Setiap kali Aku pulang, Emak selalu mengesyorkan agar Aku meluangkan masa melawat Ban Pecah. Masa zaman Aku sekolah menengah dulu, setahu Aku Ban Pecah ni menjadi tempat budak-budak sekolah melepak bila ponteng sekolah, atau bagi yang baru berjinak-jinak dengan cinta, kat situlah tempat paling happening lagi syahdu untuk berdating. Aku tak pernah sampai situ kecuali sekali masa baru kahwin. Ingatkan nak tunjuklah adanya tempat yang menarik kat orang Kelumpo...tapi ianya menjadi pengalaman pahit sebab terserempak orang yang berperangai biadap dan kasar kat situ. Terus selepas itu Aku tak minat lagi nak tahu pasal Ban Pecah. Terkini katanya Ban Pecah dah jadi tempat orang bersantai dengan keluarga dan makan-makan. Paling famous kerang rebus dan Char Kuey Teow.
Asalnya tempat ini terjadi disebabkan oleh hakisan ombak. Jadi dibinalah satu ban (macam batas la) untuk menahan hakisan itu. Malangnya makin hari makin terhakis jugak ban itu. Maka pecahlah ia...lalu disebut orang "Ban Pecah". Sekarang ni, dah diletakkan longgokan batu-batu besar yang lebih kuat untuk menahan hakisan. Dan dah jadi tempat favourite untuk kaki pancing. Sebagai gambaran, kat sini ada beberapa gambar yang Aku cedok dari internet ( http://mabukpixels.fotopages.com).

Cantik jugak , kan...

Teringin jugaklah nak pergi, nak pekena Char Kuey Teow sekali.

Insyaallah, time balik kampung hujung bulan ini, Aku akan cuba luangkan masa menikmati senja di Ban Pecah...perghhhh, baru sebut kat bibir dah terbayang kesyahduannya...he..he...he...
4 comments:
suka aku tengok gambag-gambaq ni semua..cantik suasana ban pecah ni.
Baca tajuk..aku ingat ada tragedi ban pecah..rupanya nama tempat...
Nanti aaa...kalau Aku dapat sampai sana, Aku akan taruk lagi gambor2 termasuk gambor Char Kuey Teow yang sedap tu.
Lama x pi lepak kat Ban Pecah.. Hari tu aku makan kuew teow goreng kat satu kedai Melayu kita di Gold Coast tu..xde la sedap sangat tapi halega aaa..aiiyaaa..$33.00 dollar maa...Melayu cam biasa aaa meniaga..dia la tauke, dia la tukang angkat pinggan dan dia la jugak tukang basuh pinggan..hehehe..save!! Tu yang kena tunggu sampai 40 minit utk makan tuu..
Tu la pasal...bila meniaga nak untung lebih saja...patutnya make sure servis baik, kekal kan reputasi barulah pelanggan tak lari. Itulah baru strategi menjana keuntungan untuk jangka masa panjang dan memastikan kelangsungan perniagaan.
Post a Comment