Menuntut ilmu ini, pada saya, memerlukan kepada minda yang terbuka. Terbuka kepada perbezaan pendapat supaya mudah pula kita berlapang dada. Tak perlulah terlalu jumud dalam mempertahankan pandangan. Benda ini mudah saja...selagi ada nas yang jelas, peganglah. Kalau tak nak pegang...terpulang...tapi tak perlu kot kalau sampai menghukum dan tak nak lagi hadir majlis ilmu yang dikendalikan oleh pihak yang tak 'sebulu' dengan kita. Kalau reaksi kita macam tu, yang rugi ialah diri kita sendiri. Dalam banyak keadaan , walaupun kita tidak bersetuju dengan satu-satu pandangan, kita masih kena dan patut tahu bagaimana pandangan tersebut terbentuk supaya kita ada kaedah yang efektif untuk menolaknya (jika kita bercadang untuk mengenepikan pandangan itu). Janganlah semberono kata itu tak betul, ini tak betul. Bila kita tanya balik tang mana yang tak betul dan apa yang betul, tak pulak boleh jawab dengan menyakinkan. Hemmm...
Saya dulu pun macam tu jugak...asal tak suka, pulau. Asal pulau, tak suka! heheh. Tapi ya, sikap itu tidak membawa saya ke mana-mana. Paling baik pun ia hanya sekadar melindungi telinga saya daripada mendengar perkara yang saya tidak berkenan. Puas hati mungkin tapi kepuasan minda tidak ada dan ia tidak menyelesaikan masalah pokok...pendapat saya betul ke atau pendapat dia yang betul?
Mujurlah bila dah tua-tua ni (auch!), ego dah turun banyak dan berpeluang pula mendengar pengajaran pelbagai guru yang pakar dalam bidang masing-masing. Ada yang ekstreme, ada yang semua 'feel good'. Alhamdulillah, saya suka dengan kepelbagaian pendekatan yang digunakan dan semakin faham bagaimana seharusnya saya berpegang dalam satu-satu perkara. Ikut majoritikah atau ikut puak yang sedikit? Harus diingat, majoriti bukan jaminan kebenaran. Bahkan mengikut majoriti boleh membawa kesesatan sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Anaam ayat 116 yang bermaksud, " Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, ketika Islam mula disebarkan, ia adalah dalam bentuk 'dagang' dan terasing. Yang ikut ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W hanyalah sedikit, itupun dari golongan miskin yang tertindas dan hamba sahaya. Namun tetap kebenaran itu bukanlah terletak pada kehebatan kaum dan bangsa. Juga tidak berada di kalangan kayawan dan bangsawan sahaja. Siapa-siapa sahaja boleh mengenal kebenaran dan kebenaran itu dikenali dengan adanya ilmu. Maka, untuk mendapatkan ilmu, kita kenalah belajar.
Harus diingat tujuan belajar ialah agar kita tidak menurut membuta tuli sebaliknya melakukan sesuatu tindakan kerana yakin dan percaya dengan amalan yang dibuat berdasarkan ilmu yang dipelajari - ilmu yang disertai dengan nas dan dalil yang sahih ...semestinya bersumberkan Al-Quran dan Hadis Nabi (hadis yang bukan dhoif tentunya).
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 170, yang bermaksud, "Dan apabila dikatakan kepada mereka:"Ikutilah apa yang diturunkan Allah,". Mereka menjawab:"Tidak. Tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk".
Lihatlah betapa degilnya kaum yang Allah sebut dalam ayat ini. Walaupun disuruh ikut apa yang diturunkan (yang merujuk kepada kitab dan sunnah), mereka boleh tolak sebab nak ikut apa yang nenek moyang biasa buat meskipun perbuatan tersebut jelas tidak bersandar dengan suatu apa nas pun. Allah sebut "apa yang diturunkan" secara jelas merujuk kepada Al-Quran & Hadis Nabi (Nabi tidak berkata-kata dan berbuat melainkan dengan wahyu Allah) . Kenapa Allah tak tambah :"dan ikutlah para ulamak"? Kerana ulamak tidak terlepas dari godaan nafsu dan berbuat kesilapan sebab manusia itu tidak maksum.
Pengajaran dari ayat di atas :
Apabila kita melakukan sesuatu amalan, lakukanlah kerana ada ilmu pengetahuan tentang perlaksanaan sesuatu amalan (yang bersumberkan Al-Quran & Sunnah). Harus diingat, orang yang ada ilmu tetapi ilmu itu tidak diikuti dan diamalkan, maka ilmu itu tadi pastilah akan mendakwanya di akhirat. Berat dan menakutkan namun janganlah dijadikan alasan untuk terus kekal di dalam kejahilan.

- Allah mencela sesiapa yang fanatik/taksub tanpa ilmu
- Sesiapa yang fanatik/taksub kepada mana-mana mazhab sedangkan ia bercanggah dengan dalil yang sahih maka ia menyerupai orang-orang yang disebut dalam ayat iaitu degil.
- Tidak wajib ikut kecuali apa yang Allah turunkan sahaja iaitu Al-Quran dan Sunnah.
- Sesiapa yang menyalahi kebenaran maka ia tidak berakal dan tidak mendapat hidayah.