Tuesday, July 29, 2008

Untuk Yang Bergelar Sahabat

Pelik ya, bila sesekali tidak terasa terdorong untuk mengungkapkan kata walaupun pelbagai rasa sudah membusut, bercampur-baur ingin diterjemahkan menjadi jalinan peristiwa dan pengajaran hidup.

Entah kenapa hari ini Aku lebih senang mendengar dan menyimpan. Tidak meluahkan. Apakah itu tandanya Aku mementingkan diri?

Sama sekali tidak! Tahukah kau betapa sakitnya menyimpan? Berat dan membebankan! Tapi Aku diam kerana adakalanya lebih indah kalau ianya berlalu tanpa adanya provokasi. Biar tidak menjadi nanah, pada luka yang masih cuma calar.

Dan tersimpan jua rasa hormat, mengkagumimu atas kepercayaan yang kau berikan padaku. Tahukah kau betapa besar maknanya bagiku? Kau telah mengangkat Aku jauh lebih tinggi dari yang Aku fikirkan. Jangan begitu. Kelak nanti Aku jadi takut. Takut kalau Aku silap percaturan, silap perbuatan dan melukai kamu kemudiannya.

Tak perlu berprasangka. Aku jujur dengan diriku. Dan Aku juga jujur dengan kamu. Percayalah ianya tidak semudah yang kau fikirkan. Lalu bila-bila saja kau rasa berat menahan beban emosi, carilah Aku. Aku tak mampu tunjukkan kau jalannya, tapi mungkin saja aku bisa menemanimu berjalan. Sama-sama belajar. Bukan sama-sama mahu mengajar.

4 comments:

Anonymous said...

Just to share..maybe my interpretion is wrong..maybe right..
Yang Berlalu jadi kenangan..biarlah ia kekal begitu

Telipuk Kuala said...

I think you got it wrong...:)
Nice try!

Anonymous said...

Calar dalam hubungan tu sering menjadi tanda dan ingatan pada kita agar lebih berhati hati...Kita sering mengingati diri agar membiarkan calar tu terus padam dan hilang...tapi kadangkala tak dapat dielakkan ianya kembali luka dan berkemungkinan berdarah kembali.......

Telipuk Kuala said...

To have a healthy & good friendship...errr...I guess we can also internalize our "KRISTAL" here...respect & care