Tuesday, July 15, 2008

Siapa Aku?

Suatu waktu dulu semasa aku di tingkatan 2, aku pernah ditanyakan perkara ini oleh guru matapelajaran Geografi (Ilmu Alam). Kalau tak salah aku, pertanyaan ini muncul pada masa sekolah baru sahaja memulakan sesi persekolahan baru. Mungkin rutin biasa memperkenalkan nama dan sedikit latar belakang ketika guru pertama kali berkenalan dengan pelajar.

"Awak ni orang Banjar yer?" tanya Cikgu ini (yang setahu aku dia memangla orang Banjar). Aku pun menggelengkan kepala. "Saya bukan orang Banjar , cikgu".
Dengan tersenyum-senyum dia menekanku, "Ye ker? Kenapa susah sangat nak mengaku Banjar," terjahnya tanpa mengambil kira struktur hidung aku yang tinggi ni (hehe..sabor jer la). Aku pun buat tak tahu jer lah, tak kanlah nak berbalah dengan Cikgu. Masa tu aku pun tertanya-tanya juga apa motif dia bertanya begitu? Kat aku pulak tu? Tak kisahlah Banjar ker tidak...tapi persoalan mengapa yang susah sangat nak mengaku Banjar tu memang la aku tak berapa faham. Anyway...kalau Aku Banjar, aku mengaku jer lah...apa lak nak malunya...tak relevan langsung! Masalahnya, memang aku bukan Banjar pun! Yelah, udah dia tanya aku Banjar ker tak? Jawapan straight to the point dah tentulah 'tidak'.

Mengikut cerita Mak, keluarga Tok aku (ibu mak aku) berasal dari Penang. Asal-usul sebenar tu tak berapa pastilah, tapi mungkin keturunan geng-geng hok jual kain pelikat, kapas, rempah-ratus tu kot...he..he...he...belah-belah Gujerat sana. Diaorang ni tinggi, besar ragam. Tok aku masa mudah memang cun giler...kalah Kareena Kapoor...masa Jepun datang Mak dia terpaksa lumurkan dia dengan taik ayam dan sembunyi dalam reban sebab takut Jepun berkenan. Tok Wan aku pulak (bapa mak aku) berasal dari Siam. Aku dah pun berjaya lebih kurang membuat susur galur keluarga sebelah Tok Wan aku ni dan setakat ni dah ada 7 generasi keturunan Lebai Isa Bin Salleh (Moyang aku). Lebai Isa ni la yang datang merantau dari Siam dan meneroka tanah tempat keluarga kitaorang tinggal sekarang. Aku tanya kat Mak, Lebai Isa ni guru agama ke? Mak kata ya. Mak kata, dalam satu peristiwa Tok Lebai Isa ni kena langgar kereta...kereta zaman tu kan keras berdekung...tapi dia boleh bangun berjalan selamba tak ada apa-apa, tapi kereta tu pulak yang kemek-kemek. Lebih kurang tu la citer sikit-skit yang aku tahu. Anyway, my point is...kalau Keling + Siam...dah tentulah bukan = Banjar. Yer tak??? Belah ayah aku pulak, setahu aku Mak dia keturunan India mualaf. Cuma ayah dia jer yang keturunan Jawa...ada wak-wak gitu. So, kalau rumpun nusantara yang terdekat ni...kira aku boleh join la geng Jawa. He..he..he...

Moral of the story is...tak kisah la awak orang Putih ke, orang Hitam ker, orang cokelat ker...kitakan orang Malaysia...Tapi kat belah Krian ni memang lah ramai orang Banjar. Orang Banjar ni rajin bekerja, kalau kat sawah tu...memang dia kerja keras betul. Diaorang ni rajin bercucuk tanam...cili, sayur, jagung...macam-macamlah. Kebanyakannya berkulit putih, bermata kecil (taklah sepet sangat). Anak-anak diaorang pun pandai-pandai (kalau ikutkan kawan-kawan aku kat sekolah tu lah). So, kalau aku orang Banjar...aku rasa aku berbangga jugaklah dengan keturunan aku dan tak ada sebabnya aku nak malu. Hatta kalau aku keturunan apa sekalipun. Yang penting ialah siapa kita dan peranan kita di dunia ini. Allah tak melihatpun kita anak siapa-siapa...yang penting amalan kita. Tak gitu???

Dan harap-harap aku boleh tunaikan hasrat Mak nak tengok semua keturunan Lebai Isa berkumpul...mungkin tahun depan kot...aku kena trace one by one dulu ni.

3 comments:

R n H said...

What an interesting story! Mak pon ada citer kat aku skit2 pasal susur galur keturunan kita. Apsal la cikgu hang tu dulu tanya soalan yg bengap dan tak masuk akal tu? Anyway, aku bangga ngan keturunan kita ni and i'm offering my hand if you needs anything about the reunion tu...Ok, take care.

Telipuk Kuala said...

Yesss zaaassss....let's make it once and for all...kang kita set the commitee ok???

R n H said...

No prob, sis...