Wednesday, May 18, 2011

Rezeki Hari Rabu

Setelah lama menantikan masa yang sesuai, akhirnya tercapai juga hajat BGA nak belanja semua anggota unit RD makan. Suka...suka...heheh...nak-nak buat kat Muzium Kesenian Islam. Bertahun lama tak pernah datang lagi semenjak satu majlis makan-makan zaman muda remaja dulu.



Ini sebenarnya gambar on the way nak keluar balik dah, why not mula dari belakang...ala-ala imbas muka gitu...hahaha.



Semua anggota RD turun padang...tak ramai pun kan, bertujuh saja.

BGA dan Boss.



Rosebud dan Lotuslily



Bad, Asma dan tuan tanah.



Kami duduk membelakangkan ruang hadapan berkaca yang sungguh berkemilau. Aku pulak dah matikan flash.

"Awat tak bawak gajet baru?" tanya Rosebud.

Masa balik kampung Melaka pun che' abe tanya juga kenapa tak guna kamera baru. Bila lagi nak guna? Tu lah pasal...bila nak guna ye? Olympus ni senang, selit dalam kocek baju pun lepas. Senang dibawa ke mana-mana itu adalah satu ciri yang penting.

Insyaallah, ada projek yang bersesuaian nanti...tungguuuu...

Entah kenapa saya rasa restoren berkonsepkan Mediterranean ini begitu terang benderang. Mungkin kerana pemilihan warna putihnya yang sungguh menyerlah, lantai jubin cerah, penggunaan material berkaca yang memantulkan cahaya atau juga susunan perabut yang teramat ringkas.



Ini bahagian buffet. Khas untuk appetizer dan dessert sahaja. Kita perlu memesan menu utama dan minuman.



Antara hidangan yang disediakan di sini ialah :

Salad Tomato



Fatoush



Basbousa



Dan keskul.



Juga ada roti serta buah-buahan. Tapi Aku suka keskul tu...ia adalah susu (yang sungguh lemak berkrim) yang ditaburkan dengan kacang...hehehe...sedapppp!



Yang ni pinggan Rosebud...



Semasa kunjungan pertama bertahun dulu, Aku ingat ada memesan pizza Morrocon dengan sos tomato, buah zaitun dan errr...apa lagi ya...tak ingat dah, tapi memang sedaplah. Kali ini rasanya macam dah banyak menu yang tak ada.



Untuk makan tengahari ini, Boss, BGA, Bad dan Asma sepakat memilih hidangan 'Lamb'.



Rosebud pula secara solo memilih hidangan 'Beef' dalam sos tomato.



Manakala pencinta 'ayam' seperti Aku dan Lotuslily setia dengan hidangan "Shish Tawook"...ayam dimasak ala-ala tandoori.



Seronok jugak dapat berhimpun satu 'keluarga' ni. Boss memanglah Lelaki Melayu Terakhir hahaha...tak dapek nak nolong sebab kena buli dengan anak-anak buah wanita belaka.



Ya, sekali imbas nampak macam asyik le dok makan kami ni ye...pot luck lah, luncheon lah, hehehe...tak kesahhhh! Aku memang mengelakkan daripada banyak bercerita tentang tugasan di pejabat. Satunya KL Traffic memang tidak akan cenderung ke arah itu...kalau adapun sekadar kias-kiasan saja sudah memadai. KL Traffic juga bukan sumber maklumat rasmi syarikat, etika kena jaga...walaupun sayang syarikat sekalipun...tak boleh sesuka hati membuat komen itu ini. Jadi, jalan yang paling selamat ialah mengelak terus daripada memperkatakan hal kerja dan isu-isu berkaitan.

Terima kasih daun keladi, BGA. Awak memang best! Suka dapat menambah seorang lagi kawan macam awak. Bukan sebab belanja ini sebab kalau tak ada belanja ini pun semua orang tahu awak memang pemurah orangnya. Thanks for the friendship. Syukur sangat kerana dikelilingi dengan kawan-kawan yang hebat dan boleh diharapkan. Pada saat-saat suka dan sukar. Thank you all.

So...minggu depan kita pi mana pula ya?

Amboiii...jeng...jeng...jeng...

Tungguuuuu...

No comments: