Korang ingat tak satu rancangan TV zaman dahulukala semasa masih kecil-kecil dulu...zaman TV ada kaki dan cover dia jenis gelungsur berlipat-lipat tu...hehehe...klasik! Tak silap Saya judulnya "Peristiwa". Ya ya ya... Saya memang bukan muda lagi...(walaupun tetap saja punyai hati yang muda remaja...hahahaha...).
Bukan hendak berceloteh tentang kisah lama, cuma tiba-tiba teringat kisah-kisah lama bila berada di suatu tempat yang dihias ala-ala rumah dulukala. Oh...kejadian ini berlaku dua minggu sudah. Tak sempat hendak buat laporan. Edisi "Jalan-jalan Cari Pasal" (JJCP) musim baru...hehehe.
Kali ini 'krew' JJCP singgah 'bersiaran' di sebuah tempat makan bernama "Wau Penyu" yang terletak di Publika, Solaris Dutamas. Ia adalah lokasi pilihan saat-saat terakhir. Mengikut perancangan awal, kami sepatutnya makan satay dan mee bandung di Satay Station, Mont Kiara. Malang sekali...sesudah menempuhi jalan yang macet amat...sekali restoran tu tutup daaaaa...Apa lagi, BGA yang agak arif dengan persekitaran di situ, segera mencadangkan Wau Penyu ini.
Apa istimewanya Wau Penyu? Dekorasinya kah? Atau menunya? Dekorasinya memang tampak berbeza, tengoklah gambar-gambar lama yang menghiasi dinding tu. Rasa macam berdiri kat dinding rumah tok suatu masa dulu. Dindingnya papan. Erk...papan yang sudah ditempa di atas permukaan batu lah wey...kok rumah papan betul, haru jugak! Ada sebuah pintu kayu gelap yang siap ada selak kayu...fuuuu....terimbas kenangan lagi.
Masa dulu, rumah atas tok saya, bahagian serambi dengan beranda dipisahkan dengan pintu kayu yang berat tu. Time-time senja, tok akan suruh kami naik tutup segala pintu dan tingkap...bila ditutup satu persatu...mulalah gelap dan semakin gelap...dan laaagiii gelapppp...Yang tak best tu saya yang selalu jadi 'mangsa'...yang lain-lain akan tunggu di tangga, kononnya meneman...sekali baru nak tutup tingkap yang last, depa semua cabut lari tinggal saya terkial-kial nak membolos sama...hantu betul!!!
Oh ya, di atas ini ialah menunya. Lupa nak habaq, menu dekat sini berkonsepkan citarasa pantai timur iaitu belah-belah Kelantan dan Terengganu sana. Jadi, yang suka makan nasi dagang, nasi kerabu bagai...bolehlah mai cuba kat sini.
Tak ramai pelanggan semasa kami sampai. Tu yang lagi best.
Sementara menunggu hidangan yang dipesan sampai, 'perwakilan' yang ada pun memulakan perbahasan serius tentang bagaimana seharusnya belanjawan 2013 dilaksanakan...semestinya perjumpaan ini adalah di saat-saat kehangatan belanjawan melanda negara...kakaka...
Memandangkan subsidi gula sudahpun dikurangkan, maka, eloklah penggunaan susu ditambah...errkk...emmmm...kopi 'kaw' siapakah ini? Aromanya menggoda jiwa.
"Kopi susu kurang manis tambah gula
Badan lesu kerana hati tergoda
Kopi susu dicampur gula melaka
Kerna nafsu badan menjadi merana"
Amboihhh Telipuk...cendoi ka? Walaupun tahu saya akan sering ter'kachewa' , saya tetap juga tega memesan cendol dengan harapan (suatu hari nanti) akan ditemukan dengan cendol yang benar-benar sejati...huhuhu...
Sayang seribu kali sayang...masih hampa. Cendol yang saya paling suka...tekstur aisnya halus mulus gebu...ok...bukan yang sebijik-sebijik macam gigit ketul ais. Then, air gulanya mesti air gula merah...yang hitam pekat warnanya...bukan yang keperangan tu. Dan lagi cendolnya cantik kenyal-kenyal, harum pandan terbau. Santannya harus yang benar-benar ori. Lemak manis berkrim...aduyaiiii...rindunya saya dengan cendol seperti itu. Haruslah saya balik PB meneruskan pencarian...itupun kalau gerai tepi jalan keretapi itu masih ada....haissshhhh!!!
Tak puas-puas makan laksa kamu ni ya...heheh...patut cubalah nasi kerabu, ini tidak...balik-balik laksa. Kalau laksam pun ya ampun juga, kan? Ini tidak, dia cari laksa stail dia jugak. Sedap aaa laksa dia...kuah pekat sungguh sampai rasa bersalut tekak ni...mungkin kalau kepekatan tu dikurangkan sedikit, lebih elok sikit pada selera saya. Dan mak oiii...banyaknya letak...teloq sebij dia bubuh...tu yang mencungap nak habiskan.Boleh dimakan, tapi tak boleh buat selalu aaaa...hahaha....
Punyalah belek menu macam beriya-iya je...last-last yang dipesannya ialah mee goreng dengan telur mata kerbau. Laaaaa Lotuslily ni...itu macam kalu, makan kat gerai tepi sungai pun dah sedappp...hehehe
BGA kata Nasi Kerabu ni sedap....!!! Boleh makan lagi lain kali kalau mai lagi. Hemmm...masa saya kat Kelantan dulu, masa tu bercuti kat rumah roomate, mak dia masak nasi kerabu dengan daging bakar. First time cuba dan rasa sedappp...Tapi lepas tu tak pula teringin hendak cuba lagi...hehehe...Agaknya kena dok kat Kelantan baru semangat nak ubah selera tu datang kot...
Yang ini pun dah bertahun saya pesan kat diri saya supaya cuba tapi sampai la ni saya belum cuba-cuba lagi. Laksam ini Sheema kata sedapppp. Tak retilah nak makan laksa bersantan nih...Ada taugeh lagi. Kalau kat KL ni tengok orang jual laksa hias dengan kobis pun saya dah tak jadi beli...owh so menjejaskan selera! Tapiiii kalau nampak hirisan nenas dengan petis udang...pergghhh...meleleh ayaq lioq...nyum...nyummm!
Eh....sedap makan kat sini. Santai dan selesa. Yang kalau saya komen tu bukan apa, saya yang mengada-ngada...tak selera konon...tapi bantai laksa habis juga...cuma cendol je tak mampu nak habiskan sebab sangat tak kena dengan tekak. Patut minta iced lemon tea macam selalu jer kan...tu lah, mengada sangat!
Okay, nanti bila lapang kita buat JJCP ajak boss sekali ek...hahaha...memang nak cari pasal!!!












