Hujan turun lebat pagi ini. Petang semalam pun sama. Siap dengan guruh petir lagi. Pagi ini tak adalah dentam dentumnya tapi tahu sahajalah makna hujan di KL. Pagi ke petang ke, tak kira...yang pastinya 'jem'...!!! Syukur alhamdulillah, Aku sampai selamat dan petak kosong ada banyak lagi. Tapi memang agak-agak malas rasanya memulakan hari bekerja setelah seronok bercuti tambahan satu hari sempena Hari Pekerja...heheh...parking dengan gaya sedikit serong tetapi malas hendak betulkan...kalau saiz lori, Aku adjust la...
Sepanjang cuti 3 hari tu, memang tak terasa masa berlalu. Pantas sangat. Malam Sabtu tu, kami balik ke Lenggong. Ada hal. Pagi Sabtu ingatkan nak terus balik KL sebab ada hal pula kat Rawang, tapi ayah tukar fikiran nak balik PB. Mak aje tinggal di Lenggong.Singgah stesen bas KK hantar ayah dan melepak situ tunggu sampai bas ayah gerak sebelum kami meneruskan perjalanan balik KL.
Sampai Rawang, terus tukar 'uniform' buat kerja...hahaha...walaupun rumah tu bakal bertukar tangan, rasa tak sedap hati pula serah macam tu saja...ada bahagian-bahagian yang cat terkelupas, kitaorang touch-up balik. Dan Aku yang gila mengemop ni...everytime ada kat situ, everytime Aku mop...hahaha...dapat la burn kalori sikit-sikit kan...;). Rumah tu sekarang dalam proses la, bakal pembeli tengah uruskan pinjaman, lantikan peguam...harap-harap semuanya berjalan lancar. Kalau tak jadi pun, tak kisahlah. Boleh simpan lagi, sampai betul-betul jadi. Lagipun bayang LATAR Expressway yang diwar-warkan tu pun dah mula nampak...agak dalam setahun dua ni mau naik harga rumah di kawasan ni...hemmm...tengoklah, rezeki siapa ya...
Hari Ahad, dari pagi membawa ke petang...memang tak lekat kat rumah. Macam-macam urusan buat. Termasuklah urusan membeli stok barangan rumah. Khairi buat majlis besday anaknya pun kami tak dapat pergi...sampai rumah semua sudah capek...dengan hujan lebatnya lagi.
Hari Isnin dipenuhi dengan aktiviti menyiapkan diri menghadapi hari kerja/sekolah. Biasalah, seterika baju untuk seminggu. Tengok buku anak-anak. Dan seumpamanya. Pukul 11 pagi , Mak Ayah pun sampai dengan kakak sekeluarga. Lepas tu Khairi sekeluarga juga datang. Tup tap tup tap...dah petang. Kakak Aku pun siap nak balik Perak. Tup tap tup tap dah malam. Pukul sepuluh, Mak Ayah mertua Aku singgah sebelum mereka bertolak balik ke Melaka. Mereka ada di rumah adik ipar Aku sepanjang cuti tadi. Kerling-kerling jam...amboi...dah dekat pukul 12 dah...
Tup tap tup tap...begitulah masa berlalu laju.
Percayalah, ia tak akan menjadi perlahan...malahan akan semakin laju. Bukankah ini antara tanda-tanda kita semua sedang berada di akhir zaman? Bahawasanya setahun terasa seperti sebulan, sebulan terasa seperti seminggu, seminggu terasa seperti sehari, sehari seperti sejam, sejam seperti seminit...masyaallah!
No comments:
Post a Comment