Friday, May 06, 2011

Selingan

Ada suatu hari tu, Aku pergi surau untuk sembahyang zohor macam biasa. Dan macam biasa juga ada kuliah zohor dijalankan.Oleh kerana Aku sampai di pertengahan cerita, agak terkebil-kebil jugalah bila Ustaz berceramah pasal "ba alif ba ya".

Kita semua sedia maklum yang semua ciptaan Tuhan bukan dibuat sesuka hati dan tak ada makna. Tak ada satu pun yang sia-sia. Lalu, kenapakah Allah menciptakan binatang ini?

Apa pasal tuan-tuan dan puan-puan? tanya Ustaz menguji.

Ada seorang menjawab malu-malu..."untuk menguji manusia". Eh! Eh! Sama la macam jawapan Aku...hehehe...

Setiap sesuatu tu ada hikmahnya, ada yang untuk menguji...ada juga untuk diambil iktibar dan pengajaran...(andai saja kita melihat dengan mata fikir yang terbuka).

Jadi, apa ada dengan "ba alif ba ya"?. Tengok pun tak lalu. Kelaku pun buruk. Hodoh serba serbi. Apa gunanya? Tahu tak, kata Ustaz, binatang ni makan apa saja...membujur lalu melintang....patah??? Salah! Membujur lalu melintang sapu! kata Ustaz. Sebab itu mulut dia tebal...errr...yang tu Aku tak tau la kan...tapi sebab dia makan menyondol serba bihin, maka, dah tentulah kena mulut yang tebal dan tahan lasak.

Tapi...ada satu benda dia tak makan. Kira kalau sondol-sondol jumpa benda ni kat depan, sanggup dia brek mengejut. Apa ek? Ustaz kata, pokok tembakau. Sebab itulah dalam dunia ni, tanaman yang tak payah nak pagar ialah pokok tembakau. Babi tak lalu nak makan daun tembakau!

Jadi...yang kita manusia dok hisap rokok tu apa hal?

Adakah lebih teruk daripada...???

Ohooo...Ustaz buat iklan ye....hehehe...paham...paham...

No comments: