Monday, July 28, 2008

Roti Menara

Sedap betul Roti Menara ni. Sebenarnya nama pun aku tak tau...he...he...tapi sebab dijual dari belakang boot kereta kat Menara TM ni, maka ianya digelar Roti Menara. Kalau letak 'brand' mestilah boleh jual mahal sikit kot. Roti yang dalam gambar ini jenis "roti nestum". Ada yang jenis "kismis", "biasa" dan ada a few type lagi agaknya, tapi yang jenis "nestum" ini yang aku suka sangat.



Dalam satu pek plastik jernih tu...ada 6 ketul yang melekat-lekat. Tekstur roti ni memang lembut dan bila makan tu sedap betullah...huhuhu...tambahan pula orang kita yang buatkan, maka lebih berseleralah dibuatnya. Setakat hari ini, kalau nak beli kena sms dulu...then, setiap Jumaat barulah penghantaran dibuat kat Menara TM ni mengikut jumlah yang dipesan. Yang roti nestum ni, harganya RM3.00. Dengarnya ada jugak dijual kat Pasar Malam Gombak pada harga RM3.30...tapi hishh...tak sampai la aku kalau nak ke sana tu.



Dalam roti ni, ditaruk marjerin sama kaya...sangat kena dan serasilah bila dikunyah tu...he..he..he...(promote...promote...). Minggu ni aku tak der order lagi...sebelum ni dah 2X order. Leceh aaa nak kena sms dulu...

No comments: