Malam menjelang 21 Oktober itu, saya berbual panjang dengan emak di ruang tamu. Banyak kisah-kisah yang kami bualkan. Termasuk benda-benda yang saya selama ini tak tahu. Macam sesi luah perasaan juga. Hahaha...Barulah saya tahu, kenapa saya macam ini...sebab saya macam emak saya juga. Semuapun simpan di dalam. Emak juga seorang yang sangat penyabar. Saya tak pernah jumpa manusia lain yang sabar macam emak dalam hidup saya. Kemudian saya gelakkan diri saya sendiri sebab emak pun rupanya 'tak boleh tahan' dengan tahap kesabaran saya. Hahaha...itukan saya dapat daripada emak juga, kan?
Oh ya, saya juga baru tahu yang saya ini awalnya emak 'tak mahu'. Kiranya anak yang emak pernah berharap tak mahu lahirkan. Jangan salah sangka pula. Ceritanya macam ini...
Selepas emak melahirkan kakak saya, dia dikesan menghidapi sejenis penyakit yang menyebabkan ada ketulan di bahagian atas dada. Jadi, keraplah emak keluar masuk hospital mendapatkan rawatan. Mungkin rezeki Allah beri cepat, ketika kakak baru beberapa bulan, emak telah disahkan mengandung lagi. Emak punyalah takut masa tu...maklumlah, anak kecil lagi. Lepas tu risau nenek bising, pasal tak reti 'jaga'. Kiranya masa itu emak cuma terfikirkan tentang masalah dan kesulitan. Tahu apa emak saya buat? Hahaha...dia makan segala nenas muda, segala benda tradisional yang dikatakan boleh menyebabkan kandungan gugur...adoi..'kejamnya' mak!!! Malahan masa dia kena jalani pembedahan dan makan segala jenis ubat pun, dia tak pernah maklumkan pada doktor yang dia mengandung. Dia ingat kandungan ini tak dapat bertahan.
Tuhan Maha Kaya, segala 'usaha' mak tak menjadi. Betullah , kalau sudah ketetapanNya...masa perut dah besar, emak mula la naik risau...yelah, kot-kot tercacat le pulak budak dalam ni, maklumlah macam-macam benda 'tak berkhasiat' di sumbat. Orang mengandung minum soyalah, epallah...dia pi telan entah hapa-hapa. Syukur alhamdulillah, tiba masa melahirkan, memang mudah sangat...dan saya keluar dalam keadaan sihat walafiat, tak ada cacat cela. Cuma saiz kecil je...hahaha...(la ni tengok!!!).
Sebenarnya saya ada 'saudara kembar' lain perut tau! Namanya Sabariah. Anak mak cik Salasiah, orang kampung saya yang juga ada bau-bau bacang dengan keluarga kami. Dia dan emak sama-sama mengandung masa tu. Sama-sama pergi klinik. Cuma masa pagi Selasa tu, ayah berjaya 'rembat' bidan tersohor kampung kami untuk mak, manakala bapa Sabariah terpaksa berpuas hati dengan bidan lain tahap junior hahaha...berebut-rebut angkut dengan basikal tahu! Walaupun dapat bidan yang best, bidan tu tak sempat buat apa-apa, sebab seelok mak melangkah naik ke rumah tok dan merebahkan badannya, Aku terus keluar macam tu je...senangnye! Cesss...kan best kalau Aku dapat warisi bab melahirkan mudah tu, satu team bolasepak pun Aku sanggup! kakakakaka...
Hemmm...begitulah ceritanya. Yang emak cerita dalam genangan air mata. Bukan senang mengimbas masa lalu. Dan bila melihat apa sumbangan masa lalu dan tempatnya di era masa kini, barulah kita dapat lihat dan ambil serba-sedikit pengajaran...juga membantu untuk faham beberapa perkara lain meski masih dalam perspektif diri yang masih terhad.
Apapun syukur atas segala-galanya. Terima kasih kepada saudara, sahabat dan handai taulan yang menitipkan ucap selamat dan doa. Tahun ini mencatatkan kenangan yang tersendiri. Memang luar biasa! Doakan supaya saya dapat terus beristiqamah dalam perjuangan hidup saya ini...itu yang saya paling harapkan. Macam Ustaz kata, ajal tidak boleh dilewatkan tetapi umur boleh dilanjutkan. Macamana tu? Insyaallah, nanti bila-bila saya dapat kekuatan, saya akan nukilkan di sini untuk peringatan.
Salam pagi Jumaat yang indah buat semua...semoga kebahagiaan menjadi milik anda.
4 comments:
He..he..he.. ye ke hang dilahirkan kecik.. cam tak percayer jerk..
Anyway hepi besday, may Allah blessed your life..
Hahaha...kecik ikut saiz kami la weiii...kecik ikut saiz ayam serama, memanglah rasa impossible...whuahahaha....
Ye tak ye jugak ekk.. Ya la kan, kalau sorang mamat ni kaum Aad, mestilah mak pak dia tetap akan kata 'keciknya baby aku nih..'
Tau tak pe...hehehe
Post a Comment