Perjalanan hidup ini penuh dengan kepelbagaian dan dinamika yang bila difahami menunjukkan kebesaran dan keagungan perencananya. Kita? Kita manusia boleh merancang, tetapi Tuhanlah yang menentukan. Sejauh mana, sebanyak mana, sehebat mana, sekuat mana, seteliti mana, secermat mana pun kita mahukan sesuatu itu terjadi dalam hidup kita, tidak akan berhasil jika Dia tidak berkehendak. Untuk apa perkara ini harus kita semat kukuh dalam akal dan hati? Apakah ini bererti, kita boleh duduk lepak dan biar hidup ini berjalan seada dan semahuNya? Tidak sama sekali. Kita perlu ingat ini supaya kita tidak tersasar dari matlamat hidup dan supaya kita tidak sombong bila dipuja dan tidak rasa keji bila dihina. Ianya juga supaya kita selalu bersyukur dengan apa yang ada dan tidak iri dengan apa yang tiada.
Ada banyak perkara yang berlaku dan bila saya amati menjadi bukti-bukti yang sangat nyata tentang kekuasaanNya. Tak perlu lihat jauh, hanya lihat ke dalam diri...pasti jumpa. Atau lihat saja di sekeliling, pasti ada. Hari ini saya hendak bercakap tentang rezeki. Perkara ini semakin saya fikirkan sekembali dari reunion bersama-sama kawan lama dulu. Untuk saya, perjalanan yang saya lalui ini agak mudah dijangka dan tiada apa-apa yang mengejutkan. Ianya sesuai untuk menyokong skrip yang biasa kita dengar dulu...belajar rajin-rajin, masuk universiti, keluar dapat kerja yang bagus = itulah kejayaan. Kalau jumpa yang kerja pun tak tentu hala, keluar pula skrip macam ini..."tu laaaa....dulu orang suruh belajar...engkau main-main. Orang lain masuk universiti dapat kerja bagus tak macam engkau...tengok betapa senang hidup mereka sekarang...engkau jugak yang tak senang".
Saya memang lulusan universiti...saya ikut formula yang biasa disogokkan dalam kepala namun sehingga ke hari ini saya tidak percaya yang apa yang saya perolehi hari ini adalah kerana saya pandai. Dan saya juga percaya yang saya miliki ini sebenarnya tidak seberapa pun berbanding rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan...bukanlah saya tulis ini nak bagitau saya tak puas hati...tidakkkk!!! Saya tulis ini sebab saya nak kongsi dengan pembaca pemerhatian saya tentang rezeki yang saya harapkan akan membuatkan kita semua berlapang dada, terhindar dari sikap irihati, bersemangat memburu matlamat yang benar, saling memberi peringatan dan sokong-menyokong antara satu sama lain.
Saya ada kawan yang melalui kehidupan yang payah sesudah berkahwin. Suami kena berhenti kerja. Anak pula ramai. Macam-macam pekerjaan dilakukan. Satu demi satu dicuba tanpa berputus asa. Sehingga akhirnya mendapat satu pekerjaan yang bagus. Yang membawa mereka ke serata dunia. Alhamdulillah, dia hidup bahagia dan sentosa. Pada saya, itu satu kejayaan duniawi yang besar dan in shaa Allah, dia bakal beroleh keuntungan akhirat juga kerana akhlak dia suami isteri yang baik lagi gemar bersedekah. Diam diam saya berharap saya pun akan berjaya seperti itu juga.
Juga saya ada kawan yang belajar setakat tingkatan 3. Lepas tu terus kahwin. Kalau ikut formula masyarakat, memang konfem gagal segalanya. Tetapi alhamdulillah, kawan saya ini orangnya rajin dan pandai mencari peluang. Dia berniaga kecil-kecilan. Jual nasi lemak. Jual kuih. Lama-kelamaan dia buat bisnes katering. Mula-mula bisnes dia kecil sahaja tapi sekarang sudah maju. Sudah ambil tempahan sampai ke Kuala Lumpur katanya. Saya tumpang seronok tengok betapa dia enjoy dengan pekerjaannya yang tidak terikat dengan peraturan-peraturan syarikat. Sendiri jadi bos dan sendiri jadi kuli. Seronok nyaaa!!!
Saya percaya...kebahagiaan dan kejayaan sebenar ialah apabila apa jua yang kita buat itu, dalam kerangka yang digariskan Allah dan Rasul. Tak semestinya banyak duit itu bahagia. Dan tak semestinya bahagia itu banyak duit.
Kereta yang tak selalu meragam itu rezeki.
Bos yang baik itu juga rezeki
Kawan yang selalu ingatkan kita untuk buat benda-benda baik adalah rezeki
Kesihatan yang baik tentulah rezeki
Apatah lagi ruang dan kesempatan yang selalu ada untuk kita mudah buat amalan-amalan baik...mudah untuk beristiqamah...dan yang pentingnya ingat Allah selalu...itu adalah sebaik-baik rezeki.
Orang ada kereta mewah tapi tak sampai kereta tu membawa dia ke masjid itu bukan rezeki.
Orang yang miliki rumah besar tapi sunyi tidak ada tetamu lagi tidak dikunjungi saudara itu bukan rezeki
Orang yang miliki kepandaian tapi tidak dimanfaatkan ke jalan Allah , hanya semakin menjauhkan dia dari Allah
Orang yang ada wang banyak tapi takut untuk bersedekah tak miliki keberkatan rezeki. Dia hanya pegang wang itu untuk dihabiskan sedang wang itu tidak menyumbang dalam peningkatan amalan dan iman.
Jadi, tanyalah diri kita...rezeki yang bagaimana kita hendak? Dan nikmat Allah yang mana satukah yang hendak kita dustakan?
Apa yang kita perolehi ini, bersyukurlah. Pastilah ketetapan itu terbaik untuk kita. Paling sesuai kadarnya untuk kita, sesuai dengan keupayaan dan kemampuan kita. Jangan dihitung kepada apa yang tidak kita miliki, tapi kiralah apa yang telah kita miliki. Pandanglah kepada mereka yang berada di bawah, nescaya kita akan sedar betapa beruntungnya kita.
Wednesday, January 25, 2017
Friday, January 20, 2017
Apa Yang Pasti
Selamat pagi Jumaat yang indah. Alhamdulillah, syukur atas segala limpah nikmatNya. Pagi ni aras iman Telipuk agak tinggi kot, sebab tu kat meja sarapan di gerai Pak Ya tadi, amazingly we talked about kematian. Tak pernah pernah seserius itu rasanya. Minta maaf lah kawan-kawan breakfast Telipuk kalau ada terlebih-lebih tadi. Apapun Telipuk bersyukur, topik yang baik yang sungguh menginsafkan. Haraplah semoga kita semua kekal beristiqomah dalam mengingati mati.
Ada orang dia takut membicarakan tentang kematian. Kalau boleh tak nak sebut langsung...takut bawak sial katanya. Untuk Telipuk, nak mati tu rasanya Telipuk tak takut. Tapi yang Telipuk takut ialah kehidupan selepas mati itu. Haaa...yang tu Telipuk takut. Masa belajar dulu, Telipuk ada lekatkan satu poster besar sepasang batu nisan di dinding tepi katil. Di poster itu tertulis :

Benarlah, setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah kenyataannya. Lihatlah sekeliling kita. Keluarga dan kawan-kawan kita. Ada yang sudah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Setiap hari, setiap masa, ada sahaja berita kematian. Maka ketahuilah bahawa akan tiba saatnya, keluarga dan rakan pula akan menerima berita tentang kematian kita. Saat itu PASTI datang!
Jangan takut dengan kematian. Itu sudah tertulis sejak azali di Lauh Mahfuz. Tapi takutilah persiapan kita. Apa yang dapat kita bekalkan untuk menghadapi kematian dan kehidupan sesudahnya kerana kematian itu bukanlah satu penamat tetapi sebaliknya adalah permulaan suatu kehidupan yang abadi. Yang mana kita tidak akan mati-mati lagi.
Sebab itu berpada-padalah dengan dunia. Ambillah pada dunia sekadar keperluan, jangan terlalu taksub mahukan semuanya sebab dunia itu 'manis'. Yang manis itu memudaratkan. Macam penyakit kencing manis juga. Bukan kata tak ambil gula langsung, ambillah sekadar menyedapkan kehidupan yang sementara ini kerana itu nikmat yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya . Cuma pastikan ianya diambil dengan terkawal. Bila berlebihan, kita sudah menuruti hawa nafsu. Hawa nafsu ini kalau tidak dikekang, akan menyebabkan kita susah hendak meninggalkan maksiat (kedurhakaan terhadap Allah). Berhati-hatilah.
Kehidupan kita di dunia ini adalah sekadar untuk diuji. Allah sertakan segala kenikmatan dan perhiasan untuk menguji siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya. Kena jelas, yang bagaimanakah dikatakan amalan yang baik? Takut-takut kita beramal dan sangka sudah punya banyak amalan, sedangkan amalan yang dilakukan itu tidak mengikut kehendak Allah dan RasulNya sehingga akhirnya gugurlah segala amalan itu menjadi sia-sia. Nauzubillah.
Benarlah dunia ini bagai penjara. Bukan satu tempat untuk kita bersenang-senang bergembira. Justeru, jangan risaulah kalau kita sentiasa Allah uji, sentiasa menghadapi musibah. Itu adalah tanda kasih sayang Allah kerana Dia tidak mahu kita lalai dan membiarkan hati kita terikat dengan dunia. Hubbu'dunia. Kerna itu perlu sentiasa ada peringatan. Perlu sentiasa kena sergah. Alhamdulillah jika itulah perjalanan kita. Tingkatkan kesabaran, in shaa Allah...Allah akan gantikan kepayahan itu dengan sesuatu yang jauh lebih baik.
Alhamdulillahi 'ala kulli hal.
Thursday, January 19, 2017
Berpada-pada
Sebagai manusia yang jauh dari bersifat sempurna, sememangnya diri ini banyak kekurangan. Justeru, apabila kita berurusan dengan manusia lain, fahamilah, mereka pun sama macam kita...tak sempurna. Jadi mana-mana yang tersilap, yang tak sedap di mata dan yang sakit di hati, pujuk-pujuklah diri memaafkan. Sebabnya, kita pun suka kalau orang lain boleh memaafkan kekhilafan kita...jadi mengapa tidak kita juga berlapang dada memaafkan orang.
Janganlah kerana perkara-perkara yang cuma satu dua, kita terus 'cop' orang itu. Ada yang sampai nak sebut nama pun tak mahu. Kadang-kadang kita langsung tak bagi peluang untuk kenal dengan orang tu...terus kita tolak ke tepi gara-gara perbuatannya yang tidak menyenangkan hati. Kalau macam tu susahlah sebab kalau ada 10 bidang yang seseorang manusia itu perlu kuasai, tak semua 10 tu dia mampu score penuh...macam Telipuk sendiri, mungkin bab mengemas rumah tu rajin, tapi bila masuk bab buat kuih, hampeh tak reti...so, tak kan nak cakap Telipuk teruk kan...eh...eh...eh...(apa daaa punya contoh)...
Untuk Telipuk sendiri, berpengalaman juga tak suka dengan beberapa orang. Tapi standard lah tu, entahkan lagi ramai orang yang tak suka Telipuk. Yelah...siapa tahu kann. Telipuk pun bukanlah baik sangat. Cuma nak kata, walaupun si fulan tu Telipuk tak suka, tapi Telipuk kena bezakan benda/perbuatan dia yang Telipuk tak suka dengan benda/perbuatan lain yang dia ok. Takkanlah sebab tak suka satu-satu perbuatan, terus Telipuk boikot tak nak kawan dengan orang tu...macam rugilah pulak.
Mungkin yang kita tak sukai itulah sebenarnya baik untuk kita. Tapi yang kita suka tu sebenarnya tak baik. Contoh, kawan yang kita berkenan tu memang baik jer semuanya, tak nampak cacat cela pada pandangan kita tapi sebab dia baik sangat sampai tak pernah pun tegur kesilapan kita sebab nak jaga hati, sampai menjadi pulak dalam hati kita ini perasaan diri hebat dan rasa bagus sokmo. Akibatnya kita lalai dan alpa. Dan musuh yang kita meluat, menyampah tu...sebenarnya ada kebaikan. Sebab perangai dia yang tak senonoh tu lah kita belajar banyak benda. Sekurang-kurangnya kita dapat ambik ikhtibar supaya tak jadi macam dia. Tengok...bukankah itu satu peringatan yang baik untuk diri kita. Ia membawa kita dekat dengan Allah sebab kita selalu doa dan minta perlindungan dari Allah supaya terhindar daripada kezalimannya.
Janganlah sampai tak pandang langsung kebaikan yang seseorang manusia/makhluk Allah itu ada. Muhasabahlah diri sendiri sebab kita pun tak setera mana pun.
Peringatan untuk diri sendiri sebab banyak kali lupa dan perasan dah cukup bagus, padahal semua tu atas izin dan limpah kurnia dari Allah jua.
Semuanya Allah punya. Pinjaman belaka. Kita tak miliki suatu apa pun.

Wednesday, January 18, 2017
Al kisah Lirik
"menghitung menunggu mati
agar kau jumpa yang dinanti
semoga pemergianku ini terbaik untukmu
tak sanggup ku dibohongi
ku rela dijemput ilahi
kerna dia ku sanggup pergi
hanya disana kekal dan abadi"
Haaa...ni satu lagi. Semalam komen pasal tajuk drama, hari ini Telipuk nak komen pasal lirik lagu pulak. Lagu ni lama dah dengar. Tapi tak sempat nak catatkan komen sebab sibuk kan...hahaha...
Tak dinafikan lagu Aiman Tino ni memanglah sedap didengar. Dengar sekali pun dah boleh tangkap. Catchy dan mudah dinyanyikan. Sampaikan anak Telipuk si Aiman tu pun suka...ya lahh..perasan la tu serupa nama.
Perasan tak lirik lagu dia ni tentang apa? Masa baru-baru dengar dulu pun Telipuk dah mengomel sorang-sorang, "apa laa...kot ye pun kecewa tak kan sampai sanggup mati". Merepek kan? Haishhh...terpaksalah Telipuk memberikan nasihat percuma kat sini. (Errr...kat blog yang tak ada orang baca ni ke? Hahaha...tu ler motif nye...sebab tak ada orang baca la seronok mengomel sorang-sorang kakakaka)
Yang menyanyi ni orang lelaki. Point pertama, ko kalau orang tak hendak adik oiii...lupakan jer la. Bunga bukan sekuntum. Berlambak kat luar sana. Janganlah sengal sangat...bagilah peluang untuk diri kenal dengan orang lain yang barangkali jauh lebih baik daripada kekasih yang tak hendak kat kita tu. Satu pintu tertutup, 10 pintu lagi terbuka okayyy...hahaha (baik punya motivasi!)
Point kedua, ko fikir...kalau ko mati tu kira minah tu bolehlah dapat apa yang dihajati. Ehhh...rasanya tak perlulah ekstrim sampai ko pulak yang terpaksa mati...kenapa tidak ko teruskan hidup and let the girl go laa...haah...kalau jumpa pengganti pun jumpalah. Tak kena mengena kot dengan samada ko hidup atau mati. Ada perkaitan ke? Dia kalau nak mengkhianati cinta kita, tak payah tunggu mati...hidup-hidup ni pun dia tipu jugak la dik oiii...so, don't waste your love la...jangan bazirkan hayat dan kehidupan yang indah ini untuk orang yang tak tahu menghargai. Chill la...banyak lagi benda best yang kita boleh buat...kalau ko rasa persediaan ko cukup, bekalan nak dibawak ke akhirat tu dah banyak...welllll...hemmm...lu pikir la sendiri ya bro!
Rileks bro...rileks...ko takat dibohongi jer kan...tu pun ko dah melolong-lolong mintak nak mati. Pelik sungguh ko ni. Cer pandang sekeliling. Betapa ramai yang menderita. Tu...pelarian-pelarian Syria yang azab dikerjakan tentera kerajaan yang terkutuk tu...punyalah berat beban diaorang. Ko tengok nasib penduduk Rohingya sana...cakap, apa yang diaorang tak lalui? Betapa azabnya diaorang. Nyawa diaorang macam satu sen pun tak de nilai. Dibunuh, ditembak, disiksa macam tu saja. Setakat musibah yang melanda ko ni...tak jadi kudis gatal pun...haishhh...macamana nak jadi pemuda harapan negara ni...baru kena uji sikit dah tumbang.
Betul...memanglah 'di sana' tu kekal dan abadi. Tapi nak pastikan yang kita dapat kekal abadi dalam nikmat Allah tu...bukan boleh setakat buat-buat nyanyi saja. Sahabat Nabi mempertaruhkan bukan setakat harta...malahan nyawa. Yang kita ni nyanyi konon-konon kecewa terus minta mati tu...bukan mempertaruhkan nyawa ye...tu berputus asa. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah sebab Allah tu Maha Pemurah. Maha Penyayang. Kalau nak mati dalam keadaan mendapat balasan yang elok, pastikanlah semasa hidupnya kita ni, kita dah hidupkan hidup kita ini seluruhnya ikut acuan agama. Ikut Allah, ikut Rasulullah. Barulah layak kita nak minta kehidupan abadi yang penuh dengan kenikmatan.
Kelmarin pasal syurga.
Hari ini pasal mati.
Letakkanlah sesuatu itu kena betul pada tempatnya. Hidup ini kena ada pegangan ada pedoman. Tak adalah kita mencampur adukkan perkara sampai dilute tujuan asal hidup kita di muka bumi ini.

Tuesday, January 17, 2017
Terkilan
Hemmm...macam-macam tajuk drama sekarang ye. Sekali tengok je dah rasa semacam. Mungkin cerita ni best kot. Boleh jadi lakonan yang bakal ditayangkan benar-benar bagus dan berkualiti. Mana tahu serba serbi impressive. Bukan nak cerita pasal kandungan drama atau apa, hanya tercetus dalam fikiran Telipuk tentang kesilapan yang kita hanya boleh nampak kalau kita tepuk dada dan tanya iman.
Kalau tepuk dada, tanya selera...semua pun ok.
Kalau tepuk dada, tanya selera...semua pun ok.
Saya faham, mungkin penggunaan kata syurga untuk tajuk ini sekadar metafora...tapi untuk saya , memang tak kenalah. Sebut syurga selaku orang Islam, kita dah tahu apa maknanya. Tempat terbaik di penghidupan akhirat. Syurga bukanlah sesuatu yang kita suka-suka boleh mengaku kita punya. Tak tahulah kalau setakat rumah besar, rumahtangga bahagia tu kita boleh gelarkan syurga...macam tak berapa tinggi standard dia. Sebab syurga dia kekal abadi sifatnya dan lagi pula nikmat yang terkandung dalam syurga tu tak tergambar dek fikiran. Mata tak pernah lihat. Telinga tak pernah dengar.
Syurga...bukan untuk main-main. Pada saya, syurga tidak ada pada kehidupan dunia ini. Apatah lagi untuk orang Islam. Bagaimana mungkin kerana dunia itu sendiri adalah umpama penjara bagi orang Islam. Tempat ujian. Platform untuk ke akhirat. Destinasinya syurga.
Bukan apa, kita risau dengan matlamat akhir orang kita...apakah target hidup mereka? Setakat hidup di dunia ini sahajakah? Kenapa kita berjerih perih memastikan kebahagiaan menjadi milik kita di dunia sedangkan kita tahu dunia bukan tempat untuk melepak senang lenang dan hanyut dibuai anganan. Target kita terutamanya orang Islam haruslah jauh lebih tinggi...kalau Ustaz saya, dia kata sasarkan Firdaus. Rasa nak lemas dek tertelan air liur sendiri sebab macam tak layak sangat-sangat. Ustaz, takat lepas masuk pun jadi ustaz. Tu la kena marah...awak ni, cita-cita kat dunia bukan main besar, ini cita-cita akhirat...tempat kekal abadi. Mintaklah yang lebih baik. Jangan lihat pada kelayakan si peminta...tapi lihatlah kekayaan Yang Maha Memberi...
Bagaimana mungkin syurga itu digandingkan dengan 'tak sempurna'? Saya pun tak tahu nak ulas bagaimana. Mungkin ada yang fikir...you ni entah apa, fikir macam tu...ini maksudnya lain la. Bukan syurga yang tu. Hello...kenapa nak main-main dengan nama 'syurga'? Lepas tu kata-kata, "akan ku tuntut syurga yang sempurna seperti yang kau janjikan untukku"...apakah maknanya? Boleh tuntut-tuntut syurga ye? Bolehkah manusia menjanjikan syurga sesama manusia? Syurga itu hak manusia kah untuk memberi?
Wahhh sister...you ni dah ke lauttt...orang buat cerita saja maaaa...
Sorrylah, I memang tak hip hop, tak berapa rancak. I memang sooo tradisional and tak open minded. Kata 'syurga' itu terlalu suci untuk I, pendek kata tak sesuaiiii. Risau bila nama 'syurga' ini digandingkan dengan cerita yang lagha...hilang kehebatannya bila menyebut 'syurga'. Takut nanti kita tak terkesan apa-apa...tak terliur dengan apa yang syurga sebenar yang Allah tawarkan. Macam neraka juga. Orang boleh sebut main-main...macam kiamat juga...biar dunia kiamat sekalipun konon cintaku tetap padamu...aiii merepek!!! Ko tahu ke kiamat tu suasananya macam mana? Kalau Fudhail Bin Iyad boleh jatuh pengsan dan meninggal dunia hanya kerana mendengar ayat azab neraka Allah...hati kita ni tak tahu lah level apa...cap apa...boleh main-main dengan syurga dan neraka.
Sekali lagi, tepuk dada tanyalah iman.
Monday, January 16, 2017
Taman2 Ilmu
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur ya Allah kerana Engkau permudahkan jalan ini.
Syukur ya Allah kerana Engkau permudahkan jalan ini.
Semoga Allah berkenaan mengurniakan daku kekuatan dan keteguhan jiwa agar dapat Aku melazimi menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu yang diadakan ini. Sesungguhnya iman itu sangatlah berbolak-balik sifatnya, dari itu Aku memohon perlindungan daripada kemalasan, kejahilan dan kedegilan hati ini.
Mencari Kekuatan
Tahun ini saya berazam untuk lebih banyak membaca. Secara khususnya, membaca dan menghabiskan bacaan itu. Kulit ke kulit. Saya sudah terlalu kerap tidak menghabiskan bacaan saya. Kadang-kadang belum habis bab pertama, saya sudah tutup buku. Kononnya nak sambung baca, alih-alih sampai sudah tak terbaca. Hemmm...akibatnya ada banyak buku yang saya beli tapi baca bertebuk-tebuk sahaja. Harapnya tahun ini saya boleh habiskan bacaan yang tergendala itu, dah tak nak bagi alasan menanti masa lapang. Masa akan ada untuk itu kalau itu yang kita mahu. Tapi, kalau dalam kepala tak ada keinginan, sampai bila pun tak ada masa. Betul tak?
Sudah separuh habis bulan Januari, satu buku Ustaz Ahmad Dusuki sahaja yang berjaya Telipuk habiskan. Sadis betul bunyinya kan...tapi baca buku macam ni memanglah, lambat nak habis. Baca satu ayat, termenung. Baca few pages...tetiba rasa nak repeat, terus ulang. Hahaha...kita nak fahamkan mesej yang nak disampaikan, itu belum masuk nak menilai duduk letak diri kita kat mana...jauhhh sangat-sangat jauh...
Alhamdulillah, selesai jugak.
Sekarang Telipuk sedang membaca buku kedua iaitu buku bertajuk "Bahagia Berganda...Dia Mahu Kita ke Syurga" tulisan bersama Dato Dr Mohd Zaini Ariff dan Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Dah habis separuh...pulunnnn! Tapi yang ini pun sama...baca sedikit, termenungnya banyak. Telipuk memang suka buku-buku dan tulisan yang memaksa Telipuk berfikir tentang diri ini. Refleksi diri yang mesti dan harus terus-terusan berlaku. Sumber yang mencetuskan penilaian semula itu banyak, dan menerusi pembacaan adalah antara cara yang Telipuk suka bila Telipuk ada masa untuk duduk-duduk bersendiri tanpa gangguan.
Kadang-kadang boleh menitis airmata berderai-derai.
:)

Bahan bacaan Telipuk memang yang macam inilah sekarang. Ye lah, apa lagi yang kita nak baca. Ilmu-ilmu dunia? Entahlah...kalau Telipuk boleh hadam buku teori ekonomi yang berhabuk dalam almari buku Telipuk tu pun...apalah gunanya maklumat itu untuk Telipuk? Telipuk suka juga baca buku-buku motivasi ...segala Chicken Soup tu Telipuk suka...tapi akhir-akhirnya Telipuk tidak rasa apa yang dipaparkan itu sesuatu yang baru. Sebenarnya semua itu sudah ada dalam Islam. Ada dalam diri dan akhlak Rasulullah. Kemudian Telipuk akan rasa malu sendiri sebab ada satu buku yang paling hebat dan dahsyat kandungannya tapi tak pulak Telipuk berusaha untuk menggalinya. Malu siuttt...itulah kitab Al-Quran. Segala motivasi ada kat dalam tu. Carilah apa sahaja, pasti jumpa jawapannya. Allah berbicara dengan kita hambaNya tapi kita ni sombong dan berlagak pandai. Padahal segala panduan hidup telah dibekalkan tetapi masih mencari yang lain. Menyusahkan diri dan membuang masa. Sedangkan masa tamat semakin mendekat.
Allahuakhbar!
Justeru azam Telipuk untuk hari-hari mendatang ialah cuba untuk tidak putus asa memperbaiki diri Telipuk. Sesungguhnya ada begitu banyak kelemahan yang Telipuk temui. Sekiranya Allah biarkan diri ini Telipuk kendali sendiri...sungguh, Telipuk akan tumbang dan rebah dalam putus asa dan kecewa yang bersangatan. Hari ini Telipuk mampu untuk terus menjalani kehidupan ini seadanya dengan bantuan dan pimpinan Allah. Izinkan Telipuk berkongsikan doa yang sangat indah ini...
Ini adalah doa daripada hadis yang sohih , justeru, baik untuk kita jadikan amalan. Jelaslah, diri kita ini memang sangat memerlukan kepada pimpinan Allah. Hatta walau cuma sekelip mata kuasa pengendalian diserahkan kepada kita, pastilah diri ini mudah terjerumus ke dalam mudarat...kerana
itulah kita mesti selalu minta dan harap kepada penjagaanNya.
Semoga Allah menjaga kita semua.
Amiinn.
Subscribe to:
Posts (Atom)