Iya, selagi lalu...selagi ada selera nak 'telan', jalan je. Nak kata ada motif pelik-pelik tu memang tak ada. Tapi nak kata tak de motif pun tak boleh juga. Kira, ada motif dan motivasi dalaman cuma ianya tidaklah seperti sangkaan kebanyakan orang. Sebetulnya Telipuk pun tak sangka sebab ingatkan memang dah terpadam api asmara eh..eh..eh...rupa-rupanya masih berbara hahahaha. Tu la betul orang kata, kalau dah selalu tengok, selalu hadap...lama-lama berkenan. :)
Sejak anak sulung Telipuk buat diploma kat sana, memang Telipuk kerap ke Kuala Kangsar. Lagipun sejalan nak balik kampung, sambil menyelam sambil minum air la macam tu. Kemudian, bila habis diploma anak sambung ijazah pula. Ingatkan nak tarik keluar join institusi dekat sikit...tapi dia kata dia lebih selesa di sana. Dah biasa. Masa tu lah mak dia terpikir...alang-alang anak belajar kat sini, why not join sekali? Untung-untung boleh berkongsi pentas graduasi. Senangnya ko buat decision kan Telipuk...ye la, nak juga merasa terima ijazah dari Sultan negeri sendiri kannn...
Teruslah Telipuk usha online application. Eh macam senang je...macam tu je ke apply? Isi punya isi main klik hantar. Haiii kat situlah bermula kesilapannya. Apa yang silap? Standardlah...dah paham sangat, jenis impromptu main belasah ni memang bakal mengundang masalah. Bila dah selamat diterima segala, dah selamat buat kad matriks bagai bermulalah sesi menanti kehadiran SV. Ku pikirkan biarlah universiti yang tetapkan, serah je kat budi bicara unit pasca. Rupanya eh boleh pilih dan tentukan ye. Hahahhaa....bengonggg. Patutlah bila lecturer kat universiti lama yang jadi referee Telipuk tanya, why USAS? Mujur Telipuk terus ada idea jawab , "blue ocean strategy!"...Dipendekkan cerita, akhirnya setelah beberapa ketika mencari dan mencuba memahami, tahulah Telipuk yang ada cara yang lebih baik untuk menyambung pelajaran di peringkat kedoktoran. Kena ada perancangan beb, bukan main terjah je! Padan muka hanggg!
Sepatutnya, bak kata Dr Arman yang kelasnya Telipuk ikuti secara maya, kena tahu dah kita ni nak buat research apa...nak buat kat mana dan SV nya siapa...tentukan siap-siap. Cadangan kajian pun dah siap, bila jumpa bakal SV untuk meminang tu, kawtim terus. Tanya pendapat dia. Boleh on ke tak on, apa nak ubah...hanya bila semua dah settle, barulah ko daftar nak buat PhD tu. Jadi, idoklah membuang masa macam Telipuk ni, dah masuk sem 3 baru terhegeh-hegeh nak submit RP. Sebab baru la reti nak buat. Kalau sebelum daftar dah spend masa selesaikan, senang la, tak de la baru nak belajar itu ini. Boleh terus buat proposal defense. Ini awak santai-santai...maklumlah part time kann..boleh buat within 7 years...Masa sem 1 bagi alasan sibuk sebab bawak 2 paper. Eh kita ingatkan biarlah settle buat coursework dulu...padahal boleh je time tu uruskan pencarian topik dan buat LR. Alaaa...masa tu kita tak paham lah. Kita ingatkan kena tunggu ada SV dulu, nanti dia bimbing dan tunjuk apa steps nak kena buat. Bila jumpa SV first time masa sem 2, terkebil-kebil sebab SV terus tanya awak nak buat tajuk apa. Hahahaha...ku pikirkan ada sesi perkenalan dulu hihihihi. Sudahnya sepanjang sem 2 , Telipuk blur mencari topik, tiap-tiap hari pikir weyyy...almost nak give up especially bila SV bagitau next sem dia pindah universiti lain ...ko rase??? Lost weyyyy! Mujur SV2 sudi mengambil alih. Dia minta Telipuk buat dan submit RP by mid-sem 3 . Telipuk angguk-angguk yakin. Sebab teringat kawan kata, SV ni bukan kerja dia nak suruh kau buat itu ini...kau yang kena cari dan gali semua. Dia ada untuk guide saja. Jadi tak moleklah nak tanya benda-benda remeh kalau sendiri yang belum tahu, baik cari dulu maklumat tu. Takkan nak tunggu SV suap satu satu, ye tak? Begitulah sem 2 berlalu.
Pelik kan bila rasa masa semakin pantas berlalu semenjak Telipuk sambung belajar ni. Pejam celik pejam celik dah sampai deadline. Rasa tak cukup masa. Boleh siap ke ni weyyy? Kadang-kadang perasaan tak yakin itu datang menghantui dan rasa regret pun ye juga. Elok-elok bersenang lenang tak de masalah, pergi cari masalah buat apa ek? Tapi bila pikir-pikir balik, inilah namanya mencari kelainan dalam hidup. Bukan nak title ni untuk apa-apa imbuhan atau sanjungan, tak de pun. Telipuk rasa selagi boleh dan ada kemampuan, buat je la kan. Kalau kita boleh panjat bukit dengan ketinggian 400 kaki, takkan kita nak berhenti pada ketinggian 300 kaki kalau kita masih berupaya menghabiskan pendakian...it may be hard, susah bukan sebab tak pandai tapi sebab awak tak tahu selok belok dan teknik. Dah lama kot meninggalkan bidang pembelajaran macam ni...just stay calm and go with the flow. Kadang-kadang bila baca thesis orang lain macam, wowww bestnya diaorang ni buat and my draft rasa macam soooo insignificant...mulalah rasa down and overwhelm mengenangkan banyak benda nak kena cover. Dan bila sampai tahap macam ni, Telipuk akan pesan pada diri sendiri, niat nak tahu dan nak belajar macamana orang buat kajian secara sistematik , nak asah cara berfikir. Ada orang cakap buang masa dengan ilmu dunia, hemmm...tak apalah, kalau pikir satu jurus saja memang lah kau nampak benda tu saja. Ada banyak lagi di sebaliknya. Well...do I need to justify myself? Nayyyy...!!!
Eh kalau Telipuk ada cita-cita besor, tak de la Telipuk nak buat kat universiti comel ni. Kalau Telipuk nak senang, buat apa susah-susah sebulan sekali or as and when necessary pergi ke Kuala...ko ingat Telipuk hadap sangat ke nak lalu terowong menora tu...letih tau! Banyak je kot universiti yang lebih dekat dan lebih umpphhh. Tapi sebab niat Telipuk hanya nak melalui dan merasai pengalaman ini dan juga nak beri semangat dan contoh kat anak-anak bahawa umur berapa pun kita , kita sentiasa kena belajar. Dan melalui proses macam ni, walaupun Telipuk masih rasa baru sangat, banyak betul memberikan pengajaran. Eh, berbaloi kot hahahaha. Time Telipuk pening jangan cerita la...
Nantilah...kalau ada orang yang nak cuba lalui jalan macam Telipuk, rasa-rasanya dah boleh beri nasihat dan tips untuk pilih teknik yang lebih baik. Jangan tiru macam Telipuk. Sekarang bila Telipuk pikir, mana ada benda yang senang pun kan...dan alang-alang menunggu umur yang makin lama makin meningkat, let's just do something yang menarik. Dah macam teori maslow pulak kan...mencari kepuasan diri setelah segala keperluan lain sudah dipenuhi. Tak pe, fikirkan yang baik-baik sudah. Benda kalau kita tak mulakan dan buat, sampai sudah kita dok wondering what if, what if....so, now, let's just go with the flow. Kayuh tetap kayuh!

No comments:
Post a Comment