Mak bawa bersama-samanya sepucuk surat daripada UUM. Tertanya-tanya juga gerangan apakah kandungannya sementelah lama tiada apa-apa ikatan lagi. Ingatkan tawaran nak sambung phD ke...ha..ha..ha...(kalau per tak pe la jugakkkk!!!).
Rupa-rupanya itu adalah surat jemputan ke majlis perhimpunan alumni. Dengan tema, "Jom Balik UUM" adalah diharapkan perhimpunan ini dapat mendekatkan para lepasan UUM dengan tempat belajar ini dan dalam masa yang sama berharap agar graduan-graduan yang telah berjaya dapat pula memberi sumbangan kepada UUM. Tarikh perhimpuan adalah 16-17 Ogos bertempat di kampus UUM Sintok.
Yang menarik perhatian ialah kategori sumbangan yang diminta...selain dari wang ringgit, antaranya bekas pelajar boleh juga menyumbangkan kepakaran masing-masing dengan menjadi penceramah bebas. Barangkali boleh juga menjadi mentor kepada pelajar-pelajar sedia ada dengan menyediakan bimbingan yang sesuai. Kalau ikutkan hati memang aku dah daftar terus...teruja jugak ni. Tapiiii...tak dapat pelepasan la...:)
Apapun rasanya kalau perlukan kudrat untuk program sekitar kampus cawangan KL nie, insyaallah, kalau kena pada masa rasanya teringin betul nak turun padang. Nak jumpa kawan-kawan lama daaa...Apapun, semoga program seumpama ini mendapat sambutan daripada para ex-UUM. Kat tempat aku ni saja, ramai betul ex-UUM yang dah pangkat2 besar...belum tengok tempat lain lagi. Jadi, kalau masing-masing memberi seorang sikit...pastilah besar faedahnya...mungkin itulah yang diharapkan. Barulah bertepatan dengan cogankata "Ilmu, Budi, Bakti".
No comments:
Post a Comment