Wednesday, August 18, 2010

Dedah dan Dadah

Apalah hendak jadi ni...ingatkan bulan Ramadhan ni, tenang sikit satu Malaya. Rupanya kecoh juga. Aku dah malas hendak ambil pot soal politik. Memang sah dan jelas, kepentingan sendiri selalunya mengatasi kepentingan umat. Jadi, kalau semuanya jadi bubur pun, bukan hendak kata apalah...memang tidak mengejutkan.

Lupakan bab siasah, ini satu bab yang lagi perlu diberi perhatian. Bab keruntuhan akhlak anak muda Melayu. Melayu yang mengaku beragama Islam. Yang tak mengaku Islam Aku tak kisah. Rasanya sudah masuk fasa kronik. Sebabnya sampai dah tak larat hendak baca kisah bayi kena buang setiap hari. Hari-hari mesti ada. Macam-macam penemuan dilaporkan. Dalam semak, dalam beg, dalam tong sampah, dalam lubang paip, dalam lubang najis,tepi tangga surau, tepi pondok menunggu bas, tepi pagar, tepi sungai, bawah tangga, bawah pokok, bawah kereta...you name it la!

Inilah produk 'tanda kasih' murahan yang dipromosikan oleh kehidupan gaya bebas dan kenikmatan sementara yang menjadi-jadi sekarang.

Rasanya semuanya bermula ekoran penyakit 'dedah'. Pendedahan yang berleluasa. Bukan setakat dedah aurat. Pendedahan internet yang tak tertapis. Terdedahnya minda kepada hasutan-hasutan nafsu berupa kawan-kawan yang berperangai macam setan pun antara faktornya.

Dan masalah lain yang tak kunjung padam melanda anak bangsa kita ialah masalah dadah. Kalau sudah jadi hamba dadah, tuan-tuan dan puan-puan, memang satu sen pun tak gunalah. Kerana dadah, orang boleh jadi pembunuh. Kerana dadah, satu keluarga baru-baru ini menjadi mangsa simbahan asid gara-gara suami kaki dadah yang berang sebab isterinya enggan memberi wang RM30....Tergamak dia merosakkan masa depan anak-anak yang tidak berdosa. Salah seorang anaknya melecur teruk di muka. Tak tahulah bagaimana dia hendak menjalani kehidupan masa depannya. Tentu remuk rendam hatinya bila menatap wajah yang tidak serupa dulu. Itupun kalau matanya masih dapat melihat.

Kesian juga dengan Nenek Wok. Nek, tak guna bersuami orang muda kalau asyik-asyik keluar masuk penjara je kerjanya! Rasanya baru jer hari tu dibebaskan. Keluar muka depan lagi memangku isterinya. Aku bukan jeles ke hapa...Aku gerammmm!!! Punyalah kesian orang tua tu, menumpang sedara tak balik rumah menunggu suami kesayangannya dibebaskan. Balik rumah tengok rumah kena geledah, barang-barang habis kena curi. Maka, berjanjilah si suami hendak menjaga isteri dengan baik, dan memohon masyarakat bekerjasama memberi ruang penghidupan yang baru. Tup...tup...dalam satu operasi polis, kena tangkap pula sebab ambil benda tu...Alahai! kesian Nenek Wok berhabis RM2000 bayar duit jaminan. Duit simpanan yang sudah tinggal tak banyak mana. Rasanya lagi berbaloi nenek guna wang tu untuk upah orang jaga nenek secara harian ke...nenek pun tenang, boleh isi masa beribadat kepada Allah...tak payah memburu kasih yang plastik macam itu. Tapi mahu ke nenek dengar cakap sebegini...mungkin nenek akan kata, orang lain bolehlah senang cakap...yang menanggungnya nenek, kan? Entahlah...tapi Aku rasa, kalau sudah kena 'dadah' tu...senang cakap, memang tak ada harapanlah...

Jadi itulah dia dua masalah paling berat. Masalah dedah dan dadah.
Bunyipun lebih kurang.

Oh ya, pasal buang bayi itu...tak payahlah hendak hukum mati. Masalah tak selesai dengan menamatkan riwayat si pelaku. Bukankah lebih baik mencegah? Aku baru sahaja melewati juzuk 6 dan sedang membaca surah Al-Maidah (ya, Aku agak ketinggalan ni...). Allah berfirman di dalam Ayat 50 : "Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?"

Hentikan polemik dan perdebatan yang sia-sia. Hentikan menunding jari ke sana, ke sini. Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah.

2 comments:

Rosebud said...

baby dumping, dadah, nenek wok..semuanya masalah dominan org melayu. Cam mana nak ubat kat akar nih.. Org selalu ckp cara nak ubat kat dahan. Tapi akar tak jaga.. Ramadhan.. berilah solusi..

Telipuk Kuala said...

Tang komen nenek wok tu la Aku terkantoi ngan Asma tadi...tak pasal-pasal dia seriau tengok Aku senyum sorang-sorang. Hang ni...