Ada satu elemen yang Aku yakin kalau diperkasakan akan menjadikan jalan-jalan raya di Malaysia lebih selamat. Kursus berjam-jam pun tiada gunanya kalau tidak ada subjek teras ini. BB 101. Pengantar Budi Bahasa. Hanya ditawarkan oleh institusi-institusi yang terlibat dengan pembangunan sahsiah individu itu sendiri, yakni, ibubapa, keluarga, rakan-rakan sebaya, dan masyarakat amnya.
Pagi ini Aku memandu keluar seperti biasa sekitar jam 7.05 pagi. Sebaik palang terangkat, dari jarak 100 meter, Aku nampak kelibat 'seekor' Myvi kuning yang agak laju. Jadi, secara automatik, kakiku menekan brek...menunggu si Myvi ini berlalu sebelum Aku dapat keluar dari kawasan kediamanku. Dan mengekori di belakang Myvi adalah sebuah teksi juga berwarna kuning. Dengan sabarnya Aku menunggu. Tiba-tiba si Myvi ini memberikan signal masuk ke kiri, iaitu pintu masuk ke Anjung Villa. Laaa...sakit hatilah juga, kalaulah dari tadi dia dah beri signal nak masuk, maka tak pasallah Aku duduk tercongok menunggu. Maka, tunggulah lagi Aku sebab teksi kat belakang tu berjalan terus.
Benda ini tidak salah dari segi undang-undang jalanraya. Tetapi Aku andaikan adanya masalah kurang budi bahasa. Tidak peka dengan keperluan pengguna lain. Tidak hormat dengan pengguna lain. Pentingkan diri sendiri! Kalau tak ada teksi di belakangnya, Aku yakin Myvi tu tak teringin pun hendak memberikan isyarat membelok. Memanglah tidak terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini. Akan tetapi perkara-perkara kecil inilah yang menyumbangkan kepada berlakunya perkara-perkara lain yang lebih besar. Orang lain mungkin menganggapnya remeh. Pada Aku ini mencerminkan sikap seseorang dan gaya pemanduannya.
Begitu juga sikap pentingkan diri sendiri ibu bapa dan keluarga yang menurunkan anak-anak mereka di pinggir jalan dekat sangat dengan simpang lampu isyarat di depan itu. Ianya sangat-sangat menganggu kelancaran lalulintas. Sesuka hati berhenti. Kena pula yang tidak beri signal. Kita ingatkan dia nak berjalan terus. Alih-alih berhenti. Bila lampu hijau aliran trafik dari Taman Dato' Senu, Kg. Puah dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya berwarna hijau, maka kenderaan-kenderaan ini yang sebelumnya menunggu untuk lepas dengan sabar terpaksa pula bergerak merangkak-rangkak sebab memberi laluan untuk pengguna-pengguna yang pentingkan diri sendiri ini. Anak-anak yang melintas jalan tu pulak, boleh melintas selamba tak perlu menoleh pun kiri atau kanan sebab dia fikir kenderaan lain akan berhenti untuk menjaga keselamatan dirinya. Mereka ini adalah pelajar-pelajar sekolah menengah. Kalau sekolah rendah tu, kita pun maklumlah tahap kesedaran jalanraya mereka. Itupun sekolah rendah pun dah ada subjek pendidikan jalanraya ini. Apa hendak dikatakan, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke roti canai...kalau sudah bapaknya borek, anak dah tentulah rintik.
Kemudian baru lepas kawasan sesak itu, mataku mengesan kehadiran sebuah motosikal di hadapan. Sudahlah tidak memakai topi keledar, dengan tiada apa-apa isyarat membelok untuk jalan pintas. Almaklumlah, nak cepat agaknya. Duduk di hadapan dengan kaki dimasukkan dalam bakul ialah seorang anak yang masih kecil. Nasiblah Aku bukan sekali dua terserempak keadaan ini. Jadi, Aku telah menjangkakan risiko ini dan telah mula menjaga jarak dan memperlahankan kenderaan. Sedih betul mengenangkan sikap tidak bertanggungjawab begini. Kalaulah ada pemandu yang lain di tempat Aku yang barangkali tidak menjangka berlakunya keadaan seperti ini...bayangkan apa akan terjadi? Motosikal itu akan dirempuh dari belakang. Penunggang dan anak kecil itu akan tercampak di atas jalan. Nauzubillah!
Dan bayangkan jugalah saban hari berada di atas jalanraya dengan dikelilingi pemandu-pemandu yang hanya memikirkan kepentingan dan hak mereka sahaja. Yang tidak ada budi bahasa. Yang tidak menghormati pengguna lain. Dan yang tidak mahu bertolak ansur. Juga untuk yang merasakan mereka di pihak yang benar dan langsung tidak mahu mengalah. Dia laju di lorong kanan. Tapi si siput di depan tu masyaallah perlahannya. Biasalah, mungkin dia ada masalah 'mental' sikit...tapi kenapa hendak merendahkan diri kita sama taraf dengannya. Sampai mengekor dekat macam hendak sodok belakangnya. Nyalakan lampu kelip...kelip...kita pula yang berlagak macam samseng. Sabar! Biarkan sekejap, bagi masa pemandu itu tukar lorong. Berbaloikah mempertaruhkan nyawa kita dan orang tersayang hanya kerana rasa kita betul dan berhak?
Yang perlahan tu pulak...kalau ada pemandu di belakang yang agresif macam tu...mengalahlah...buat apalah hendak mencari pasal. Buat apa hendak diturutkan hati yang kononnya geram dan naik baran tu. Dia laju, bagi dia lalu. Biarlah dia dengan sikapnya. Jangan kita pun sama masuk bakul sekali. Lagipun kita bergerak perlahan, tak akanlah kerana tak puas hati kita nekad tahan dia di lorong kanan tu tak bagi laluan? Kesianlah dengan penumpang kita dan pengguna-pengguna lain. Orang kata, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit di tengah...
Pasal itulah buatlah berapa banyak Ops Sikap sekalipun, kalau pengguna-pengguna tiada elemen budi bahasa ini, Aku rasa sia-sialah sahaja segala inisiatif yang ada.
Friday, October 02, 2009
Thursday, October 01, 2009
Terima Kasih Bintang
Cuma ada satu bintang
Yang pernah bersinar terang
Di langit mimpi
Puas cuba memetik
Yang gugur hanyalah angan
Berselerakan
Di alam nyata
Cuba pula ku usir
Yang berlalu cuma bayangan
Kala jaga menyentak lena
Dan terbuka mata fikir
Bila-bilapun cuma ada satu
Setia menemani mimpi sepiku
Terima kasih bintang
Menunjukkan Aku jalan
Meminjamkan Aku kekuatan
Memberikan Aku ilham
Yang pernah bersinar terang
Di langit mimpi
Puas cuba memetik
Yang gugur hanyalah angan
Berselerakan
Di alam nyata
Cuba pula ku usir
Yang berlalu cuma bayangan
Kala jaga menyentak lena
Dan terbuka mata fikir
Bila-bilapun cuma ada satu
Setia menemani mimpi sepiku
Terima kasih bintang
Menunjukkan Aku jalan
Meminjamkan Aku kekuatan
Memberikan Aku ilham
Edisi Ke-8
Selamat untuk kelahiran seorang lagi umat , mudah-mudahan menjadi anak yang soleh.
Alhamdulillah, setelah berjam-jam mempertaruhkan nyawa, biras Aku telahpun selamat melahirkan bayi sulungnya. Sebelum itu beberapa kali keluar masuk hospital. Sampai kemuncaknya semalam dikejarkan dengan ambulan ke Hospital Klang. Kalau ikut perkiraan, sepatutnya hujung bulan ini baru cukup tempoh.
Tak pasti pula jantina bayinya. Masa ayah mertua telefon tadipun Aku tak bercadang banyak bertanya. Almaklumlah, dah berhari-hari keletihan berulang-alik ke sana ke mari. Semalam cuma sempat 2 jam tidur di rumah Aku. Jam 2.40 pagi mak mertua kejutkan Aku bagitahu hendak ke hospital. Biras Aku dah siap minta maaf dengan semua orang dan adir ipar Aku pun dah menangis tak keruan. Rumit juga situasinya kerana beberapa masalah kesihatan dan Aku dimaklumkan pembedahan tidak dapat dijalankan.
Pada saat-saat begitu kita hanya mampu menyerahkan kepada Dia.
Jadi bila ayah mertua bagitahu bayi sudah selamat dilahirkan jam 4 pagi dan kedua-dua ibu dan anak okay, barulah terasa lega hendak melangkah ke tempat kerja. Sebab Aku berkira-kira samada hendak mengambil cuti kecemasan sehari atau tidak untuk menjenguk biras. Memandangkan semua dah selamat, insyaallah, mungkin hujung minggu ini kami akan singgah melawat.
Maka dah masuk 8 cucu mertua Aku. Mungkin tak dapat 'celen' cucu mak ayah Aku yang sudah berjumlah 20 orang :)

Wednesday, September 30, 2009
Ragam Pemandu
Semenjak RON95 dijual di merata-rata stesen minyak, banyak juga rungutan yang diterima. Katanya RON95 menjejaskan prestasi enjin kereta. Walaupun banyak yang cuba menyakinkan tetapi masih ramai yang mengatakan ada masalah. Kami yang biasa menggunakan RON97 pun tidak terkecuali merasa cuak. Almaklumlah, bukannya pandai hal-hal dalaman kereta. Tahu bawa saja.
Seperti biasa, kereta kecilku telah diturun pangkat menggunakan RON95. Abis nak wat guano...??? Sekarang payah nak cari stesen terdekat yang ada menyediakan pam untuk RON97. Dah puas berkeliling ni, stesen Petronas paling hampir yang menyediakan Primax97 hanyalah di Batu Caves, yang bersebelahan Giant tu. Memandangkan cuma Atoz yang bergerak setiap hari dan dia perlu diberi minum, maka kenalah mengalah mengisi Primax95 dekat Petronas Jalan Setapak tu. Yang lain tu masih kekal diberi Primax97. Itupun jenuh juga risau sepanjang balik kampung itu. Stesen Petronas kat PB cuma ada pam RON95. Pam RON97 ada tapi belum bersedia lagi...cehhhh!
Tapiii kaannnn...memanglah terasa semacam sikitlah prestasi kereta Aku ini. Ataukah ianya mainan perasaan dek persepsi-persepsi negatif yang sering kedengaran itu? Hemmm....macam kureng laju je...tak cukup power. Pagi tadi bila ambil laluan kanan pun rasa macam tak yakin je nak kekalkan. Bukan nak bawa laju sangat pun, cumanya kebanyakan pemandu semenjak dua menjak yang Aku terserempak ni...ala-ala mabuk ketupat semuanya...yang perlahan, perlahan teramat-amat...mulalah ada yang buat brek terkejut-kejut. Tu yang tak tahan duduk lorong perlahan tu. Yang tak bagi signal tu jangan cakaplah. Terlupa kot kereta tu ada disediakan suis untuk beri isyarat hendak ke mana. Pasal tulah Ops Sikap tinggal nama aje...yelah, manusia mati kan meninggalkan nama? Betul orang kata, pemandu Malaysia ni buatlah kempen apa sekali pun...bila dah ada yang sanggup bayar saman dan sanggup mati juga...maka umpama mencurah air ke daun keladi ajelah lagaknya.

Tuesday, September 29, 2009
Di Celah-celah Kehidupan
Yezzaaaa...rasa separuh beban sudah terangkat! Harap-harap ternokhtahlah bab yang itu. Dengan lajunya Aku serah dekat Boss. "Seksa saya dah lepas, boss! Pandai-pandailah Boss nak menerangkan. Yang pasti saya sudah lunaskan kewajipan saya". Rupa-rupanya hanya hatiku yang berkata-kata. Di mulut apa yang keluar, ya? Lebih kurang beginilah, "Kalau ada apa-apa lagi yang saya boleh tolong, bagitahulah" Ha..ha...ha...mesti ada yang terguling dengan bahasa drama spektra Aku tu...sabor je lah, nak hidup, beb!
Itu satu. Insyaallah, esok pula bakal selesai juga episod penyediaan, penggubahan, penyemakan berulang-ulang selama sebulan lebih sebuah dokumen lagi. Sebenarnya yang ini tidak setenat mana, tak susah pun...cuma yang tidak tahan itu ialah bila ianya seperti anak terbuang yang tiada siapa-siapa mahu mengaku anak siapa. Dan si "mak" angkat ini pula taklah tahu sangat latarbelakang "anak" itu, maka pandai-pandailah mak angkat itu buat hal, janji budak tu tak melalak. Huh...tak sangka, siap juga.
Cuma satu aje yang buat Aku senak perut ini...alaaa...mengapalah timpa ke Aku pulak ni??? Baru je nak yak!yak! ye! hepi! hepi! tetiba dalam dilema la pulak...melainkan....errr....
Apa Aku nak ayat Boss Aku ni ye...
"Boss, tolonglah, saya tak retilah pergi majlis yang ada selebriti ni...nanti saya jadi cam kera sumbang tak pasal je...buat malu company aje"
Kalau Boss cakap, "Ala...apa salahnya sesekali you join diaorang...boleh juga buat networking" camno pulak? Tak pe Aku boleh jawab cenggini, "Err...kalau kita ni ada business studio rakaman, okay, Boss...saya tak kisah...tapi...err...macam tak ada kena mengena aje".
Dan Aku dapat bayangkan kalau Boss buat derk tak nak layan Aku...maka terpaksalah Aku pergi juga dengan berat hati.
Gila mu!!! Kalau geng industri telekomunikasi okaylah juga...tapi yang ini geng industri muzik, para artis, penggiat seni dan wartawan...adoooiii...jumpa jugalah Aku dengan abang rambut kembang ketak-ketak tu.

Monday, September 28, 2009
Ada Apa Dengan Sebulan?
Banyak yang berlaku sebenarnya. Tapi seperti yang telahku janjikan...cuma sebulan. Kenapa? Ada yang bertanya. Hendak menjawab pun segan, macam budak-budaklah kamu!
Sebenarnya Aku telah membuat janji pada diri untuk melakukan sedikit kelainan untuk Ramadhan kali ini dan ianya termasuklah 'menahan' diri dari mengemaskini blog. Amboiii...melampau kamu ni!
Aku pernah terfikir...agak-agak sanggup tak Aku 'paksa' diri tidak melakukan apa yang Aku suka? Benda yang tidak termasuk dalam larangan puasa tapi dibuat secara sukarela...he...he...he...bukankah Aku memang sangat-sangat suka 'menghidup'kan blog ini...Seksa wa cakap luuu!!!Mengaku awal-awal!
Jadi begitulah, atas dasar mencabar diri sendiri (hek eleh...sebulan je pun...), Aku 'diamkan' KLTraffic ini. Sesekali teringat, masuk juga...browse sana-sini...lawat blog kawan-kawan :).
Anyway, bukan masalah sangat pun. Sebabnya kebetulan sepanjang bulan Ramadhan itu banyak betul kerja yang kena buat di pejabat. Manakala masa lapang yang ada, Aku curi-curi untuk baca Al-Quran. Selalunya pagi bila masuk opis, sebelum jam 8 dan tengahari. Itupun, alhamdulillah, tengahari di TM ni sungguh kondusif sekali...selain kelas ustaz yang diadakan selasa dan rabu, ada juga ceramah-ceramah umum yang dianjurkan BAKIT. Pendek kata, kalau nak buat blog pun tak sempat. Balik rumah, mana nye ada masa lagi...lepas berbuka, Aku nanti sambung baca Al-Quran sampai Isyak. Lepas solat Isyak dan terawih yang diimamkan Ayah, barulah ada sikit masa lapang. Itupun selalunya sibuk menyemak jadual dan kerja sekolah Hisham...Bila masuk bilik sentuh je bantal...puhhh...terus zzzzzzz...kenalah tidur awal sikit, kang tak terjaga pula untuk buat yang sunat-sunat...tak banyak mana pun, tapi kiranya kali ini adalah konsisten sikit. Dan Alhamdulillah, dapat khatam Al-Quran beserta dengan tafsiran sekali. Terima kasih bos, luluskan cuti saya seminggu awal.
Jadi sebulan itu memang berbaloi. Ianya sesuatu yang 'simbolik' yang besar maknanya bagi Aku.

Sunday, September 27, 2009
Seminggu Berhari Raya
Alhamdulillah, selamat menjalani ibadah puasa disusuli pula dengan hari raya. Dah seminggu berlalu pun. Rasa cepat aje masa berlalu. Erk...apasal macam tak reti pula nak mengarang ayat nih...he...he...he...dah sebulan ye tak update blog...tak pe, jom buat update yang paling ringkas dan padat.
Satu hari di hari raya...(kalau dapat ikut lenggok lagu M.Nasir lagiiii baik).
Raya pertama kami di rumah baru mak ayah di Melaka. Sebelum-sebelum ini sokmonya balik Perak. Kali ini...uwaaaaaa...Tak pe, kasi can. Dulu mak ayah mertua Aku tinggal di KL. Bila ayah dah pencen, diaorang langsung balik kampung. Buat rumah kat sana. Dan pula memandangkan mak ayah Aku pula dah tinggal dengan Aku. Mak ayah Aku dah balik kampung seminggu awal. Jadi, kalau Aku beraya di Perak dulu, maknanya bila balik KL kenalah mak ayah Aku ikut sekali. Kang tak puas pulak beraya. Itu yang kami beraya di Melaka dulu, lepas tu baru balik Perak, dan baru terus jemput mak ayah pulang sekali.
Hari Raya pertama sibuk kat rumah saja. Tolong melayan tetamu yang datang berduyun-duyun. Tapi tak pula ada ramai budak-budak macam kat kampung Aku. Selammattttt!!!
Kebetulan pulak tahun ini tarikh ulangtahun kelahiran Hisham juga jatuh pada hari yang sama.

Yang terlebih teruja ialah Aiman. Happy birthday, abang Hisham!

Sebelah petang kami ke kampung nenek Abang kek Rombau. Lepas tu beraya le sekitar-sekitar situ sampai lotih kaki dibuatnya.
Tapi yang paling tension ialah bila Aku tertinggal baju raya kat rumah KL. Sabor ajelah! Teruklah kena perli dengan Abang. Almaklumlah, baju kunun nak sedondon kaler biru tu kami beli 2 minggu sebelum puasa lagi. Malas nak berebut-rebut shopping katanya. yang bestnya butang baju dengan sampin elok lak dibawa. Adoiii...tension jugaklah! Bukanlah kemaruk sangat nak beraya, tapi benda dah belikan....apo nak buek'an...
Maka...gambor raya sekeluarga yang paling koboi pernah Aku rasakan...he...he...he...

Dua hari di hari raya...
Masih kat Melaka. Aktiviti utama dah tentulah ikut keluar beraya ke rumah sanak-saudara sebelah sini. Banyak gak rumah yang kami jejaki. Bukan makan sangat pun, seronok berkenal-kenalan aje. Lagipun elok juga biasakan budak-budak ni dengan amalan ziarah-menziarahi ni eceh...ceh...ceh...
Balik rumah petang tu, kami ke klinik 24 jam kat pekan Masjid Tanah gara-gara bawah mata Aiman yang tampak bengkak. Tak tahulah kena gigit semut ke apa...tapi takut juga kalau-kalau ada masalah lain. Nasib baiklah doktor kata tak ada apa-apa. Dia bagi ubat untuk surut bengkak, ubat tahan sakit dan antibiotik. Nak bagi makan ubat punyalah payahhhhh!
Sebelah malam tu datang rombongan sanak-saudara sebelah mak. Mak minta tolong Aku buatkan mihun goreng. Itu yang paling sesuai sebab bahan-bahan semua dah ada. Jadi, hemmm...buat pertama kalinya Aku pun turun padang sinsing lengan baju bersilat dengan kuali kat dapur belakang rumah...yelah...selalu goreng bihun sebungkus jer...kali ni 3 bungkus sekaligus. "Hemmm....sedapnya...siapa yang masak ni???"...maka tersipu-sipu bak siput sedut lak gayanya si tukang masak itewwwww!!!
Tiga hari di hari raya...
Pun kat Melaka juga. Sempat lagi beraya ke rumah-rumah jiran tetanggga. Actually, Aku sangat kagum juga dengan sambutan raya dan amalan menziarah kat kampung ni. Kampung ni kecil aje, tapi mak aiii...raya punya pasal, sosak yolah jalan kiri-kanan kereta bersusun-susun...huiiiii...sampai berlanggor jugak le side-mirror Optima Abang tu...nasib baik tak pocah cermin tu...
Ompek (empat daaa...) hari di hari raya...
Jeng...jeng...dah ada kat KL. Punyalah sonyap sunyi KL ni rasa best la pulak kalau berkekalan begitu selamanya...ewah! Balik rumah tak ke mana-manapun, tapi sibuk mengemas rumah. mengisi balang-balang kuih. Mop lantai. Lepas Isyak, terus bertolak balik ke Perak.
Lima hari di hari raya...
Adik-beradik pun ramai yang dah balik ke tempat masing-masing. Yang beraya ke rumah mertua pun ye juga. Kakak sulung Aku balik rumah mertua dia kat Kuala Kangsar. Keluarga Abang Aku pun balik rumah mertua dia. Maka kami yang ada ini pun pergilah beraya ke tempat-tempat biasa di sekitar Taman Krian.
Enam hari di hari raya...
Beraya di Longwan...hoh??? Ala...kedai borong kat Parit Buntar inilah. Parit Buntar penuh sesak...nak cari parking pun susah melilau-lilau berjam-jam...sampai penat orang KL dibuatnya (serik ke bang?)...:)
Tujuh hari di hari raya...
Balik KL. On the way, singgah beraya kat rumah kakak di Lenggong.
Lapan hari di hari raya...
Hari ini ajak keluarga dekat sini datang beraya. Buat sikit makan-makan. Mak buat ketupat dan rendang.

Hoh...rendang kerang pun ada...nyummy...tak banyak, kali ni Aku settlekan 2 kilo kerang jer...kalau Ram ada, takat 2 kilo tu celah gigi jer ye dak? Sabor Ram! sabor!

Rendang daging pun ada gak.

Lepas tu buat mee kuah.
Mee nya...

Kuahnya...

Hiasannya...

Sedapnya...

Dhiya yang dah umur 4 bulan tu pun datang. Seronoknya main dengan dia sebab dia dah pandai gelak bila diagah.

So, begitulah sambutan seminggu beraya kami. Sederhana tetapi meriah. Selamat hari raya semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)