Saya rasa salah satu cara yang boleh diambil untuk mengurangkan kes-kes rogol dan sumbang mahram ialah dengan mengharamkan terus iklan dan ubat-ubatan yang terang-terangan mempromosikan nafsu. Terus-terang saya katakan saya sangat mual dengan iklan-iklan yang mencanangkan peningkatan "luar biasa" seorang lelaki ini. Makan ubat jadi "kuat". Jadi "brutal" kata satu produk ini. Itu bukan yang kasta tempek kat pokok tau, itu siap keluar akhbar tabloid sensasi tu. Boleh dikatakan lebih dari 2 produk dipromosi secara 'sah' di situ atas tiket menyelesaikan masalah rumahtangga dan merapatkan keintiman. Dan bukan sahaja lelaki, saya turut malu dengan iklan-iklan untuk wanita. Rapat sana rapat sini. Seolahnya kita semua ni tak ada kerja lain lagi ke nak buat?
Adoiii...sudah-sudahlah!
Maka mulalah kita terbeliak baca cerita datuk rogol cucu...bapa rogol anak...agaknya bila dah terlebih 'ekstra' dah tak boleh fikir dah mana yang sesuai lagi. Akal dah dikuasai nafsu. Kalau umur sudah lebih 50-an...lumrahlah prestasi menurun. Masa tu, yang patut diperhebatkan ibadat. Ini tidak. Yang turun secara alami itu hendak diatasi dengan ubat yang bukan-bukan. Bila dah keterlaluan, isteri yang seusia pun mana boleh tahan. Suami mula pasang angan-angan. Perasan dia sangat hebat dan sepadan dengan yang muda sebaya cucu tu. Maka berantakanlah segala tiang dan dinding sebuah rumahtangga.
Lainlah kalau memang ada masalah. Yang memang kena diubati. Kita pun faham. Dan orang-orang yang tahu dia 'sakit' dia pun tak akan ambil sebarang ubat, mesti tanya pendapat pakar dulu. Tapi kalau yang elok je sihat walafiat macam kebanyakan orang, tak ada apa yang kurang tapi tak puas hati nak lagi ummpph kalau boleh mau jadi "superman" sibuk dok menambah power...hak yang tu lah yang macam api dalam sekam. Membara dalam diam. Kan bagus kalau padam! Tak adalah habis rosak padi segudang.
Saya tulis ini sebab saya sakit hati baca macam-macam cerita kat akhbar tu. Sentiasa ada budak baru lahir dibuang sampai ada yang jadi habuan biawak. Yang ditinggalkan dalam lubang jamban. Yang disimpan dalam beg. Samada mereka ini menjadi mangsa sumbang mahram atau mangsa rogol atau sukarela...kes-kes begini mencanak-canak naik. Cerita suami ganas dan buas. Cerita bunuh dek berebutkan perempuan. Cerita Akhil Hayy pun ada...cehhhh!!!
Sudah-sudahlah bercakap tentang menjadi maju dan terkenal seantero dunia. Sudah-sudahlah perasan kita ini hebat sangat pencapaiannya. Pakai baju bersulamkan benang emas sekali pun tak guna kalau di dalam isi perut terburai. Bangsa saya sungguh tenat sekarang. Berpecah-belah. Semuapun dah lupa kisah Pak Kaduk yang menang sorak tapi kampungnya tergadai.
4 comments:
Salam,
Setuju dengan Kak Telipuk. Saya pun ada terfikir perkara yang sama. Alasan 'mereka-mereka' adalah rakyat Malaysia 'open-minded' dan boleh faham dan 'tackle' perkara sebegini secara dewasa. Tapi secara tak langsung iklan yang terlalu 'terbuka' nie menyebabkan kanak-kanak seusia 4-5 tahun pun bertanya 'ubat kuat tenaga itu apa?'...Patutkah seawal usia itu mereka memahami secara mendalam perkara-perkara sebegitu?
~Nur~
Tak patut! Tak patut! Sungguh tidak patut. Ada sekali tu lalu kat Wangsa Maju tetiba anak akak tunjuk..."Ibu...ibu...itu ada supermanlah ibu, dekat sana!". Laaa...iklan ubat kuat yang boleh bagi lelaki jadi macam Superman. Gila ke hapa!
Simpati dengan adik kat Gua Musang yang dimasukkan ke hospital akibat rogol. Dahlah dirogol, ditikam dengan pisau, lepas tuh disimbah asid!!!!
Si penjahat (bapa tirinya) tekad bunuh diri dengan meminum cuka getah selepas kejadian.
Nau'zubillah...Semoga dijauhkan keluarga/ sedara-maraku dari perkara-perkara sebegini..
~Nur~
Ya, kesian...geram...lagi geraaammmm!!! Apalah jenis manusia bapa tiri tu! Budak tu masih dalam keadaan kritikal lagi. Doakan yang terbaik untuk dia.
Post a Comment