Sedar tak sedar dah seminggu berlalu tanpa sebarang coretan. Minggu lepas memang kelam-kabut sikit. Corporate streamlining exercise itu juga nampaknya tempiasnya terkena juga, jadi seperti biasa kerja-kerja review dan enhancement, nak tak nak terpaksa dilakukan. Hari pertama, pukul 8 lebih dah boleh balik. Masuk hari kedua, pukul 10 baru dapat keluar office. Aku dah agak lama tak membuat pemanduan waktu malam. Cuak juga la, untungnya kereta tak berapa banyak. Hari ketiga, beban kerja pun dah kurang banyak...alhamdulillah, pukul 8 dah dapat balik. Minggu ni tak tahu lagi lah, ikutkan macam dah okay. Tapi tak berani Aku nak cakap lebih, apa-apa sahaja boleh terjadi. Kalau yang bercuti pun boleh dipanggil balik...hemmmm....
Oh...Aidil Adha...pun lupa jugak nak update kat sini. Memang Aku nyaris-nyaris saja terlupa, sebab banyak plan dibatalkan saat-saat akhir. Contohnya, sepatutnya balik Melaka, kansel atas sebab-sebab tertentu. Jadi, sepatutnya ada aktiviti bakar lemang pun kira gone jugaklah. Bila semua dah gone, tak ada benda yang hendak dirakamkan. Pagi raya tu sepatutnya kami sedondon berbaju warna hijau. Sekali Abang balik masjid, satu badan basah kena hujan...terus dia tukar pakai baju harian aje, hilang lagi satu mood nak raya. Kesudahannya kami ramai-ramai melepak kat rumah mak sambil ulang-alik ke dapur makan rendang dan juadah yang ada.
Persiapan persekolahan Hisham, alhamdulillah dah boleh dikatakan selesai. Dah beli baju, seluar, pakaian senaman, kasut, beg cap Ultraman (jeles betullah dengan budak sekarang...beg diaorang lawa-lawa, banyak pilihan pulak tu...)...apa lagi...haa...stokin, singlet, alatulis (pun bertemakan ultraman jugak!)...perghhh...tu baru sorang sekolah. Belum campur yuran mak nenek lagi. Orientasi sekolah untuk murid tahun satu akan mula pada 2 Januari ni. Nak kena apply cuti seminggu lagi la nampaknya. Aku rasa Hisham tak lorat pun...yang terlebih cemas lagi lorat adalah mak ayah dia...ha..ha...ha...
Kalau ikutkan time Aku dulu, memang jenis tak takut sekolah walaupun cuma 6 bulan jer sekolah tadika pasal gaduh dengan budak lain...ha...ha...ha. Tapi sebab Aku didaftarkan kat sekolah yang jauh dari kampung Aku, ayah memang temankan naik bas turun bas selama 3 hari sebab nak biasakan Aku dengan jadual perjalanan bukan sebab takut Aku menangis dalam kelas atau apa. Tapi dengar cerita, cik abang aku tu sampai mak dia masuk kelas sama...he..he...he...Harap Hisham ikut belah mak dia la..:) Ikut experience masa kindergarten tu...hari first jer Aku muncul kat sekolah, hari kedua tu...just Aku datang jenguk kejap. Lepas tu semua pun dah okay. Harap kali ni pun okay, bukan apa...sedikit cuak sebab dia cakap dia tak mau pergi sekolah ini..."Abang nak sekolah smart reader kids la ibu...ini bukan sekolah saya". Siap cakap "I miss my friends" hujung-hujung ni sebab dah tak jumpa diaorang lagi. Yelah, yang Cina pergi SRJK(C), yang Melayu pergi SRK...yang India...err tak pergi SRJK(T) kot...paling koman pun Methodist...yang berkemampuan dah tentu pergi private...
Bercakap pasal sekolah, memanglah Aku rasa berbelah bagi jugak nak sekolahkan Hisham kat sekolah barunya ini. Kalau boleh nak kan sekolah yang komposisi kaumnya pelbagai sama macam experience Aku dulu. Tapi sekolah yang ini memanglah hampir 100% Melayu. Bukanlah nak membelakangkan bangsa sendiri...tapi di peringkat ini kalau boleh Aku mahu anak aku belajar berinteraksi dengan pelbagai kaum dan memahami kelainan dari segi budaya, bahasa, tingkah laku...corak pemikiran...hemmm...Sekolah ini adalah paling hampir dengan rumah, cuma perlu seberang jalan sahaja...sekolah agama pun ada dekat-dekat sini. Itulah kelebihan lokasi yang ada. Memang lah kita ni bila fikir-fikir selalu tertanya-tanya apakah kita telah membuat keputusan yang betul atau apa? Tapi susah juga kalau setiap kali pun kita terima cakap orang bulat-bulat...atau takut membuat keputusan sebab takut salah...Aku rasa kalau kita buat apa pun, tetap saja ada yang tak kena pada pandangan orang. Ingat kisah petani dan anaknya membawa seekor kaldai itu? Bila ayah menunggang, anak berjalan...orang cakap ayah tu pentingkan diri. Bila anak menunggang, ayah berjalan...orang kata kesian ayahnya dah tua dibiar berjalan. Bila dua-dua menunggang bersama, dikatakan tak patut sebab kesian kaldai itu menanggung beban berlebihan. Bila dikandarnya kaldai itu, maka dikatakan bodohlah berbuat begitu kerana ia sepatutnya ditunggang. Last-last jatuh dalam sungai, apa pun tak dapat dek terlalu risau dengan kata-kata orangkan?
Jadi seminggu lepas itu, tetap sahaja punya maknanya dalam hidup. Sama juga seperti semua hari-hari yang sudah berlalu. Memang tak dapat kuseru kembali...hari demi hari yang berlalu itu...harusnya perjalanan ini terus maju ke depan. Semoga kita semua diberikan panduan dan bimbingan untuk terus mencari jalan ke destinasi abadi, dalam kembara yang singkat ini.
No comments:
Post a Comment