Apa doanya ?
(Ya Tuhan, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami serta memberi rahmat pada kami,niscaya kami termasuk orang-orang yang merugi) (Al-A'râf 23)
Nabi Adam berdoa kepada Allah agar diampunkan dosanya yang telah termakan pujukan syaitan sehingga melanggar perintah Allah. Doa Nabi Adam kerana takutkan Allah. Nabi Adam berdoa kerana mahukan keuntungan dan keselamatan yang berkekalan.
Cuba tengok apa yang selalu kita doakan...
Bukanlah perkara yang janggal apabila selalu dalam doa kita minta Allah murahkan rezeki. Juga kita selalu minta doa agar anak kita berjaya dalam peperiksaannya. Ada juga kita minta supaya kukuh rumahtangga kita kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Salah ke ?
Tak salah. Memang tak salah. Bukankah kepada Allah tempat segala permintaan dihadapkan dan hanya Dia yang Maha Berkuasa memperkenankan doa dan mentakdirkan segala sesuatu. Bagaimanapun, mungkin ada baiknya kita semak semula dan muhasabah diri ketika mengantarkan doa tersebut supaya ia benar-benar menjadi lambang ketaqwaan kita kepada Yang Maha Esa.
Jangan minta naik gaji sahaja. Duit banyak mana pun tidak pernah rasa cukup. Duit tak kekal dan akan habis. Jangan minta naik pangkat sahaja. Kalau kenaikan pangkat itu menjadikan kita semakin sibuk dengan urusan dunia pun buat apa. Kita nanti semakin rapat dengan manusia, maklumlah orang VVIP...semua orang kenal...tapi alangkah malangnya kalau kita jadi semakin jauh dan renggang dengan Allah kerana banyaknya masa yang perlu diperuntukkan untuk urusan-urusan duniawi.
Jadi mintalah yang lebih berharga.Yang dengannya akan menyelamatkan kita daripada azab neraka. Mintalah ditambahkan iman kerana manusia yang baik ialah manusia yang lebih baik dari hari semalam. Jangan biarkan iman di takuk lama.
Mintalah dipermudahkan urusan, mudah-mudahan urusan-urusan duniawi itu tidak memenuhkan agenda hidup kita sehingga mengganggu urusan mengumpulkan bekalan untuk akhirat. Doa agar kita dikelilingi dengan insan-insan yang sentiasa mengajak kita berlumba-lumba melakukan kebaikan. Doa supaya mendapat anak-anak yang soleh yang akan mendoakan pula keselamatan kita. Dan yang penting sekali, apabila sudah berada di jalanNya, berdoalah mudah-mudahan Allah menjaga iman kita sehingga tetap beristiqomah dengan ajaranNya.
3 comments:
Amiiinnn..Ibu Ustad !,yang terpenting dengan penuh bersyukur yang telah Alloh SWT berikan pada keluaga kami yang telah ku miliki dan nikmatnya dalam menjalani hidup ini senantiasa dengan penuh tentram dan damai.wtr
Yang benar, harus selalu biasakan diri bersyukur dengan segala nikmat yang diberiNya.
amiin . . . semoga kita semua mampu menjadi insan yang selalu bersyukur .
Post a Comment