Betapa lelahnya mengejar bahagia
Kerana bahagia tidak berbentuk
Tidak berwajah
Tidak juga boleh dipeluk
Bahagia itu seperti teka-teki
Banyak jawapannya
Tiada yang salah
Tiada yang benar
Bahagia itu apa sahaja
Seribu pentafsir
Seribu makna
Bukan bahagia tidak kunjung tiba
Kita yang tersalah memburu
Membidik sasaran fatamorgana
Hakikatnya bahagia itu ada
Di akal fikir dia bertakhta
Berajakan iman
Di singgahsana takwa
Bahagialah seorang hamba
Yang ikhlas mendambakan Tuannya.
~Telipuk Kuala~
Friday, December 24, 2010
Bahasa Jiwa Bangsa
Semasa membelek-belek suratkhabar pagi ini, mata Aku menangkap perkataan "Bukit Baldwin". Aikkk...ingatkan Alec Baldwin je yang ada...bukit pun ada. Ianya nama sebuah kawasan perniagaan baru yang sedang rancak dibangunkan di bandar Tapah.
Kalau sekitar-sekitar kediaman Aku, ada nama-nama seperti The Capers, Tamarind, Maple dan Viva City. Juga ada Saffron, Solaris, Beverly Heights...kalau di senaraikan lagi mahu berjela jadinya.
Kasihan mengenangkan nasib bahasa sendiri. Macam anak tiri, walaupun diangkat menjadi bahasa rasmi negara.
Di dalam satu acara yang Telipuk hadiri, pengerusi majlis memberitahu tetamu yang hadir (dan menerangkan dengan jelas dalam nada 'apologetic') kemungkinan ada beberapa sesi pembentangan yang akan dijalankan menggunakan bahasa kebangsaan. Katanya, ini adalah sebagai menyambut saranan orang atasan yang menggalakkan penggunaan bahasa Malaysia sebanyak mungkin.
Sayangnya, usaha yang murni itu dijalankan seperti melepaskan batuk di tangga. Penyampai tersekat-sekat mencari perkataan yang sesuai ketika mahu menerangkan dengan lebih jelas istilah-istilah yang selama ini selesai disampaikan menggunakan bahasa ratu. Lalu kelemahan-kelemahan itu ditutup dengan gurau dan canda yang akhirnya kelihatan seperti memperlekehkan bahasa sendiri.
Ada juga penyampai yang memberitahu, "Seterusnya saya akan menyampaikan pembentangan ini dalam bahasa Malaysia" dengan penuh keyakinan sebelum menyambung dengan ayat, "As you are probably aware now...oppsss..." lalu disambut dengan gelak ketawa hadirin. Dan pertukaran bahasa berlaku sepanjang masa sehingga jadilah ia sesuatu yang memualkan. Kalau tak yakin dengan bahasa sendiri, tak payahlah guna. Buat rosak bahasa sahaja.
Membincangkan hala tuju bahasa kebangsaan bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya hanya sekadar termaktub di peringkat dasar, tetapi tidak terjelma dalam perlaksanaan. Nanti bila disuruh semua warga wajib boleh berbahasa kebangsaan...datanglah pula wawasan perpaduan lain yang menyuruh agar dikuasai pula bahasa-bahasa kaum lain supaya mudah berinteraksi dan lebih semangat 'keMalaysiaan'...habis, kalau sudahnya begitu, apa gunanya memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

Wednesday, December 22, 2010
Caca Marba
Saya sebenarnya jarang menonton rancangan-rancangan televisyen tempatan. Ada banyak sebab, satu, kat rumah tu remote control samada dikawal oleh bapaknya...ataupun anak-anaknya. Kedua, selalu kalau kat rumah tu, 1001 benda henda buat...jadi jarang boleh betul-betul tumpu perhatian depan TV. Boleh tengok sambil lalu lalang je. (Cuma masa anak-anak tak ada ni, lapang sikit la...tapi dok nengok HBO & Star Movies la pulak).
Tapi bila balik kampung jengok anak-anak dihujung minggu, dapatlah join tengok apa program yang ada. Biasalah, kalau ada budak-budak ni, saluran kesukaan diaorang dah tentulah 611. Tertengoklah satu rancangan bakat nyanyian untuk anak-anak.
Sebelum tu terbaca kat akhbar tentang satu lagi program seumpamanya di saluran TV bukan berbayar. Masa baca kat akhbar tu, ada le gambor si penyanyi cilik ni sedih berpelukan dengan rakan baiknya kerana menyangka akan tersingkir minggu itu. Keseluruhannya menggambarkan betapa kalaulah dia tak dapat teruskan perjuangan tu, macam sangat-sangat 'mendukacitakan' lah.
Kemudian bila tengok yang kat TV tu pulak, hemmm...apa ya...
Menyanyi memanglah boleh menyanyi. Bagus. Pandai kawal suara. Sedap didengar. Tetapi...untuk apa? Dapat hadiah? Dapat populariti? Kemudian??? Jadi artis??? Semuanya sama bangsa, sama agama dengan Telipuk. Anak-anak yang belum kenal realiti kehidupan didedahkan dengan kehidupan kerdipan neon yang memukau dan melalaikan. Ibubapa dan keluarga pula kelihatan begitu teruja dan sungguh-sungguh berharap si anak menang. Pokoknya, penyertaan mereka adalah dengan galakan dan dorongan mak ayah. Rata-ratanya begitu. Tak ada yang kata "mak dan ayah tak beri saya masuk pertandingan ini, tapi saya tak kira...saya masuk jugak!". Bukti galakan itu ialah kehadiran mak dan ayah (tok nenek, sepupu sepapat belum kira lagi) di situ. Jelas nampak di situ, yang ramai ibubapa sudah lari 'fokus'nya bab mendidik anak-anak. Membesarkan anak-anak memanglah tak ada masalah. Mendidiknya itu yang payah.
Kesian pun ada tengok anak-anak kecil ini berdepan dengan kritikan juri. Kritikan yang sama macam kat AF sana lebih kurang...
"Lagu ini tak sesuai untuk anda"
"Persembahan yang selamat...boleh diperbaiki lagi"
Ada satu tu, budak ni nyanyi lagu cintan-cintun. Tak ingat lagu apa. Maklum balas seorang juri tu dan dialognya lebih kurang begini :
Juri : Adik pernah bercinta ke tak? Kat sekolah ke...?
Adik : (Menggelengkan kepala) Tak pernah.
Juri : Haaa...itulah pasal...susah hendak menyampaikan lagu cinta sebab tak ada penghayatan (lebih kuranglah maksudnya). Lain kali kena berhati-hati memilih lagu.
Aiii...umur baru setahun jagung budaknya, buat apa la komen sebegitu. Itulah masalahnya buat pertandingan macam tu...budak-budak nyanyi lagu orang dewasa. Kesudahannya budak-budak tu berlumba-lumba untuk 'jadi' macam orang dewasa. Nyanyi lagu-lagu cinta yang tangkap leleh. Pakaian pun entah apa-apa. Kena buat gaya macam superstar atas pentas, terkinja-kinja ke sana ke mari mencari perhatian dan memancing undi.
Budak-budak ujilah ikut cara budak-budak. Nyanyi lagu budak-budak ke. Lagu can mali can pun okay apa. Lagi bagus kalau tak payah buat langsung!
Entahlah, mungkin sebab Aku melihatnya melalui perspektif berbeza...kalau ikut perspektif sempoi, rileks aaa...suka-suka je, ala tak apa...apa salahnya, mungkin Aku tak sensitif telinga bila pengacaranya mengeluarkan ayat-ayat 'songsang' seperti...
"Insyaallah adik, minggu depan adik akan nyanyi dengan lebih baik, kan..."
"Ya Allah, adik...sedapnya nyanyian adik...sampai tak tahu nak komen apa..."
Dan dalam satu program realiti orang dewasa, si pemenang yang saban minggu menari dengan pasangannya dengan macam-macam gaya telah membuat sujud syukur di atas pentas.
Baguslah, kan? Sekurang-kurangnya dia bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.
Hemmm...

Friday, December 17, 2010
Agi Idup...
Hari ini saya memandu ke pejabat, hati terasa tenang dan aman. Mungkin sebab berkat hari Jumaat. Cuaca pun indah, tidak terlalu panas...tidak terlalu mendung. Sedang-sedang sahaja. Saya pasti saya akan merindukan pemanduan yang selesa sebegini sebaik tamat cuti sekolah dalam tempoh lebih kurang dua minggu lagi. Apapun, siapalah saya untuk mengatakan apa yang baik dan apa yang tidak baik kerana sudah tentulah saya tidak mampu mengatakannya dengan ruang lingkup pengetahuan yang amat terhad ini. Saya hanya mampu mengucapkan syukur atas keselamatan dan perlindungan yang dianugerahkanNya selama ini, semoga saya terhindar daripada kejadian yang tidak diingini di atas jalan raya.
Sebetulnya setiap kali berada di belakang stereng, sesudah doa yang saya mesti baca tiga kali untuk keyakinan diri, saya tetap akan ingat kepada insiden yang saya teramat 'fobia' yang berlaku kira-kira 4 tahun lalu. Apatah lagi sehingga sekarang saya masih tetap membuat pusingan 'U' di tempat yang sama, cuma sekarang ini lebih baik kerana sudah ada lampu isyarat di situ. Akan tetapi, setiap kali memusingkan stereng itu, saya masih ingat 'pokok' yang pernah menjadi mangsa kegopohan pemanduan saya ketika situasi mencemaskan itu berlaku. Saya betul-betul kurang pengalaman pada masa itu dan saya sebenarnya memandu di bawah pengaruh emosi yang saya tidak dapat kawal. Natijahnya saya ter 'kemalangan'. Mujur hanya pokok yang rebah, bayangkan kalau ianya melibatkan kehilangan nyawa...nauzubillah, saya hampir pasti saya tak akan berani lagi memegang stereng. Pun begitu, siapalah saya untuk mengatakan dengan yakin yang saya 'serik' dengan dugaan itu.
Mengambil contoh pengalaman pemanduan saya selama hampir enam tahun ini, tidak dapat tidak, saya melihat ada persamaan dengan rentak perjalanan kehidupan sehari-hari. Persamaan antara kedua-duanya ialah tidak kira walaumacamana cekap atau berhati-hatinya saya ketika memandu, masih saya tidak akan mampu mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini sekiranya pemandu-pemandu lain masih memandu dengan merbahaya dan tidak bertanggungjawab. Dalam hidup pun begitu, walaupun kita sudah berusaha yang terbaik, masih kita tidak mampu mengawal keputusannya menjadi seperti yang kita kehendaki sekiranya insan-insan di sekeliling tidak memberikan kerjasama dan enggan berkongsi aspirasi.
Semalam, dalam perjalanan pulang dan ketika melalui Lebuhraya Mahameru berhampiran flyover KL Sentral, saya yang memandu secara 'auto-pilot'...minda dan kaki berinteraksi dengan baik hasil pengalaman selesa bertahun-tahun, tiba-tiba mata terbeliak lalu isyarat segera dihantar oleh saraf-saraf otak sehingga ke kaki yang menyebabkan berlaku 'litar pintas' pemanduan auto pilot itu...kaki diarah menekan brek...pergh...mujur sempat tersedar. Rupa-rupanya ada berlaku kemalangan di hadapan. Sebuah kereta melanggar motosikal di lorong paling kanan (err...betul saya berada di lorong laju itu, tetapi bukanlah laju mana pun saya memandu...kereta banyakkk). Saya rasa bersyukur sangat kerana sempat berhenti. Memang saya tidak nampak ada halangan di hadapan, cuma saya perasan kereta di hadapan saya tiba-tiba memberi signal mahu ke lorong tengah. Bayangkan kalau saya masih asyik sedap melagukan lagu track 3 Maher Zain (Insyaallah) itu...hemmm...silap haribulan masuk HKL saya dibuatnya. Oleh kerana saya sempat mengelak dengan jarak yang munasabah, maka sempat jugalah kereta-kereta lain di belakang saya mengambil tindakan yang sama bertukar lorong. Saya pun tak mahulah ada yang tak sempat membrek dan menghentam belakang Black Warrior saya...hush...tak sanggup le keluar-masuk worksyop lagi.
Pagi ini pula, tanpa diduga...ada sebuah kren besar berwarna merah mengambil tempat di lorong laju...betul-betul dalam 100 meter dari titik mula kebiasaannya saya melakukan 'pecutan' (test enjin maaa pagi-pagi ni....vrrooommmmm...). Mujurlah pagi Jumaat yang tenang ini dan pengalaman petang semalam itu telah mengaktifkan pemikiran saya untuk bertindak cepat...apa daa pagi-pagi dok pi gantung sepanduk kat tiang lampu tu weiii...Memang langsung tak menyangka perkara sebegitu akan ada. Maklumlah, pengalaman yang ada ialah tertekan minyak (bukan brek) sehingga 'memanjat' sempadan jalan, melanggar belakang kereta orang...tinggal tembok je Aku tak langgar...kalau takkk...hemmmm...tak dapek le korang baca KL Traffic nih...saya juga ada pengalaman melanggar 'exit barrier' kediaman sendiri...pernah langgar belakang teksi sekali (sebab teksi tu berhenti mengejut)...juga nyaris hendak melanggar kucing masa balik rumah semalam, ceh...kucing ni, nak bercengkerama pun pandanglah kiri-kanan...ini tidak, melintas sesuka hati...
Dengan seribu satu kemungkinan berlaku kejadian yang tidak diingini dalam perjalanan pergi dan balik kerja, adakah ianya membuatkan saya takut untuk menjalani hari-hari yang ada kerana bimbang akan keselamatan diri? Tidak juga. Saya tetap tidak serik. Sebaliknya saya berazam untuk semakin peka dengan gelagat pemanduan pemandu lain...cuba sedaya upaya menafsir tindakan kerana ramai yang tak kenal picu signal, mengalami masalah ingatan dalam membezakan kiri dan kanan, juga yang suka main 'kejip-kejip' mata lampunya 'mengorat' Black Warrior saya yang 'mendera' perasaannya ketika sedap memecut laju tanpa mempedulikan had laju jalan yang cuma 80kmh tu. Saya juga berdoa berkali-kali dalam hati mohon dilindungi sepanjang masa.
Begitu jugalah kehidupan ini. Tahun pertama, selalunya kita gabra sana-sini, buat silap itu ini...kita belajar. Menyesuaikan diri dengan keadaan. Bila sudah berjaya mengatasi perbezaan dan jurang serta dapat pula saling faham-memahami keperluan kehidupan, hidup pun semakin selesa. Tahun-tahun berikutnya berlalu dengan lancar dan sempurna. Tak ada banyak halangan. Perjalanannya selesa. Kalau adapun, lazimnya kita akan merujuk kepada masalah-masalah yang telah pernah diselesaikan dan melaksanakan penyelesaian secara mudah, mungkin adakalanya dengan sedikit ubahsuai. Kadang-kadang bila sudah cukup selesa, kita terlupa yang sebenarnya akan ada satu bentuk dugaan yang kita tak pernah terlintas di akal fikiran akan berlaku...tiba-tiba terjadi. Lebih malang lagi, tahun-tahun yang banyak itu tidak langsung menyediakan kita bagaimana untuk berhadapan dengan situasi sebegitu. Tiba-tiba kita rasa hilang arah. Sedangkan kita telah lalui tahun-tahun sebelumnya dengan jaya dan cemerlang sekali. Di mana silapnya? Kenapa kita tidak nampak simptom-simptomnya? Apa yang kita tak cukup buat? Terlupa buat? Kurang buat?
Bertenang! Jangan panik. Itulah dugaan yang barangkali sesuai dengan kematangan dan kedewasaan kita. Aii...kata budak universiti, takkan nak bagi test tahap sekolah tadika? Sekali keluar soalan kalkulus daaa...aiyohhh...berpeluh ketiak jugak nih...kakakaka.
Dengan pengalaman yang tidak ada, selalunya buat seketika diri akan terasa seperti berada di daerah asing. Tak kenal siapa. Tidak percaya siapa. Dan tidak tahu hendak buat apa. Mujurlah, masih ada kekuatan dan bantuanNya. Itulah sebenarnya yang paling mustahak kena ada. Komponen utama dan major software yang kena install awal-awal lagi dalam diri setiap insan. Kalau yang itu ada, apa hari pun, apa tahun pun, lama ke, cepat ke dugaan itu sampai...insyaallah, payah macamanapun pasti ada jalan keluarnya.
Kalau komponen itu tak ada, itulah yang jadi serba-serbinya serik. Serik hendak melalui kehidupan yang sama. Serik hendak berurusan dengan orang yang sama. Serik serba-serbi. Bayangkan anak kecil yang baru mula pandai berpaut pada dinding dan bertatih hendak mengatur langkah. Kalau si kecil itu berasa serik kerana jatuh pada permulaan langkah pertamanya...apa akan jadi? Dia tidak akan dapat berjalan sampai bila-bila! Tapi dia tidak serik. jatuh berkali-kali. Sampai mak bapak pun bergaduh samalah dibuatnya. Akhirnya, dia berjaya melepasi fasa kepayahan itu dan menikmati keriangan mendapat anugerah sepasang kaki yang membolehkannya melangkah bebas ke mana-mana. Boleh capai itu ini tanpa perlu bantuan. Manis kan? Sama juga dengan wanita yang masa menunggu kelahiran...hish...seriklah nak mengandung lagi...eceh...ceh...ceh...tetapi bila pertama kali dia menatap si kecil yang lena dalam dakapannya, kamu fikir dia serikkah? Tidak, malahan seorang ibu itu, jangankan serik, nyawanya pun sanggup dijadikan taruhan tahu!
Begitulah hidup ini. Semuanya singkat semuanya cepat. Semuanya sementara. Tak payah susah-susah pening kepala. Jalanilah seadanya. Buat persiapan, penuhkan dada...dalam masa yang sama, berlapang dadalah dengan segala bentuk ujian yang sampai. Kita cumalah seorang hamba. Hamba, kenalah buat cara hamba. Jangan hendak berlagak jadi tuan pula. Ikut sahajalah apa yang sudah dibentangkan dihadapan kita. Itulah perjalanan yang mesti kita tempuhi. Ada onak, ada duri. Mara mesti terus mara. Jangan serik. Kalau kaki kena tusuk duri, berhentilah dulu. Hilangkan sakit. Rawati luka. Bersabar, dan teruskan berjalan. Yakinlah pada janjiNya. Kalau memang itulah jalan yang akan membawa kita ke destinasi akhir, tetaplah di jalan itu. Jangan pandai-pandai buat short cut sendiri. Tunjukkan kesungguhan, tunjukkan kemahuan, berdoa dan selebihnya serahlah kepada Yang Maha Mengetahui. Kalau itu bukan jalanmu, Dia nanti pasti akan mengubahNya untukmu. Sehingga itu...teruslah langkahmu (dan gaya pemanduan berhemahmu) sebaik mungkin...ahaaaa...
Selamat berhujung minggu.

Monday, December 13, 2010
Doa
Dalam kehidupan sehari-hari, sering kali kita melihat atau mendengar keluh-kesah seperti, "Ah, sudah bosan berbuat baik, bahkan kehidupan semakin teruk. Padahal manusia yang jahil, jauh daripada taat dan tidak pernah berdoa, tetapi nasib mereka semakin beruntung sahaja".
Jangan begitu, sesungguhnya akhir dari segala selalu berada di "tangan" Allah Yang Maha Kuasa. Kewajipan manusia adalah berusaha dan berdoa.
Makanya hari ini, saya ingin berkongsikan perihal doa, fungsi dan peranannya sebagaimana yang tercatat dalam buku "Doa Penangkal Taqdir" yang disusun oleh Drs. H. Abujamin Rohan.
Berdoa bererti memohon kepada Allah S.W.T. Dan hanyalah orang-orang yang angkuh sahaja yang tidak mahu berdoa. Berdoa adalah menjalankan perintah Allah. Kerana Dia yang memerintahkan berdoa, sebagai suatu usaha manusia dalam bentuk abstrak. Usaha-usaha tanpa doa hanya merupakan benda rapuh, sementara berdoa sahaja tanpa berusaha, merupakan roh tanpa badan. Sesungguhnya doa mempunyai kekuatan dan keajaiban tersendiri, dan pada saat-saat tertentu doa berperanan lebih jauh daripada amalan-amalan yang nyata.
Melalui hadith Qudsi, Allah berpesan sebagaimana yang Rasulullah S.A.W sabdakan : "Jika seseorang hambaKu mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta, dan jika ia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku akan mendekat kepadanya sedepa, dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku akan datang kepadanya secara berlari." - (HR. Bukhari)
Jelas, bahawa Tuhan selalu memperhatikan hambaNya dalam segala keadaan, bahkan melebihi perhatian yang dimiliki oleh hambaNya. Sungguh banyak jalan mendekatkan diri kepada Tuhan. Harta, kesihatan dan ilmu adalah sebahagian daripada sekian banyak cara. Akan tetapi sudah menjadi tabiat alam, bahawa manusia itu mempunyai sifat lengah, terutama saat-saat mereka mampu dan merasa tidak memerlukan pertolongan "orang" lain, bahkan sering terjadi sebaliknya, kurniaan Allah itu dimanfaatkan pemiliknya sebagai bahan kederhakaan. Contohnya, tubuh badan yang cantik...diperagakan dengan tidak mengikut perintahNya agar menutup aurat. Kesihatan yang baik tidak digunakan untuk beribadat, sebaliknya digunakan untuk membuat maksiat.
Pada waktu seseorang itu berdoa, dia sedang mendekatkan jiwanya kepada Allah tanpa dinding, sekalipun seutas rambut terbelah seribu. Bila seseorang dalam meminta masih menggunakan sesuatu benda atau manusia sebagai perantara, bererti dia telah membuat sendiri dinding-dinding antara dia dan Allah, demikian juga perbuatan-perbuatan dosa akan menjadi dinding antara doa dan Khaliqnya.
Berdoalah dengan penuh harap disertai dengan merendahkan diri kepadaNya, pada hakikatnya, Allah yang memberi. Allah membukakan pintu rahmat untuk setiap hambaNya yang mengadukan perihal diri, tetapi bukan berdoa yang disertai dengan kekesalan hati. Berdoalah, tetapi jangan mendesak. Rasulullah S.A.W bersabda, "Selalu diterima doa seseorang asalkan ia tidak terburu." Sahabat yang hadir pun bertanya:"bagaimana yang dikatakan terburu itu ya Rasulullah?".Baginda menerangkan, bahawa "saya telah berdoa tetapi tidak kunjung diterima, kemudian ia menyesal dan tidak berdoa-doa lagi." (HR. Muslim).
Doa, selain memenuhi kewajipan, mendatangkan ketenangan hati, bererti beribadah. Lafaz doa sebaiknya sering kita ulang-ulang tanpa jemu. Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa, "Adapun manusia apabila selalu kita meminta-minta kepadanya ia akan bosan, tetapi Allah apabila kita selalu meminta kepadaNya Ia akan bertambah sayang."
Dalam hadith riwayat Imam At-Tirmidzi dan Hakim, disebutkan adanya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Berdoalah kamu kepada Allah dengan sesungguh hati serta dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan diterima. Dan ketahuilah, bahawasanya Allah tidak akan menerima doa dari hati yang lalai (pecah-ragu-pesimis) lagi lengah."
Sebaliknya Baginda bersabda dengan menekankan :
"Manakala seseorang kamu berdoa, maka hendaklah ia membesarkan harapan, sesungguhnya tiada yang besar/berat bagi Allah suatu pun".
Janganlah berdoa "berilah kalau Engkau senang". Dalam serangkaian hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas r.a. disebutkan sebagai berikut : "Seseorang kamu berdoa, janganlah ia mengatakan : Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau berkenan, ya Allah, rahmatilah aku jika Engkau berkenan, melainkan hendaklah ia memastikan permintaannya, maka sesungguhnya tidaklah ia akan di 'gusari' dengan yang demikian itu".
Ketenteraman hati atau ketenangan jiwa amat erat hubungannya dengan 'tawakal', iaitu penyerahan diri seseorang kepada Allah. Penyerahan itu sendiri akan bererti pada diri seseorang, apabila kesedaran dirinya telah ada, seseorang telah dapat membezakan atau menyedarkan kedudukan dirinya dengan kedudukan Allah Yang serba Maha.
Seseorang yang mengerti bahawa yang ada pada dirinya itu ialah rencana (doa) atau harapan dan melaksanakan rencana, namun ketentuan sentiasa berada di tangan Allah yang Maha Kuasa. Doa dan upaya adalah dua perkara untuk mencapai keberhasilan, namun saat-saat upaya sudah tidak mampu lagi secara alamiah, doa masih dapat dilanjutkan , malah semakin kerap dan terarah menuju kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Kuasa. Ketenteraman akan serta-merta menawarkan jiwa dan menenangkan hati di atas harapan-harapan yang yakin, doa akan terkabul dan apa sahaja yang diberikan oleh Allah kepadanya itu sudah merupakan jawapan doanya dan jawapan yang terbaik menurut ketetapanNya.
"...dan kadang-kadang sesuatu yang kamu bencikan itu didalamnya terkandung sesuatu yang amat baik buat kamu, dan kadang-kadang sesuatu yang kamu harap-harapkan itu padahal di dalamnya terkandung sesuatu yang amat buruk bagi kamu. Dan Allah amat mengetahui akan hal tersebut, sedangkan kamu tidak mengetahuinya." : Surah Al-Baqarah ayat 216.
Manakala berikut ialah adab-adab berdoa (Imam Al-Ghazali - Ihya 'Ulumuddin):
1. Bila diketahui dan memungkinkan, sebaik-baiknya berdoalah dengan mengadap kiblat.
2. Berdoalah dalam suara yang rendah cukup untuk pendengaran sendiri.
3. Gunakan bahasa yang sederhana, bukan dibuat bersajak.
4. Berdoa dengan penuh harap
5. Berdoa dengan khusyuk dan tadharru' (terjalin antara bahasa, jiwa dan harapan)
6. Bertaubat dari dosa sebelum berdoa
Sebaiknya doa dimulai dengan tahmid (memuji Allah) lalu diikuti dengan berselawat ke atas Rasulullah S.A.W, kemudian barulah berdoa sesuai dengan apa yang dikehendaki, baik dunia mahupun akhirat. Seterusnya doa ditutup dengan membaca selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W dan diiringi lagi dengan tahmid kepada Allah.
Doa adalah senjata mukmin. Berdoalah pada setiap masa untuk segala perkara.
"Siapa-siapa yang telah dibukakan Tuhan pintu doa untuknya, bererti telah dibuka Allah untuknya pintu-pintu rahmat. Dan apa saja yang diminta orang kepada Allah, namun yang sangat Ia senangi untukNya ialah permintaan dalam hal kesihatan. Dan sesungguhnya doa itu bermanfaat terhadap apa saja yang telah diturunkan (ketetapan Allah) dan juga terhadap sesuatu yang belum diturunkan. Dan tidaklah akan dapat menolak (merubah) ketetapan (taqdir) kecuali doa kerana itu berdoalah kamu." (HR. Tirmidzi)

Thursday, December 09, 2010
Reunion
Setelah hampir 23 tahun meninggalkan sekolah rendah, kini kawan-kawan lamaku sedang rancak merancang majlis pertemuan yang bakal berlangsung di Dewan Tan Sri Ngah Talib, Taman Krian pada 26 Disember nanti. Pertemuan itu bakal menghimpunkan bekas-bekas pelajar SRK Methodist, PB yang bersekolah di situ antara tahun 1982-1987. Semuanya gara-gara Facebook.
Sayang sekali Aku tidak dapat menyertai perjumpaan ini kerana masih 'terkandas' di KL pada tarikh tersebut. Ikutkan hati memanglah teringin...wah, tak sangka semua sudah beranak pinak...ada yang anak dah sekolah menengah pun...ish...ish...ish. Kalau jumpa Nani mesti keluar cerita main anak patung kertas kat pondok dalam kebun pisang ayah dia tu. Itu aktiviti masa lapang kalau tak ada kelas di surau Taman Krian itu. Kalau sebut surau Taman Krian, Aku mesti tak boleh lupa kelakuan nakal Aku yang masa tu suka 'mengusik' seorang budak lelaki yang pendiam. Kami panggil dia 'Si Biru-biru' sebab dia suka pakai baju T kaler biru. Setiap kali balik dari surau, mesti Aku akan 'race' dengan Si Biru-biru. Kami tak pernah bercakap tetapi masing-masing sedia maklum perangai 'musuh'. hahaha. Kelakar jugak!
Cuma ada sekali masa kakak Nani cuba buat 'naya' dengan memanggil Si Biru-biru kata Aku nak jumpa. Pergh! Pucat lesi jam-jam tu jugak! Habis belajar kata Nani, Si Biru-biru melanjutkan pelajarannya ke Australia. Sekarang tak tahu apa jadi, sebab kami bukan satu sekolah. Dia sekolah lain.
Yang pastinya memang teringin hendak jumpa semua terutama geng rapat Aku yang 4 sekawan tu...selain Nani, ahli lain ialah Mera dan Amelia...nama "Anelia Ainiera"...pernah menjadi kenangan suatu masa dahulu...heheh...Mera ada di KK, Sabah. Amelia sampai sekarang belum jumpa. Kali terakhir berhubung masa Aku sekolah menengah. Bila Aku menyambung pelajaran di SMRLNR, hubungan kami semakin berjarak sebab kebanyakan mereka menyambung pelajaran di Methodist menengah. Ada jugalah sekali sekala terserempak kawan-kawan lama semasa menjadi wakil debat sekolah dan lain-lain pertandingan antara sekolah. Macam Kim 'the cincilia cat', Aku jumpa masa pertandingan mengulas novel yang mana sekolah Aku menjadi tuan rumah. Sayang Aku tak sempat 'berlagak' atas pentas mengambil trofi juara sebab masa tu Aku sibuk ke tempat lain. Dan cikgu sastera Aku menghantar 'jelingan' yang maha tajam...heheh...sorry la cikgu, susah jadi tuan rumah ni...asyik kena panggil memanjang!
Siapa lagi ya...ermmm...Linda...Aku tak rapat sangat sebab Linda 'geng' budak Taman Sempadan hahaha...Tapi Aku jumpa Linda masa kat UUM. Aku dah tahun 3 masa dia masuk. Bila jumpa tu bertegur-tegur jugalah. Yanti baru muncul di Facebook. Yanti ni kelakar. Dia kalau lawan bercakap dengan Heah Kay Pheng...memanglah pecah perut.
Pat pula pandai melukis. Jeles tengok dia pegang pensil...masa tu dia suka sangat melakar gambar perempuan bermata bulat ala mata kartun Jepun tu. Kiut sangat! Suet Lee dan Ed Na tak banyak cakap. Jangan Aik Sun...dia tu kacang hantu! Tambah lagi bila bersekutu dengan kawan baik dia si Raja Guru. Hahaha...seronok zaman itu, tak ada siapa persoalkan kau kaum apa. Semuanya berkawan baik tak ada prasangka.
Hemmm...semoga rancangan perjumpaan itu berjalan lancar. Aku kirim salam di angin lalu ajelah ye. Insyaallah, lain kali kalau tak ada aral, Aku join. Nantilah bincang dengan geng-geng yang ada di sini kalau-kalau boleh buat perjumpaan peringkat Lembah Kelang pula...sebabnya ramai yang ada di sini.

Wednesday, December 08, 2010
Hijrah
Cuaca mendung hari ini. Tak tahulah, turun atau tidak hujan petang ini. Kalau turun menjelang waktu balik nanti, alamat bersesak lagilah di jalanraya tu. Hari berlalu agak perlahan, mungkin sebab masih ramai yang bercuti. Email yang masuk pun tak banyak. Mesyuarat kebanyakannya dijadualkan minggu depan.
Apapun temujanji kuliah ustaz berjalan seperti biasa. Dan seperti biasa juga kelas penuh sesak. Menyebabkan Aku tak dapat tidak rasa hendak jeling juga pada mereka-mereka yang suka 'booking' tempat untuk kawan yang belum sampai. Yang sampai tak dapat hendak duduk. Macamana hendak terjalin ukhwah ni kalau kita masih beza-membeza hanya kawan baik je boleh duduk kat sebelah. Oh ya, bercakap bab ukhwah ini, balik kampung Melaka hujung minggu tadi sempat belek balik buku "75 tanda Kiamat" dan memang ada tercatat di situ bahawasanya hampirnya kedatangan kiamat itu dapat dikenal apabila ucapan salam hanya diberikan kepada orang-orang yang dikenal sahaja. Aku ada sebut benda ini semasa berbual dengan adik-adik "AJK Surau" tu...hahaha...ada kenal??? Bukan apa, masa tu terbuka cerita tak puas hati Aku sebab selalu tak dapat bersalam habis dengan jemaah2 sesudah solat sebab masing-masing cepat je bingkas hendak bangun dan bila kita salam pun...ala-ala tak sudi, pandang muka pun tidak. Ayo...please la, akak ni memang jenis cepat 'sentap'!
Ok, berbalik kepada kuliah hari ini, tajuk yang dibawa ialah "Berhijrah Meninggalkan Larangan Allah" bersempena Tahun Baru Hijrah semalam. Yang penting ialah "berhijrah", bukan menyambut "Maal Hijrah". Setakat berarak dan menyampaikan anugerah, bukan hijrah namanya. Itu menyambut Maal Hijrah je. Kupasan berdasarkan Sirah An-Nabawi ini bukanlah tak pernah dengar, tapi kalau dengan ustaz ni memang dia pusing 'lain macam'. Itu yang seronok. Pedih memang pedih. Tajam menikam, tapi memang hakikatnya macam itu...mengaku sajalah, labuuuuu!!!
Ustaz bercerita bagaimana proses penghijrahan itu membawa kemenangan yang besar kepada Islam. Susah payahnya Nabi dan sahabat berhirah, sanggup meninggalkan segala-galanya di Mekah untuk ke bumi asing, Madinah, yang tak tahu apa ada. Mereka sanggup tanpa banyak soal. Mereka tak ada hendak risau...ada tempat tinggal ke? ada benda nak makan ke? Semuanya mereka ketepikan semata-mata yakin dan percaya dengan janji Allah. Dengan kekuatan iman yang sebegitu, yang mana dunia langsung tiada dalam hati mereka, memang selayaknya 2/3 bumi Allah itu akhirnya disinari cahaya Islam.
Dan kita? Apa pengajaran yang kita dapat ambil daripada sejarah hijrah itu?
Kata ustaz, nak berhijrah tak payahlah hendak tunggu 1 Muharram. Setakat tunggu nak baca doa akhir tahun dan awal tahun tu...tapi tak ada iltizam untuk berubah ke arah yang lebih baik, hemmm...belumlah kisah 'hijrah' itu berbekas dalam sanubari kita.
Orang yang benar-benar berhijrah ialah mereka yang berhijrah meninggalkan laranganNya dan patuh kepada perintahNya. Kalau dulu suka berbuat maksiat, tapi kini bertekad meninggalkan maksiat kerana Allah...itulah dia hijrah yang membawa kemenangan.
Ciri-ciri hijrah yang membawa kemenangan ialah :
1. Berjaya menundukkan nafsu untuk ikut kepada perintah Allah. Contohnya, kalau dulu selalu melengah-lengahkan sembahyang, tapi sekarang sembahyang di awal waktu.
2. Ibadah kepada Allah semakin sempurna/mudah/bertambah. Dulu tak buat solat sunat qabliah/ba'diah...sekarang dah buat 12 rakaat setiap hari...(bila la nak cukup rakaat ni...).
3. Islam semakin tersebar luas. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh hijrah yang dilakukan oleh Nabi dan sahabat.
Kalau betul berhijrah, mesti ada perubahan. Mesti ada kesan. Tak banyak, sedikit pun mesti ada. Katakan kita melakukan penghijrahan individu,kesannya melimpah kepada keluarga. Penghijrahan keluarga akan membawa kesan kepada masyarakat. Dan seterusnya, negara. Tapi kalau hanya sekadar melaung-laungkan 'hijrah', tapi tidak berhijrah untuk ikut acuan Allah...tak akan ada kesan yang diharapkan.
Kuliah kali ini juga mencatatkan sejarah tersendiri bila dalam membicarakan soal hijrah, ustaz jadi sebak ketika membandingkan sikap sahabat yang memberi keutamaan kepada Allah berbanding dunia dan isinya. Apabila langsung tak dapat tahan, ustaz terus tunduk menyembam muka ke meja dan menangis depan kami semua. Mahu tak sunyi seisi kelas.
Aku ingat ayat yang ustaz tak dapat sudahkan bila dia bertanya, "bayangkan...disebabkan tertinggal takbiratul ihram sahaja Abdul Rahman bin Auf sanggup menginfakkan 100 ekor unta untuk menebusnya...itupun Nabi kata belum cukup. Begitu bandingan antara betapa berharganya amal kepada Allah berbanding apa yang ada di dunia...tapi kita..."
Masyaallah, lunaknya hati ustaz...bisik USJ disebelah. Tak terlawanlah hati-hati kami yang gelap pekat ini. Ya Allah, rasa kecilnya diri ini. Bilalah hendak dapat penghayatan hebat macam ustaz ni.
Insyaallah, semoga kita semua dapat melakukan hijrah ke arah penghayatan iman dan amal yang lebih baik tahun ini.
Selamat tahun baru.

Thursday, December 02, 2010
Alhamdulillah
Semalam semasa kuliah mingguan, topik perbincangan yang dikemukakan adalah "Kelebihan Mengucapkan Alhamdulillah". Betapa hebatnya kelebihan ucapan ringkas ini yang selama ini mungkin terpacul dari bibir kita dengan lancar, tapi sayangnya tanpa kefahaman yang mendalam.
Adapun ucapan "Alhamdulillah" itu yang membawa maksud, "Segala pujian hanyalah untuk Allah" sangat kuat kesannya terhadap akidah dan keimanan kita yang mana bila diucapkan dengan penuh kesedaran, mengingatkan kita bahawa hanya Allah sahaja yang berhak dan layak dipuji kerana Dia adalah Maha Sempurna dan bersih suci daripada segala kelemahan, kekurangan atau kecacatan sedangkan kita manusia maha tidak sempurna dan maha lemah.
Sabda Rasulullah S.A.W : "Allah tidak memberi sesuatu nikmat ke atas seseorang hamba lalu ia berkata alhamdulillah, melainkan apa yang diberinya adalah lebih baik dari apa yang diambilnya" [HR: Ibn Majah].
Katakanlah kita dapat naik pangkat, dan kita ucapkan 'Alhamdulillah', maka ketahuilah ucapan 'Alhamdulillah' itu adalah sebenarnya lebih besar dan baik nilainya di sisi Allah daripada pangkat yang kita dapat itu.
Masalahnya kita selalu gagal membezakan kaca dengan permata. Kita sangkakan rumah besar, kereta mewah dan pasangan kita yang cantik bergaya itulah nikmat yang paling berharga bagi kita...padahal itu semua hanyalah ujian dan nikmat duniawi yang sementara. Yang paling berharga ialah amalan-amalan baik yang tetap kekal faedah-faedahnya, yang lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhan...antaranya zikrullah.
Lalu Ustaz menceritakan perihal anaknya yang pada ketika itu sedang berdebar-debar hendak menghadapi peperiksaan SPM baru-baru ini. Biasalah, anak hendak masuk dewan peperiksaan, dia telah menghantar SMS kepada ayahnya yang lebih kurang berbunyi begini, " Abah, Usamah minta maaf atas segala dosa-dosa Usamah. Minta abah doakan Usmah yang terbaik (dapat buat yang cemerlang dalam peperiksaan)".
Apa balasan SMS Ustaz? SMS balasan untuk si anak berbunyi begini, " Usamah, Abah sentiasa mendoakan Usamah agar menjadi anak yang soleh dan qurratun a’yun (menyejukkan hati). Usamah hanya akan menghadapi peperiksaan yang kecil (SPM) yang boleh diulang jika gagal. Tetapi Usamah kena ingat, Usamah akan menghadapi peperiksaan yang lebih besar lagi yang tidak boleh diulang jika gagal".
(terima kasih adik Seripagi yang dapat ingat butir-butir dengan lebih baik berbanding kami yang 'ternganga' sebab 'terpesona' dengan indahnya nasihat seorang bapa itu. Rasa cam nak bagi 'standing ovation' jam-jam tu jugak!)
Oh ya, menyentuh pendidikan anak-anak ini, Ustaz menyarankan kita cuba sedaya upaya membantu anak-anak supaya kenal Tuhannya sedari kecil. Misalnya, bab 'Alhamdulillah' ini...lazimkan bila anak-anak menerima sesuatu daripada kita, katalah dapat baju baru ke...bila dia cakap, terima kasih ayah/mak,...cakaplah, "ucapkanlah alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Dia yang memberikan ayah/mak rezeki sehingga kamu dapat menikmati pakaian baru ini"...cantiknyaaaaa...!
Ya Allah...berilah Aku kekuatan untuk membimbing anak-anak Aku agar mereka menjadi anak-anak yang soleh yang menyejukkan hati ibu dan babah.

Wednesday, December 01, 2010
Permata Pemotong Permata
Kebelakangan ini antara berita yang banyak menghiasi akhbar-akhbar tempatan ialah tentang trend perceraian dan keruntuhan rumahtangga. Statistik yang dikeluarkan memang menakutkan, menakutkan bagi kita umat Islam yang mana perkahwinan adalah sunnah dan Nabi Muhammad S.A.W sangat berbangga dengan bilangan umat yang ramai...dan lagi, institusi keluarga itu sendiri adalah komponen penting dalam pembentukan akhlak masyarakat dan umat keseluruhannya.
Kemudian, keluarlah pula polemik tentang boleh atau tidak seorang isteri menyaman wanita yang menyebabkan keruntuhan rumahtangganya. Kira, orang ketigalah. Ada yang kata ada peruntukan, ada yang kata tidak ada. Bab saman menyaman ini sudah jadi budaya nampaknya. Apapun, kalau tanya saya...tak payahlah nak saman satu pihak aje. Bab gangguan orang ketiga ini tak jadi sebelah pihak sahaja...orang kata, kalau tak bertepuk dua belah tangan...masakan berbunyi??? Lepas tu dituruti pula dengan kisah keruntuhan rumahtangga yang disebabkan oleh laman sembang dan jaringan kenalan/sosial seumpama Facebook.
Kisah suami/isteri bertemu orang lain sehingga mengabaikan pasangan dan keluarga kerap kedengaran. Sepertimana kata seseorang tu, walaupun pisau boleh membunuh, tak kan lah sebab hendak mencegah pembunuhan maka kita kena haramkan pisau. Pokok pangkalnya ialah macamana kita menggunakan kecanggihan teknologi agar memberi manfaat kepada diri. Teringat tajuk debat masa sekolah dulu, Television Brings More Harm Than Good...hahaha...tu zaman TV ja...belum ada muka buku tu semua...Dengan segala kecanggihan teknologi kini, macamana kita hendak mengimbangkan manfaat dan keburukan...pandai-pandailah fikirkan. Jangan fikir dengan kepala lutut sudah!
Oh ya, bab nak beralih hati dan perasaan ini tak payah tunggu 'terpengaruh' dengan Facebook saya rasa...kalau sendiri memang cenderung macam tu, sekadar jumpa kat pasar malam pun boleh juga...yalah, kalau itu yang dicari. Orang kata cari penyakit. Penyakit kat Facebook ni satu fesyen je...mula-mula dia ada akaun...dia teruja tambah kawan-kawan lama, maklumlah...hok sekolah tadika sempat seminggu tu pun dia boleh jumpa semua kat situ. Tiba-tiba satu hari dia teringat pulak dekat awek yang dia pernah usyar masa zaman cinta monyet dulu. Cari punya cari, keluar 3 nama serupa...test punya test...satu tu bagi respon yang tepat. Sah! Si Siti Senget (bukan nama sebenar!) tu le kekasih lama dia...perghhh...happy giler! Mula la tanya itu tanya ini, dok mana, kawin ngan sapa, anak berapa? Tanya punya tanya Siti Senget tu pun buka cerita, yang dia dah bertahun menjanda...anak dah ada 4 orang. Maka, kawan ni pun teruja hendak bersimpati mengurangkan rasa tekanan mana yang ada. Bagi sokongan. Tolong dengar masalah. Hari-hari chat. Mula-mula biasa2. Lama-lama dah jadi luar biasa. Membawa sampai jumpa...maklumlah cinta lama, payah nak dilupakan. Layan punya layan, habis bergoyang rumahtangga sendiri. Haaa...tu sapa yang sendiri cari penyakit???
Kadang-kadang sedih juga bila ada wanita yang tahu dia bermain dengan api...tetapi tetap tega meneruskannya. Ada wanita yang dalam sedar menjalin hubungan dengan suami orang.Sebagai seorang wanita, saya sebenarnya rasa malu dengan sikap wanita yang mencari jalan mudah dengan alasan yang semuanya menjurus kepada kepentingan diri sendiri. Malu kerana ada yang sanggup menjatuhkan martabat kaum sendiri semata-mata kerana mengejar kebahagiaan yang sifatnya sementara dan dalam keghairahan memenuhi kehendak diri, menyebabkan banyak rumahtangga yang roboh dan musnah. Semuanya untuk apa??? Jangan bagi alasan hendak mengisi kekosongan hati yang sepi sebagai jalan untuk mendekati lelaki yang sudah beristeri. Jangan cakaplah hubungan hanya sekadar kawan biasa. Beritahu saya ke arah mana hubungan seorang lelaki dan wanita akan pergi kalau sudah selalu dibajai dengan alasan-alasan mengambil berat sebagai kawan, tempat mengadu nasib dan dia seorang yang memahami? Siapa yang akan mengambil tempat bila kedua-duanya bertemu? Ternyata itulah tipu daya dan helah syaitan. Akan tetapi tak usahlah melulu salahkan syaitan kalau sudah sendiri yang membuka jalan.
Memanglah bukan hendak persalahkan wanita 100%...Betul, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kenapa hendak fokus kepada kesalahan sebelah pihak sahaja? Bukankah kita sudah tahu, lelaki itu perumpamaannya ibarat kucing yang tunduk alim depan lauk bila tuannya ada? Kucing, kalau peluang sudah ada depan mata…kalau tidak dijamahpun, dihidu juga, kan? Seorang lelaki pernah memberitahu saya, bohonglah kalau ada lelaki yang tidak terusik hati dan keinginannya bab mahu lebih daripada satu perempuan ini. Baik jalan halal atau jalan haram, keinginan itu ada. Bergantung kepada tebal atau tipisnya iman seseorang. Bahkan ada juga yang alim tetapi tewas! Bab iman dan amal ini mungkin perlu kupasan lebih lanjut, tetapi untuk tulisan ini secara umumnya saya berpendapat sesiapa sahaja jika ada ruang dan peluang (kecuali hambaNya yang benar-benar bertakwa) akan memanfaatkan untuk kepentingan diri sendiri.
Adakah saya tidak faham situasi kaum sejenis saya yang 'tersepit'? Bukanlah niat saya menghancurkan impian wanita-wanita yang kesepian ini mencari teman di kalangan golongan lelaki yang sudah beristeri. Saya faham lelaki diberi hak untuk berpoligami. Kalaulah betul serius, lakukanlah dengan betul. Jangan hendak sorok-sorok. Jumpa keluarga dan orang yang boleh dipercayai untuk menjadi orang tengah. Bincang elok-elok supaya hajat dapat disempurnakan dan maksiat dapat dielakkan. Tak apalah hati hancur kerana poligami, jangan hati hancur kerana hidup membenarkan dosa berlaku berterusan kerana dosa dengan Allah ini berat!
Yang sedih tu ada wanita yang suka menyalahkan sang isteri konon bersikap tidak adil dan pentingkan diri. Kata kononnya isteri itu tidak memahami perasaan dan situasi wanita yang kesepian. Menabur tuduhan yang isteri itu wanita tamak yang enggan berkongsi kasih sayang. Lalu apakah alasan itu mewajarkan perbuatan maksiat yang terang-terang termasuk dosa besar. Nauzubillah. Padahal mungkin baru inilah isteri itu tahu kewujudan insan ketiga. Padahal mungkin isteri itu juga bertahun ini ditipu hidup-hidup oleh insan yang bergelar suami. Jangan terkejut kerana ada isteri yang sebenarnya rela dimadukan daripada hidup dikumpulkan dengan dosa (saham tidak langsung yang isteri dapat kerana lebih suka suami buat maksiat daripada membenarkannya bernikah secara halal).
Saya percaya, adalah lebih mulia untuk seorang wanita memelihara dirinya sebagai insan yang istimewa dan perlu dihormati. Janganlah mudah memberi, apatah lagi kepada yang tidak sepatutnya. Beberapa hari lalu saya ada terbaca satu ruangan agama di sebuah majalah, kisah bab hubungan lelaki wanita inilah. Kata ustaz ni, kalau betul seseorang lelaki itu kasihkan seseorang wanita itu dan ikhlas hendak memperisterikannya, maka dia tidak akan tergamak memperlakukan wanita menurut kehendak nafsunya, malahan dia akan menjaga dan menghormati maruah serta kehormatan wanita itu...dan betul-betul menjadikannya milik yang sah. Tak kisahlah, menjadikannya isteri nombor berapa pun (dalam kes lelaki yang sudah berkahwin)...kalau berani hendak buat, beranilah tanggung. Barulah kelas!!! Kalau nak kahwin, tapi takut bini...lupakan ajelah!!!
Lama manakah hendak bergantung harap pada kesetiaan dan kasih seorang lelaki yang tidak ada jaminannya? Mengapakah masih leka dibuai janji-janji kosong dan merelakan diri bergelumang dosa hanya kerana mahu merebut kasih sesama manusia? Padahal ada satu jaminan yang langsung tidak akan dimungkiri yang Allah janjikan untuk lelaki dan wanita yang beriman dan beramal soleh di dunia yang kekal abadi jikalau mahu benar-benar tunduk kepada perintahNya. Kebahagiaan yang sementara di duniakah atau kebahagiaan hakiki di dunia yang kekal abadi yang patut diberi keutamaan? Apakah lebih sanggup menukarkan syurga dengan neraka hanya untuk mengecap bahagia yang entah cuma untuk beberapa tahun? Fikir-fikirkanlah.
Bahawa segala dugaan yang menimpa itu sepatutnya mendekatkan diri kepada Illahi, bukannya semakin jauh. Jalan untuk menyelesaikan masalah ialah meluah kepadaNya. Memohon dan berdoalah agar diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi rintangan hidup, bukannya dengan jalan mencurah masalah kepada teman-teman lelaki. Melainkan kalau memang niat mahukan perhatian lelaki itu dengan umpan simpati. Kalau belum terlambat, berundurlah. Kalau sudah terlambat bertaubatlah.

Subscribe to:
Posts (Atom)