Wednesday, October 28, 2026

Cerita Dalam Lif

 Dari lif parking lagi, dua orang wanita yang berada di hadapan saya rancak bersembang. Saya ingatkan apabila ada orang lain masuk dalam ruang lif yang sama, mereka akan memperlahankan sedikit suara atau sekurang-kurangnya menyambung perbualan itu kemudian. Rupanya tidak. Lagi rancak adalah! 😂

Perbualan mereka pula sangat jelas, sebutir-sebutir. Bukan saya nak mendengar cerita orang, tetapi nak buat macam mana? Kalau dah rancak sangat bersembang tanpa menghiraukan orang di sekeliling, mahu tak mahu, terdengarlah juga.

Kisahnya, si A tak puas hati dengan si B yang sibuk bertanya dia pergi mana, sedangkan hari sebelumnya dia WFH. Lebih kurang begitulah bunyinya, “Dah tahu kan aku WFH semalam. Asal aku tak ada aje, sibuk tanya. Yang dia tu kalau tak ada, tak adalah pula kecoh-kecoh.”

Begituuuu. Hahaha!

Belum habis lagi kisah si A dengan si B, beralih pula kepada cerita orang yang nak ambil cuti. Tahulah anniversary dia hujung minggu ini, tetapi kenapa nak ambil cuti bermula hari Khamis lagi? Nak buat apa agaknya? Gah sangat sambutan anniversary dia! Huhuhu... 😂

Ya Allah, lambat pula perjalanan lif pagi ini. Padahal nak turun ke level -1 sahaja pun! Rasa macam lif ini sengaja memperlahankan perjalanannya supaya saya dapat mengikuti episod seterusnya. Hahaha!

Nak dijadikan cerita, dua orang wanita tadi rupanya turut naik lif yang sama untuk ke level kayangan. Ahhh, sudahhh! Panjang lagilah nampaknya sesi sembang pagi mereka.

Tapi, bukan saya seorang sahaja yang menjadi third wheel pagi itu. Seorang lagi wanita masuk ke dalam lif yang sama. Jadi, kami berempatlah dalam lif tersebut.

Saya fikir, dengan bertambahnya orang dalam lif, mungkin mereka akan memperlahankan suara atau menghentikan sekejap perbualan. Sekurang-kurangnya, hormatlah sedikit privasi orang lain, kan?

Rupanya tekaan saya meleset lagi.

Bersambung wehhhh! 😂

Adoiii... terkulat-kulatlah dua orang yang tak ada kena-mengena ini mendengar cerita sensasi pagi-pagi. Nak buat muka macam mana pun tak tahu. Nak pandang kiri, kanan, atas atau bawah, semuanya rasa serba tak kena. Hahaha!

Tetapi, di sebalik rasa geli hati dengan situasi pagi itu, saya terus mengingatkan diri sendiri: Janganlah sampai kita terlalu seronok bercerita tentang orang lain sehingga terlupa siapa yang berada di sekeliling kita.

Tak kisahlah sama ada cerita itu benar-benar berlaku atau sekadar berdasarkan persepsi sendiri. Apabila kita bercakap tentang orang lain secara terbuka, lebih-lebih lagi di tempat awam dan dalam suasana profesional, kita sebenarnya sedang memperlihatkan sesuatu tentang diri kita sendiri.

Bagi saya, perbuatan begitu membuatkan kita nampak kurang manis, kurang profesional dan, maaf cakaplah, kurang berkelas.

Bukanlah bermaksud kita langsung tak boleh berbual atau berkongsi cerita dengan kawan-kawan. Biasalah, kita manusia. Ada kalanya kita nak meluahkan perasaan, berkongsi pengalaman atau bercerita tentang sesuatu yang berlaku di sekeliling kita. Saya pun bukanlah malaikat yang tak pernah tersilap kata.

Cuma, ada bezanya antara berkongsi cerita dengan melampiaskan rasa tidak puas hati, apatah lagi apabila cerita itu melibatkan orang yang tiada di situ untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Ada perkara yang tak perlu pun diceritakan kepada semua orang. Kalau benar-benar perlu berkongsi, cukuplah dengan orang yang dipercayai dan dalam ruang yang sesuai. Itu pun bukan bermakna perbuatan mengumpat atau membicarakan keburukan orang lain menjadi sesuatu yang baik. Kita tetap perlu tahu batasnya.

Bukan semua yang kita tahu perlu kita ceritakan. Bukan semua yang kita rasa perlu kita luahkan. Dan bukan semua yang kita fikir tentang orang lain perlu dijadikan bahan perbualan.

Kadang-kadang, diam itu lebih baik. Bukan kerana kita tiada cerita, tetapi kerana kita tahu tidak semua cerita perlu keluar daripada mulut kita.

Yang lebih menarik, kejadian pagi itu membuatkan saya terfikir sesuatu.

Kalau perkara sekecil pengambilan cuti atau sambutan anniversary pun boleh menjadi bahan bualan orang, apatah lagi segala kekurangan dan kelemahan diri kita yang jauh lebih banyak ini.

Bayangkan!

Kita mungkin rasa perkara yang kita lakukan itu biasa-biasa sahaja. Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Tetapi, dari sudut pandang orang lain, perkara yang sama mungkin ditafsirkan dengan cara yang berbeza. Ada yang melihatnya secara positif, ada yang mempersoalkannya, dan ada juga yang menjadikannya bahan cerita.

Begitulah manusia. Kita tak mungkin dapat mengawal bagaimana orang lain melihat, mentafsir atau menilai diri kita.

Hakikatnya, kita tidak sempurna dan kita juga tidak akan mampu memuaskan hati semua orang.

Ada orang suka cara kita bekerja, ada yang tidak. Ada yang senang dengan cara kita berkomunikasi, ada yang rasa kita terlalu itu dan terlalu ini. Ada yang memahami tindakan kita, ada pula yang membuat kesimpulan tanpa mengetahui keseluruhan cerita.

Kita tak boleh memaksa semua orang bersetuju dengan kita. Kita juga tak boleh mengharapkan semua orang menyukai kita. Setiap orang mempunyai cara berfikir, perspektif, pengalaman hidup dan corak tingkah laku yang berbeza-beza.

Jadi, apa yang boleh kita buat?

Bagi saya, perkara paling munasabah ialah belajar mengawal diri sendiri.

Kita mungkin tak mampu mengubah sikap orang lain. Kita juga tak mempunyai kuasa untuk mengawal setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita. Tetapi, kita masih mempunyai pilihan tentang bagaimana kita mahu bertindak balas terhadap sesuatu keadaan.

Kalau orang suka bercakap tentang kita, kita tak semestinya perlu membalas dengan melakukan perkara yang sama. Kalau orang salah faham tentang kita, kita boleh menjelaskan sekadar yang perlu. Kalau orang tetap mahu menilai kita berdasarkan perspektif mereka sendiri, belajarlah untuk menerima bahawa itu di luar kawalan kita.

Yang penting, jangan sampai kita terlalu sibuk memikirkan apa yang orang lain katakan sehingga kita sendiri terlupa untuk memperbaiki diri.

Dan jangan pula kerana kita pernah menjadi mangsa cerita orang, kita akhirnya melakukan perkara yang sama kepada orang lain.

Perbaiki apa yang boleh diperbaiki. Kawal apa yang boleh dikawal. Selebihnya, belajarlah untuk melepaskan.

Saya menulis ini bukan untuk menghukum dua orang wanita yang saya temui pagi tadi. Mereka mungkin ada cerita dan alasan mereka sendiri. Saya pun tak tahu keseluruhan keadaan sebenar. Saya cuma berkongsi satu kejadian kecil yang membuatkan saya berfikir tentang diri sendiri.

Sebab itu, sebelum kita sibuk melihat kekurangan orang lain, sesekali pandanglah juga ke dalam diri sendiri. Bukan untuk merendahkan diri, tetapi untuk menyedari bahawa kita juga mempunyai banyak perkara yang perlu diperbaiki.

Kita semua sedang belajar menjadi manusia yang lebih baik. Ada kalanya berjaya, ada kalanya tersasar. Yang penting, jangan berhenti bermuhasabah.

Akhirnya, kita tak boleh mengawal apa yang orang fikir atau katakan tentang kita. Tetapi kita boleh memilih untuk menjadi manusia yang lebih berhati-hati dengan kata-kata, lebih bijak membawa diri dan lebih matang dalam menghadapi perbezaan.

Kita tak mampu mengawal mulut orang, tetapi kita masih bertanggungjawab terhadap mulut sendiri.

Begitu juga dengan kehidupan. Kita tak boleh mengawal semua yang berlaku, tetapi kita boleh mengawal cara kita bertindak balas.

Dan bagi saya, itu pun sudah cukup besar untuk kita usahakan setiap hari. ❤️

Thursday, October 22, 2026

Bye-bye Waze!

Pagi ini Telipuk sengaja mengaktifkan aplikasi navigasi untuk ke tempat kerja. Bukan sebab lambat atau hendak menyinggah ke mana-mana dulu, tetapi sebab nak get the feel menggunakan aplikasi selain default app iaitu Waze. Telipuk nak dengar arahan Google Map pulak, boleh faham or boleh dipercayai tak? Haaa...macam tu. 

Selain suara yang lebih 'slang' gitu...penggunaan perkataan pun agak berbeza, contoh 'head east', 'slight right', merge into bla...bla...bla...and a bit confuse bila tadi tiba-tiba arahan yang diterima adalah slight left to Carcosa Seri Negara....weyyyyyyy....ko kenapaaaa??? Walaupun ada terpikir, eh ada jalan rahsia ke yang aku tak tahu selama ini?...kereta kito nyo berada di lane paling kanan sebab nak stay into Jalan Bangsar kannn...memang tak lah nyahhh mak nak ikut kauuuu! Tetiba dia kata road construction ahead , turn right into Jalan Bangsar. Kau tak tahu jalan ye kan ??? Nasib baiklah jalan pegi kerja ni kita dah hafal so pusing kot mana pun, in shaa Allah...kita sampai.

Di pejabat, Telipuk pun bercerita pengalaman menggunakan GM kepada member. Dia pun tak berapa suka sebab dia kata tak nampak alternative routes. Jadi kami pun buka app tu dan cuba tekan sana sini. Sekali perasan ada Gemini. Haaa...apa lagi mak cik joyah tu terus ajak borak, weyy macamana nak cari jalan alternatif? Selang seketika menjawab Gemini tu...apa lagi, terbarai la ketawa sebab dia pun ikut lenggok mak cik joyah. Kemain ko ehhhh! So, boleh lah lepas ni berborak dalam kereta, suruh je Gemini tu tukar jalan ke, ubah arah ke, apa-apalah...tak payah nak tekan sana-sini. Jangan ko ajak dia bergossip sudahlahhh!

Telipuk belum download app Tuju. Nantilah kot tunggu dia stabil sikit. Kawan yang try kata tak berapa stabil, ada error. Ok tak pe, since Telipuk pengguna Huawei, nanti balik nak cuba Petal Map pulak. Tengok yang mana lagi clear dan simple arahannya. 

Wednesday, October 14, 2026

A Reflection on Life, Loss, and Love

My birth month this year turned out to be unusually eventful and emotionally intense. Even before October officially arrived, the final days of September had already brought a heavy stillness with the passing of Tun Hasmah. What a remarkable, dignified character she was.

What touched me deeply was how so much of her quietly generous life was only widely shared after she left us. It reminded me so vividly of what Allah says about those who walk this earth with sincere, quiet good deeds. Suddenly, everywhere you looked, people were speaking of her grace, her humility, and her legacy. They praised her, looked up to her, and mourned her passing. Even thousands of miles away in Gaza, prayers were held for her. There were even pictures of birds lining up quietly on trees and wires near her final resting place.

And I, someone who only knew her simply as the graceful wife of a former Prime Minister, found myself crying too. Every now and then, a sudden rush of sadness would just wash over me. I couldn't fully explain it, but deep down, as I offered my doa, I knew she was in good hands. All the pain, tiredness, and misery of this dunya are finally gone. What a blessed way to return to the Creator. Departing in such tranquility, remembered and prayed for by thousands across the world. Masya-Allah.

Then came the heartbreaking news about young Irene Soffiya. Oh dear Lord, not again...

To be honest, I tried my best to avoid reading the details because every sentence just broke my heart into pieces. Such a bright, fine young lady with big ambitions, hoping to follow in the footsteps of her late mother. She was raised with so much love and adoration by her grandparents, only for her life to be cut short so brutally by an equally young man who couldn't handle rejection. What is happening to our young generation?

I try to understand how a person can lose control in a split second when emotions take over, logic flies out the window, and a foolish need to assert power or "explode" takes charge. But when reality finally sets in, there is no going back. The future turns pitch black in an instant. Because of a moment’s rash stupidity, not only did he rob an innocent girl of her future and shatter a loving family’s heart forever, but he also threw his own life into the drain. Imagine looking into your parents' eyes and seeing them completely broken and lost. A one-way ticket to nowhere... Was it truly worth it? My heart aches for Irene, but I also feel a heavy sadness for young people taking these destructive paths. Why, guys? Over "love"? Please, wake up.

By the 10th of October, the heavy clouds began to lift slightly, giving me a moment to breathe despite the haze outside. My heart was still fragile, but I found myself smiling, laughing, and even shedding a few happy tears watching the beautiful wedding of the BA & SS couple.

I was so genuinely happy for them. To see her find her joy made everything feel so worth it.

Truthfully, I didn't know much about BA initially, other than her being AA’s ex-wife. Back then, when news kept surfacing about how she was repeatedly cheated on, I remember feeling so frustrated on her behalf because she was so forgiving. But when she finally found the courage to break free from that toxic environment and choose herself, I started following her journey. As a woman, I felt immensely proud. She showed what it means to learn your worth, dust yourself off, and rebuild with strength and dignity. She is so hardworking, loving, and truly inspiring.

So when SS came into her life, I just had a feeling they would end up together. I’m not part of any official fan club, but I quietly rooted for them and prayed for their happiness because they simply felt right for each other. Same strength of character, shared values, and a mutual dedication to life and family.

Which is why it baffles me how some people still find the time and energy to hurl bitter, hurtful comments. Criticizing her looks, labeling her as "second-hand," and implying she shouldn't be proud or happy. Excuse me?! It’s mind-boggling how some people just eat, sleep, and spread bitterness without ever reflecting on life. What on earth is wrong with BA? A beautiful, intelligent woman, a devoted mother, and a relentless worker. It is certainly not her fault that her previous marriage ended. Would these critics rather see a woman suffer in a toxic marriage forever just to satisfy their narrow expectations? Did she ever ask anyone for a single cent to live her life?

Some people just suffer from a dark, unhappy heart that cannot stand seeing others find peace. But honestly, they aren't worth the energy. To BA & SS, may you both stay blissfully happy, loving each other and nurturing your beautiful family all the way till Jannah, in shaa Allah.

Amidst all these national headlines and emotional highs and lows, I had my own quiet milestone this month. I went on a trip to Kuantan with a fellow postgraduate friend to attend a postgraduate colloquium. She was presenting her paper, while I went along to soak in the academic atmosphere, gather inspiration, and get a feel for the stage, promising myself that I will do my best to present at the next event, in shaa Allah!

The absolute highlight of the trip, however, was realizing how blessed I am to have met this friend. We just clicked right away. We share similar core values, and our perspectives on life align so naturally. She has faced her fair share of tough challenges in life, just as I have in mine. Sitting together, we made a quiet pact: no backing out, no giving up. Instead, we are going to embrace life, face every hurdle, and live to the fullest, hoping that along the way, we can contribute meaningfully and inspire others to live a life pleasing to Allah.

We constantly remind each other of good things, keeping our intentions clear. It is a friendship built purely lillahi ta'ala , for the sake of Allah.

Entering this stage of life, having lived half a century, I may not have a huge circle of friends. But having even one precious, sincere soul like her walk beside me at this point in my journey... Masya-Allah, that alone makes me feel unimaginably rich.

Selagi Mampu Ku Bertahan

Saya cuba untuk senyum seperti biasa. Sesekali melarikan pandangan mata agar tidak menjemput sangkaan bukan-bukan kerana saya maklum, saya mungkin mudah mengunci mulut tetapi riak wajah sukar untuk melindungkan apa yang saya rasa. Itu memang kelemahan diri saya. Orang kata pendiam tapi muka penuh dengan 'subtitle'...hahaha.

Apapun sebetulnya walaupun saya ini boleh berlakon dengan baik, hati saya tidaklah sekuat mana, rapuh juga. Orang kata, kalau selalu mendengar kata-kata inspirasi dan dorongan yang positif, kita pun akan jadi bersemangat hendak melangkah maju menjunjung wawasan. Tapi kalau kata-kata tu walaupun nadanya lembut tetapi penuh sinis dan sindiran, susah betul nak hentikan hati dan perasaan dari melawan dari dalam. Kalau kita cakap nanti dikatakan kita tak puas hati. Bila pilih untuk berdiam, kata kita tak beri feedback sebab tu tak de perubahan ke mana-mana. Hemmmm...dah berusaha untuk adopt dan adapt pun hujung-hujung diberi label tak ikhlas...wahhhh...tak tahulah nak cakap apa!

Balik rumah saya berfikir dan berfikir. Kemudian saya jumpa kata-kata manis dari perspektif HR. Bila baca tu, rasa-rasanya bukan saya tak boleh faham dan terima keadaan ini. Bahkan saya nampak rasional di sebaliknya. Cuma untuk komunikasi, saya rasa ada cara yang lebih baik untuk menyampaikan mesej dengan jelas dan berhemah sebab kita semua bukan anak-anak kecil. Dah banyak mamah garam pun. Boleh beza antara fakta dan auta. Juga boleh bezakan antara menasihatkan, mencadangkan dan menakut-nakutkan. Apapun, benda macam ini tak boleh dibentangkan macam sembang di meja kopi. Kena duduk dan buat perancangan. Tunjukkan apa pilihan yang ada dan hala tuju yang kita semua boleh terima dengan lapang dada.

Mujur saya jumpa satu lagi tulisan dan nasihat yang baik. Pesanan supaya kita ini jangan terlalu memikir hari esok yang kita pun tak tahu apa akan jadi. Jangan juga sibuk menoleh-noleh ke belakang melihat semalam yang sudah berlalu. Hiduplah kita untuk hari ini yang ada depan mata. Just do our best, jangan aniaya kan orang dan bergantung hanya kepada Allah. Setiap apa yang berlaku itu pastilah ada hikmahnya. Dengan pastinya, tiadalah suatu apa itu berlaku dengan sia-sia melainkan ada tujuannya. Percaya dan yakinlah!