Betullah tu, kalau sudah begitu takdir yang tersurat, nak buat macamana lagi...ye dak?
Nak tergelak pun ada juga. Cerita orang bukan main indah...tapi cerita sendiri (bila sendiri mengalami), sangat-sangat tidak indah!
Ada sekali peristiwa, saya ke Cyberjaya berkereta dengan rakan sekerja. Hari Jumaat. Mesyuarat yang berkesudahan selepas jam 5 itu memang menerbitkan rasa senak perut memikirkan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Apatah lagi dalam keadaan langit mendung. Sebetulnya saya bercadang hendak mengambil laluan jauh, lalu depan pejabat dan berpatah balik ke jalan bukit...walaupun jauh, tetapi dari segi gangguan lalu lintas...rasanya kurang sikit kebarangkalian tersangkut dalam kesesakan. Pun begitu, ketika menghampiri exit Bangsar itu, terasa hendak kekal terus hingga ke Jalan Tun Razak. Kononnya...walaupun jalan 'jem'...masih juga bergerak, busuk-busuk pun satu jam. Masih OK...desis hati kecil saya. Lalu dengan yakinnya saya meneruskan perjalanan. Sayang seribu kali saya...belum jauh bergerak, sudah ternampak bayang kesesakan di kejauhan sana. Adoiii...nak salahkan diri sendiri pun tak tergamak! Ini bukan jalan sesak lagi dah...ini sudah tak bergerak langsung...!!! Dan menambahkan keparahan keadaan...hujan mula galak membasahi bumi. Rasa nak nyanyi lagu Sudirman 'Hujan dan Airmata' jam-jam tu jugak woooo....
Cerita tidak habis di situ, ok....
Nak dijadikan cerita, member sebelah ni sedang mengamalkan diet 'Herbalife'. Katanya, sehari dia minum 6 liter air teh gapo dia ntah...(banyak tu...). Tiba-tiba member gelisah semacam. Masa tu keretaku di lorong paling kanan kerana hendak jalan terus mengelakkan kenderaan yang mahu ke bulatan Pandan dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Kesian, member nak buang air. Memandangkan keadaan lalulintas yang tidak menyenangkan itu, saya menawarkan untuk singgah di mana-mana stesen minyak. So, apalagi, terpaksalah beranjak-anjak ke kiri jalan dengan dihon bertalu-talu oleh mamat-mamat motor dan pandangan 'menyampah' pemandu-pemandu kereta lain yang sama-sama 'tension' tak boleh bergerak. Tergedik-gedik jugaklah akak Telipuk nak menyelinap masuk...tapi, itu lebih baik daripada mendera kawan dalam kereta tu kan...:). Alhamdulillah, masuk stesen pertama iaitu Petron bersebelahan bangunan PNB tu. Member cepat2 keluar sementara Telipuk bercadang hendak lalu depan pam dan seterusnya menunggu di sebelah sana. Perancangan yang mudah tetapi jadi payah dengan kehadiran berpuluh-puluh motorsikal yang mencari tempat berteduh. Kita yang nak lalu ni pun tak lepas. Di depan Snowy ada sebuah kereta, betul-betul depan pam. Telipuk kata dalam hati, tak kisah menunggu...lepas dia isi minyak dan berlalu, Telipuk ikut je dari belakang dan terus keluar. Kononnya. Sekali tengok tak jalan-jalan juga sampai member dah datang, Telipuk masih kat situ. What the...??? Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya tak tahu apa dah jadi...kereta tu terkunci dari dalam. Pemiliknya dah gabra tak tau nak buat apa. Adoiii...awat la jadi lagu tu...!!!
Nak tak nak terpaksalah Telipuk mengundur...nak best lagi, ada satu kereta MPV parking belakang Snowy. Tunggu dia gerak, awat tak gerak-gerak ni...orang ada. Bila member Telipuk pi bertanyakan khabar, rupa-rupanya, tayar kereta tu pancit !!! Pulak dah!!! Abih camno...? Telipuk pun cuba berundur perlahan-lahan nak ambil lane kedua yang dipenuhi motorsikal di kiri-kanan dengan member Telipuk tolong minta brader-brader tu beranjak ke tepi memberi laluan. Masa mengundur tu, Telipuk ingatkan lepas...sekali datang sebuah kereta warna hitam menyelit masuk....alamakkkkk!!! Berlakulah adegan yang tak sanggup anda lihat disitu. Aiyookkk...kena cium lagi!!! Tapi alhamdulillah, sebab memang Telipuk undur perlahan, ianya hanya sekadar satu 'sentuhan' kecil...walaupun tetap saja 'kecundang'! Nasib la driver tu pun macam malas nak memanjangkan cerita...may be dia pun tak sepatutnya meluru begitu...(haih...kalaulah boleh ku salahkan semua orang kecuali diriku???).
Usai segala kekecohan, kami kembali naik ke jalan, berharap tuah akan kembali memihak sedang jam semakin menunjukkan waktu maghrib bakal menjengah. Kami tergoda oleh pandangan (seakan-akan) jalan menuju KLCC yang tampak lancar, lalu tanpa bertangguh segera membuat keputusan 'short-cut' di situ. Sampai di persimpangan, pergerakan kembali perlahan. Sabor ajer lah banyak-banyak. Saya memutuskan untuk masuk ikut jalan kg. Baru, kemudian, muncul di Chow Kit...mencari jalan mengelakkan bulatan pekeliling...seterusnya ambil jalan ke Sentul. Yup...berhasil...hanya keadaan sebaliknya berlaku bila mendapati bulatan pekeliling tidak sesak sedangkan kereta sudah maju memasuki hala ke Sentul (depan Pekeliling)...lebih menghampakan rupa-rupanya tersangkut pula di situ.
Tak pe...tak pe...sabor jer lah...nak dekat dah...hati memujuk-mujuk. Kaki terasa lenguh. Rasa nak berlunjur pun ada. Mujurlah menjelang jam 8, saya sudah sampai depan pagar rumah setelah menurunkan rakan di bangunan bersebelahan. Sebab tu pun dia menumpang saya kerana selain sama-sama menghadiri mesyuarat yang sama, tinggal pun berdekatan. Sempat dia mengajak saya mempertimbangkan program car pool bulanan syarikat kami setelah saya menolak ajakannya sebelum itu. Hemmm...may be!
Begitu takdirnya...
Lalu, apabila saya perlu lagi menghadiri mesyuarat yang sama...hari Jumaat...masa yang sama....saya seperti terasa serik. Setelah mendengar cerita rakan tentang betapa mudahnya ke sana menggunakan perkhidmatan awam...saya pun rasa teruja hendak mencuba. Mula-mula macam tak yakin. Tapi, bila lrt sampai di KL Sentral, saya pun membulatkan tekad. Saya turun dengan nekad menuju kaunter KLIA transit. Di sana saya membeli tiket sehala ke Putrajaya. Alhamdulillah, saya cuma perlu menunggu 10 minit sebelum ERL sampai. Perjalanan sangat lancar dan saya selamat tiba di Putrajaya Sentral ngam-ngam pukul 3...saya keluar agak lewat dari pejabat. Dari sana, saya ambil teksi berkupon yang berderet-deret menunggu pelanggan. Tambang yang dikenakan RM10.50. Saya sampai di tempat mesyuarat pada ketika mesyuarat baru hendak bermula...yeayyyy!!! Happy! Happy!Happy!
Buat pertama kalinya saya rileks aje walaupun pukul 6 baru habis mesyuarat kerana tahu saya naik ERL. Mana nak perlu risaukan kesesakan jalan kan? Yang best tu...saya call teksi dan tak perlu tunggu lama...siap depa SMS bagitau teksi tu 'on the way' lagi 6.4km nak sampai dan nombornya sekali. Kelip pok kelip pok...teksi tu dah cokoh depan mata. Huiii...kagum! kagum! Tak sia-sia cek cuba pengangkutan awam hari ni...pukul 6.15 dah berlenggang kat platform tunggu ERL. Kali ni Telipuk sangat konfiden tak bakal melalui peristiwa balik selewat Jumaat lepas.....Telipuk dah plan nak turun kat Bandar Tasik Selatan sebab Telipuk boleh ambil lrt Star dari situ terus menuju Sentul...yahuu...yahuuu...bijak tak Telipuk? Hehehe...
Hemmm...begitulah takdir menentukan...tengah dok semangat begitu, tiba-tiba bergema pengumuman yang meragut keceriaan Telipuk. Pengumuman kelewatan disebabkan gangguan teknikal. Huaaaa!!! Awat la hang pa pilih hari ni...nak pekena Telipuk ka weiii??? Terkulat-kulat la menunggu. Dari jam 6.15 membawa ke 7.00...masih ku termangu-mangu tak tentu cerita. Bila erl yang dinanti tiba, masyaallah, penuh ya amat! Sendat! Ketat! Nak buat macamana, walaupun tak berapa nak rela...terpaksalah Telipuk lepaskan tren tu berlalu pergi. Telipuk kena tunggu lagi...sampai akhirnya erl lain sampai...Kali ini pun ramai juga, tapi den tak kiro...apo nak jadi, jadi la! Chewahhh...masuk jugak...serbuuuuu!!! Dramatik sungguh! Rezeki Telipuk, lepas jugak balik...kalau tak, entah pukul berapa pulak nak sampai. Kali pertama sampai di BTS, tercangak sekejap mencari arah...nasib baik mudah je. Dalam 5 minit berdiri di platform, tren Ampang Line pun sampai...rasa nak peluk-peluk tren tu...hish...bersyukur sangat-sangat!!!
Sampai Sentul, tinggal Snowy jer tercongok menunggu dalam gelap. Kesian dia...nasib baik nyamuk tak boleh gigit. Jom balik jom...!
Kalau nak dibuat perbandingan, lebih kurang jer la masa yang diambil untuk balik baik dengan berkereta mahupun naik pengangkutan awam...untuk dua Jumaat berturut-turut itulah. Dah rezeki saya lah tu...alhamdulillah dalam segala hal...janji selamat sampai, sudah!
Moral of the story...
(Jumaat ni Telipuk nak drive balik...jem pun jemlah...)
Tu la kan...benda kalau dah nak terjadi, walau dah dalam genggaman pun boleh terlepas jua.
Tak perlulah susah-susah nak menyalahkan siapa-siapa sampai kadang-kadang kita jadi terlupa yang segala sesuatu itu kan terjadi atau tidak terjadi dengan kehendakNya.
Jauhnya pengajaran...;)
No comments:
Post a Comment