Kata-kata adalah cerminan hati. Apa yang keluar dari mulut, itulah bayangan keadaan hati. Kalau kata-kata yang keluar itu berupa ucapan-ucapan yang baik, sopan, berlapik...maka, kebiasaannya memberi gambaran bahawa si penutur adalah pemilik kepada sekeping hati yang bersih.
Ada orang begitu mudah dan tidak teragak-agak menyebut perkataan seperti 'bodoh' terhadap orang lain. Sedikit pun tidak rasa ralat kerana yakin dia benar, dia berhak dan paling penting sekali dia rasa 'pandai'. Baru tahu satu dua perkara sudah mendabik dada mengatakan dia tahu semuanya, hatta isi perut orang lain pun dia rasa dia boleh baca.Maka, sewenang-wenangnya menyalahgunakan lidah dengan menuturkan perkataan-perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Apabila orang lain cuba menyatakan pandangan, dia pula yang lebih-lebih terasa. Padahal bila dia melakukan perkara yang sama kepada orang lain, dia memberi alasan berbeza pula iaitu cuma hendak menyatakan kebenaran.
Hakikatnya, untuk diri sendiri apa-apa sahaja boleh, tetapi bila sampai giliran orang lain memulangkan paku buah keras...tiba-tiba tak boleh terima pula...haishhh!!!
No comments:
Post a Comment