Tergelak saya bila rupa-rupanya kawan-kawan baru perasan yang ketiadaan KL Traffic beberapa ketika ini adalah kerana saya telah me'madam' blog ini. Diaorang ingat saya 'block' access diaorang. Hahaha...adoiii...idok la saya sekejam itu kawan-kawan. Ada pula kata saya 'selfish' pasal tak nak kongsi blog ini...eh...eh...pulak? Ada peminat rupanya...hahahaha...korang baca eh?
Saya sebenarnya sayang blog ini...bukan mudah hendak me'madam'kannya. Cumanya saya rasa semakin lama saya semakin kurang 'berinteraksi' dengannya. Saya fikir biarlah hayat KL Traffic ditamatkan, senang cerita. Masalahnya KL Traffic begitu banyak menyimpan 'cerita' yang saya sendiri berulang kali baca dan menginsafi diri. Jadi, untuk memadamkan KL Traffic adalah satu perkara yang sukar. Akhirnya saya mengambil jalan memindahkan/menyalin entri bermula yang pertama sehingga yang terakhir supaya saya masih ada tempat untuk merujuk. KL Traffic mungkin hilang di alam maya, tetapi masih ada dalam fail komputer saya.
Puas hati?
Hemmm...tidak juga. Selepas saya memadam KL Traffic, perasaan rindu untuk men'catat'kan sesuatu pemerhatian sesekali datang. Namun, kesibukan kerja menyebabkan saya terlupa dan kurang melayan desakan ini. Hanya sehari dua ini, saya berkira-kira hendak mencipta satu blog baru yang lebih lain konsepnya...barangkali lebih kurang sisi peribadinya berbanding KL Traffic. Terfikir hendak meletakkan status public untuk Lotus's Labyrinth namun tak jadi, kerana blog itu sangat terhad liputannya...hahaha...entah apa-apalah saya ni...
Jadi bila pagi ini peminat-peminat mendesak...saya rasa mungkin elok saya biarkan saja KL Traffic ada. Walaupun pengisiannya caca-marba...hemmm...nak kata apa, itulah saya seadanya. Kalau saya tak mencatat pun, tak mengapa agaknya...lagipun senang hati bila ada yang kata, dia baca dan sentiasa ada sesuatu untuk diambil. Harapnya itu sesuatu yang baik...Kalaulah ada hati-hati yang terjentik dan terkesan oleh apa-apa yang berada dalam paparan KL Traffic, saya berharap ia membawa si pembaca ke arah kebaikan. Yang mana-mana buruk itu, saya minta maaf kerana itu adalah kelemahan diri saya sendiri.
Dan maafkan saya juga kerana ketika memulakan langkah me'madam'kan KL Traffic, saya telah memadamkan entri 2014 satu persatu setelah selesai menyalinnya. Dan rupanya itu adalah kehilangan 'kekal'. Saya akan semak semula kandungan 2014 yang ada dalam simpanan saya dan akan memuatkan semula hanya entri yang bersesuaian untuk perkongsian sedikit masa lagi.
Oh ya, dan bila saya mengambil langkah memadamkan inilah, maka , saya baru tahu bahawa Blogger memberikan anda masa 90 hari bermula tarikh pemadaman untuk mengubah keputusan. Bererti, sekiranya ada memadamkan blog anda secara sengaja atau tidak sengaja, anda boleh mendapatkannya semula asalkan anda 'hidup'kannya semula dalam tempoh 90 hari. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, maka blog anda akan hilang buat selama-lamanya.
Selamat muncul kembali KL TRAFFIC!!!
2 comments:
terima kasih kerana kembali....bila baca blog ani....rasa dekat walau kita tak pernah berjumpa.....selama saya di kl......a place to keep in touch.....
Terima kasih kerana membaca ya Roki. Saya dok plan nak jumpa Azrina ni...dah berkali-kali selalu je ada gendala last minute...nanti kalau jadi bertemu, saya share the story ya.
Take care kawan.
Post a Comment