Wednesday, April 09, 2025

Terjebak

Selamat tahun baru 2025...hahahaha....dah basi la weyyy!

Teringin pulak nak pick up aktiviti memblog ni...tiberrrrr!

Nampak tak tu, kesan-kesan karat, pasal tu la opening pun sebaris-sebaris je mampu.

Hahahahaha (gelak dulu...)

Okay, kita teruskan. Tak gamak nak guna chatgpt, jom asah bakat semula. Kebetulan hari ini ada bahan. Bolehlah dijadikan entri pembukaan untuk tahun ini. Sukarelawan Helwa buat retreat satu hari di Villamaya, Kampung Melayu Subang. Dalam pada menimbang-nimbang perasaan tu, Telipuk akhirnya menghadirkan diri juga. Memang malas betul nak pergi asalnya. Dasar introvert kan, dengar je nak kena berkumpul macam ni, rasa jem kepala otak hihihi. Tapi teringat pulak pesanan bijak pandai, kalau kita tak boleh membantu pun, setidak-tidaknya janganlah menjadi orang yang menyusahkan. Perancangan logistik semua dah dibuat, jadi, let's just stick to the plan dan go with the flow. Support kawan-kawan yang dah bertungkus lumus mengaturkan program. Tak payah overthink, redah je. 

Sebetulnya, turut diselit dalam progam ini adalah acara meraikan persaraan dua orang kekanda kami iaitu Kak Cik Da, Ketua Biro Dakwah & Tarbiyah dan Kak Zaini aka Lotuslilly, AJK Biro Dakwah & Tarbiyah yang telahpun menamatkan perkhidmatan dengan syarikat. Kak Cik Da bersara awal manakala Kak Zaini memang mencecah persaraan wajib. Apapun, hilang sudah orang kuat Biro Dakwah & Tarbiyah. Dan sebetulnya, orang kuat Regulatory jugak sebab Kak Zaini adalah tulang belakang team Regulatory, lebih-lebih lagi team ER. Maka tinggallah Telipuk menjadi satu-satunya wakil pasukan asal Regulatory. Huhuhu...sedeyyyy. 

Kejadian ini berlaku pada 13 Feb 2025. Haa...tarikh lengkap catat, supaya boleh ingat. Kalau tak memanjang silap la, lupa la...almaklum dah nak menjengah separuh abad. Sabor je la dengan alasan tu. So petang hari tersebut, usai acara farewell, makan-makan dan solat zohor berjemaah, kami buat sesi taaruf dengan muka-muka baru yang join sukarelawan tahun ini. Masing-masing pun dijemput memberikan sepatah dua kata. Perkataan paling famous disebut ialah 'terjebak'. Ayat umum lebih kurang begini, "saya mula terjebak dengan Bakit ketika...apabila...", menunjukkan kebanyakan kami ni asalnya bukanlah sukarela sepenuhnya melainkan terpaksa rela. Maka, bila giliran Telipuk sampai...Telipuk pun meneruskan 'trend' ayat terjebak ini dengan menceritakan asal usul bermulanya penglibatan Telipuk dengan lajnah wanita Bakit ini. Iye...pun terjebak juga gara-gara cannot say "No" kepada boss sendiri yang merupakan Ketua Helwa pada masa itu. Asalnya disuruh membantu buat laporan berita, lepas tu buat teks ucapan, lepas tu buat poster hebahan kutipan sumbangan...ehhhh alih-alih tersangkut terus...dekat 10 tahun juga tu 'terjebak'.

Tahun ini ada perlantikan baru jadi Telipuk sekali lagi menyatakan hasrat berundur. Sudah mencuba masa last round dulu tetapi tidak berjaya atas faktor-faktor yang rumit untuk dinyatakan di sini hahahaha. Sebetulnya Telipuk ni tak nak terikat, Telipuk nak free lance saja...nak juga merasa join program sebagai peserta. Selama menjadi sukarelawan, kalau ada event kan kena bertugas. Baru penceramah nak masuk point pertama, dah Telipuk kena bangun usung kamera. Sudahnya sibuk memfokus pada sudut-sudut menggambar berbanding fokus kepada perkongsian ilmu. Nak juga merasa immerse betul-betul tanpa mempedulikan teguran dan tepukan di bahu oleh team event...Excited nya bila dapat tahu ada pengganti. 

Alhamdulillah hi ala kulli hal. mudah-mudahan dipermudahkan urusan-urusan seterusnya. In shaa Allah.


No comments: