
Dalam ruangan "katadua" tulisan sederhana tetapi bermakna dengan tajuk "Berani Bercita-cita Besar" sangat menarik perhatian. Ia membuat perbandingan antara masalah dan cita-cita. Katanya, "Masalah umpama garam, manakala cita-cita umpama air. Semakin besar cita-cita, maka semakin mengecil masalah, sepertimana garam yang hilang kemasinannya apabila air bertambah".
Jadi, kita hendaklah mempunyai cita-cita yang besar agar dapat menewaskan masalah. Jika kita terlalu disusahkan bahkan dikalahkan oleh masalah semasa, itu petandanya cita-cita kita masih kecil. Keyakinan kepada hari Akhirat yang kekal abadi menyebabkan hati kita reda dan rela menerima ujian hidup di dunia yang sementara ini. Justeru, ketika ditimpa ujian, usahlah dipinta kecilkan ujian itu, tetapi pintalah agar "dibesarkan" iman bagi menghadapinya.
Aku juga sangat suka dengan isu yang dikemukakan dalam keluaran ini. Tentang ketakutan...dan tentang menghadapi ketakutan itu. Biasalah manusia itu, takut orang...takut boss, takut orang mengata, takut hantu...macam-macam takutlah. Aku pun penakut jugaklah...takut terjadi itu ini...errr...Antara cara terbaik mengatasi ketakutan itu ialah mengetahui dan mengkaji fakta tentang sumber rasa takut. Menurut kajian pakar-pakar psikologi dan agama (pakar psikologi...sila sahkan...he...he...he..), kebanyakan rasa takut yang dihadapi manusia bukanlah sesuatu yang sebenar- tetapi sesuatu yang diandai-andaikan. Ia tidak berpijak kepada akal yang rasional sebaliknya 'terawang-awang' dalam rasa yang emosional. (Alamak...giler emosional Aku ni...!). 60% daripada perkara-perkara yang kita takuti dalam hidup adalah dalam kategori andaian, persepsi dan tanggapan yang tidak berasas. Ceh! Buang masa jer dok takut itu, takut ini kan...bendanya belum tentu terjadi!
Kesimpulannya, Aku sudah jatuh cinta dengan majalah keluaran Telaga Biru ini. Antara barisan kolumnis yang menyumbangkan material ialah Dato' Dr. Hj Mohd Fadzillah Kamsah, Ustaz Zahazan Mohamed, Hasrizal Abdul Jamil, Dr. Irfan Khairi, Dato' Dr Mahmood Zuhdi dan ramai lagilah. Lepas ni bercadang nak beli buku Dilema Melayu-Islam : Kurang Fikir atau Kurang Zikir tulisan Pahrol Mohamad Juoi yang jugak merupakan Ketua Editor Solusi. Insyaallah.
2 comments:
majalah solusi juga menjadi majalah kegemaranku kini.
Sirap, kalau time aku belum muncul kat opis tu...tapi keluaran ke-3 dah keluar...ko tolong belikan kat aku dulu ya...
Post a Comment