Tuesday, July 12, 2011

Drama Penantian

Penantian itu suatu penyeksaan. Memang benar. Kerja-kerja menanti ini sudah bermula semenjak dua menjak ini. Sebenarnya kita pun sepanjang masa menanti, contoh, menanti hari kita kembali kepadaNya. Tetapi kita tak terasa yang kita ini dalam penantian (ataukah kita sengaja pura-pura buat tak tahu) kerana kita sentiasa disibukkan dengan seribu satu perkara. Jadi, kita tak apa menanti. Kalau boleh tangguh lagi baik, kot?

Berbalik kisah penantian itu, Isnin tadi Aku menemankan ayah buat pemeriksaan kesihatan di tingkat 17 TH Perdana. Alhamdulillah, walaupun dua jam jugaklah menunggu selesai tetapi tak terasa sangat sebab penerangan jelas dan tahu hendak jangka apa. Cuma bila selesai pemeriksaan itu, keputusan yang diterima tidak seindah impian. Impian Aku, harap-harap dapat selesaikan semuanya pada masa itu. Mungkin belum masanya. Kata pegawai yang memeriksa, bacaan ECG bapa Aku tidak begitu memuaskan, jadi dia belum dapat beri lampu hijau. Mungkin tak ada masalah. Mungkin ada sikit masalah. Apapun, dia merujukkan ayah ke HKL untuk mendapatkan pandangan pakar di sana pula. Kalau tak ada masalah, doktor akan beri kebenaran layak untuk mengerjakan ibadah haji dan bolehlah Aku teruskan dengan mendapatkan suntikan vaksin pula.

Maka bermulalah penantian Aku pagi ini. Pagi-pagi sebelum jam 8 buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke bahagian pesakit luar HKL. Tercangak-cangak dua beranak ini macam rusa masuk kampung. Orang ramai sudah memenuhi ruang-ruang yang ada. Dan Aku, dengan bersenjatakan maklumat-maklumat yang diperolehi melalui internet pun menjalankan misi mencari hala tuju dan arah menyempurnakan penantian semalam.

Mula-mula tu tersalah masuk ke bahagian lain. Tak ada sesiapa untuk ditanyakan. Dan orang ramai memandang semacam...perghhh...cepat-cepat Aku blah dan dengan 'macho'nya meredah sesuka hati Aku (konon-konon tahu)...ceh...berat mulut betul Telipuk ni! Nasib baik terjumpa tempat yang betul. Dan membuka mulut bertanya untuk memastikan. Ikutkan hati hendak terus tuju klinik pakar tetapi fikir eloklah bertanya dulu. Kata yang bertugas di kaunter, ye betul kena melalui saluran ini dulu. Jadi, berbarislah ambil nombor. Walaupun ayah dalam kategori warga emas, tapi masak jugalah sementara tengok nombor naik.

Bila nombor naik...jeng...jeng...(ingatkan , bestnya boleh jumpa doktor dah...)...dapat nombor bilik untuk jumpa doktor dan kena tunggu lagi. Tak apalah, alang-alang sudah di sini, sabar ajelah. Melilau mata Aku tengok orang lalu lalang. Ada yang berbalut di kaki, ada yang berbalut di tangan, ada yang berjalan terhencut-hencut, ada yang tertinjau-tinjau...macam-macam ada. Puas menunggu, nama ayah dipanggil. Bila jumpa doktor, doktor tu pun macam pelik...eh...ini untuk specialist ni, katanya. Aku pun buat muka semanis madu..."Saya dah tanya tadi, tapi kaunter cakap memang kena datang sini". Nasib baik la doktor tu baik, "Tak apalah, saya isikan yang ini dulu (merujuk kepada beberapa maklumat kesihatan). Lepas ni Pak Cik buat ECG...bilik 20 sana...lepas tu datang balik bagi saya tengok". Okaylah, sekurang-kurangnya penerangan jelas dan tahulah lepas ni nak buat apa.

Sampai kat bilik 20, tak ada siapa-siapa pun diluar. Aku pun redah je masuk. Mamat kat dalam tu buat muka terperanjat (atau bengang). Cepat-cepat Aku cakap, "Doktor sana suruh di sini datang sini..." hehehe...ayat tak original tu. Mamat tu kata, "Tunggu dulu, nanti saya panggil. Ini ada ramai patient lagi ni". Macamlah Aku ni tak penyabar, pentingkan diri sendiri. Dah Aku tak tahu nak tanya kepada siapa...kalau kat luar cakap ada nombor giliran ke...sure Aku tunggu je tadi tu.

Jadi, menunggulah lagi. Kesian ayah Aku...Aku risau dia yang tak sabar.Bila dah buat ECG, kami kembali berjumpa doktor tadi. Doktor kata (setelah) menulis sesuatu dan mengemas kini rekod, "Pak Cik pergi jumpa pakar ye. Kat tingkat 2 ni...kat hujung sebelah kiri".

Anak Pak Cik pun menyampuk, "Kat sana saya nak jumpa siapa? ". Kepala Aku terbayang bilik-bilik doktor pakar dan jenis kepakaran mereka. Doktor yang ramah dengan senyuman itu berkata, "Tak apa, pergi aje...nanti mereka uruskan".

Sampai kat sana (setelah singgah di kaunter pertanyaan untuk bertanyakan arah), umang aiii...ramainya manusia. Mula-mula masuk, dengan ringan mulutnya bertanya, oppsss...salah kaunter...nun kena pi kat kaunter temujanji. Dalam hati Aku, "Eh! Aku bukan nak buat temujanji, Aku nak jumpa doktor pakar...". Tapi tak pe, jiwa seorang Libra yang membenci konflik memaksa Aku akur dan mengikut sahaja arahan yang diberikan.

Di situlah penantian yang paaaaaalllliiinnngggg lama dan menyeksakan. Huh...2 jam beb! Dah lah nombor yang diberi tu, siri dia tak satu pun tertera di skrin. Hadooiii...mulalah cuak Aku. Diaorang ni silap bagi nombor, kah? Nak tanya, tapi air muka tu buat Aku tak berani je. Kang dapat balasan, "Ramai lagi orang yang nak jumpa doktor, orang lain pun menunggu jugak...ikut je lah giliran tu". Nanti sure Aku kecik hati mendengarnya, kan? So, bertahan ajelah. Sambil menunggu, sambil memanjatkan doa memohon agar dipermudahkan urusan . Dan minta dipertingkatkan kesabaran.

Akhirnya. Nombor bertuah itu dipanggil. Dengan cerianya Aku menerpa ke kaunter.

"Pak Cik, nanti datang jumpa doktor tarikh sekian, sekian." Erkkk...dapat appointment aje ker? Warkhhh...rasa nak hantuk kepala dekat dinding jer rasanya.

Sabor, Telipuk...sabor... Istighfar. Istighfar. Tarik nafas. Hembus. Tarik satu kali lagi. Hembus. Now, say something...

"Errr...tak kanlah lama sangat dik, minggu depan dah nak buat serahan passport nih..."

Kata cik adik itu, "Ala...sempat. Biasanya memang macam tu."

"Okeyyy....errr...nanti saya datang terus jumpa doktor ke, nak buat apa lagi?"

Cik adik kata, "Lepas ni akak bawa ayah akak pergi makmal ambil darah...lepas tu boleh balik. Nanti datang balik ikut appointment tu...pergi kat kaunter 31".

Tak nak fikirlah pasal kena datang balik. Nanti Aku nak tanya orang TH sana, adakah memang kalau dah di refer ke HKL kena buat kat sini jugak ke? Mesti hospital kerajaan saja ke? Atau Aku boleh pergi ke tempat lain?

Masa nak pergi makmal darah tu, boleh pi balik, pi balik tak jumpa...hahaha...nasib baiklah penantian kat situ cuma dalam 5-7 minit je.

Hemmmm...itu baru penantian di dunia. Dari satu kaunter ke satu kaunter. Rasa tak sabar.

Kalau dekat sana, sementara hendak dapat buku dan berapa lama berdiri bermandikan peluh. Nak tunggu hisab lagi. Nak tunggu orang yang kita pernah aniaya datang menuntut haknya...boleh fikir tak betapalah seksanya itu...

Semoga dipermudahkan urusan yang menanti di hadapan sana.

Amin.

6 comments:

Anonymous said...

biasa ah kalu hospital kerajaan......makan hati.......tp kalu sakit sangat........boleh dlm sehari g hospital.......sabar je lah......kadang2 hok sakit boleh mati dulu.......kalu ada org kenal br senang kut........kroni......sakit hati g spital......rase kalu ada duit nak g tempat cepat siap je......

Telipuk Kuala said...

Tapi Aku akuilah layanan tu baik...tak macam dolu-dolu, tanya apa pun depa jawab dengan mesra cuma terfikir jugaklah kalau setakat hendak bagi tarikh temujanji, perlukah tunggu sampai dua jam...kena pulak yg first timer cam aku...mulalah bersangka buruk yg bukan2 sepanjang penantian tu...

Anonymous said...

betul dia ingat kita ni byk masa.......kena ulang ambik tarikh apointment......tp fikir2 blk may be kemudahan kesihatan kita ni terhad.....ramai org sakit......

Telipuk Kuala said...

ya, betul. kemudahan yang ada tak cukup untuk menampung jumlah pesakit yang ramai. memang sangat ramai kerana bayaran yang dikenakan sangat murah dan actually ubat-ubat yang diberikan pun sangat berkualiti. Mesti besar jumlah subsidinya, kan?

Anonymous said...

br ni g hospital.......may be nak tunjuk harga ubat mahal......bg penyakit kronik kat hospital kerajaan.....klinik pakar bayar 5 ringgit je......ubat tu berharga 200 lbh.....biasa harga x ditunjukkan......br ku tahu harga mahal.....may be.....x mampu nak beli......

Telipuk Kuala said...

Ada orang cakap, kalau nak ubat yang berkualiti pergi kat klinik/hospital kerajaan. Hemmm...my dad pun guna inhaler yang klinik kerajaan bagi, baru okay...padahal yang beli kat luar tu bukannya murah sangat.