Tuesday, September 12, 2017

Inspirasi Dari Hati

Ada satu peristiwa penting yang berlaku dalam hidup saya beberapa tahun lalu. Saya katakan ia penting kerana impaknya yang besar dalam kehidupan saya. Sehinggakan saya sentiasa perlu muhasabah diri supaya saya tidak salah perhitungan. Justeru, setiap kali keadaan memerlukan, saya akan sentiasa mencari jalan agar saya bisa menjadi positif dan meraih pahala meski berada dalam keadaan yang sulit (atas ukuran manusiawi saya yang punya seribu satu kelemahan).

Saya tidak berniat memperincikan peristiwa itu kerana ia tidak penting untuk dikongsikan di sini. Yang penting dan patut diberi perhatian ialah bagaimana peristiwa itu membuka minda dan akal saya untuk memperbaiki diri dan keadaan. Acapkali bila kita diuji, kita cepat melatah sehingga kita terlupa kepada Sang Penguji. Kita terlalu fokus kepada keadaan yang datang bersama ujian itu sehingga akhirnya kita menyalahkan keadaan lalu terlupa yang kita sebenarnya diuji. Hanyasanya ujian itu sampai kepada kita menerusi keadaan-keadaan tertentu. Padahal tujuan ujian dan yang menentukan ujian itu datangnya dari Yang Maha Kuasa. Begitulah yang berlaku kepada saya. Bukan tidak pernah diuji, namun ujian yang satu ini barangkali yang paling menggugah pernah saya rasai, pun begitu kala ribut tinggal menjadi sekadar angin sepoi-sepoi bahasa, saya akui ternyata saya mampu mengharungnya. Mengapa tidak? Bukankah Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud :

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"  

Kalau begitu sudah pastilah ujian ini memang mampu saya pikul. Jika tidak, tentulah Allah tidak pilih saya. Hemmm...malahan terasa bangga juga kerana terpilih. Saya, bukan orang itu juga bukan orang ini ...tetapi saya. Namun, bukanlah semudah itu rasa ini ditundukkan pada awal kali menerima libasan pertama. Hampir terduduk juga saya dibuatnya. Betul, tidak mudah. Beberapa kali saya tersasar mengikut saranan Allah dan Rasul disebabkan terbawa-bawa dengan emosi. Meskipun begitu, saya tidak mahu mengalah. Biarlah tewas untuk berapa kali pun, saya tetap sahaja mencuba mencari jalan untuk menggapai hikmah di sebalik segalanya.

Mungkin kerana keinginan dan niat suci saya itu, alhamdulillah, terasa sentiasa dipandu dan sentiasa ada jalan. Alhamdulillah, bukanlah segalanya dari usaha saya bahkan semuanya atas pertolongan Allah. Sebenarnya, bagi hamba, apa yang boleh dilakukan ialah teruskan meminta bantuanNya, tingkatkan ketaqwaan dan perbaiki diri.

Ada begitu banyak inspirasi yang terbit daripada ujian yang satu ini. Semuanya menyakinkan diri saya untuk kekal kuat dan positif. Antara yang paling dekat ialah mati. Ya, inspirasi dari kematian itu adalah sebenarnya ubat yang paling mujarab. Tak usah cakap banyak, tak usah ribut-ribut, sekiranya anda tidak mampu memberi jaminan yang even petang ini pun anda masih bernyawa, maka hentikanlah segala perancangan serta anganan yang tidak membina itu. Terus terhenti segala perbuatan itu. Betulkan, nah...kita begitu sakit hati, begitu susah hati...konon nak buat itu, nak buat ini...tengok-tengok petang ini terbujur kaku jadi mayat...apa macam? Rugiiii sangat-sangat. Rugi sebab buang masa buat benda yang sia-sia, tak menambah pahala bahkan menambah dosa. Padahal kalau duduk diam sabar, berzikir mengingat Allah dan berdoa memohon kebaikan itu tentu saja akan membawa pulangan yang jauh lebih lumayan. Tolong...tolong...tolonglah...jangan buang masa. Perkara itu adalah perkara yang tidak penting langsung untuk dirisau dan dirimaskan setiap masa. Ternyata ia hanya menjadi seperti lalat yang mengganggu konsentrasi kita menikmati hidangan yang lazat...ketepikan ia dan fokuslah kepada perkara yang jauh lebih penting.

Inspirasi lain yang selalu menjadi pendorong untuk kekal positif ialah syukur. Bersyukurlah kerana Allah memberikan begitu banyak nikmat. Jangan dikenang perkara yang kecil itu, sedang perkara-perkara lain yang kukuh melingkari seluruh hidup ini begitu melimpah ruah. Mengapa hendak difokuskan pada satu perkara sahaja sehingga menenggelamkan segala yang baik-baik itu? Tak usah fikir jauh-jauh, nikmat mata dan penglihatan sahaja sudah cukup untuk menidakkan segala keresahan. Manakah yang kamu lebih rela wahai ukhti...Tuhan ambil penglihatan kamu atau Tuhan ambil satu perkara yang kamu bukanlah hilang semua pun? Cer citer! Kamu masih nak berfikir-fikir tentangnya? Bukankah jawapannya sangat jelas...jangankan yang satu juzuk itu kamu sanggup beri, malahan seluruhnya pun kamu pasti sanggup beri sebagai galang ganti kepada sepasang mata kamu yang membolehkan kamu terus melihat, mentafsir, sehingga kamu mampu pula menaip patah-patah perkataan ini tanpa terkial-kial menggunakan mesin Braille. Hebatkan nikmat yang kamu sedang miliki itu? Mahu senaraikan nikmat-nikmat yang lain? Bagaimana dengan nikmat pulih dari kecederaan kaki yang membuatkan kamu sukar berjalan itu? Tak mampu kamu luahkan bukan?

Inspirasi lain...owhhh...terlalu banyak sehingga akhirnya saya menjadi malu sendiri. Malu sebab melatah tak tentu pasal . Allah nak beri begitu banyak kebaikan, saya pula berkelakuan macam orang bodoh. Yes, I think I was stupid back then. Sebab itu, apabila ada masalah, cepat-cepatlah rujuk kepada manual teragung manusia...sudah tentu ianya Al-Quran. Di situ ada segala jawapan kepada segala persoalan. Tiada keraguan! Tapi ya, saya hanyalah manusia biasa, adakalanya saya masih memerlukan untuk bercakap dengan insan-insan yang saya percayai. Bukan untuk meminta mereka menghilangkan kesusahan saya, tetapi hanya nak berbual ...mungkin satu bentuk pengukuhan dan mahu menyakinkan sisi manusiawi saya. Hahaha...macam-macam alasankan?

Errr...sebenarnya saya pun tidak berani hendak mengatakan yang saya dah overcome semua ini sebab ada masa-masa tertentu, tanpa dipinta, sesuatu akan menjentik dan menggeletek perasaan serta emosi saya. Yang termampu saya lakukan setakat ini ialah menahan diri. Kalau terasa nak bercakap, saya akan tahankan supaya tidak keluar perkataan yang boleh menjadi pencetus kepada situasi yang tidak elok. Kalau boleh divert perhatian kepada perkara lain, saya akan buat begitu...spontaneously. Dan yang penting, selalu ingatkan diri yang "anda begitu berharga"...hahahaha...jadi jangan senang-senang menzalimi diri dengan perbuatan-perbuatan yang menjauhkan kita dari Allah.

Fuhhh...begitu sebenarnya kan. Sentiasa yakin boleh buat dan bergantung haraplah kepada Allah. Dia menulis skrip untuk kita, jangan risau bagaimana nak keluar daripada adegan yang merimaskan tetapi focus untuk mendapatkan happy ending cerita hidup kita di dunia ini. Itu jauh lebih penting. Chill!






Monday, August 21, 2017

Menyampaikan Hajat

Semalam, dalam renyai hujan, saya gagahkan diri memandu demi memenuhi sebuah janji. Perkataan gagahkan itu saya gunakan kerana kalau ada pilihan lain, saya lebih suka tidak keluar ke mana-mana. :)

Asal ceritanya, nak bawa Mak makan satay kegemarannya. Sepatutnya, acara berlangsung pada malam Ahad ketika kami sudah berada di Bayu. Namun, entah kenapa mengenangkan jalan keluar/masuk parking Bayu yang kadang-kadang menerbitkan rasa tertekan itu, saya batalkan rancangan. Jadi, sudah tentu pada hari Ahadnya agenda satay ini belumlah hilang. Sebagai anak, perasaan kita untuk memenuhi keinginan ibu pastinya menjadi keutamaan. Selagi tidak dipenuhi, selagi itulah terasa diburu rasa bersalah yang amat. Saya tahu Mak tidaklah mendesak, tetapi untuk saya katakan tak payah pergi...owhhh tidak sekali-kali. Jadi, jom kita pergi juga.

Atas faktor tahu tempat dan ketersediaan parkir, saya memilih untuk memandu ke Taman Melati. Di situ, terdapat sebuah cawangan satay Kajang Haji Samuri. Betul-betul di tepi MRR2. Selesai maghrib, kami terus ke sana sebab saya tidak membuat tempahan meja untuk kami yang cuma bertiga. Mengikut firasat saya, selagi boleh sampai sebelum 8 lebih, in shaa Allah, ada parkir dan ada tempat duduk. Traffic agak sesak di sepanjang Jalan Genting Kelang, justeru saya hanya berjaya tiba di destinasi sekitar jam 8 suku. Alhamdulillah, dapat tempat letak kereta yang tidak begitu jauh dari restoran Hj Samuri dan dengan tidak memilih meja, terus kami ambil meja kosong berdekatan cashier. Kalau orang lain mungkin pilih yang jauh sikit sebab tak nak orang ramai yang queue kat kaunter pandang kita yang dok gigit satay kan...tapi saya malas nak fikirkan tentang tu, terus jer cop tempat tu.

Jarang sebenarnya saya makan satay ni sebab anak-anak lebih suka fast food. Untuk Mak saya pesan satay daging sebab Mak tak makan ayam.


Dan untuk saya dan Aiman, dah tentulah satay ayam beserta sepinggan nasi ayam, pesanan tambahan dari Aiman. Mujur tak perlu menunggu lama, dalam 10 minit macam tu dah dapat apa yang kami pesan.


Alhamdulillah, selamat perjalanan pergi dan balik...cakap macam tu sebab saya ala-ala tak berapa sure jalan dan simpang...ditambah pula suasana malam yang membuatkan payah nak cam tempat...Happy dapat tunaikan keinginan Mak. Itu sahajalah yang mampu buat.







Friday, June 02, 2017

Kuat di Dalam

Saya seorang perempuan yang kuat. Dari kecil lagi memang sudah biasa buat kerja-kerja berat. Biasa mengangkut berbaldi-baldi air dari telaga ke dalam rumah disebabkan ketiadaan bekalan air untuk kegunaan rumah. Setakat beras 10 kilo pun saya boleh angkat selamba. Beberapa kali trip pun boleh buat. Itu belum masuk kerja-kerja membantu ibu dan ayah di sawah. Bayangkan nak bergerak dalam keadaan sawah yang digenangi air serta tanah jenis liat dan berselut yang menyukarkan pergerakkan. Memang bukan satu kerja yang mudah untuk menarik satu persatu longgokan sisa rumput dan jerami untuk dihimpit naik ke batas. Namun bila sudah alah bisa tegal biasa, setiap tahun saya tak pernah culas turun membantu. Mungkin nak kata sekuat Badang itu memang menipulah, tapi lebih kepada jadi kuat sebab keadaan hidup. Lagipun memang tak sampai hati membiarkan cuma emak dan ayah membanting tulang di sawah.

Saya memang seorang yang kuat sebab tak ada ramai kawan sepanjang masa persekolahan tetapi masih survive dan sangat jarang sekali ponteng sekolah. Saya seorang yang tak kisah siapapun nak berkawan, dan tak suka menghadkan kenalan hanya dengan ciri-ciri tertentu. Jadi, sudah semestinya saya tidak mampu masuk berkawan dengan geng elit sekolah sebab saya cumalah seorang anak pesawah. Menariknya saya bukanlah juga seorang yang pandai dalam pelajaran atau aktif bersukan. Juga tidak punya apa-apa kebolehan istimewa atau bakat kepimpinan. Tak pernah sekalipun dilantik memegang apa-apa jawatan apatah lagi berangan nak jadi Pengawas walaupun sangat teringin merasa mengenakan tali leher dan kot. Adalah lebih logik kalau saya terjerumus dalam kerja-kerja ponteng kelas atau ponteng sekolah sebab mungkin cikgu pun tak begitu perasan kehadiran saya. Namun itu tidak terjadi. Saya tetap tanpa gagal menghadirkan diri ke sekolah walaupun terpaksa berjalan kali 500 meter melalui lorong semak dan deretan pokok pisang seawal subuh lagi untuk keluar ke jalan besar menunggu van sekolah. Mungkin hati saya tidak menyukainya namun saya tiada kekuatan untuk menyakiti hati emak dan ayah yang bertekad mahu saya belajar di sekolah yang jauh. Sekolah yang kata ayah, lebih baik. Alhamdulillah, berkat doa mereka saya sentiasa berjaya menempatkan diri dalam kelas nombor satu kecuali ketika darjah satu dan darjah tiga sahaja. Itupun kelas kedua terbaik sahaja. Walaupun dalam kelas-kelas tersebut, tak adalah saya menghuni 10 tangga teratas. Memang agak ajaib mengenangkan kecekalan saya untuk menyelitkan diri dalam sekolah itu, mencari sebab untuk terus kekal relevan sebagai pelajar di situ dan belajar banyak perkara yang seterusnya memantapkan perwatakan saya.

Sebenarnya, kehidupan itulah yang menjadi guru dan platform pengajaran hidup terbaik. Namun, ianya pasti bergantung kepada manusia itu sendiri, bagaimana seharusnya dia mengaplikasi pengajaran tersebut dalam hidupnya.

Kehidupan ini adalah sekolah saya. Di mana saya hari ini dan apa tindakan saya dalam mendepani cabaran kehidupan yang silih berganti sukar dan senang itu, semuanya saya tangani seadanya berdasarkan apa yang saya mampu pada dan ketika itu. Ada juga saatnya saya buntu tak tahu nak buat apa bila dihadapkan dengan perkara yang saya tiada pengalaman menanganinya. Kekuatan yang ada pada saya ialah barangkali, kalau boleh saya kongsikan ialah kesedaran bahawa setiap apapun yang berlaku , semuanya adalah dalam pengetahuan Allah. Hak Allah belaka. Soal samaada cepat atau lambat saya menghadam kenyataan itu, hal kedua. Bukan semua benda kita bingkas boleh menerima berlaku kejadian seumpamanya dalam hidup kita...adakalanya kita perlukan masa. Saya pun macam itu dan saya tidak pernah menyalahkan siapa-siapa...saya akan fikir begini, kita semua ini adalah manusia yang lemah, yang tak pernah sunyi dari salah dan silap. Makanya, apakah yang lebih baik untuk saya lakukan selain bermasam muka, bermuram durja atau memprotes? Kenapa nak kusutkan kehidupan yang sepatutnya saya lalui dengan gembira dan bahagia kerana kesilapan orang lain? Akhirnya kita akan mengerti bahawa, setiap kita ini punya pilihan. Awak pilih yang itu. Dia pilih yang itu. Saya pilih yang ini. Masing-masing telah membuat pilihan atas pertimbangan masing-masing. Bukan urusan saya untuk menghukum pilihan masing-masing. Untuk saya, saya pilih apa yang membahagiakan saya dan senang untuk semua orang. Ada yang tak setuju kerana mereka merasakan saya telah terlalu banyak mengorbankan diri lalu mereka memandang saya penuh simpati. Maaf, saya tidak bersetuju dan tolonglah jangan bersimpati dengan saya. Awak mungkin nampak ini merugikan saya tetapi inilah jualbeli yang saya ada dengan Tuhan saya...setiap apa yang saya ingin lakukan, saya pastikan ianya tidak mengikut kemahuan nafsu saya sebab itu acapkalinya ia terasa sukar kerana nafsu memberontak. Namun, saya harus cekal kerana kehidupan ini hanyalah sekali dan saya lebih rela membuat keputusan yang betul walaupun sukar daripada senang namun hasilnya salah sebab saya mahu menjadi seorang yang menjiwai watak seorang hamba. Saya hamba Allah dan ikut suka Allahlah hendak buat saya macamana. Manusia tak boleh melemahkan jiwa saya hanya kerana sedikit rasa sedih, dan takut yang mereka timpakan.

Awak...kenapa awak sedih dengan pilihan saya? Saya seorang yang kuat, bukan? Awak patut bergembira untuk saya. Jangan pandang apa yang ada di hadapan ini untuk dunia saya tetapi lihatlah apa yang Allah janjikan untuk saya di akhirat nanti. Janganlah awak berdukacita hanya semata-mata awak merasakan saya 'lembik' , sering dibuli dan perlu dibela. Jangan! Simpanlah perasaan itu atau buangkan ia jauh-jauh. Saya bukan begitu. Sebaliknya saya seorang yang 'licik'. Percayalah , saya tidak membuat semua ini demi mereka-mereka sebagaimana yang awak fikirkan...tindakan saya ini hanyalah semata-mata demi kepentingan saya. Percaya atau tidak, saya telah menjadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri. Saya mahu mendahulukan kejayaan saya di kemudian hari. Saya tak kisah membuat 'pelaburan' seperti ini. Apa sangatlah sekeping hati dan seribu perasaan yang hanya mengacau bilaukan logik akal, berbanding ketenangan dan kebahagiaan yang abadi. Sungguh saya sama sekali tidak  akan memperjudikan nasib saya di sana. Biar saya susah sekarang, asalkan saya senang di kemudian nanti.

Tolong percayakan saya. Dan berjanjilah untuk sentiasa mendoakan saya, sahabatmu yang kuat ini.

:)

Tuesday, May 09, 2017

Bertahanlah

Kupasan yang menarik untuk kelas tasawwuf tidak berapa lama dulu. Tentang jangan berharap kepada sesuatu selain Allah. Bukan tak pernah bersua dengan nasihat sebegini, tetapi kebiasaannya ianya sekadar singgah sekejap di hati, kemudian insan lemah ini akan lupa. Hati mungkin mengiyakan namun perbuatan seolahnya bercanggah. Lalu merungut mengapa terasa jauh dari Allah...

Kebiasaannya bila kita ditimpa sesuatu musibah, sesuatu ujian...siapa yang kita cari dulu? Contohnya kita dianiayai seseorang, walau kita tahu yang Allah itu sentiasa ada untuk kita, kita selalunya mencari sahabat handai yang dipercayai untuk meluahkan perasaan. Jarang sangat kita tak memperkatakan tentangnya dengan manusia. Ya, kita selalu alpa dan ambil mudah. Kita rasa Allah yang Maha Mengetahui itu tidak perlu diberitahu lagi...jadi kita sibuk meraih simpati sesama insan. Alangkah tersilapnya kita...alangkah tersilapnya Telipuk...huhuhu...

Mukadimah kelas tempohari, imbasan semula tentang bagaimana sunnatullah itu berjalan di mana antara peraturan alam yang kita tahu ialah bahawasanya setiap sesuatu itu Allah jadikan ia berpasangan. Contoh, malam pasangannya siang. Terang pasangannya gelap. Suka pasangannya duka. Begitulah seterusnya. Begitu juga, perlu kita ingat susah itu pasangannya senang. Maka, apabila kita ditimpa kesusahan, ajarkanlah fikiran dan tanamkan keyakinan bahawa pastilah yang akan menyusul nanti ialah kembarnya susah iaitu senang. Jangan terusan menjadi manusia yang bersikap gelojoh. Bila susah bagai tak keruan lagi tak sabar berdoa dan meminta supaya segera diangkat kesusahan itu padahal kalau sahaja kita bersabar, pastilah setiap detik ketaatan itu menjana pahala yang melimpah ruah, tiada batasannya.

Di dalam Al Qur’an, Allah ta’ala berfirman :

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan dipenuhi pahala mereka dengan tiada hitungannya.” (Az Zumar: 10)

Subhanallah! Hebatnya pahala sabar itu...

Bila susah, jangan mengadu kepada orang lain. Yang datangkan kesusahan itu ialah Allah, bukan orang yang tak boleh selesaikan masalah kita.

Justeru, betulkan persepsi. Jangan sempitkan fikiran. Tasawwuf mengajar kita untuk memahami kesusahan dan kesakitan itu. Merasainya dan kemudian belajar untup serap rasa susah/sakit itu (absorb). Apabila ianya kita lakukan, maka, in shaa Allah kita akan mampu mendepaninya. Bila kita faham dan tahu apa yang nak kita expect/harap.

Bila susah, ingatlah yang Allah itu Maha Pengasih dan Maha Mengetahui. Dia yang memiliki segala-galanya dan amat mudah untukNya melakukan apa jua. Jadi, jangan takut. Jangan sedih. Kenanglah segala nikmat yang pernah dan telah kita nikmati dengan banyaknya tanpa kita perlu minta. Tak ada siapa pun yang bangun pagi tak cukup udara untuk disedut (dalam keadaan sihat biasa)...pasti cukup oksigen disediakan sampai kita terlupa nak bersyukur dek segalanya sudah auto dapat. Itu pun sudah satu nikmat yang sangat besarnya, nikmat hidup yang memberi kita peluang dan ruang untuk menambah amalan supaya kita tidak menjadi orang yang rugi.

Ingatlah juga bahawa susah itu ialah pintu untuk mendapat redha Allah.

Akhir kata, kita pun ada peribahasa yang bersesuaian iaitu "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian....bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudaian".

Kalau tak boleh jugak, tanya diri kita nak yang mana...kesenangan yang sementara (memanjang senang di dunia...padahal dunia itu sementara) ataupun kesenangan yang berkekalan (tak apalah susah sedikit di dunia, janji kita bahagia di akhirat yang kekal abadi).

Tepuk dada, tanyalah iman.

Wednesday, May 03, 2017

Dari Tanah Pulang Ke Tanah

Telipuk ingin mengongsikan di sini sepotong ayat terakhir dari Surah An-Naba (Surah 78) yang maksudnya dikupas oleh Ustaz baru-baru ini.



Terjemahan berbunyi :

"Sesungguhnya Kami telah peringatkan kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata : "Alangkah baiknya andainya dahulu aku menjadi tanah".

Kata Ustaz, ada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan yang orang kafir ini apabila mereka melihat dahsyatnya azab Allah, mereka berharap mereka akan bertukar menjadi tanah supaya mereka tidak kembali merasakan kepedihan siksaan Allah yang amat pedih itu. Kerana, nanti bila di sanalah, mereka akan betul-betul yakin kerana melihat dengan mata kepala sendiri dan merasai betapa benarnya apa yang telah disampaikan kepada mereka oleh Rasul-rasul Allah. Maka di kala itu, mereka berharap biarlah mereka menjadi tanah sahaja.

Pendapat yang kedua pula, apabila orang kafir melihat kedahsyatan azab Allah, mereka berharap mereka bertukar menjadi tanah bukan pada saat itu sahaja bahkan berharap mereka tak pernah menjadi manusia sebaliknya menjadi tanah bermula dari awal kejadian lagi kerana dengan yang demikian mereka tidak perlu dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan mereka.

Betapa mereka sanggup menjadi tanah. Tanah yang dulunya mereka injak dan pijak-pijak dengan angkuh. Mereka sanggup menghinakan diri semata-mata tak sanggup menghadapi siksaan Allah. Alangkah sia-sianya segala amalan mereka, bahkan tiadalah berguna barang sedikitpun penyesalan itu kerana segala-galanya sudah terlambat.

Sekiranya kita tidak mengambil iktibar di atas perkhabaran yang dinyatakan dalam sepotong ayat ini tentang bagaimana manusia menyesali tindakan mereka ketika di dunia dengan melupakan hari pertemuan dengan Allah, ternyata kitalah yang menzalimi diri sendiri dengan tidak melindungi diri kita dari bakaran dan azab neraka Allah.

Mencari Rentak

Ini cerita penghujung bulan lepas. Telipuk dah plan nak buat satu entri tapi seperti selalunya, bukan tak cukup masa yang Allah bagi tapi sendiri tak pandai menguruskannya, maka menjadilah ia sebuah entri tertunda.


Ini adalah satu program yang berhasrat untuk memupuk minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia. Telipuk ingat ada program khas, jadi Telipuk pun bersemangat pergi perpustakaan yang terdekat iaitu Perpustakaan DBKL cawangan UTC,Bandar Baru Sentul. Bila sampai kat sana...lengang jer...adalah 8 orang , termasuk pak guard dan pustakawan bertugas.



Telipuk pun dengan ramahnya bertanya , "tak ada program khas ke di sini sempena kempen membaca 10 minit tu/"?. Lalu diberitahu yang acara kemuncak dibuat di Perpustakaan Kuala Lumpur di Jalan Raja...oooo...gituuuu. Hek elekkk...Telipuk ni, kalau nak membaca pun nak galamer-glamer jugak ke baru bersemangat nak membaca? Bukan ke membaca itu wajib? Bukanlah macam tu. Cumanya, macam teruja jugaklah nak join walaupun benda tu taklah segempak konsert Jom Heboh...sebab kebetulannya Telipuk dapat bercuti hari tu...budak-budak pula kat sekolah...wahhh peluang baik nih. (Setakat kat library yang orang tak pi tu...mendeeeeee...la ko ni...).



Tapi nak ceritalah...dah lama rupanya Telipuk tak jejak kaki ke sini walaupun cuma within walking distance je dari rumah. Bila sampai tu, teruslah Telipuk minta borang keahlian sebab dalam kepala Telipuk tentulah keahlian dah luput sebab tak bayar yuran tahunan dah bertahun. Bila pustakawan nak create profile, tengok-tengok dah ada ID...masih member weiiii...hahahaha...so, tak yah buat keahlian baru. Nak hidupkan just bayar jerlah yuran tahun 2017 ni...which is just RM10...fuhhh...senang kerja. Mengikut rekod, kali terakhir Telipuk pergi ke perpustakaan ialah pada tahun 2014...hahahaha...ehh...yelah, sampai memang tak dalam 3 tahun gitu...tapi sebab kat rumah tu buku-buku sendiri pun banyak lagi tak baca...

Dah alang kepalang kat sana, Telipuk pun ronda-ronda cari buku dan meminjam. Ahli biasa dapatlah pinjam 3 buah buku untuk tempoh selama 2 minggu. Kalau nak banyak (dalam 7 buah) boleh ambil keahlian seumur hidup dengan bayaran RM150 kalau tak salah. Tapi yelah, zaman sekarang ni bahan bacaan banyak dan senang diperolehi, jadi memikir jugaklah nak jadi ahli seumur hidup. Lainlah kalau kita ni rajin nak merujuk kepada banyak buku-buku untuk apa-apa tugasan...which is setakat ini tak nampaklah akan berlaku dalam bidang perkerjaan Telipuk. Sekarang Telipuk cuma membaca untuk memenuhi masa terluang Telipuk sahaja dan bila-bila Telipuk nak baca buku-buku yang Telipuk cuma perlu baca sekali dan tak ada hati nak simpan.

Okaylah, apa pun Telipuk mengaku yang Telipuk tak begitu banyak membaca berbanding zaman dulu-dulu, dan perasaan itu mencengkam-cengkam sebab anak-anak cuma gemar dengan komik...aduhh...

Friday, April 07, 2017

Pantang Dengar

Saya dah agak dah , ini mesti bank yang call bila nampak ada missed call dari nombor yang tidak saya kenali. Namun sebab saya faham yang adalah tidak praktikal untuk simpan semua nombor melainkan orang yang biasa kita hubungi, kaum keluarga serta kenalan rapat - maka bila telefon berbunyi lagi dengan sangkaan baik saya sambut juga. Mengharapkan yang memanggil itu seseorang yang ada urusan kerja. Hempphh...sohih, orang bank bila si pemanggil memperkenalkan diri dan bank yang diwakili.

Saya dengan jahatnya berkata..."Oooo...xxx(nama bank), nak jual apa pulak hari ini?". Wahhh...tetiba kannn. Si pemanggil pun menjawab, "Ishhh...tak adalah menjual Puan Azni (hahhh...ni akak marah ni...ko cakap konon ini personal call, nama aku pun tak betul). "Saya nak bagi penerangan ni tentang promosi yang kami adakan hanya untuk pelanggan-pelanggan kami yang terpilih". Ewahhh!!! (Ni patut kena rasa bertuah la kan...ahaks).

Saya pun jawab ikut skrip biasa, "Ok tak apalah, saya tak berminat". Suara elok baik je sebab kesian kan, bukan kita menyampah dengan dia...kita menyampah dengan bank yang amat gigih menawarkan itu dan ini. "Tapi Puan..."...haaahhh...dia buat dah...dia buat dahhh...". "Tak apalah, saya betul tak minat ni". Si mamat pun dengan penuh keyakinan tega menyatakan, "Kami nak tawarkan kepada Puan satu plan yang menarik yang mana...". Kan dah kata tu...kata tak nak jual...caittt. "Kan saya dah kata saya tak minat". Terus akak potong baik punya. Si mamat dengan tak berputus asa, "tapi kami nak bagi pampasan bernilai RM700,000...".

"Tak minatlah! Ok terima kasih.

Si mamat pun terkedu.

Dengan saya jangan cakap berapa awak boleh bagi....waima 5 juta sekali pun saya tak minat.

Waaahhhhh! Setakat dapat 700 ribu selepas aku mati apa yang hebat sangat kannn...entah hapa-hapa. Itu bukan hebat...itu insulting namanya. Pantang betullah. Seriously, I am not into preparing much for something I know I will leave behind. I would like to leave behind a good memory for my loved ones and just some assets which I can't take along...that's all. Saya tahu anda semua buat kerja, jangan risaulah...dirakamkan bukan percakapan kita...it's not your fault! Bila saya kata saya tak minat, take it seriously ya...sebab kesian awak buang masa dengan saya padahal awak boleh gunakannya untuk cuba pelanggan lain yang mungkin berminat.

Sekian, sekadar luahan rasa saya di petang ini...untk pedoman para salesman di luar sana...hahahaha...