Monday, February 27, 2017

Jalan Bahagia

Dalam hidup ini, kalau nak bahagia ada dua benda jer petua dia :

1. Jangan takut
2. Jangan berdukacita

Tak de dua benda ni, konfem hidup bahagia.

Ini bukan formula Telipuk saja-saja nak cipta. Yang ini ada dalam Al-Quran.  Surah Yunus, ayat 62-64 :

"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Iaitu, orang yang beriman dan mereka sentiasa bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar"

Walaupun kita kaya raya, ada banyak duit...kita tak akan bahagia kalau sentiasa berasa takut akan keselamatan harta kita. Macamana nak bahagia kalau dengar bunyi tingkap bergesel pun kita dah terlompat sebab sangkakan perompak. Macamana nak bahagia kalau asyik bimbang bila kita mati nanti pasangan akan guna duit ringgit kita untuk hidup dengan orang lain. Macamana nak bahagia kalau asyik pikir orang yang dok datang rapat-rapat, berbaik dengan kita semua tu ada niat nak kikis harta kita.

Kemudian, penghalang kebahagian seterusnya ialah perasaan dukacita. Sedih dengan musibah yang terjadi. Sokmonya sedih dan larut dalam lara. Sebab apa? Sebab tak redha dengan apa yang terjadi. Maka itu buatkan kita rasa berdukacita. Jatuh sakit kita sedih. Anak tak lulus SPM pun kita sedih. Kenduri orang tak panggil kita sedih. Kena marah dengan boss kat pejabat, buatkan kita sedih sepanjang hari. Sayangkan bazirkan masa kita dengan menangisi sesuatu yang sudah ditetapkan akan terjadi. Waima keluar air mata darahpun tidak akan mengubah keadaan.

Justeru, buangkan ketakutan serta kekhuatiran akan apa yang bakal terjadi. Buangkan juga rasa duka dan kecewa dengan apa yang telah terjadi. Allah telah  janjikan kehidupan dunia dan akhirat yang bahagia untuk kita selagi kita beriman dan bertaqwa. Iman itu akidah, sebagaimana rukun iman yang 6 itu. Percaya dan pegang kukuh. Misalnya Qada dan Qadar Allah. Nah, kalau itu kita gengam erat, kenapa nak takut kalau Allah takdirkan kita hilang sedikit harta benda. Semuanya pun pemberian Allah belaka. Dia boleh bagi dan Dia boleh ambil bila-bila Dia suka. Yang jadi masalah ialah bila kita perasan semua yang kita dapat itu adalah hasil usaha serta kebijaksanaan kita...tu yang jadi meroyan tak boleh terima hakikat. Bagaimana pula dengan takwa? Bagaimana nak jadi insan yang bertakwa? Prinsip asasnya ialah Rukun Islam yang 5 itu...dari situlah kita membina amalan, ikut apa yang Allah suruh dan tidak buat apa yang Allah larang.



Benarlah, bilamana tiada lagi hidup kita ini dicengkam dengan rasa takut dan dukacita, pasti yang tinggal hanyalah kebahagiaan. Seperti mana seorang ibu di zaman Rasulullah yang menghantar seorang demi seorang anak lelakinya berperang bagi memenangkan Islam. Walaupun satu demi satu anaknya terkorban, dia tidak sedih dan tidak takut. Malahan berasa duka kerana tiada lagi anak yang dia boleh sumbangkan untuk membantu perjuangan fisabilillah. Begitulah kuatnya keyakinan dan keimanan para sahabat terhadap janji Allah...kita bagaimana?


No comments: