Sunday, July 27, 2008

SRK Sportsday 2008

Buat pertama kalinya untuk kesekian lamanya, perasaan jadi terharu sewaktu sama-sama berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku di dewan tertutup Stadium Titiwangsa sempena temasya sukan Smart Reader Kids (Far East Zone) 2008. Almaklumlah bila tengok anak-anak kecil yang bersemangat, bakal-bakal pemimpin negara di masa hadapan ini tetiba jer rasa terharu. Apatah lagi mengenangkan scenario politik tanahair kini. Dan di dalam dewan ini, jauh dari segala masalah (buat seketika)..anak-anak dan ibu bapa berbilang kaum bertemu untuk menjayakan acara tahunan ini. Aku sebenarnya patriotik sangat...dululah...sekarang nie ada sikit kurang (macam kurang banyak jer). Masa sekolah dulu, everytime Merdeka, aku draw sendiri bendera tau...siap kaler lagi semua, siap lekat kat dinding...perbarisan setiap pagi, aku tunggu depan tv sampai habis...sekarang??? Bendera kecil pun aku tak beli untuk lekat kat keta...(termasuk yang dibagi percuma)...(moral of the story.....errr...tunggu entry merdeka nanti jer lah)



Lama jugak menunggu acara bermula. Hisham duduk dengan kawan-kawan satu sekolah. Mula-mula dia okay jer, walaupun asyik dok cari kitaorang yang duduk kat stage atas.



Tempat duduk kitaorang kat stage atas ni, memang la jauh dari orang...ingat
kan nak 'kekang' sikit pergerakan Aiman ni. Dia manalah betah nak duduk lama-lama. Ajak dia makan bekal nugget dan air ribena...memula tu okaylah, since, acara pun mula lambat...member pun tak bleh tahan la. Mula la meragam. last-last kitaorang berdua terpaksa lah gilir-gilir keluar dewan bawak dia jalan-jalan kat luar, kalau tak buat macam tu, satu dewan boleh dengar suara dia melalak.



Acara Hisham merupakan acara terakhir. Dekat jam 12 tengahari jugaklah. Dari jauh aku tengok mamat ni punya mood dah out dah.



Masa aku dok lalu nak ambil gambor dia, dia dah mula tarik muncung. Sajalah aku tak stop , Hisham kalau dah 'set mind'boleh tahan keras kepala dia. Tapi rupanya, dia memang tunjuk perasaan kat situ...tak hengat!!!



Sabor ajerlah aku nengok anak sulung aku ni. Boleh dia buat 'derk' ajer bila sampai giliran dia. Padahal hari-hari dok praktis kat sekolah tu bukan main suka bagitau aku. Hari ni dia buat jalan slow-slow walaupun cikgu dan kawan-kawan dok melaung kat dia...dia boleh buat muka tak 'heran'. Ish...ish...memang geram dan malu gak ler aku dibuatnya. Ni aksi ala tentera ni la yang dia selalu tunjuk kat rumah...Hisham...Hisham...



Masa dia tunjuk perasaan ni, abang dengan Aiman kat luar. Hemmm...ayah dia bila dapat tahu punyalah naik angin. Kena pot..pet..pot..pet la sepanjang jalan balik...nasib baik la rumah tu sekangkang kera jer dari situ...Boleh tahan la kepala angin anak aku ni..he..he...aku kalau nak naik angin, depan orang aku 'control'...yang depa ni, jenis tak peduli, depan orang pun dia tunjuk jugak. Kira tak hipokrit la tu...kekekeke..

Oklah, tak per...dah sudah tu sudahla. Bukan aku kisah pun dia menang ke tak...ini sebahagian daripada proses dia bersosialisasi dan belajar hidup bermasyarakat. Kita mak bapak boleh bagi galakan dan sokongan...yang nak jayakan, anak-anak la...adoii..mencabarnya jadi mak bapak zaman moden ni kan?

No comments: