Monday, June 10, 2024

Lepak di LOCCA

 18 Mei 2024. Mengatur perjumpaan kali kedua. Macam susah sangat nak jumpakan padahal masih duduk dalam negara yang sama...hahahahaha. Bila bersua memang auto rancak. Macam selalu ku katakan padanya, Mas...kau dan aku kita memang berkawan baik. Walau kita jumpa 4 tahun sekali macam sukan olimpik, kita tetap sentiasa ada untuk satu sama lain. Jarak dan masa ternyata bukan satu masalah. 


Bila dapat tahu dia ada di KL, aku pun hantar text bertanya kalau-kalau ada kesempatan untuk berjumpa. Yelah, kita rasa kita free, orang tu belum tentu kan. Daripada dok assume memanjang, baiklah terus je tanya, senang. Alhamdulillah, program dia pun dah nak habis, katanya dia free pada sebelah petang. Okay sangat lah tu, dapat jumpa sejam dua pun jadilah. So, kitaorang pun membuat rancangan seadanya. Tak berani nak rancang grand sangat, takut tak menjadi. Ambil jalan paling mudah. Aku suruh dia text bila program dia tamat, nanti aku terus datang jemput dia. Perasan yang Sentul tu kan in the centre, jadi in shaa Allah...setakat nak sampai area Keramat/Semarak tu...tak ada masalah rasanya.

Dia terus whatsapp call aku bila settle kerja dia, dia kata senang macam tu. Betul jugakkan, mulut ada cakap jer lah, kalau bermesej ni silap haribulan tak perasan ada mesej masuk. Tunggu punya tunggu belum blue tick...penasaran dibuatnya😅. Aku cakap nak bawak dia ke Datum Jelatek. Nak ajak lepak dekat LOCCA Cafe. Dia kata dia tunggu aku kat Gurney Mall. Patutnya sampai on time tiba-tiba kelewatan 10 minit gara-gara salah masuk simpang hahahahaha...kemain ko ye, dah guna waze pun tersasar. Hemmm...tak apalah, dah begitu takdirnya. Rilekssss...yang penting dapat jumpa. Itu yang paling utama.

Alhamdulillah, terus laju pick up dia dari lobi Gurney Mall dan teruslah kami menghala ke Datum Jelatek. Dia tak pernah ke sana jadi aku bagitau tempat tu lebih sesuai untuk kami melepak sebab tak ramai orang. Itu masa last aku ke sana dengan member. Hakikatnya, ketika masuk ke mall berdekatan LRT Jelatek itu, terdengar suara riuh gegak gempita dari arah ruang tengah. Apahal pulak tu? Laaaa...tetiba ada kejohanan muay thai pulakkk...patutlah berduyun-duyun manusia hehehe. Tak apalah, kami terus je ke LOCCA Cafe. Untunglah tak de ramai orang pun, yang ramai kat gelanggang pertarungan sana. Kami terus order dan duduk di meja luar di bahagian belakang. Punyalah best bersembang bertukar-tukar cerita.

Aku rasa aku bertuah sebab berhasil mendapat seorang kawan ketika menyertai program pemilihan perajurit di Kem Desa Pahlawan Kelantan lebih 30 tahun dulu. Okay sangat kalau dalam ratusan yang hadir itu, seorang kekal bersahabat sehingga kini. Jenis aku yang bilangan kawan boleh dibilang dengan jari ni kannn...nak dapat tambah kawan memang macam payah sangat hahahaha. So appreciate sangat kawan-kawan yang ada dan yang masih sudi meluangkan masa bersua muka sekali sekala untuk bertanya khabar. Banyak cerita yang keluar tapi yang paling diingati dah tentulah tarikh keramat yang aku bagi untuk capai wawasan dia, 2.5. 2025 atau 20.5.2025...hehehehe. 

Apa-apapun aku doakan semoga kau tetap ceria dan sentosa di samping keluarga tersayang. Sayangi diri, hiasi peribadi...in shaa Allah, semoga Allah hadirkan insan yang baik untuk menemanimu.