Biasalah, menantu sulung, kenalah tunjuk contoh yang baik, kan? Ekekeke...jadi kenalah turun padang tolong apa yang patut. Panas betul cuaca kat sana, rasa macam tak mahu bergerak nak duduk bawah kipas...boleh berangan ajelah...huhuhu. Masa pagi tu, sekitar jam 10, kumpulan marhaban Kg. Paya Lebar memulakan majlis.
Lepas tu, Aku diberi tanggungjawab, ewah!, mendukung Khaira Arisya untuk acara kerat rambut dan ala tepung tawar tu...berkelilinglah dekat ahli-ahli kumpulan marhaban seramai hampir 40 orang itu.
Ini anak kedua adik ipar Aku. Baru berusia 17 hari. Nasib dia tak banyak kerenah. Sepanjang didukung tu, tidur aje. Lepas marhaban, acara berendoi pula. Khaira dibuai oleh ibunya.
Aku pulak ambil peluang pergi 'isi minyak' dulu bawah khemah. Masa tu belum pukul 12.00 tengahari. Lepas berendoi, kumpulan orang lelaki pula memenuhkan ruang tamu untuk majlis bacaan Yaasin. Aku pun dah mulalah sinsing lengan baju untuk acara tugas-tugas khas.
Adatlah. Kerja-kerja kenduri ini kalau bukan pakai khidmat katering, alamat keluarga tuan rumahlah yang kena teruk. Team basuh pinggan mangkuk, kuali, belanga dan segala yang berkenaan terdiri daripada muka-muka veteran...kakaka...muka baru pun cuma menantu baru (pesaing terdekat...krah...krah...krah...) Fiza yang baru join tahun lepas. Itupun Fiza tengah mengandung 6 bulan, jadi tak bolehlah nak buat kerja berat.
Yang tak tahan tu ialah sedara mara dan jiran tetangga yang kelihatan 'sibuk' bekerja...memenuhkan bekas plastik dengan lauk-pauk. Eh!Eh! Bior betul korang ni??? Kalau macam kat kampung Aku, lazimnya orang yang datang tu tak adalah sampai angkut penuh tangan. Kecualilah kalau tuan rumah bagi ataupun memang diorang geng yang bertugas, kira tak apalah, buat upah. Ini tidak, datang turun kereta terus pergi selak periuk. Siap tapau berbungkus-bungkus pulak tu. Aku yang duduk kat dapur tu bersabor banyak-banyak je...lepas satu...satu...aiii...hujan pun tahu berenti, mak cikkk. Itu yang bungkus. Jadi tak hairanlah, belum pun pukul 2, ikan keli goreng yang pak mertua Aku beli 30 kilo tu dah habis licin. (Pasal dah berpuluh ekor dia taruk dalam beg-beg plastik...). Anyway, Aku pun tak nak kata apa-apalah. Kenduri kan, makan ajelah apa yang ada...
Nasib baiklah by pukul 3 tu boleh dikatakan kerja-kerja membasuh dah habis, cuma tinggal beberapa biji kawah yang besar aje. Ada juga tetamu yang datang petang, tapi tak ramai. Kami hidang kat dalam aje. Lepas tu barulah dapat duduk. Dah pukul 6 petang barulah kami bertolak balik ke KL. Dalam van semua tidur sepanjang jalan..oppss...kecuali pemandulah...hahaha...apo nak dibuek kan...lotih!
Kalaulah dapat cuti hari ini....(alangkah bestnya!!!)
6 comments:
Akak, sama lah kenduri rumah saya haritu..Akikah jugak...Acara membungkus lauk-pauk...Last2 sampai tuan rumah makan berlaukkan kuah jer...ekekeke...Kakak2 saya duduk kat dapur, oh sabo banyak2...Nak ditegur kang, makcik pakcik jiran tetangga sendiri...Udahnyer, tengok jer lah...Tu pun kitorg dah asingkan lauk sikit untuk ipar duai kakak yang nak datang belah petang...Tengok diorg bungkus lauk mmg sampai tak hengat, ntah2 takyah masak bbrp hari boleh tu...Silap tuan rumah beli plastik bungkus saiz besar. Lagilah syok kan bungkus lauk camtu?hahaha
Tapi Kg saya mmg resam kenduri bungkus2 lauk-pauk nie...Takper lah kak kan, biar lauk abes dari membazir tak makan...Niat pun mmg nk sedekah...:=)
~Nur~
Nur,
Biasala kerja bungkus-membungkus tu...tapi bak kata orang tu, patut padan dahlah. Ini sampai senget benget mengangkut...hehehe...tu yang kira akak terpaksa 'wondering' jugaklah...anyway, selalu kalau kita kenduri dan ada lauk pauk lebih memanglah kita akan agihkan kepada jiran tetangga, kan? Tapi yang ni kira terlebih 'proactive' la tu...
ishhhh..ape teruk bebenor mak cik2 tu. Amik sekadar merasa dah ler dan ingat2 le kat org lain yang pun nak sama2 merasa gak..bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama...aiseh, ke situ lak aku..hehehe. anyway, tu bukan dah adat namanya dah..tu namanya, mengambil kesempatan secara maksimum yang mungkin..hehehe
Ha..ha...ha...memang opportunist habislah, kalau ko tengok terbeliak bijik mata tak percaya! Rasa cam kena rompak pulak!
amboi ruggetnyer mak dia....kan manis kalau wak nyorok sikit rambut tu....hehehe.kata kenduri
Kewajipan menutup aurat tu tak payah ikut kesesuaian majlis...:) Tak apalah, kita doakanlah semoga terbuka hati dia ke arah itu.
Post a Comment