Tuesday, July 12, 2011

Al-Quds : Syarahan Perdana

Buat pertama kalinya, Aku memilih untuk hadir mendengar ceramah bertajuk, "Masa Depan Perjuangan Palestin" oleh Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor. Sebelum ini, bukan kata Aku tak prihatin, tapi lebih kepada Aku 'seriau'. Masa kat kampus dulu, berapa lama nak buang imej yang memburu saban malam bila terkenangkan anak-anak kecil yang menangis dan tumpahan darah di merata-rata itu. Sebab itu Aku cuma berani memerhati dari jauh. Tetapi hari ini, kebetulan sampai pun tepat pada masanya, Aku beranikan diri hadir.

Hadirin didedahkan dengan banyak fakta-fakta yang menarik perihal latarbelakang Al-Quds dan kesucian Masjid Al-Aqsa, kiblat umat Islam yang pertama yang kini terlepas daripada genggaman.

Kami diperkenalkan dengan kisah Hejaz Railway. Jalan keretapi yang menghubungkan antara Damascus (Damsyik di Syria) dengan Madinah. Hejaz Railway ini menjadi lambang kesepaduan ummah. Pada zaman kegemilangannya, ia menjadi alat pengangkutan yang turut digunakan untuk memudahkan perjalanan jemaah haji. Jemaah haji dulu bukan sekadar mengunjungi Mekah dan Madinah, tetapi mereka juga berpeluang mengunjungi kota suci ketiga umat Islam iaitu Bait-ul Muqaddas dengan berhenti di perhentian Amman (Jordan) yang tidak jauh dari situ. Malangnya, kesepaduan ummah yang dicorakkan oleh Islam dengan satu sistem pemerintahan khilafah yang diterajui oleh kerajaan Uthmaniyyah telah runtuh oleh campurtangan kuasa-kuasa barat yang membawa kepada pepecahan umat Islam sehinggalah ke hari ini.

Bercakap tentang ummah, kita harus fahami bahawa konsep ini hanya ada dalam Islam. Ia adalah satu konsep yang mengikat (binding) yang didokong oleh tauhid dan akidah. Konsep ini tidak mungkin dapat dipisahkan oleh sempadan politik antarabangsa. Juga tidak boleh dipisahkan oleh perbezaan warna kulit dan bangsa. Umat Islam adalah satu. Satu Ummah. Apabila bermulanya era penjajahan oleh kuasa-kuasa barat maka mereka telah membahagi-bahagikan kesatuan ummah ini kepada banyak bahagian. Apa asasnya pembahagian seperti itu? Jika anda merujuk kepada peta negara-negara benua Afrika misalnya, anda akan menemukan pembahagian garis sempadan yang pelik seolah-olahnya dipisahkan oleh pembaris dan pensil.

Negara-negara yang terpisah ini kemudiannya ditadbir mengikut pengaruh si penjajah. Ikatan satu ummah itupun menjadi semakin longgar, sebaliknya yang ditekankan ialah semangat kebangsaan. Bangsa itu diagungkan dulu, manakala Islamnya penghabisan sekali baru disebut.

Mengimbas kembali kedatangan Islam ke Nusantara yang mempunyai lebih 250 suku bangsa, ternyata suku bangsa Melayu telah diberi kelebihan dengan bahasanya diangkat menjadi lingua franca. Bahasa Melayu yang mudah dan ringkas itu telah diperkasakan menjadi bahasa serantau dan diperkasakan dengan lebih 2,500 perkataan Arab. (Soalan cepu emas : kalau pandai, cuba tukarkan perkataan 'sabar' (yg dipinjam daripada Bahasa Arab) dengan satu perkataan Bahasa Melayu...boleh?). Suku-suku yang banyak itupun telah disatukan dengan Islam dan diangkat menjadi Rumpun Melayu. Dengan apakah penyatuan itu dilakukan sedangkan dulunya mereka berpecah-belah? Jawapannya, Islam dan konsep kesatuan ummahnya.

Namun kini, semuanya sudah jauh berubah. Bermula dengan Perang Dunia Pertama (1914-1918) yang menyaksikan kejatuhan pemerintahan khilafah Uthmaniyyah. Negara-negara barat dengan senang hatinya masuk dan membahagi-bahagikan tanah jajahan mereka.Kesatuan ummah itupun semakin dikikis. Apakah pula implikasinya perjuangan Palestine kepada kesatuan ummah? Ketahuilah bahawa, punca kelemahan umat Islam ialah apabila kita gagal mempertahankan Al-Quds.Gagal kerana kita bukan lagi satu ummah. Kita risau hal masing-masing. Kita menjadi berpuak-puak dan berbangsa-bangsa. Sedangkan konsep ummatan wasatan hanya boleh ditegakkan dengan adanya iman dan taqwa.
Amatlah malang kerana 1.6 bilion umat Islam tidak mampu mempertahankan bumi Palestine yang setompok itu.

Kenapa?

Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.” Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wahan?” Rasulullah bersabda, “Cinta dunia dan takut mati".

Ya, kerana kita semua sudah ditimpa penyakit Al-Wahan.

Bayangkan bagaimana Rasulullah dan para sahabat berjuang menyebarkan Islam. Jumlah tentera Islam berbanding dengan tentera kufur seringkali dalam jurang yang jauh berbeza. Betapa sedikitnya tentera Islam yang cuma berjumlah 313 orang ketika menentang Musyrikin Mekah yang mencecah 1,000 bilangannya dalam Perang Badar. Dalam peperangan Ahzab, tentera musuh 10,000 orang sedangkan tentera Islam hanya 3,000 orang.Dalam peperangan Mu’tah, tentera musuh 200,000 orang sedangkan tentera Islam hanya 3,000 orang.Tetapi tentera Islam tetap menang. Mengapa begitu? Kerana mereka begitu yakin dengan pertolongan Allah. Mereka masuk ke medan pertempuran dengan mod hendak menang. Mereka memburu syahid dan ganjaran Allah lantas tidak takut dengan kematian.

Betapalah berbezanya kita. Kita terlalu takut dengan kematian kerana kita tidak redha hendak meninggalkan kesenangan dunia yang sementara ini. Kerana itulah kita lihat jumlah umat Islam pada hari ini bukan sedikit tetapi kita diuji dengan kekalahan kerana tidak kembali bersatu di bawah payung Islam. Contohnya jumlah yahudi di Palestin hanya beberapa juta sedangkan umat Islam di negara arab sekelilingnya berjumlah ratusan juta tetapi yahudi boleh terus mengganas kerana umat Islam tidak bersatu memerangi mereka. Kita belum jumpa virus untuk melawan penyakit Al-Wahan itu.

Juga kisah-kisah disebalik perjuangan tokoh-tokoh penentang penjajahan dahulu, apabila disingkap membuka minda untuk kembali memikirkan apakah benar begitu jalan cerita yang tertulis dalam buku sejarah kita. Benarkah Tok Janggut itu diperangi kerana dia menentang undang-undang percukaian ataukah kerana sebab-sebab lain yang penjajah enggan dedahkan? Yelah, tak kanlah pasal cukai je memberontak. Ataukah kerana peranannya cuba menggagalkan cubaan penjajah menyekat gelombang kebangkitan pejuang Islam di seluruh nusantara pada masa itu untuk membantu perjuangan saudara Islam di Asia Barat yang berdepan dengan tipu helah penjajah. Begitu juga dengan sejarah-sejarah yang lain seperti kisah Datuk Siamang Gagap iaitu gelaran pembesar Negeri Sembilan yang sanggup meninggalkan kesenangan untuk bangkit menentang British dan peristiwa pemberontakan Dahagi di Singapura.

Apa yang kita tahu? Terasa benaknye kepala otak ini sebab sudah lama dihadapkan dengan kisah-kisah sejarah ala dongengan. Yang segar di kepala ialah kisah Hang Tuah. Kisah Puteri Gunung Ledang. Bagaimana dengan kisah-kisah lain yang sepatutnya kita tahu? Belum tentu yang dipelajari selama ini betul...siapa tahu faktanya sudah ditukar sebegitu rupa menjadi apa yang kita warisi kini. Misalnya, kenapa lebih 50 tahun merdeka tidak ramai mana bangsa lain yang memeluk Islam? Kerana apa? Kerana sudah dicanang-canangkan yang Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam padahal Islam itu milik semua. Islam turun untuk semua. Kerana itu kesepaduan ummah tidak dapat dicapai.

Hemmmm...sangat menarik! Sampai tak mampu lagi Aku berterusan membuat catatan kerana leka mendengar huraian demi huraian tentang peristiwa-peristiwa yang membawa kepada perpecahan umat Islam dan objektif yang ingin dicapai oleh si pemecah-belah itu. Apapun kami ditinggalkan dengan dua hadis ini yang mana Allah sesungguhnya telah menjanjikan kemenangan kepada umat Islam setelah kita semua mampu bangkit dan bersatu-padu semula, insyaallah.

Dari Abi Hurairah ra. bahawa Nabi SAW bersabda,

Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi, “Wahai muslim, inilah Yahudi di
belakangku, bunuhlah
!”

(HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami’ Ash- Shaghir no. 7414)

Tidak akan terjadi hari kiamat, hingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon Yahudi.”

(HR Muslim dalam Shahih Jami’ Ash-shaghir no. 7427)

No comments: