Friday, December 22, 2006

Mengenang Cabaran Keibubapaan

Sukanya...sukanya...sssuuuuukkkkaaaaa sesangattttt!!! Tahu kenapa? Sebab...., hari ini adalah hari kerja yang terakhir sebelum aku dapat bercuti panjang...wellllll....tak lah panjang sangat, tapi cukuplahhhh. Cuti hujung minggu, disambut cuti hari Natal dan sambung 2 hari cuti tahunan. Ohhh...bahagiaanya. Harap-harap dapat balik kampung tapi hubby macam tak buat plan jerrrr!!! Tak kisahlah, yang penting ada banyak masa untuk "overhaul" rumah tu....tahulah sinki pun dah macam berkarat jer...nak polish tak sempat-sempat. So, I really look forward to this upcoming long holiday. Banyak bendalah nak buat rasanya...tapi tak tahulah kalau semuanya setakat tinggal perancangan, almaklumlah, dengan dua budak lelaki yang sedang lasak dah tentu tak menang tangan.

Seronoknya kalau tak payah kerja...he...he...he....tak payah risau nak tinggal anak dengan siapa. Rasanya semua ibu-ibu pun macam tu, kalau boleh nak tengok anak-anak membesar depan mata. Tapi realiti hidup di zaman serba maju dan moden ini, wang adalah medium kehidupan yang penting. Demi menjamin kelangsungan hidup, apatah lagi di kota macam Kuala Lumpur ini, kenalah berkorban. Ibu dan ayah kenalah bekerja. Nak kata kaya tu tidaklah, tapi sumber pendapatan daripada dua orang ini menjamin kehidupan yang lebih selesa. Lepaslah kalau sekali dua nak merasa pergi bercuti atau makan di luar tu. Adalah lebihan sikit untuk buat pilihan yang lebih baik demi keselesaan sekeluarga.

Tapi walau sesibuk manapun bekerja, ibubapa kena luangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Bila dua-dua kerja, jarang ada masa untuk anak-anak, jadi, bila ada kesempatan, pastikan anak mendapat perhatian sewajarnya. Umum mengetahui implikasi rumahtangga yang tidak dibaja dengan baik, macam-macam anasir luar yang negatif boleh menular masuk. Apabila anak-anak tidak mendapat perhatian ibubapa, mereka akan beralih kepada kawan-kawan. Pengaruh kawan-kawan ini kebiasaannya menjadi lebih kuat dari masa ke semasa sebab anak-anak menghabiskan masa yang banyak bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Di sinilah pentingnya bagi ibubapa mengenali siapakah kawan anak-anak mereka. Kalau boleh kenal ibubapa kawan anak lagilah baik. Ada check and balance. Apapun perkara di atas adalah hasil pengalaman melihat kawan-kawan membesarkan anak-anak mereka. Harap yang baik dapat dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Insyaallah.

No comments: