Monday, July 28, 2008

Kutub Utara, Kutub Selatan

Dulu satu-satunya benda yang aku kumpul adalah setem. Tak adalah banyak sangat, dalam 3-4 album ajer. Dan aku pun tak rajin menukar. Selalunya aku minta, rembat atau gula-gulakan supaya orang bagi kat aku...he...he...he...sampai sekarang ada lagi simpan. Dah tua-tua ni maleh la nak ngaku yang aku masih simpan setem...:) Tapi kalau ada yang aku berkenan atau jumpa koleksi lama yang dijual kat mana-mana tu...aku beli jugak. Beli bukan sebab apa pun...suka tengok gambar dan kreativiti setem yang tersendiri...kadang-kadang ada banyak maklumat yang boleh kita dapat dari hanya sekeping setem.

Since kerja ni, aku kumpul fridge magnet pulak. Ni tiru idea Sirapmadu laaa...ha..ha...Okay, what...Yelah, bila berkesempatan pergi mana-mana tempat tu, dah pueh bawak balik barang kat orang, terfikir pulak apa yang patut aku beli untuk diri sendiri. Aku ni bukan kaki shopping. Dan jenis maleh nak travel dengan beg besar...jadi yang paling best beli benda macam inilah. Selit dalam poket pun lepas. So, mulalah mengumpul...kalau dapat beli sendiri memang la baik...tapi untuk tempat yang kawan-kawan aku dah sampai...aku akan 'paksa' diaorang beli kat aku...he..he...he...



Ini fridge magnet dari Korea. Tengok pakaian pun dah kenal, kan...Yang rimau tu pun dari Korea, boleh buat pembuka botol sekali. Thanks, Rosebud!



Aku suka yang ada tulis nama negara...tapi kalau dapat spesifik tempat macam "Perth" yang SirapMadu bagi tu lagilah afdal...he..he..he...Kangaru tu aku beli kat Victoria Market, Melbourne. Then, my boss bagi yang "Jordan" dan Jakarta tu. Asakusa, Jepun tu Puan Faizah bagi. Kawaiii, desu ne!!! Arigatou gozaimasu.



Yang kat sini Singapore ngan Bali nyer jer aku beli. Peta Switzerland tu SirapMadu bagi. Florianopolis (Brazil) boss bagi jugak. USJ bagi magnet ikan dari Maldives. Ada satu lagi Ha Long Bay (Vietnam) kawan hubby bagi tak termasuk pulak kat sini.

Ingat nak kumpul yang local pulak. Ada 2-3 jenis tembikar dah pecah kena 'vandalisme' dek bebudak kat umah ni. So, next time kena beringat la beli yang "baling dinding pun tara picah" punya. Ni species local yang masih selamat...



Erkkk...3 ja...he...he....(kena lebih berjalan la lepas ni...kekekekeh)

2 comments:

Anonymous said...

lepas ni ble ler lekat fridge magnet canberra plak..

Telipuk Kuala said...

Insyaallah....kalau I tak datang kat magnet tu, magnet tu pulak akan datang cari I...hihihi..