Tuesday, September 06, 2011

Lebaran 2011

Alhamdulillah, habis sudah Ramadhan, Syawal kita raikan. Entahkan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan...kalau umur panjang, mohon kesempatan lagi dariNya. Insyaallah. Raya tahun ini seperti dulu-dulu sederhana sahaja, namun tetap meriah. Ikutkan giliran sudah patut-patut sangat beraya di Perak, tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, yang menentukan Tuhan. Atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, sambutan Aidilfitri kali ini juga berlangsung di Melaka. Tak apalah, tak akanlah sebab tak dapat balik raya nak bermasam muka pula kan? Kat mana-mana pun sama saja. Kami di TM memang kena cuti sepanjang minggu. Seronoklah bercuti sakan, tapi che Abe' cuma cuti hari raya dan merdeka sahaja. Makanya lompong-lompong hari yang tinggal itulah yang mengganggu hasrat menyambut 1 Syawal di desa tercinta, jadi beraya di Melaka sajalah sebab mudah che Abe' nak berulang alik ke tempat kerja, perjalanan cuma sejam sikit je. Yang paling seronok dah tentu budak-budak. Seronok dapat duit rayalah, apa lagi?
Generasi pelapis yang ada tahun ini. Diaorang ni tak macam budak-budak zaman Aku dulu. Beraya kat dalam rumah saja. Aku dulu keluar pagi balik senja...hehehe...apa tidaknya, nak pulun satu kampung!
Tapi tak boleh salah budak-budak juga. Keadaan sudah banyak berubah. Kami dulu boleh keluar pi mana pun mak ayah tak risau. Orang kampung kenal. Dan tak ada pula cerita-cerita pelik. Jadi, budak-budak zaman tu memang bebas bertebaran, pergilah ceruk manapun...tahu-tahu sebelum Maghrib dah ada dalam rumah. Sekarang nak buat macam tu? Hish...nak cari penyakit? Nak pergi kedai kat seberang jalanpun fikir berkali-kali nak bagi ke tidak. Untung jadi budak era zaman dulu ehh...
Tahun ini untuk baju Melayu budak-budak , Aku pilih warna coklat. Beli kat Mydin Sinar Kota je...tak kuasa Aku nak meredah Jalan TAR. Itupun Aku beli awal. Memang tak sanggup nak buat aktiviti membeli-belah saat-saat terakhir.
Untuk mak bapak? Hahah...sempoi jer. Tak de sedondon kedondong pun. Abang cakap, baju lama elok lagi...tak payah membazir. So, Aku pun rembat jer lah apa yang ada. Pakai jubah hitam. Memang ada tempah baju kurung...bukan untuk raya semata, tapi untuk baju kerja juga. Cuma masa raya tu, baju-baju tu ada tersadai kat rumah adik, dia pulak balik raya di Kuantan...jadi tunggulah dia balik kem untuk dapatkan baju-baju tu.
Alah...tak kisah pun...rayaku tetap happening juga...heheh...
Raya keempat barulah dapat balik Perak. Raya kelima dari pagi membawa ke petang, pusing sakan beraya. Dapat pekena dodol yang paling nyummy masa kat rumah cousin...wallaweh....pueh ati! Malam tu tuju ke Lenggong dan bermalam di sana. Mujur juga, sebab bila keluar pagi tu dari Lenggong, kitaorang dah bypass kesesakan yang menghala ke R&R Sg. Perak. Jadi, perjalanan balik memang smooth. Alhamdulillah. Dah 8 Syawal pun...balik KL ramai dah tanya , pot luck raya bila?...belum campur lagi jemputan-jemputan rumah/pejabat terbuka yang mula bersusun minggu depan...aiii...beraye sakan le kitaaaa... Selamat hari raya!

Wednesday, August 24, 2011

Menjelang Lebaran

Korang dah dengar lagu raya belum? Aku belum dengar yang proper lagi, maksudnya...setakat dengar kat pusat membeli belah jer lah. Kat radio belum berpeluang lagi sebab kebelakangan ini tak memandu. Dulu-dulu, masa kecik-kecik dulu...lagu raya ini satu kemestian. Selain daripada membangkitkan nostalgia, ia juga menyemarakkan lagi semangat hendak beraya. Kerja-kerja memasang langsir misalnya, menjadi lebih rancak jika diiringi dengan lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar dan Elina. Hehehe...

Lagu raya yang paling jiwang untuk Aku ialah yang dinyanyikan oleh Aman Shah, Kepulangan di Hari Raya tu. Mungkin lagu tu akan jadi lagu tema bila anak-anak dah mula meninggalkan 'sarang' huhuhu...sedey plak! Manakala lagu yang menjadi 'perantara' kalau tak dapat balik raya ialah lagu Allahyarham Sudirman, Dari Jauh Ku Pohon Maaf.

Tapi sekarang ini macam sakit hati jer bila dengar lagu-lagu lama diberikan nafas baru.

Apapun, sekarang ini tak kisah dah...ada lagu raya ke, tak de lagu raya ke...kehidupan tetap berjalan macam biasa. Rasanya dah cukup puas kita beraya, kan? Dari dulu sampai sekarang. Pengisiannya bagaimana? Bila renung-renungkan balik, terkilan dengan penekanan berlebihan yang diberikan kepada hari raya. Ada yang dah demam berhari-hari pun sanggup menggagahkan diri buat kuih raya sebab nak raya, katanya kalau tak buat, tak cukup syarat. Ada juga yang asal raya je mesti nak semuanya serba baru untuk tatapan tetamu. Mampu ke tidak, itu soal kedua. Janji nak tukar. Kalau tak dapat mulalah buat mogok. Yang ramainya berbalah nak balik kampung. Untuk apa? Penat kita mengekang nafsu sebulan, sekali tiba saatnya meraikan kemenangan itu, kita sambut dengan kembali tunduk kepada nafsu. Puasa sebulan gagal mentarbiah diri. Sepatutnya kalau dah gagal macam tu, tak layak nak beraya.

Tak kisahlah di mana pun kita beraya, ciptalah ruang dan momen yang tetap saja menyenangkan walaupun jauh daripada keluarga. Bersyukur dan hargailah masa yang ada dan kalau umur kita panjang, berdoalah mudah-mudahan kita masih ada peluang untuk berada di dalam bulan Ramadhan tahun hadapan.

Insyaallah, ini entri terakhir Aku untuk bulan ini memandangkan esok (tak tahu kali ini berapa lama) Aku akan kembali berurusan dengan HKL. Kemudian sibuk membersihkan rumah sebelum balik ke Perak, nanti, tak adalah pulang dari kampung kena berhadapan dengan 'tsunami' pula. Pasal memang tak ada banyak masa hendak bersiap-siap beraya ini. Rasanya masa Aku lebih banyak habis atas jalan. Balik Perak sekejap je sebab lepas tu balik KL balik. Abang kerja Isnin ini. Malam raya balik Melaka. Lepas tu balik KL sebab Abang tak cuti. Hujung minggu tu , insyaallah, balik Perak semula.

Kepada semua, selamat menghabiskan Ramadan yang masih ada beberapa hari lagi ini. Jangan perlahankan langkah anda, teruskan memecut sehingga ke garisan penamat. Dan selamat menyambut 1 Syawal nanti, berayalah dengan kemaafan di hati, mudah-mudahan kembali terjalin silaturahim dan teruskan beristiqamah dengan apa yang telah kita usahakan.

Maaf zahir dan batin.

Tuesday, August 23, 2011

Laksa Oh Laksa

Semalam Aku singgah di bazar Ramadan depan rumah. Ikutkan hati, malas aje...maklumlah, dah penat menapak dari stesen Sentul Timur lagi. Sepanjang minggu ini Aku ikut Abang 'merempit' je...hahaha...dah lama tak naik motor. Nampaknya fobia Aku tak hilang lagi, agak-agak seriau je...Aku pejam mata. Hehehe...

Alang-alang sudah berjalan begitu, langsung ke bazar Ramadan jer, masa pun sungguh mencemburui...dah dekat pukul 6. Kalau nak klentung...klentang...alamat berterabur dapur tu. Padan muka...selalu mak ada...kan...kan...kan...Singgah tu tak de la beli apa-apa yang pelik, biasanya, beli ayam RFC untuk budak-budak. Tak pun segala jenis nugget dan bebola tu...itu le umpan masa berbuka yang mujarab. Lalu punya lalu, sekali ternampak kelibat pek-pek laksa yang disusun bersebelahan pek bihun sup. Aiii...tergodalah pula. Hampir mendekat. Si penjual sedang menceduk kuah laksa ke dalam plastik. Berdasarkan warna kuah dan aromanya, rasa-rasa macam sedap. Ceh...teringin lah pulak. Selalu memang mengelak membeli laksa di pasar-pasar macam ini, asyik terkena yang tak sedap je. Pulak tu asyik le tergigit tulang ikan, paling rasa loya kalau terkena sisik sekali...mau serik berbulan-bulan nak sentuh laksa balik. Hemmm...tak pe, nak cubalah.

Dalam memesan tu, datanglah pasangan yang sederhana veteran ke gerai tersebut. Agaknya dalam setahun dua lagi pencenlah tu. Mereka meminta sebungkus laksa dan sebungkus bihun sup. Aku risau je tengok si penjual tu, nak mengikat pun terkial-kial, nak masukkan bungkusan laksa dalam beg plastik pun terhegeh-hegeh. Ini yang buat Aku risau ni...kalau tak profesional pergerakannya, boleh jadi baru belajar berniaga aje ni. Sabor jer la...harap-harap dia tak baru belajar buat laksa.

Sekali mak cik disebelah bertanya semasa kakak penjual itu sedang menyenduk kuah laksa.

"Dalam kuah tu ada udang tak?" tanyanya.

Dalam hati Aku, "Udang...???" dengan konfiusnya.

Tapi penjual tu tak ler jawab direct. Kalau Aku sure Aku kata, "Kuah laksa mana ada udang". Tapi penjual tu cuma kata, "Eh? Boleh guna udang jugak ke untuk buat kuah laksa?" (oppsss...adakah dia ni saja test market atau dia pun tak berapa tahu selok-belok laksa). Mak Cik tu pun malu-malu membalas, "Saja je tanya...". Lalu si penjual menokok tambah..."Ishhh...susah tu kalau guna udang, yelah, nak kena kopek lagi...hai...renyah betul. Udang tu dah le kecik. Kalau laksa tak guna ikan, pikir balik le nak meniaga ni".

Hemmm...kalau laksa guna isi udang macamana ye?
Hish...walaupun Aku ni tak makan ikan, tapi tang kuah laksa...Aku rasa penggunaan isi ikan adalah paling sesuai.

Balik rumah, dengan bersemangatnya menghadap semangkuk laksa ketika azan sayup-sayup berkumandang. Sayangnya harapan cuma tinggal harapan. Hajat masih belum terlaksana. Keinginan masih tersangkut. Huhuhu...redha jer lah.



Monday, August 22, 2011

The Misadventure of Mrs Wiseacre

Poor Mrs Wiseacre spent all day going back and forth to HKL on one unfortunate day last week.

Earlier that day, she was there accompanying her beloved father for an appointment with the specialist doctor. Before they went in to see the doctor, she was very positive that everything would get finalized that day.

Perhaps just a bit of introduction to that misadventure.

Since early this year, she had been written letters to LUTH, seeking approval for her father to be included in this year's haj pilgrimage. She registered her mother in early 2000s. At that time, her father advised to go ahead with her plan and that he probably would not be going . Because Mrs Wiseacre have the disability to read between lines, she took it explicitly. It caught her by the surprise when last 2 years, he expressed his wish to go to Mecca with her mother. Quickly as she could, she managed to put him in, but at that time, he was still on appeal list. Her mother was on standby last year. Since it did not happen last year, this year is hers. And Mrs Wiseacre had been pushing for her father to get through as well. Luckily, she got the biggest 'cable'...yes, she sent her application direct to Allah.

Alhamdulillah, she's tried and last 2 months, they got the good news. So, both her Father and Mother are going this year. She's very happy about it although it irked her when people passed comments that she should send them via special package, not muasasah...to which she could only listen politely and hid her disappointment at the remarks...some people just could not fathom the situation faced by others and refused to understand. Well...it's always easy to judge others...*sighed*...

When it came to the health screening, her mother sailed through the examinations, unfortunately, her father did not make it. There's irregularity in his ECG test, hence, he was referred to HKL. And the adventure kicked-off...

Initially, the family thought he's having an asthma. The symptoms look like asthma. They've not done detailed check up before. Not because none of them care, but because they wanted to avoid conflict with him...last place he would want to go to (with no other choice) was hospital. His last encounter was during the accident few years ago where he was warded at HPB.

Now that his motivation is to go for the haj, he's willing to obey. He need to get the doc's endorsement so that he could complete his medical book and submit it to LUTH.

Mrs Wiseacre and her father thought it would be just a one time ordeal...so, they braced themselves for the series of examinations, being transferred from one room to another and had to wait hours for his turn...only to be told that he needed to come again for another test.

He's been to HKL for 3 times already with her leading and guiding him around. Everytime she thought she could took just a half day leave only to find that she got no choice but to deduct her annual leave. But, deep inside...her heart is burning with pride...that she's got the chance to serve her father. Whatever she can do within her limit, she would just do. Life is so short. She has no regret whatsoever.

That fine morning she was at the hospital to accompany her father for an Echocardiogram. Later they went to see the doctor. The doctor needed to ascertain few other things before giving him the 'green light' he's been waiting for. Okay, fine. At the end of the meeting, they're given a date to come. Only after they reached home that she realized the date conflicted with her plan. Her father and mother were supposed to leave KL for a good two weeks raya gathering at their kampung. So, she freaked out!

She needed to set things right. She thought, it's better to go to HKL and met the assigned doctor personally as she is a firm believer to "action speaks louder than word". She wanted the doctor to be amazed at her determination and accorded her with the treatment she's been imagined in her head. Besides, since she knew how 'complex' the system was at the hospital, she did not believe that her words would travel well to the intended destination if she decided to do it just via a phone call. She did tried at first, but the moment the receiver requested her to call to another desk, she decided to surrender.

And she thought she knew it all. She refused to drive to HKL because she knew her chance to get a good parking spot was zero. She had been using taxi for previous visit...but, because she thought she got better solution, she decided to walk! She made a simple calculation thinking that she would know where to go to the moment she reached the Titiwangsa lrt. It never crossed her mind that it's not as simple as what she thought. No amount of google information could prepare her for this adventure as her lack of experience quickly shown soon after she left the lrt station.

The 5 minutes walk now ascending to 10 minutes yet HKL was not within her sight. The bad narrow roads, dust, smelly irrigation and Banglas sent shiver down her spine. Alamak! Now she's started to panic because there's no other people walking near her and her wonderful brain had started to play the horror movie - "acid attack series". As she quicken her steps under the blazing sun, she could felt eyes on her back and she almost wanted to run. Then, the back entrance of Grand Season came to her sight. She was so pleased she thought she wanted to go and hug the bell boy. But, Mrs. Wiseacre was also a very 'stubborn' woman. She would never admitted that she's lost and that she's damn tired. Instead, she maintained her regal postures trying to look as if she knew what she's doing so that she did not have the excuse to stop and asked for direction. And yes, she did arrived at the hospital.

Oh poor Mrs. Wiseacre, she did not paid attention to the specialist clinic daily schedule which was prominently displayed in front of the clinic although for the past two visits she'd been sitting right in front of it. That afternoon, the clinic catered only for the elderly...and none of the staffs that work in the morning were there. There's different team attending to the patient. Hemmm...she knew it...when the nurse on duty spoke in that irritating manner while her hand waved Mrs. Wiseacre off...she need to come again tomorrow morning. (But, she didn't. Finally, she decided to push her father to maintain the original date.)

On her way back, (she's so stubborn she wanted to try another lane)she kept thinking about the reason behind series of events that she'd went through. She decided not to allow any negative thinking to creep inside her mind. She decided to handle all the 'obstacles' one by one. Oh yes, she did a lot of self-motivation lately...hehehe...she found the shorter route (finally)...and she was drenched with sweat as she took her train home (which is only a station away where her bold black atoz was parked). There's a new resolution that she would wish everybody to know, she would now prefer to drive to HKL than walk from Titiwangsa. Hehehe...

Now, back to her father.

He has been diagnosed with COPD (Chronic Obstruction Pulmonary Disease) which is what she's been suspecting for many years. It must have been something to do with his smoking habit! No wonder he's having breathing difficulties . And they thought it asthma! Hemmm...now that she's been quick at searching and 'googling' over the net, she understand the complexities of the disease better. And with that, it's much easier to decide on the treatment.

No, it did not end here as they still have to wait for the next appointment (the fourth consultation) which will only happen this Thursday and she's been praying as much as she could that things will eventually gets easier for her father.

Oh yes, with Mrs Wiseacre everyday is interesting!

Friday, August 19, 2011

Kenangan Kad Raya

Ada satu benda yang Aku rasa kurang je tahun ni...
Sebenarnya dah terasa sangat kehilangannya semenjak beberapa tahun dulu. Tapi kali ini semakin terasa. Hehehe...



Kad raya!

Ya, kad raya. Sample ni BGA punya. BGA hantar kad raya !!! Argh...jelesnya Aku kepada si penerimanya.

Masa zaman kegemilangan dulu, perghhh...part yang paling best ialah menunggu bunyi enjin motor posmen. Hahaha. Bila posmen berhenti depan pintu, semua berebut-rebut hendak ambil dulu. Lepas tu, yang namanya ada...bangga giler menayang dekat yang tak dapat. Kalau dapat yang saiz besar talam tu lagi la bangga...hahaha...

Ingat tak rupa kad raya dolu-dolu...
Kalau tak gambar ketupat dan pelita, sure gambar anak kucing...betul tak? Kiut, kan?
Masa budak-budak hingusan, mesti kita tak lupa tulis, "pecah kaca, pecah gelas...sudah baca harap balas". Memberi untuk menerima. Kalau tak dibalas, rasa serik nak hantar lagi. Kalau yang tak kisah sangat bab balasan, dia nanti tulis, "pecah kaca pecah sampan...sudah baca harap simpan".

Bila dah kerja, kad-kad raya yang diterima tak best jer...maklumlah, yang menghantar itu selalunya menurunkan tandatangan sahaja. Maklumlah, kad-kad dihantar atas dasar networking je...jumpa dan berurusan sebab kerja. Terasa hambar je. Tapi still seronok jugalah menempek kat dinding cubicle.

Tapi tahun ni memang rekodlah...lagu raya dah main kat radio...sekeping kad raya pun Aku belum dapat (hemmmm...alamat tak dapat lah tu).

Ada orang cerita, dia hantar kat raya untuk diri sendiri. Saja suka-suka...hahaha...cantik sangat kot kat raya tu, sampai rasa sayang nak bagi orang.

Alahai...nostalgia!

Tuesday, August 16, 2011

Salah Kempen

"If one day you change you mind for the sake of your kids..."

Kenapalah hendak kata begitu. Kenapa hendak guna anak-anak sebagai umpan? Ini yang Aku tak suka. Sekonyong-konyong rasa panas hati dibuatnya, tapi memikirkan yang menghasilkan ayat itu kawan yang dihormati, pendamkan sahaja dalam hati.

Mungkin sudah sampai masanya kawan-kawan yang menceburi perniagaan MLM mengambil pendekatan yang lain ketika berusaha hendak membesarkan empayarnya. Kata ikhlas hendak berniaga, hendak ubah kehidupan...buatlah dengan berhemah, janganlah terlalu agresif memaksa.

Aku paling tak suka kalau bila orang tu berkempen, mulalah dia mempersoalkan keputusan yang Aku buat (untuk tidak menyertainya) dengan perkara-perkara yang bagi Aku sensitif, misalnya..."Tak akanlah selamanya awak hendak hidup macam ini, kerja jadi kuli orang...kalau apa-apa jadi nanti, kesian kat anak-anak". Atau, "Dengan kebebasan kewangan yang awak kecapi nanti, jangan kata Lombok, London pun silap haribulan seminggu sekali boleh pergi...mesti anak-anak suka"...eh..eh...sukahati Akulah!

Tak teringin ke awak nak jadi kaya?
Tak teringin ke ada duit banyak...senang nak bersedekah, senang nak beramal...

Eh eleh...cakap senang la weiii...Ustaz Aku kata, menjadi orang yang hidup miskin tetapi tetap bersyukur itu jauh lebih mudah daripada menjadi orang yang hidup kaya raya yang tahu bersyukur. Berat tu cabarannya. So, tak payahlah. Wang bukan segala-galanya bagi Aku.

Bukan Aku tak pernah memikirkan hendak mengubah haluan, atau melakukan sesuatu yang boleh menjadikan kehidupan ini lebih selesa...tetapi kan, fikir punya fikir...rasanya tak kuasalah Aku terlalu mengejar masa hadapan yang Aku pun tak tahu ada apa di sana, entahkan Aku hidup lagi ke dah dalam perut bumi...baiklah Aku fokus kepada apa yang ada. Menjalani hidup ikut hari demi hari yang Aku lalui. Macam Aku pernah kata, bukan kerja Aku hendak menjamin rezeki anak-anak...itu di luar bidang kuasa Aku, cukuplah dengan makan pakai yang ada...Aku cuma berharap mereka akan menjadi anak-anak yang boleh menyelamatkan Aku dalam kehidupan seterusnya. Itupun berjerih perih rasanya hendak jadikan mereka manusia yang Aku idamkan...rasa macam berat sangat dan tak terbuat. Mudah-mudahan Allah ampunkan Aku atas kelemahan-kelemahan diriku.

Jadi, janganlah cuba membuat anggapan yang bukan-bukan atau menyangkakan yang Aku tak prihatin dengan anak-anak semata-mata Aku tak memilih untuk berusaha menghamburkan kesenangan hidup kepada mereka. Aku tak hairan dengan apa-apa kekayaan masa depan yang mungkin, insyaallah, menjadi rezeki mereka...itu bukan perkara besar. Masalahnya hidup di dunia ini terlalu sebentar. Aku risau Aku tak buat secukupnya dalam menjadikan mereka golongan yang berjaya di dunia sana. Aku tak ada jawapan yang kukuh kalau ditanya nanti. Sangat berat!

Eh...tidak, Aku bukan anti MLM...jauh sekali. Aku suka dan menyokong penuh rakan-rakan yang menceburi apa-apa peluang perniagaan yang ditawarkan. Langsung tak ada masalah. Malahan Aku dulu pun pernah cuba...ye...Aku tak cakap kosong, Aku pernah cuba dengan menyertai Omegatrend dulu...sempatlah dapat cek beberapa ringgit. Tapi Aku kalah dengan keperluan menghadiri pertemuan demi pertemuan dengan rakan-rakan ahli dan sesi-sesi coaching. Sudahnya Aku tak ada banyak masa di rumah. Betullah tu, kalau nak berjaya mestilah sanggup berkorban apa saja...dan Aku memilih untuk tak mau terkorban, boleh?

Yang best tu bila Aku boleh suka hati nak join ke tidak, dan suka hati Akulah nak jadikan ia satu peluang perniagaan atau tidak. Tak payah bazir air liur berkempen pada Aku. Tak payah tunjuk cek dan buku akaun, yes, Aku percaya...serius...ko memang kaya raya dan Aku kagum. Tapi Aku tetap tak mahu. Boleh? Biarlah, Aku cuma nak jadi ahli jer pun...pasal Aku nak beli barang tu dengan harga murah. Heheh...dah jadi ahli HR Marketing dan Herba Prima dah pun...tapi setakat tu jer lah. Next Aku nak jadi ahli Monavie la pulak...sapa-sapa suka boleh order ngan Aku hahaha...Suka hati Akulah kan...???

Kalaulah apa yang orang buat dan capai, kita pun boleh buat dan capai semudah seperti yang korang war-warkan tu...alangkah bagusnya...macam satu saiz kasut untuk semua orang pakai. Kan mengarut tu? Hargailah kepelbagaian perwatakan manusia yang anda temui sehari-hari dan belajarlah menghormati bila dia katakan, TIDAK.

Thursday, August 11, 2011

Ramadan Bulan Transformasi

Setelah terlepas dua peluang program ceramah tengahari dek kekangan tugas, alhamdulillah, tengahari tadi Allah melapangkan masa saya untuk bersama-sama dengan rakan-rakan menghayati kuliah ilmu yang kali ini disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau di alam internet lebih dikenali dengan nama Saiful Islam. Beliau juga seorang penulis buku dengan buku popular yang dikenali ramai, "Aku Terima Nikahnya".

Sebelum ini saya lebih mengenali beliau menerusi gaya penulisan yang saya kira kemas, tepat dan padat.Ternyata di luar, beliau turut mempunyai kelebihan dari segi gaya penyampaian yang menarik, terkini dan sedang elok (kena pada tempatnya). Jadi, memang seronok dan ternyata masa satu jam yang diperuntukkan itu, pada saya, tak cukup. Kalau boleh nak dengar lagi. Apapun saya harap di sini dapat berkongsi serba-sedikit apa yang telah dikupas tadi.

Kenapa kita sembahyang? Kenapa kita berpuasa?

Ada satu kisah (ini cerita fiksyen dalm buku karangan seorang ulama di zaman Andalusia),seorang pemuda yang hidup bersendirian di sebuah pulau terpencil jauh daripada tamadun manusia. Dia dibesarkan oleh sekumpulan haiwan. Apabila dewasa, dia merasakan yang dirinya berbeza daripada makhluk-makhluk yang ada di sekelilingnya. Dia mempunyai kemampuan untuk berfikir. Dia selalu merasakan yang wujudnya satu kuasa yang Agung yang membuatkannya kadang-kadang berasa tenang dan kadang kala berasa takut serta gerun. Justeru, dia menterjemahkan perasaan tersebut dalam bentuk perbuatan yang mana membuatkannya kadang-kadang bersujud dan tunduk hormat kepada kehadiran 'kuasa' sedemikian. Pada suatu hari, seorang pengembara singgah di pulau itu lalu bertemu pemuda ini yang hanya dibaluti baju bulu angsa. Pemuda itupun terkejut kerana bertemu pengembara yang sama rupa bentuk dengannya. Dipendekkan cerita, dia bersetuju mengikut pengembara itu ke tempat yang kata pengembara tadi, ada lebih ramai makhluk sepertinya. Benar, dia dibawa ke sebuah kota yang besar. Ada ramai manusia di situ. Binaan tempat tinggalnya pun besar dan indah. Pada setiap hari, mereka ini melakukan pergerakan aneh termasuk bersujud sepertimana yang dia biasa lakukan. Musykil dengan perbuatan itu, dia pun bertanya, mengapakah kamu berbuat begitu? Jawab salah seorang daripada mereka, "Pada masa lalu, ada seorang lelaki yang digelar Nabi mengajarkan kami perkara ini dan menyuruh kami mengerjakannya 5 kali sehari. Itulah sebabnya kami melakukan yang demikian". Pemuda itu tidak berpuas hati. Dia berasa kecewa dengan jawapan yang diberikan. Dia bersujud kerana membesarkan satu kuasa yang Agung, tetapi mereka ini berbuat demikian kerana mengikut suruhan orang.

Moral cerita...lain kali, kalau nak buat sesuatu, pastikan anda faham dan tahu mengapa anda perlu melakukannya. Jangan main ikut-ikutan je. Tak faham, tanya!

Kata Ustaz, melakukan ibadah tanpa mengetahui tuntutan disebaliknya dan tidak memahami tujuan adalah seumpama beragama tanpa Tuhan.

Jadi, fokus hari ini ialah memahami tentang ibadah puasa yang difardukan ke atas umat Muhammad S.A.W dan kesannya ke atas manusia yang melaksanakannya.

Ramadan adalah satu bulan ibadah yang istimewa. Satu bulan ibadah yang hidup. Tanda ibadah yang hidup ialah apabila ibadah itu dapat menghubungkan diri dengan Tuhan. Kalau sekadar ritual yang kita tak rasa apa-apa, maknanya ada yang kurang. Ada yang tak kena.

Jadi, persoalannya..."Mengapa kita berpuasa? Apa puasa kita? Apa yang puasa dah lakukan kepada kita?".

Kemudian, Ustaz bercerita kisah Habib Bourguiba, bekas Presiden Tunisia sebelum Presiden sekarang yang digulingkan itu. Habib ini seumpamanya Ataturk versi Tunisia yang berfahaman untuk jadi moden dan maju, perlu ikut acuan Barat. Walhal boleh sahaja jadi moden tanpa perlu menjadi Barat. Masalahnya, yang banyak berlaku sekarang ialah...tak moden pun, tapi lebih barat daripada Barat. Macamana tu?. Khabarnya, Habib ini pernah melarang rakyatnya agar tidak berpuasa di bulan Ramadan kerana berpendapat berpuasa merugikan negara kerana ia menurunkan produktiviti negara. Malahan dia berserta anggota-anggota kabinetnya menunjukkan 'tauladan' dengan duduk makan bersama-sama pada tengahari Ramadan sehingga mengundang kemarahan para ulama yang mengatakan "Telah berdustalah Habib Bourguiba".

Benarkah berpuasa itu menurunkan produktiviti?

Sejarah membuktikan sebaliknya. Puasa jelas tidak menyebabkan produktiviti menurun. Contoh? Banyaknya peristiwa-peristiwa hebat yang berlaku di bulan Ramadan dalam keadaan umat Islam tidak makan dan tidak minum. Antaranya pada hari Jumaat, 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar.Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Seterusnya peristiwa pembukaan Kota Mekah yang berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Bulan Ramadan juga menjadi saksi tunduknya Kerajaan Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun. Islam juga telah sampai ke Yaman dalam bulan Ramadan apabila Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat Baginda untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada tahun ke-10 Hijrah.

Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi membuka Andalus. Andalus ditawan dan Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat. Peristiwa Peperangan Zallaqah di Portugal pada bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

Tentera Islam juga telah mengalahkan tentera Mongol dalam satu peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadan sebagai membalas serangan Mongol yang menyaksikan kejatuhan Kota Baghdad.Dalam peristiwa tersebut tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir telah mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

Ada banyak lagi, tapi cukuplah apa yang ada ini sebagai bukti yang ibadah berpuasa tidak sama sekali menjadikan umat Islam lemah dan lesu, sebaliknya mereka semakin bersemangat dan kuat menentang musuh walaupun dalam keadaan lapar dan dahaga.

Jadi, di mana silapnya? Apakah Habib itu tidak membaca sejarah. Mungkin dia baca, tapi masalahnya ialah apa yang mungkin terlihat di matanya sehingga membuat kesimpulan sebegitu.

Analogi yang Ustaz beri ialah tentang sebuah kereta Mercedes dan pemandunya. Katakan suatu hari entah macamana Mercedes itu dilihat tersadai di tepi jalan setelah melanggar pembahagi jalan. Adakah orang akan kata, "Apalah punya kereta, nama saja mahal dan canggih tapi boleh pulak langgar divider"? Tentulah tidak. Sebaliknya orang akan kata, "Apalah punya perangai pemandu ni...bawak kereta macam beruk, mabuk ke?"...Dah hampir pasti 100% orang akan mengata dan mengumpat si pemandu, bukan?

So, macam itu le kiranya...puasa tu tak salah, yang salah tuan punya badan yang berpuasa tu.

Cuba tengok di sekeliling kita. Banyaknya contoh-contoh yang menyumbang kepada kesimpulan yang sama dibuat oleh Habib. Ada tempat kerja, bulan puasa tak boleh buat mesyuarat. Kalau nak buat, buat sebelah pagi je. Petang tak boleh. Kursus pun tak boleh buat bulan puasa.Sudahnya banyak kerja tak boleh siap di bulan puasa. Macamanalah orang tak kata...

Nampaknya kena ubah paradigma. Paradigma yang betul. Ada orang melihat Ramadan sebagai bulan untuk menyihatkan tubuh badan. Masa inilah nak diet bagai. Tak salah, tapi kalau yang kita buru ialah pencapaian boleh pakai balik baju pengantin 10 tahun dulu, maka , itu sahajalah yang kita akan dapat. Ada juga orang yang melihat Ramadan sebagai bulan buat duit. Berniaga apa pun orang gerenti beli. Sedap tak sedap belakang kira. Orang yang membeli terkena makanan basi dan tak sedap, lepas tu menyumpah kita, kita tak peduli pun. Jadi, ya, duit ringgit itulah semata yang kita dapat.

Ada juga yang melihat Ramadan bulan menambah pahala. Ya, memang betul, Ramadan ialah bulan di mana pahala dilipat gandakan. Cuma masalahnya, ialah bila pahala itu kita tak nampak. Sebab itulah kita tengok, pada 10 malam pertama, bukan main ramai orang berduyun-duyun ke masjid. Sampaikan jawatankuasa terpaksa bersidang sebab rasa perlu nak besarkan masjid dan surau. Maklumlah, jemaah melimpah ruah sampai ada yang sembahyang di kaki lima, yang sampai termasuk dalam kolah pun ada gamaknya...

Itu cerita 10 hari pertama. Lain halnya bila masuk 10 hari terakhir. Semuanya hilang lesap tak nampak batang hidung lagi. Tiba-tiba semua orang dah bertukar profesion, ada yang dah jadi chef, ada yang jadi interior designer, fashion designer,...lalu menjadilah Ramadan kita seperti batang tebu. Semakin menghujung, semakin tawar. Padahal Ramadan kita sepatutnya jadi macam teh tarik. Semakin hujung, semakin sedap...pekat, lemak, manis semua cukup....

Menarik sekali apabila Ustaz menggambarkan tentang proses ad-deen menggunakan hadeeth Jibrail. Ingat tak peristiwa yang malaikat Jibrail datang berjumpa Nabi dan sahabat dalam rupabentuk manusia lalu duduk berlaga lutut dengan Nabi? Itu adalah hadis penting yang semua umat Islam patut tahu.

Secara ringkasnya, proses terbahagi kepada tiga bahagian iaitu INPUT kemudian bergerak ke PROSES dan akhirnya OUTPUT. INPUT = IMAN. PROSES = ISLAM. OUTPUT = IHSAN.
Katakan kita nak buat kuih bahulu. Maka INPUTnya ialah tepung, telur, gula...kalau kita guna telur yang ambil daripada peti ais atau tepung yang tak cukup ayak betul-betul (input yang rosak) kelak bila diPROSES akan menghasilkan OUTPUT yang tidak baik. Mungkin bahulu tu tak cukup kembang (bantat), atau terlalu keras sampai merekah atau tak dapat warna keemasan yang cantik.

Begitulah juga apa yang berlaku terhadap kita. Dengan IMAN, maka kita pun berpuasa kerana kita yakin dengan apa yang kita percaya. Kita percaya dengan suruhan Allah apabila Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa..."

Kita melalui proses PUASA itu agar kita berhasil menjadi orang yang berTAQWA.

Bagaimana puasa memproses iman?

Ada bezanya antara tak makan kerana tak ada makanan dan tak makan kerana berpuasa. Kalau kita tak makan sebab tak ada makanan macam yang berlaku di Somalia sana, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada iman.Ia tidak menjadi latihan. Yelah, dah memang terpaksa tak makan. Tapi lain halnya bila makanan, minuman semua ada, semua cukup tapi kita memilih untuk tidak makan. Yang ini barulah menjadi satu bentuk latihan. Latihan apa? Latihan untuk membebaskan diri daripada menjadi hamba kepada diri sendiri.

Apa sebenarnya TAQWA?

Pada suatu hari Umar Al-Khattab berjumpa Ubai Bin Ka'ab untuk mendapatkan penjelasan tentang makna taqwa. Maka terjadilah dialog berikut :

Umar : Wahai Ubai, terangkanlah kepada aku makna taqwa.
Ubai : Pernahkah kamu melalui jalan yang ada padanya duri-duri?
Umar : Ya, sudah tentu.
Ubai : Kalau begitu, bagaimanakah kamu melalui jalanan berduri seperti itu?
Umar : Aku laluinya dengan berhati-hati dan mengangkat kainku agar tidak terkena duri-duri itu.
Ubai : Wahai Umar, itulah taqwa.

Orang yang tidak bertaqwa, dia akan hentam keromo je. Bak kata orang sekarang, redah jerrr. Dia tak peduli. Tetapi orang yang bertaqwa dia mempunyai tahap kesedaran (CONSCIOUS), yang membolehkan dia berjalan dengan KAWALAN DIRI yang baik. Kesedaran dan kawalan diri adalah intipati taqwa.

Contoh :

Anda berpuasa. Balik kerja panas terik. Sudahlah panas jalan sesak teruk. Sampai rumah anda sudah letih lesu tak bermaya. Ketika anda masuk shower untuk bersihkan diri, tetibalah pulak tinggi je imaginasi anda. Air yang dingin menimpa kepala dan meleleh membasahi pipi terasa sangat menyegarkan. Anda pun terkenangkan keenakkan cendol Pak Wahab. Err...dalam mamai begitu, tergerak hati anda hendak merasa kedinginan air paip itu. Anda pun gargle air itu. Dah dalam mulut tu...nak telan ke tak nak telan???

Orang yang ada dalam dirinya taqwa, maka dia akan cepat tersedar akan perbuatannya sehingga alat kawalan diri pun diaktifkan lalu diluahkan air dalam mulut itu tanpa dolak dalik. Tapi yang tak ada komponen taqwa itu, mana mungkin ada kesedaran dalam dirinya yang apa diperbuatnya itu salah lalu ketiadaan kawalan diri boleh saja menyebabkan dia dengan rakusnya menelan air tersebut.

Apa yang berlaku bila air itu ditelan? Bila diri tidak lagi mampu mengawal kemahuan?
1. Rasa berdosa kepada Allah
2. Hilang rasa hormat pada diri

Orang yang tidak berlaku jujur, hukuman yang dia terpaksa terima sepanjang usianya ialah dia terpaksa hidup dengan dua wajah. Satu wajah sebenarnya, dan satu lagi wajah kepuraannya. Seksa tu!

Jadi, kesan Ramadan itu ada dua. Satu proses puasa itu akan menjadikan kita manusia yang punya kesedaran dan punya kawalan diri.

Jom tengok contoh yang ini pula. Yang menunjukkan penyakit-penyakit hilang kawalan diri yang banyak terjadi di sekeliling kita.

Encik CEO tidak berpuas hati dengan data-data unjuran jualan yang diserahkan oleh Cik PAnya lalu dia pun marah-marah dan membaling fail tersebut ke meja PAnya. Cik PA yang sakit hati terus menyerang Encik Projek Manager dengan menuduhnya sengaja mengenakannya dengan mengemukakan data-data yang salah. Setelah bertengkar hebat, Encik Projek Manager pun balik ke rumah dalam keadaan marah. Puan Isteri telah siap menunggu dengan senyuman manis kerana Encik Suami itu berjanji hendak bawa dia keluar makan dan jalan-jalan so tak payah masak. Sekali bila Encik Suami sampai rumah, terus dia sergah Puan Isteri, "Ehh..apa yang awak tersenyum-sengih ni...dah...dah...pegi dapur masak, Aku lapar nak makan'. Terkejutlah Puan Isteri kena marah pulak, mulalah sakit hati kena memasak. Klentung...klentang dia di dapur. Masuklah si anak kecil dengan lukisannya. "Ibu...ibu...tadi Atan lukis cantik, cikgu puji Atan...Atan dapat A...tengoklah, ibu". Puan Ibu yang tengah panas hati terus melenting, "Apa ni ganggu ibu, sudah, pergi masuk bilik sana!" Huaaa...si anak menangis. Dalam perjalanan masuk ke biliknya melintaslah seekor kucing. Piuuuunnnggg...meoww!!! Si anak menendang kucing. Kesian kucing itu.

Persoalannya, " Who kicks the cat?". CEO kah? Cik PA kah? Encik Project Manager/Encik Suami kah? Puan Isteri/Ibu kah? Atau Atan?

Ternyata huru-hara dibuatnya kalau kita hilang kawalan diri. Susah membiarkan "remote control" diri kita berada di tangan orang lain.

"Saya kalau jalan jem aje...mesti nak mencarut!". Abis tu, kalau jalan tak jem...berzikir ke? Susahlah kalau dikawal oleh jalan.

"Saya pulak...asal hari mendung je, rasa nak marah je...bad mood!". Dok gurun jer lah, cerah terang gerenti ceria sepanjang tahun. Tak gitu? Logik ke membenarkan cuaca mempengaruhi diri?

Apabila kita tiada kawalan diri, kita tidak mampu berkata 'TIDAK'. Ketiadaan taqwa itu sendiri akan menjejaskan keupayaan kita dalam membuat pilihan.

Apa yang Ramadan dan puasa telah lakukan ke atas kita? Puasa mengajar kita untuk mampu membuat pilihan secara sedar. Ia mengajar kita untuk berkata 'tidak' yang mana ini mampu pula membebaskan diri daripada terus tunduk kepada kemahuan nafsu. Itulah kegagahan yang sebenarnya. Menghalang diri daripada melakukan sesuatu yang sudah begitu hampir dapat dilakukan kerana sedarnya diri akan akibat perlakuan itu. Misalnya menolak cek bawah meja yang siapa-siapa pun tak nampak kalau kita ambil sedangkan kita berupaya ambil. Itulah kegagahan yang sebenarnya.

Itulah peranan PUASA.

Jadi, berpuasalah dengan sebenar-benar puasa (dengan kefahaman dan nawaitu yang betul).

Insyaallah, mudah-mudahan memberi manfaat.