Monday, July 14, 2008

Satu Saat Yang Kritikal (Anda tentukan!)

Alhamdulillah....panjang lagi rupanya umur aku. Harap-harap diberikan keberkatanlah hendaknya. Ingatkan tak sampai opis dah tadi. Masa dalam perjalanan tadi ada satu saat mendebarkan yang kalau tersalah reaksi boleh menyebabkan aku tak sampai opis atau mungkin jugak takat tu ajerlah bernafas. Bukan apa, kat jalan Bangsar ni, yang menghala ke NPE & Lebihraya Persekutuan tu...kebiasaannya setiap pagi polis akan tutup laluan ke Bangsar (Jalan Maarof). Siapa-siapa yang hendak ke Bangsar boleh samada membuat U-turn kat persimpangan Jalan Pantai Baru, ataupun menggunakan jalan depan Mid Valley tu. Kebanyakan driver yang biasa menggunakan Jalan Bangsar ni sememangnya dah sedia maklum. Alkisahnya sebuah kereta Toyota Vios kaler biru kelabu tu dengan konfidennya memandu di lorong paling kanan selepas traffic persimpangan Jalan Tun Sambathan. Aku macam biasa berada di lorong tengah, memandu dengan kadar yang sedang-sedang ajer...sebuah kereta Mazda kaler kuning berada di lorong bersebelahan (hanya beberapa meter jer di belakang si Vios tu).

Tiba-tiba...opppsss...si Vios terus masuk lorong tengah bila menyedari susur ke Jalan Maarof ditutup. Tindakan Vios menyebabkan Mazda kuning cuba mengelak dengan cara yang bodoh...memakan jalan aku!Woiii...nasib baik la aku ni berfikiran waras dan dengan coolnya memperlahankan sedikit kereta ngam-ngam lepas sisi tepi si Mazda bengong tu...nasib baik juga tak ada kereta yang hampir dengan aku atau motor, kalau tidak susah juga aku nak elak berlanggar dengan si sengal tu. Silap hari bulan boleh berpusing melanggar divider memandangkan kereta tu dipandu laju. Hampas betul! Bila dah lepas saat tu, rasa macam tak percaya pulak...tak sangka aku cuma beberapa inci, beberapa detik daripada terlibat dalam kemalangan jalanraya!

Syukur alhamdulillah, masa tu teringat lak kata-kata Abang pagi tadi..."Awak tu bawak kereta jangan dok langgar 'bontot' orang!"..."Laaa...abang nie, kan elok kalau doakan ajer moga-moga isteri aku ni selamat dalam perjalanan...ini cakap cenggitu pulak, Ira mana ada langgar orang,"..kata ku memprotes. "Doalah tu...yelah, kang jadi apa-apa kang, siapa la nak jaga Abang," balasnya sengaja mencari pasal.

"Ek elehhhh...yer la tu!"

Apa pun aku dah selamat sampai, alhamdulillah. Cuma bila fikir-fikirkan, aku rasa satu penyakit pemandu kat Malaysia nie, tak kira dalam apa keadaannya, kalau boleh dia nak kereta dia tu meluncur terus, tak mau langsung berhenti (kecuali kat traffic light). Macam Vios tu, kalau dah nampak jalan ditutup, perlahankan lah kenderaan tu dan bagi signal untuk tukar lorong. Kalau perlu berhenti, sebab jalan ke Bangsar tu tak mengganggu perjalanan lalu lintas di belakang kalau dia berhenti dulu sekalipun. Dan Mazda kuning tu pun sama...aku rasa dia bukan tak boleh baca gerak Vios tu, cuma macam kebanyakan pemandu kat Malaysia nie, dia rasa dia betul dan tak perlu mengalah...tetap pandu laju dan berharap Vios tu mengalah, malangnya Vios tu tak berhenti menyebabkan dia sanggup makan jalan aku...Nasib baiklah aku ni pemandu yang berhemah dan jenis "defensive driver"...kalau yang memandu tu laki aku, memang bersepai la keta ko dikerjakannya...tu pun nasib baik la kalu dia tak tumbuk muka ko sampai pecah...hehehe...!!!

Errr...aku tengok gak sapa driver si Mazda yang sengal tu...alamak...pompuan laaa...hish...korang ni, buat malu kaum jer!!!

2 comments:

Anonymous said...

patut ler muka ko ari ni pucat skit ....apa-apa pun alhamdulillah...masih selamat...

Telipuk Kuala said...

Yer ker pucat??? Bukan sebab tu kot...aku kan posa hari nie...hehehe...lagipun tema warna kelabu kannn...syukran...syukran...