Pehhh...sungguh aku tak perasan, rupanya entry pagi tadi adalah entry yang ke-100 untuk tahun ini...waaaaa....tak sangka!tak sangka! Dalam diam-diam dah seratus lebih entry keseluruhan semenjak blog ini diwujudkan 2 tahun yang lalu. Aku tak menyangka sebenarnya yang KL Traffic boleh bertahan semacam ini. Terima kasih juga kepada Azra yang telah menjadi sumber inspirasiku dalam mewujudkan blog ini.
Pada asalnya KL Traffic aku hasilkan sebagai platform mencurah rasa pahit-getir bergelar pemandu baru. Konon-kononnya aku ingin memberi penekanan berhubung aspek keselamatan jalan raya. Dulu kat sekolah aku ni AJK Kelab Keselamatan Jalan Raya, so, ingatkan bolehlah kot menulis sesuatu tentang hal-hal bersangkut-paut dengan pemanduan berhemah ke...tapi bila dah terer sikit...eceh..ceh...ceh....mula la rasa boring menulis benda yang sama.
Lepas tu, aku mula cenderung memperkatakan tentang perjalanan hidup sendiri dan peristiwa-peristiwa berkaitan...aku dapati bahan seperti ini lebih mudah dan kurang mengongkong menjadikan aku lebih rajin membuat posting dari hari ke hari. Jadi, KL Traffic bertukar menjadi 'lalu lintas hidupku'. Tetapi dari masa ke semasa, aku ada juga menyentuh bab pemanduanku di jalan raya.
Apapun aku boleh katakan bahawa KL Traffic telah menjadi sangat penting dan bermakna dalam hidupku. Ada juga yang bertanyakan samada aku tidak kisah ke orang tahu apa yang berlaku, siapa aku...you know, soal-soal keselamatan tu semua....well...entahlah, aku harap tak adalah masalah pasal itu sebab aku bukannya memperjuangkan agenda siapa-siapa di sini. Aku cuma bercakap tentang aku dan perkara-perkara yang dekat denganku.
Jadi, sempena entry ke-101 tahun 2008 ini, aku ingin mengucapkan tahniah kepada diri sendiri he..he...he...sebab berjaya dengan konsistennya menghidupkan dan memberi warna kepada blog ini. Sekurang-kurangnya ia telah menjadi satu wadah yang mendekatkan aku dengan orang-orang yang aku sayang, yang aku tak dapat sentiasa berhubung. Sekurang-kurangnya mereka tahu perkembangan aku di sini. Kepada KL Traffic ku...semoga terus maju jaya!!!
2 comments:
Tahniah, teruskan menulis, KL Traffic telah menjadi tatapan wajib setiap hari.....
Alhamdulillah. Insyaallah. Dan terima kasih atas sokongan yang diberi.
Post a Comment