diaorang dan picit hidung diaorang. Memang menghiburkan. Tak tahulah kali ini berapa lama diaorang akan kekal tinggal di sini tapi harap-harap lebih lama dari Monnie lah. Kalau kemudian-kemudian ada aral, hemmm....apa lagi, eksport balik kampung ler. hehehehe.

















































Friday, March 05, 2021

Terus Berjalan

Hari ini jadual Telipuk agak padat. Memulakan pagi dengan acara perkongsian ilmu dengan kawan-kawan team Wholesale yang memerlukan Telipuk 'mengajar' selama 1 jam. Biasa mengajar berdepan, ini kali pertama dengan norma baru. Perkara paling menakutkan ialah kalau line ada gangguan, atau masalah-masalah teknikal yang lain misalnya suara tenggelam timbul atau tak jelas. Memang frustlah. Jadi bila di awal tu organizer cakap tak berapa dengar, mulalah rasa panik. Nasib baik lepas tu depa kata dah ok. Terus Telipuk kekalkan posisi yang sama, nak ubah kedudukan tak berani...takut menyebabkan gangguan. Haha...macam-macam !

Lepas habis sesi Telipuk tu, Telipuk tunggu dengar kawan-kawan lain present. Bagi sokongan virtual katakan. Selesai acara, terus join mesyuarat geng BAKIT Helwa pulak. Sambil-sambil dengar sambil-sambil memasak sebab dah lunch time, kena cepat-cepat masak. Masak simple je, saat-saat kecederaan kan. Siap angkut laptop masuk dapur. Lepas tu mute la, kang dengar pulak bunyi sudip dan kuali berlaga tu. Sekali orang sebut nama kita, amik kau...kelam kabut unmute nak menjawab. Yang best tu bunyi macam khusyuk je mendengar perbincangan sebab cantik je mencelah...hahaha...tu aksi jangan tiru ya...

Sebelah petang memang Telipuk peruntukkan betul-betul untuk siapkan kertas kerja. Dah janji dengan diri sendiri mesti siapkan hari ni jugak. Once dah jumpa tempo, memang tak angkat kepala la. Alhamdulillah, tepat jam 5.15 dah masuk segmen conclusion. Lega sungguh dapat siapkan sebab sepanjang minggu ni memang ada je gangguan nak betul-betul duduk dan menulis. Tapi ya, memang tak terasa minggu ni sebab 2 hari ambik cuti. Cuma yang pelik tu, entah apa yang Telipuk buat, tak rasa pun bercuti. Memang penangan norma baru sungguh ni. Hanya masa ni je terjadi kejadian walaupun cuti, tetiba buka je laptop. Ada je join meeting sebab tak de sapa tanya pun ko cuti ke tak? hahaha...tak apalah, redah je.

Pejam celik, pejam celik dah 5 Mac. Ha, tak tahulah nak cakap. Betapa singkatnya masa. Apapun teruskan apa yang mampu kita buat sebab walau apapun kita tetap berjalan menuju kepada Allah. Suka atau tidak, sibuk dengan macam-macam urusan atau apa jua alasan, hari demi hari kita tetap bergerak menuju destinasi akhir. Yang ini memang selalu ustaz ingatkan. Oh ya, sekali sekala berkesempatan, Telipuk selitkan masa untuk mendengar kuliah online. Sekarang kan mudah, join saja kat FB page. Yang penting usahakan. Orang kata kalau tak boleh buat semua, jangan pula ditinggalkan. 



Monday, March 01, 2021

Kangkung

 Telipuk sangat suka makan sayur kangkung. Cara masakan semestinya goreng belacan, dengan kepedasan cili tumbuk yang ngam ngam ho. Kalau kangkung dibuat masak sayur lemak pun Telipuk layan tapi bersyaratlah haha...mesti nak kangkung yang tumbuh di batas-batas bendang tu. Kangkung kampung yang tumbuh sendiri, sebab kangkung tu semulajadi sedap. Batang kangkung berwarna hijau muda dan saiznya sedang-sedang elok. 

Kangkung yang biasa Telipuk beli di pasar ni selalu datang dengan saiz yang menakutkan. Batangnya berbiji-biji sampai kadang-kadang rasa geli tengok. Jadi, kalau yang ada jenis macam tu, Telipuk cantas je. Biasa Telipuk suka masak sekali batangnya. Kalau agak tebal, Telipuk sanggup belah dua. Nak potong pun, agak-agaklah saiznya biar sekata....haaa, ingat main campak-campak je ke? Berseni jugak tau nak masak kangkung ni, sebab mak Telipuk buat macam ni. Memang ambil masa sikit, tapi sebab tu lah bila masak, rasa sedap je .


Baru-baru ni Telipuk teringin sangat nak makan kangkung goreng belacan. Stok memang tak adalah sebab Telipuk tak jumpa masa pergi beli barang keperluan di pasaraya Giant Setapak tempohari. Malas pulak nak ke pasar basah UTC Sentul tu sebab payah benor nak dapat parking. Nak jalan kaki lagilahhh...semata-mata nak beli kangkung kot. Hahaha...jadi, order je la, alang-alang sambil lalu tu order sekali masakan-masakan lain.

Hem...dah dapat tu, makan je lah. Tengoklah, punyalah banyak batang. Tak mampu dah nak telan. Udah tu dipotongnya tebal-tebal gitu, macam nak bagi kambing makan . Mana yang goreng belacannya pun tak tahu le. 

Sebab tu lah kadang fikir dua tiga kali nak beli makanan luar ini . Masak sendiri baru puas, dah tentu-tentu kena dengan tekak sendiri. Tapi malas la pulak...hahahaha...dah macam mano nak di ubek kan tu?