Wednesday, January 07, 2015
Ad-daie ilallah
Memang besar musibah yang menimpa saudara seagama kita di Pantai Timur sana. Berat mata yang memandang , berat lagi bahu yang memikul. Alhamdulillah, bantuan berbentuk material semakin banyak mencurah masuk, begitu juga dengan bantuan kudrat dengan kehadiran banyak pasukan sukarelawan yang mencurah bakti membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan premis mereka termasuklah pasukan sukarelawan organisasi kami.
Namun, dalam keghairahan kita membantu mereka...mungkin kita terlepas pandang dengan keperluan dan pengisian rohani. Perlu ada yang memberikan semangat dan nasihat yang baik supaya mangsa-mangsa banjir dapat menghadapi dugaan ini dengan sabar dan redha. Kita dimaklumkan ramai mangsa yang berhadapan dengan tekanan emosi berikutan kemusnahan kediaman dan harta benda sehingga merasakan masa depan mereka sudah ranap dan tidak tahu dimana hendak memulakan semula kehidupan. Tekanan sedemikian sekiranya tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan gangguan mental dan penyakit kejiwaan.
Atas keperluan ini, Ustaz kami mengambil inisiatif untuk ke sana bagi menghulurkan bantuan dan bimbingan sedaya mungkin. Kata Ustaz, hilang rumah bukanlah musibah yang paling besar...tapi musibah yang paling besar ialah hilangnya Allah dari kehidupan kita.
Kami yang tidak dapat memberikan bantuan lain hanya mampu berkirim duit serba sedikit untuk memudahkan usaha ini. Tak banyak, namun berharap dapat menumpang usaha dakwah Ustaz.
Semoga perjalanan Ustaz lancar dan misi dapat dijalankan dengan jayanya. Dengan izinNya. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment