Monday, May 21, 2012

Angin Perubahan

Bukan selalu idea-idea seperti itu melintas dalam kepala dan bukan selalu juga Aku memberi pertimbangan sebegitu. Kebiasaannya kena caras kerana selalu merasakan ianya terlalu 'mengarut' untuk dilaksanakan. Kali ini, siap disenaraikan, siap diperhalusi, siap dikaji siasat. Namun, sering bila sesuatu itu mula menerbitkan rasa 'suka', mulalah langkah-langkah seterusnya menemui jalan buntu. Ada sedikit rasa kecewa kerana perancangan yang mula mahu terbina itu harus segera dinokhtahkan. Tak apalah, kena akur bahawa perancangan seumpama itu bergantung kepada banyak faktor dan tidak boleh semberono menurut kata hati. Pun begitu, Aku tidak ingin mengklasifikasikannya sebagai sesuatu kegagalan. Sebaliknya, Aku melihatnya sebagai satu perkembangan yang baik ke arah usaha menambahbaik yang positif.

Jom lihat apa lagi yang boleh kita jayakan. Teruskan memberi peluang kepada diri sendiri.

Ayuh...gambatte kudasai!

Friday, May 18, 2012

Cerita Bergambar

Meringkaskan 'perjalanan-perjalanan' yang telah diambil beberapa ketika dulu kerana 'lalulintas' kini telah menjadi agak sibuk dengan tuntutan-tuntutan semasa yang tidak dapat dielakkan.

Eh.....'dia' tengok kita....eh...'dia' jeling manja....amboi mak senyum lagi...itulah 'BMW' impianku...heheh... 

Senyum....tak perlu kata apa-apa
Senyum....;)

Gambar-gambar 'berangan' ini akak Minah Jenin  ambil semasa  dia melepak-lepak 'mengusha' beberapa bijik kereta
yang dia cuma mampu berangan memilikinya...hahaha...kesian Snowy! Taklah, mana ada! Kasihku tetap pada Snowy. Sumpah! Hehehe. Masa ni ikut Bez pergi jemput 'Smuffet' balik. Sementara tunggu 'Smuffet' siap...sempatlah buat kerja ni 

Hemmm...memanglah macam-macam pendapat ada pasal sambutan Hari Ibu. Asalnya tak bercadang, tapi tengok  Mak hepi menerima ucapan demi ucapan...kami pun fikir, jomlah...beli untuk makan ramai-ramai. Cheese lagiiii. Sedap bah...
Sempat membawa emak pergi 'meninjau' Jalan Masjid India.  Ini dekat lrt STAR Masjid Jamek. 
Pokok menjalar yang menghiasi ruang-ruang kosong di stesen ini (dan di stesen-stesen lain juga). Errr...sekarang ada menjalar satu pot dalam bilik air di rumah kakakaka...
Masjid Jamek. Next time nak masuk solat kat sini pula. Belum pernah tempuh lagi ini...selalu  tengok dari kejauhan aje.
Sayang 'Kelang' sungainya sempit...air tengah laju ni sebab baru hujan pagi tu.

Beberapa hari sudah, menghadiri persidangan ini yang berlangsung di Pusat Konvensyen KLCC. Seronok je pergi dan balik naik lrt. Tak payah pening kepala memandu. Haih...pukul 9 pagi acara belum mula, padahal Aku dah lama tercokoh seperti biasa. Bila acara mula, lebih banyak kerusi daripada orang. Pulak! Tak cukup promosi ke menate ni? Topik banyak yang menarik, tapi seperti biasa, yang lebihnya bila masuk bab nak jual equipment... 

Alang-alang lalu KLCC...sempat singgah Kino. Mula-mula ingat nak  survey saja. Alih-alih membeli juga.

Pilih punya pilih. Lai lai li tam lum. Tiga yang tangan rasa berat hendak letak balik, akhirnya terpilih untuk dibawa balik. Nampak mainannya tu? Heheh...


Sekian, cerita bergambar kali ini. Momentum untuk menulis sedang merudum walaupun ada banyak benda yang mahu diulas kebelakangan ini...

Selamat berhujung minggu...yeayyyy!!!

Monday, May 14, 2012

Selamat Pagi Bulan


Ohayou Gozaimasu! Nanika atta?

Semalam menonton saluran History ada kisah macamana tentera Jepun boleh menawan Malaya dan Singapura dengan hanya berbasikal masuk melalui Siam. Memang British tak ada persiapan untuk menghadapi pertempuran seumpama itu sehingga akhirnya terpaksa mengaku kalah dengan mudah. Hemmm...alkisahnya...

Teringat kekejaman Jepun. Namun semuanya tidak langsung membayangi atau menerbitkan prasangka saat menerima jemputan menyertai ASEAN-Japan Friendship Program yang berlangsung bermula 23 Ogos  sehinggalah 19 September 2000. 

Wah...sudah lebih sedekad. Lama yang tidak terasa kerana masih berhubung dengan rakan-rakan ASEAN yang lain, termasuk sesekali terserempak mereka ketika mengikuti beberapa acara sekitar negara tetangga.

Semasa mula tiba, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan dihantar ke Hokaido, dan kumpulan saya dibiarkan kekal 'bertapak' di Kyushu...main route...Osaka-Tokyo-Kobe. Sepanjang di Osaka, kami tinggal di Osaka International Centre di Ibaraki. Di sana, kami diajar ayat-ayat asas bertutur dalam bahasa Jepun. Kiranya, masa tu setakat hendak survive tak ada masalahlah. Lintang pukang pun tak apa sebab mereka sangat gembira tengok usaha gigih kami cuba berkomunikasi. Jarang sangat mereka hendak menggunakan bahasa Inggeris. Kalau kita guna juga bahasa Inggeris, mereka buat 'derk' je...


Ini adalah gambar semasa kami di Toyama Prefecture. Toyama ialah sebuah tempat (negeri) yang menghadap Laut Jepun. Ianya bersempadan dengan Ishikawa, Niigata, Nagano dan Gifu. Di sinilah saya ditemukan dengan keluarga angkat untuk program Homestay selama 3 hari. Tiga hari yang menyaksikan saya hanya boleh bertutur dalam bahasa Jepun kerana keluarga angkat saya langsung tidak boleh berbahasa Inggeris. Kedua-dua pihak sentiasa membawa kamus dan membuat bahasa isyarat apabila berhadapan dengan kebuntuan berkomunikasi.




Tak ada banyak masalah sebenarnya walaupun kami bercakap macam ayam dengan itik. Mak angkat saya namanya Katsumi. Manakala ayah angkat bernama Takaharu. Kedua-duanya mempunyai dua orang anak lelaki. Yang sulung bernama Yoshiyuki dan adiknya pula bernama Shuji. Walaupun berbeza agama, mereka menghormati saya dan saya mengambil masa yang panjang untuk memberitahu yang saya tidak 'botak'. Sayang, hubungan tamat sebaik saya pulang ke Malaysia. Kesukaran berkomunikasi jelas menjadi faktor utama.



Kami mengadakan persembahan kebudayaan pada malam berakhirnya program Homestay. 



Selepas berakhirnya program Homestay, kami dibawa melawat ke beberapa tempat menarik . Antaranya ke kawasan pergunungan Tateyama Kurobe. Ngeri melalui jalan-jalan sempit nan berliku-liku di celah-celah cenuram dan gaung. Tetapi bila sudah sampai memang rasa teruja dan lega sangat-sangat. Masa tu penghujung musim dah...yang tinggal cuma bekas-bekas salji sahaja. Pun begitu, sejuknya menyucuk sampai ke tulang.


Dengan kawan-kawan serumpun.




Tanah tinggi Midagahara. Kawasan ini cantik berwarna-warni kalau kena dengan musimnya.


Dengan Selvarani atau nama glamernya di kalangan kami, Rani Mukherjee....heheh...dia ni memang kelakar gila. Semasa di Tokyo, inilah member jalan-jalan sekitar Tokyo.


Dengan Ade. Semasa melawat Pusat Multimedia NTT Corporation, gergasi telekomunikasi Jepun.


Rasanya ini gambar kelas di Osaka. Ala...tak ingat pulak nama cikgu yang bertanggungjawab mengajar kami bercakap bahasa Jepun ni. Tegas orangnya. Tak bagi can langsung kami nak cakap Inggeris.




 Jauh mengembara pagi ini. Kalah naik shinkansen. Menulis tentang kenangan memang tidak membosankan. Seronok aje rasanya.

Jom balik ke alam realiti...(dan menghadapi tugasan yang wajib selesai hari ni juga...)

Gambatte kudasai!

Wednesday, May 09, 2012

Alkisah Politik

Berlatarbelakangkan situasi politik dalam negara kini, saya terkenangkan masa lalu ketika saya masih kecil dan mentah untuk memahami tentang banyak perkara. Ketika itu saya dalam darjah 1. Dekat-dekat hendak pilihanraya. Meriah sungguh. Ada sekali tu saya balik sekolah, sepanjang jalan saya tengok bendera dacing berwarna biru digantung merentangi jalan tiang ke tiang. Sesekali diselang-seli dengan bendera hijau dengan bulatan putih di tengahnya. Yang menampal poster dan bendera pun banyak juga. Habis bertampal gudang padi Tok Wan saya. Beranda rumah kampung saya pun penuh bertampal dengan poster YAB Perdana Menteri masa itu, Dr. Mahathir Mohammad. Itu merupakan pilihanraya pertamanya semenjak menjadi Perdana Menteri.

Tahun demi tahun berlalu. Kemenangan demi kemenangan diraih oleh Kerajaan Barisan Nasional. Saya kira keluarga saya, datuk nenek saya , semuanya menyokong Barisan. Tapi kehidupan kami macam itu juga, maksud saya, tak adalah dapat jalan tar pun depan rumah. Malahan saya masih belajar di bawah cahaya pelita minyak tanah ketika dalam darjah 3. Kami masih mandi air telaga. Ayah masih mengangkut air paip bertong-tong menggunakan basikal tuanya. Tak ada dapat habuan tanah sekangkang kucing sekalipun. Jadi, saya pasti keluarga saya tidak punya apa-apa motif menyokong kerajaan selain daripada keinginan untuk melihat keamanan dan kesejahteraan negara.

Emak saya agak bersemangat bila bercakap hal-hal perpaduan bangsa. Memandangkan tiada wang ringgit yang boleh disumbangkan, emak memberikan kudrat yang ada untuk masuk kampung berkempen. Kesian emak, bukan sekali dua kena kejar dengan parang oleh penyokong parti lawan. Setahu saya emak cuma bermodalkan air liur. Tak ada pula dia bawa kain batik atau kain pelikat. Seringgit dua ringgit pun dia tak mampu hendak hulur. Emak yang penat, bukannya ada dapat duit apa-apa pun. Tak ada rasuah. Tak ada kena basuh otak. Masa itu saya selalu tertanya-tanya kenapa penyokong parti bulan itu sangat berbeza. Saya pelik kerana mereka enggan hadiri majlis kenduri yang orang kami buat. Kalau kematian pun macam itu. Cuma yang hairannya, meskipun tentangan mereka ketara, mereka tetap beroleh manfaat. Kalau jalan kami berlubang-lubang, jalan mereka sudah beberapa kali berturap. Paip air boleh tarik masuk sampai depan tangga. Tiang lampu pun sama. Buat apapun mereka tetap begitu juga, yang ada dalam kepala hanyalah bulan yang mengambang penuh.

Tahun demi tahun saya membesar. Dunia saya berkembang. Saya mendapat banyak input-input dan maklumbalas dari banyak sumber. Sempadan semakin kecil. Segalanya semakin mudah diperolehi. Maklumat demi maklumat. Hanya tinggal betul atau tidak sahaja. Namun, ketika itu, adalah lebih mudah mengiakan apa yang orang kata. Siapa-siapa yang mampu tampil dengan keyakinan tinggi, dialah yang menyerlah. Terasa betul. Terasa yang lain-lain salah belaka.

Era pemberontakan. Diam-diam saya rasa segala apa yang ada masih belum mencukupi. Saya mula merasakan ada benda yang tidak betul. Lalu saya melawan dalam diam. Kemuncaknya saya pernah ikut kawan-kawan di kampus menyatakan perasaan. Itu cerita tahun 1997-1998 rasanya. Entah kenapa. Nasib baiklah saya tidak begitu berani orangnya...nak berani apa...makan minum pun kerajaan tanggungkan? Nanti kalau kena apa-apa...siapa hendak bertanggungjawab? Tahu pulak fikir macam tu. Walaupun darah muda, saya memilih untuk melakukan perkara yang kurang mudarat kepada keluarga. Kalau tak buat orang kata saya dikira berdosa kerana tidak menegakkan hukum Allah. Jadi, saya tidak mahu berdosa. Walaupun mungkin saya berdosa kerana melawan cakap emak yang mempertahankan pendiriannya.

Undian pertama saya...kesian Emak, berbuih-buih mulut menekankan kepada pentingnya perpaduan dan kesepaduan ummah. Saya buat pekak badak. Saya faham apa yang Emak mahukan. Saya juga faham apa yang memotivasikan Emak untuk berpegang teguh kepada pendiriannya. Saya pula tak sudah-sudah mencetak cerita-cerita tentang orang itu tak betul, orang ini gila kuasa, orang itu buat jahat sebagai bukti yang dengannya kita perlu lakukan perubahan menolak kemungkaran. Padahal entah betul atau tidak. Saya pun bukan kenal siapa orang itu...orang yang kita kenal pun belum tentu kita tahu semuanya. Aduhai...saya jadi penyebar fitnah pula gara-gara terlalu bersemangat hendakkan perubahan cepat.

Ternyata segala hingar-bingar itu hanyalah demi kelangsungan perjuangan politik sahaja. Bak kata perpatah, gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah.

Suatu ketika, mantan Perdana Menteri menjenguk kampus kami. Walaupun macam-macam orang kata dia, kuku besilah, gila kuasa dan sebagainya...sebetulnya saya secara peribadi sangat suka kepadanya. Saya suka cara dia bercakap. Saya kagumi buah fikirannya. Itu menjadikan saya rasa panas punggung hendak juga tengok dia. Bila saya tahu dia nak singgah di Mall, saya terus ke sana. Cuma nak tengok, kata hati saya. Bukannya hendak sambut dengan bunga pun...nak tengok saja...pujuk hati kecil saya. Ramainya orang. Bersesak-sesak. Saya tahu hajat saya bakal tak kesampaian. Ketika saya memutuskan untuk beredar, bas yang membawanya kebetulan lalu. Dan kebetulan juga dia berdiri di tangga. Melambai-lambai. Saya tengok dia. Dia tengok saya. Saya lupa yang saya melambai-lambai balik macam budak kecil dapat coklat. Saya balik berjalan kaki dengan senyum puas. Biarlah apa orang hendak kata, saya memang suka dia. So, what???

Perkara yang betul harus dilakukan dengan jalan yang betul juga. Ketika saya membetulkan pendirian saya, saya tidak berpegang kepada cakap-cakap orang. Cakap-cakap ini banyak yang tak betul daripada betul. Lebih baik diam dan lihat. Saya tanyakan diri saya, kalaulah saya berkuasa dalam satu-satu jawatan...apakah saya tidak akan utamakan kaum kerabat saya? Saya gelak sorang-sorang. Dengan pastinya saya akan lantik suami saya jadi CEO. Juga akan lantik adik kakak saya pegang jawatan-jawatan penting. Saya kira itu lumrah manusia. Kita mahu dikelilingi dengan orang-orang yang kita percayai. (Moralnya, jangan pegang kuasa...kalau tak pandai hendak jaga dengan amanah).

Makan rasuah. Kaki perempuan. Gila judi.

Siapalah kita untuk membuka aib orang. Baik pihak yang mana-mana sekalipun. Memang mual membaca akhbar sekarang. Macam-macam cerita ada. Semua pakat-pakat nak londeh. Semua pakat-pakat menelanjangkan satu sama lain. Dan akhirnya...kita semua hanya menang sorak. Hanya puas hati. Yang lain-lain akan ketawakan kita. Mereka gelak-gelak tengok kebodohan kita. Sedih kerana dengan melibatkan diri sebegitu, kita telah tidak mencerminkan pegangan agama suci yang kita anuti. Sudahnya siapa akan percaya yang Islam itu adalah agama yang benar kerana perbuatan kotor dan busuk yang kita paparkan itu.

Demi kebaikan bersama, lupakanlah persengketaan ini. Fikirkanlah kebaikan ummah. Janganlah begitu pentingkan diri sendiri. Lihat yang mana lebih memudaratkan. Tak apalah kalau kita tak dapat kuasa pun, janji ummah terbela. Yang melanggar hukum Allah itu, biarlah Allah yang menghukumnya. Selagi kita tidak lihat dengan mata kepala kita sendiri, janganlah hanyut dibuai budaya fitnah-menfitnah. Sukakah kita makan daging saudara sendiri???

Ada seorang menulis di ruangan forum bertanyakan, "Kejam sangatkah Malaysia?". Betul, saya setuju. Kejam terhadap siapa? Kejam yang bagaimana? Menyamakan situasi kita dengan Syria adalah salah. Mengikut cerita ustaz yang belajar di Syria, kebangkitan di sana bermula apabila sekumpulan anak-anak kecil yang suka-suka menconteng dinding dengan tulisan yang mereka selalu nampak di tv (kebangkitan di negara-negara Arab terdahulu)...malang sekali saya tak ingat frasa itu...ditangkap dan diseksa. Budak sekolah rendah rasanya. Kuku mereka dicabut. Kulit mereka disiat. Mereka dibunuh. Mulanya hanya anggota keluarga yang datang menuntut keadilan. Namun tidak diendahkan. Lama kelamaan, jiran-jiran pula datang menyokong lalu semakin lama gerakan ini semakin menular. Perlu diingat yang Syria diperintah secara kuku besi. Ulama dibunuh dan dihapuskan. Mereka memang tidak pandai melawan. Malahan sejak kecil lagi diajar supaya cintakan pemimpin. Anak kawan ustaz saya yang belajar di tadika (lebih kurang) di sana, bila nampak muka Bashar Al Assad di tv, terus dia peluk tv tu dan kata..."abi...abi...". Bayangkan...dahsyat tak dahsyatnya cara mereka kawal rakyat. Itu kat sana. Yang kat sini tiba-tiba claim ada persamaan tu apa hal? Jangan main sedap ikut-ikut je...

Saya juga sedih melihat Fatwa diperlekehkan. Saya faham sudut pandangan itu. Mungkin ada elemen politik, mungkin juga tidak. Namun, kalau kita pun tak tahu...janganlah suka-suka meletak hukum.Jangan hanya suka-suka memetik kata orang itu, orang ini kalau kita tak faham konteks. Kalau kita yang Islam ini mempersendakannya , letak di FB dan biar kawan-kawan bukan Islam lain sama-sama 'naik syeh' mengetawakan kita...di mana maruah kita sebagai penganut Islam?

Saya tahu saya tidak pandai berpolitik. Saya juga tidak pernah membayangkan hendak memperkatakan perkara seperti ini. Berat. Saya doakan semoga umat Islam akan bersatu walau apapun kepercayaan politik mereka.

Mungkin perubahan yang dingini itu tidak akan berlaku serta-merta. Tapi yang pasti, kalau sesuatu itu mahu diubah, kita sendiri harus terlebih dahulu berubah. Kalau mahukan kerajaan yang adil, jadilah rakyat yang adil juga. (Walaupun hatiku sakit dengan banyaknya potongan cukai itu...namun tak menjadi sebab untuk tidak melihat kepada perkara-perkara baik lain). Jadilah manusia yang bersyukur kerana apapun yang sedang dinikmati ini adalah dengan izin Allah.

Fikir-fikirkanlah. 

Friday, May 04, 2012

Selongkar

Bila tiba-tiba teringatkan sesuatu...selongkar.
Bila tiba-tiba diarahkan mendapatkan sesuatu...selongkar.
Barangkali juga hanya apabila berada dalam keadaan tersangat perlu...di ketika itulah terpaksa juga menyelongkar.

Meredah mencari di mana-mana yang difikirkan logik. Padahal sudah berulang kali tempat yang sama ditunggang-terbalikkan. Padahal harus sudah hafal kandungan yang berada dalam setiap laci, masih berasa perlu memuaskan hati dengan menyelongkar.

Bila mula menyelongkar, yang tidak dicari pula yang dijumpai. Yang tidak perlu pula yang dibelek-belek.
Lain yang diselongkar, lain yang terbongkar. Penat menyelongkar, objektif asal masih jauh untuk digapai. Lain pula yang terjadi.

Sesudah puas menyelongkar, terduduk mengah dan keliru memikirkan di mana perginya apa yang dicari, tiba-tiba terfikir hendak menyelongkar satu tempat lagi. Kalau tidak berhasil menemuinya, alamat banyak nak kena menjawab di kemudian hari. Buka tempat simpanan dan tangan terus menuju ke tingkat bawah. Ada helaian kertas di situ. Tarik keluar dan seketika seperti mengalami dejavu.

Yeayyyy...!!! Dah jumpa apa yang dicari. Lega bercampur suka. Pelik bin ajaib. Bila masa pulak le sesuatu seperti itu boleh membuatkan hati berbunga riang. Mungkin bukan kertas itu tetapi kelegaan mengesahkan integriti diri dalam memikul sesuatu amanah masa kukuh. Lega dapat menafikan yang tak mungkin diri bersikap lepas tangan dalam menjalankan kerja. Berbaloi menyelongkar.

Pesanan untuk diri : Awak tu semakin pelupa...kena buka buku log rasanya.



Senja Nan Merah - Awie & ZZ

Masihkah kita termangu di bawah pepohonan 
Ketika hujan melunturi danau yang terusang 
Tidak pernah dibilang hari 
Hanyalah debar yang terasa... terasa 

Setiap hari dibuai mimpi yang terindah 
Dengan menghitung senja merah dihujung sinar 
Mencipta keheningan rahsia 
Pada sehimpun kenangan 
Menyimpul satu makna diruang yang lurus ini 

Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah 
Liku-liku curam insani 
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya 
Dalam hidup seribu warna 
Dibawah teriring ungkapan pada sebuah wajah 
Yang lara kesepian 

Haruskah kita mencari dalam senja begini 
Kembali kita bertemu 
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi 
Membilang kenangan yang abadi 
Seperti menuggu mentari senja 
Menghilang perlahan-lahan disebalik 
Awan yang merah 

Dibalik awan yang merah 
Dibalik awan yang merah

Wednesday, May 02, 2012

Kebenaran Yang Pahit

Alhamdulillah. Satu hari lagi. Satu hari lagi untuk menikmati kehidupan. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Pagi ini agak blur. Hahah...selalu pun blur jugak, kan? ;). Semalam tidur lewat sikit...almost pukul 2 pagi. Lepas jemput pulang mertua dari airport, kami singgah restoran mamak makan roti canai. Yelah, tiga minggu dok hadap fish fillet dengan kentang je mana boleh tahan maaa...

Bercerita tentang pengalaman, mertua Aku menyatakan ketakjuban mereka dengan tahap kebersihan di sana. Bersih sebersih-bersihnya. Sampah disisihkan ikut kategori. Macam kat sini ada juga tapi orang malas nak buat. Orang sini suka longgok kesemuanya. Kalau masuk tong sampah tu kira dah cukup baik. Sampah-sampah organik pun diasingkan setempat dan untuk melupuskannya caj dikenakan. Ambik kau! Cuba la buat macam tu kat Malaysia...mahu tak berdemonstrasi lima hari lima malam lagi.

Sayangkan...akhlak Islam ada di negara bukan Islam. Menjadi budaya masyarakat bukan Islam. Negara kita yang Islam menjadi agama rasmi...masih kotor di mana-mana. Orang masih sesuka hati buang sampah walaupun tong sampah ada. Ada yang sanggup selit celah kerusi, selit celah pokok, selit celah pagar...lain kali kalau nak selit, selit aje celah ketiak kome...masyarakat kita juga tidak kisah kebersihan, janji bukan hak dia atau janji bukan rumah dia. Makanya, tak apa kalau guna toilet tapi tak flush...buat tak tahu sahaja kalau paip air di singki terbuka, tak payah tutup. Bukan Aku yang bayar bil , kan? Kalau memandu, kita boleh suka-suka merokok ...hulurkan tangan keluar tingkap dan jentik-jentik abu rokok tanpa pedulikan pemandu di belakang. Yang keretanya putih gebu bak salju. Menyampah Aku!!!Habis hisap, campak aje puntung rokok tu keluar. Ala...bukannya masalah besarpun. Haih...isu LBGT pun ada orang kata lebih remeh daripada tuntutan Bersih....apa sangatlah buang puntung rokok....

Nampak masalahnya? Masalah di akar umbi. Kalau akar umbi tidak dirawat maka tak guna kita dok pangkas ranting dan dahan supaya pokok nampak cantik sebab kesudahannya pokok itu akan mati juga. Kalau asasnya goyang, tak guna menambah dan memperkukuhkan dinding dan hiasan dalaman kerana rumah itu akan roboh jua akhirnya.

Betulkan langkah sebelum mula berjalan.

Baiki diri sendiri sebelum mahu membaiki orang lain.

Muhasabah diri sebelum mengata orang lain jahat.

Yang putih dan hitam itu bukan susah hendak dibezakan. Fikir-fikirkanlah.